Tuesday, December 21, 2010

Budak chomel in da house...


 Ini budak bikin saya giler bayang!



with luv,

Wednesday, December 15, 2010

Pengenalan Permata Insan

Menjana cendekiawan Islam


Permata Insan adalah program yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang mana ianya merupakan salah satu rancangan di bawah Program Permata Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Program ini adalah kerjasama di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam usaha membimbing golongan pelajar pintar menguasai ilmu agama dan keduniaan serta menghasilkan bakal ilmuan dan pemikir Islam yang agung berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Program ini bakal melibatkan kanak-kanak yang berusia 8 tahun.

Demi menyahut seruan kerajaan, USIM telah diamanatkan untuk mewujudkan Pusat Permata Insan yang kini beroperasi di aras 1 Bangunan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Jawatankuasa Program Permata Insan ini merangkumi jawatankuasa promosi, pembangunan USIM-1 dan pembangunan Kurikulum. Ahli-ahli jawatankuasa ini melibatkan kakitangan akademik dari pelbagai fakulti dan pegawai yang dilantik.

Objektif utama penubuhan Pusat Permata Insan adalah untuk mengenalpasti pelajar pintar seawal mungkin supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara menyeluruh ke tahap yang optimum. Selain itu, Program Permata Insan juga menekankan kepada aspek penyediaan dan pembangunan sistem sokongan termasuk bimbingan kepada ibubapa bagi membantu perkembangan holistik pelajar PERMATA. Ianya juga bertujuan membina kolaborasi di antara USIM, agensi-agensi kerajaan, pihak NGO dan universiti-universiti dalam dan luar negara yang berkaitan bagi membina dan memantau program pendidikan pelajar PERMATA.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dimulakan sejak awal November 2009 oleh Pusat Permata Insan USIM adalah Siri Diskusi Intelektual yang menjemput pakar-pakar dalam bidang berkaitan untuk menyumbangkan buah fikiran bagi menambahbaik Program Permata Insan USIM. Selain itu, ahli-ahli jawatankuasa Program Permata Insan juga mengadakan sesi lawatan ke lokasi-lokasi strategik dalam dan luar negara dalam usaha untuk mengumpul maklumat dan membina jaringan kerjasama bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan program Permata Insan USIM. Antara jaringan kerjasama yang dirancang adalah dengan Universiti King Abdulaziz, Jeddah dan Universiti Taibah, Madinah, Arab Saudi.



with luv,

Tuesday, December 14, 2010

Permata Insan?

 Salam,

Sabtu lepas gi hantar Boy ke Program Perkhemahan Permata Insan di USIM. Apa itu permata insan? Nnt next n3 ai citer. 

 Boy di depan hostel

Cerita pasal Permata Insan ni, pada mulanya kami sekeluarga memang tak tahu menahu langsung dengan intipati program. Tup² ustaz sekolah agama Boy call beitahu yang Boy telah dipilih oleh sekolah agama beliau untuk program ini bagi saringan awal. Kalau tak silap, sekolah Boy hantar 3 nama mewakili sekolah beliau. Waktu ni memang taktau apa² pon. Just ikut jer apa yang ustaz cakap. Dia suh gi interview di Sekolah Padang Tembak dan ada bengkel sehari. So Boy attend this bengkel dan ada interview. Balik dr bengkel tuh tanya Boy, boleh jawab soalan ker? Dia jwb, "ntahlah.... kita pon tak tau..". So, ai assume memang x de harapan la Boy nih kan. Tambah lagi bila abah cakap, ada 300 org yang dipilih untuk bengkel ni dan nak pilih 50 sahaja untuk Program Permata Insan. Masa tu masih xtau apa itu Permata Insan.... Tak teringat plak nak google.... sungguh tak mengambil berat ai ni. Ahak... Tapi ai tetap menyokong dengan program ni. Ustaz skola Boy pon ada beberapa kali call my Abah inform bout this. Sehinggalah one day ustaz call kata Boy terpilih untuk Program Permata Insan. So my abah tanya, camne? Nak bagi pergi ke tak? After sesi berdiskusi, kami adik beradik bersetuju untuk membenarkan Boy join this program.

Bukannya apa, intipati program tak tau... tujuan program pon tak tau... Dah la baru jer umur 8 tahun... Nak pergi dok hostel plak. Ish... Nak menguruskan diri sendiri pon Boy tak pernah. Apatah lagi berpisah ngan semua family dalam jangka masa yang lama .. memang tak pernah. Tapi atas dasar kepercayaan kpd ustaz skolah agama Boy tuh, kami decide untuk benarkan. Mungkin ustaz tu lebih faham dan tau mengenai program ni berbanding kami. Dalam hati masih lagi terpk²... boleh ke Boy nih... boleh ker nak bangun tdo sendiri? boleh ke nak gi toilet sendiri.... Macam² keraguan timbul tapi tak pe. Time ni la nak ajar Boy bedikari. Hope Boy bley adapt ngan situasi nih.

Seminggu sebelum pergi ke USIM dah buat persediaan. Especially pakaian Boy nih. Maklumlah nak pergi 14 hari. Kena sediakan baju untuk setiap hari. Takkan Boy nak basuh baju kat sana nanti. Memang bawak beg besar la. Bak kata abang Boy, beg dah macam nak balik cuti sem jek. Punyalah besar beg. Beg lagi besar dr Boy. hehe.

 kaunter pendaftaran, Boy with my Abah.

Sabtu, hari pendaftaran, kami tiba lebih kurang jam 8.30 am. Pendaftaran memang di buka jam 8.30 am. Sampai jer di pintu masuk utama USIM, terus guard tunjuk ke Dewan Pendaftaran. Sampai di Dewan, kami terus di bawa ke dewan makan dan fasilitator yang di tugaskan untuk menjaga kanak² yang terpilih ni terus bawa kanak² ni ke ruang makan mereka. Layanan memang superb. thumbs up. Oh seperkara lagi, di sini, kanak² yang terpilih nih di panggil anak² pintar.

 Ruang makan anak² pintar.

First, dari segi layanan memang sangat² memuaskan. Menu makanan untuk anak² pintar ni pon memang sangat terjaga. Mana taknya, breakfast jer diorang boleh pilih pelbagai menu yang disediakan. Menu² yang berkhasiat untuk perkembangan anak² pintar nih. ANtaranya, koko crunch, fresh milk, telur separa masak, fresh orange dan byk lagik la. Memang betul² ikut menu sihat nih. Dan setiap fasi akan melayan anak² pintar ni tadi samada one to one atau pon ramai²... Apa yg ai di beritahu, memang menjadi tanggungjawab fasi untuk memujuk, menjaga, melayan kerenah anak² pintar nih. Kalau ada anak² pintar yang menangis, mereka kene pujuk menggunakan pendekatan ilmiah. Maklum shj, yang terpilih adalah dari kalangan kanak² yang baru berumur 8 tahun. Dan kebanyakannya adalah anak bongsu dan tak pernah berjauhan ngan keluarga. memang berat cabaran dorang nih. Tapi dari pemerhatian pertama ai, mereka sangat sabar dan berdiplomasi melayan kerenah anak² pintar nih tadi. Baru ai lega nak melepaskan Boy. 

 Antara material yang di provide.

Second, dari segi material dan kemudahan yang disediakan juga sangat memuaskan. Stationery sahaja sangat lengkap mereka sediakan. Ai dah prepare stationery untuk Boy sbnarnya, tapi masa registration diorang di bekalkan dgn kelepangkapan ni semua termasuk sling bag yang mereka gunakan. Pendek kata memang lengkaplah. 

Ada seorang fasi datang jumpa ai ucap tahniah sebab Boy terpilih. Barulah ai faham serba sedikit apa itu permata insan. Anak² pintar ini adalah anak² yang terpilih antara 50 pelajar pintar dari kalangan 9000 org pelajar berusia 8 thn seluruh negara. Untuk batch pertama mereka hanya ambil 50 pelajar untuk di didik, di ajar, di jaga dan di asuh mengikut modul yang disediakan bagi melahirkan cedekiawan islam. Dan target meraka adalah melahirkan golongan pemikir islam yang di asuh seawal usia 8thn. Sebab itu ada beberapa sesi saringan pemilihan untuk memilih hanya 50 yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Oh, ai sangat bersyukur, alhamdulillah..... Atas kurniaan Allah, kepandaian, keterangan hati untuk menerima ilmu kepada Boy. Alhamdulillah.

Program ni bukan sahaja mendidik anak² pintar yang terpilih tapi memberi pendedahan kepada ibubapa dan penjaga anak² pintar cara untuk memantau perkembangan anak² pintar ini. Penjaga di beri tempat tinggal selama 2 hari utk sesi pendedahan ini. 

 Sesi mengemas. Abang tengah ajar Boy susun barang dalam locker. 
Oh, Abang seorang yang tegas dalam mendidik yer.
If dia kata buat cara A. Sila ikut. Ahak. 
Dan ai seorang yang garang. 2 Karakter yang berbeza.
Dan my parent memang melepaskan tjawab 
untuk mengajar Boy pada kami adik beradik.

Haruslah Boy kene dengar cakap kakak² dan abang².

 Boy dengan matric cardnya. Penuh bergaya. hehe.
Time ni sukalah, sbb sumer org ada lagi kat sini.

Jadual sepanjang program ni memang sangat padat. 22 hb ada sesi bersama Datin Rosmah Mansor dan ibubapa di minta hadir. Haruslah ai cuti nak attend majlis nih. Dah 2x Majlis penyampaian hadiah sekolah Boy ai x dpt pergi untuk menyaksikan Boy ambik hadiah. Haruslah kali ni meluangkan masa. Kerja sampai bila pon tak pernah habiskan.

Oh budak kecik nih pon nak antar Pak Su jugak. 
Tanda sokongan dari Damia. ;-)

Hari ni tanpa Boy kat rumah cam boring plak. Takde teman nak bergaduh. Ahak. Kalau tak tu, balik je keje gaduh ngan Boy.  Suruh Boy buat itu ini... Aku kan kakak!... hehhe... Takde org lagik nak berebut channel tv ngan ai. Memang sunyi jer rasa. Sebab Boy nih mulutnya bising. Main pon bising. Kalau sehari x de statement , "Boy boleh tolong diam sekejap tak?" memang tak sah.. ahak... main sorang² pon bising. Blom lagi main dengan Damia. Memang gamat jer selalu.  Ada 10 hari lagi nak tunggu Boy balik. Tak sabar nak buli Boy nih.. Ahak..



p/s: oh, ai dah beli monopoly dari Toy's r us untuk Boy sebagai hadiah pencapaian cemerlang. Yeay!



with luv,

Wednesday, December 8, 2010

Fabric collection

Salam,


Masih dalam mode jahitan. Memang menjahit boleh hilangkan stress. Oh, mana kain nih? ahak...
Nak share koleksi fabric yang ai ada. Beli punya beli tak perasan dah tinggi. ehhehe. Yang pastinya akan membeli lagi... Oh, help me... i'm addicted ....


timbunan kainku.
( masih skit jika nak di bandingkan ngan tailor2 yg ada)

Heavy cotton

Light weight cotton.


p/s: nak beli panel untuk buat quilt.




with luv,

Tuesday, December 7, 2010

[Sewing] Clutch - 2nd trial

Salam,

Taraaa... Finally.. menjadi jugak clutch ku ini.


Kain di beli ketika balik kg weekend lepas. Sangat suka sbb percubaan kali ke 2 menjadi. Nak buat clutch yang besar skit lagi. Pastu nak letak tali dan boleh lilit kat tangan. Tak sabar nak try lagik nih... 




with luv,

Salam Maal Hijrah



Credit to ILuvIslam







with luv,

Monday, December 6, 2010

[Sewing] Sun hat utk Damia...

Dah lama berhasrat nak buat sun hat ni utk Damia tapi di sebabkan xde mesin jahit so terpaksalah memendam keinginan dulu. 

Alhamdulillah, berjaya juga mengrealisasikan keinginan itu. Kebetulannya, Damia nak bercuti ke Fraser Hill dan mummy belum beli topi baru utk Damia. Yg lama punya dah tak muat kepala Damia lagi.

So, Mak Ngah ambik inisiatif utk jahitkan Damia satu topi. Yeay! i Like!

sewing with luv... 
Sangat suka dan puas hati dgn hasilnya.


 Mairanur Damia with new Sun Hat.
(ayyo.. suda mcm itu amoiii laaa...)







Ini adalah kali ke 2 jahit sun hat. Kali pertama terkecik pulak. So buat baru yang ke 2 dan besarkan size. Tetiba ukur muat pulak kepala Boy. Adoiiaaii... so jahit kecikkan... and finally..... berjaya dengan penuh kepuasan.


ai like!






with luv,

Thursday, December 2, 2010

Mt first project with Janome 2049

Salam,


Hari ni, dgn semangat berkobar2 nak try guna myEpal coz smalam dpt dah malam. Subuhbangun layan VCD dulu utk dapatkan maklumat. Sharp kul 5 terus balik. Tak sabar2 nak jmp myEpal. Oh, ai teruja! 


Clutch ... 
Ada rupa ker? Oh no.... hasilnya telah menjadi pencil case.
Hebat tak? Dari clutch menjadi pencil case. Ting... bertukar... hahhaa..
Sbnarnya, Kak Zila bagi template utk buat clutch tapi ai ter misplace lak. 
Puaslah cari tp x jmp.
So dgn cerdik pandainya, ai pon buat la template sendiri 
ikut sedap jari-jari ai nih.
Kain ai guna kain 'belacu' yang murah tu. 
Nak testing jer. Pakai kain murah jer la kan. 
Lagipon kain ni agak keras so senang skit nak jahit.
Maklumlah ai kan expert beginner. Kena pakai kain murah.. 
Kalo x jd bleh campak buang. hahhaha.


Zip warna pink bagi nampak skit. Semuanya nampak ok. Not bad!


Lihat di sini. Fail! Puas dok pusing2 camne xnak kasik kedut tp kedut gak. SO end up agak tak puas hati dgn hasil ini. Walaupun yg lain nampak sempurna tp kat sini nampak buruks...
My frenz cakap ok la nih coz first time jahit kan. Siap ada lining lagik. Saje nak sedapkan hati ai ker? huhu..


Apa pun.. akan ku usaha lagi sehingga ai berpuas hati ngan hasil kerja jahitan ai...






with luv,

Tuesday, November 30, 2010

Finally... I got It!! yess!

Salam,


Akhirnya.... impian menjadi kenyataan. berjaya merealisasikan pembelian buah hati idaman kalbuku... Sangat teruja... suka dan excited. Akan memulakan projek pertama.. Apa dia? Tunggu... hahahha.. 


Cinta hati kew.....


Pakage Janome 2049
(Nota 24 projek, pelbagai jenis tapak, vcd tutorial)


OK, di beli melalui kak zila. Sangat baik dan rasanya taklah tua sgt.. Ops, lupa nak tanya umur... Ntah2 gue sebaya.. muhahhaha.. Apa pun, service memang sangat pantas. Hari nih msg confirm, hari ni gak dpt mesen. Haruslah teruja kan... like ... "Apa? hari ni akak nak antar?" Oh i tot next week.. huhu... 


Bukan mesen je ai beli ngan kak Zila nih. Berserta dgn tools accessories nih dgn harga promosi. Oh, pas ni nak g cari PVC ngan kulit plak. Mcm2 projek dok terpk.... sehingga tak boleh nak di ungkapkan ngan kata - kata keseronokan itu.... oh, akhirnya dapat jua ku miliki. Sangat suka. Ok, next week nak gi Pusat Epal buat pertama kalinya... Insyaallah. 


( rivet & snap button tools set)




Thankz Allah... Alhamdulillah.. 
Moga di murahkan rezeki lagi after this. Insyaallah.








with luv,

MAHA 2010

Salam,

Hari nih gi MAHA lak. Memang penuh aktiviti weekendku minggu nih. Tapi hari nih konvoi ngan My sis and BIL skali. Of cos with Mairanur Damia. Seronok gi MAHA nih. Byk info dpt. Jumpa mcm² jenis barang IKS... Tapi yg x bestnya ialah part parking..

Start datang lagi dah problem. Beratur panjang nak masuk parking. Tambah menghuru-harakan keadaan bila ada driver² yg 'skola tinggi' nih. Tak reti² nak sabo ke weh? Sumer org nak masuk... Dah la potong q pehtu guna plak lane utk laluan bertentangan so apa lagik.. memang huru hara. Stuck + jem + sikap driver yg cerdik pandai = Fail! Nak balik pon cam tu gak.... Ada plak tuh yg dah la salah.... Ko masuk lane org pehtu org nak lalu block kete ko.. ko marah lak.. apahal?! Memang bikin hati panaz jek... Tak pasal En Rela kene maki. Padahal dorg nih menjalankan tugas. Dah la tak ikut peraturan, ada hati lagi nak maki² org... Memang out la budi bahasa tuh kan. Tak guna kerajaan buat kempen budi bahasa. fuh.. tarik napas.. lepas... tarik napas  lepas... ok cool down... marah boleh buat muka berkedut seribu.. So berenti marah².. now senyum.. senyum ok.. hehe..



Citer pameran kat MAHA lak. Best la... Pokok orkid banyak ok... macam² rupa bentuk ada.. Mcm² color pon ada.. Aduhai, sungguh menggugat iman... But, surprisingly... ai tak beli walau sepokok pon yer.. sbb dlm kepala dah set... nak beli mesen epal.. nak beli mesen epal.. huhu.. padahal smalam dah berabis kat KLCC. huhu.. nape la smalam masa nak beli Damia nya walker ai tak pk cam ni ek... huhu.. Sunguh tak baik utk kesihatan poket.

 Budak ini sangat happy ... 
round² atas table sementara tunggu minuman sampai.

 Skang sy nak try 'spek itam' Mak Ngah ni...

After blk dr MAHA singgah makan kat Restoran Syarifah kat Bangi sek 7 kot. Makanan sedap tp service agak slow. Sib baik masa round² kat MAHA td dah isi perut ngan bekalan² yg di bawak ala² picnic gitu. So tunggu dengan sabar. Sampai umah around kul 6.30 pm. Penat giler...
2 hari asyik senaman kaki... 

So hari nih tdo awal. Kul 10 pm dah tumbang... zzzzzzzzzzzz ...



with luv,

Monday, November 29, 2010

weekend story...

Salam,

Yeay... seperti yang dirancang, Saturday gi KLCC bawak Boy ke Kids Fair. Sampai KLCC dalam kul 10.50 am. Awal okeh... Jalan kaki dari parking lot ke KL Convensyen centre mengambil masa kira² 15 min yer..Maafkan saya coz tatau mana mau parking kalo ke KLCC except KLCC parking.. huhu.. Yer, sila sediakan tambang duit parking secukupnya.. Ai pernah bayar parking almost RM20 yer. Jadi utk sesi penjimatan kali ini, parkinglah kat area Masjid. Murah skit. Murah x murah la jugak.. Almost RM 10. Kompem dari pg smpi petang kan.. ahak.

Nak wat cam ne... Jalan² kat Kids Fair jer dah berjam²... Lunch lagik... zohor lagik... n yang paling penting lepak kat Toy's r us... Aktiviti wajib kalo dtg ngan Boy. Sampai naik lenguh tulang² kaki nih. Blk dari KLCC kul 5.30 pm. Tu pon sbb ada appointment  ngan customer kul 6 kat Tmn Melati.. Kalo tak mau la sampai maghrib agaknya... Huhu..

Sepanjang berkelana di KLCC..... berkelana ker? Agak² kalo dah lepak kat Toy's r us tu berjam² lamanya.... harus tak ambik  ini bawak blk? Haruslah kan.... woohoo.... Niat tadi tak mau beli dulu.. Nak beli my Epal dulu... Tp ini hati tak bley tahan woo...Terus angkat satu... Dan g kaunter bayar. Dah bayar pandai plak balik tuh... Selagi tak beli, selagi tuh la dok belek² benda alah nih.. hehhehe...
yeay.... Hadiah utk Damia.... mmmuuuaahhhh....


Eh, camne leh skip citer kat Kid's Fair nih? Adoiii... Spt yg ai ckp type td.. Sampai kul 11 lebih kat KL CC tapi tak leh masuk lagik. Oh, sungguh ramai umat manusia yer... Pukul 11.30 still x masuk lagik... Org dah start menjerit².. marah²... bla bla... me? Steady jek.. huhu... Walau dlm hati, penat ok berdiri.... Dlm kul 11.40 br leh masuk.. tu pon ikut pintu lain.. haih la... Tak pe, yang penting dpt masuk....

Lihatlah crowd yg ramai terkandas di luar.

Muka bosan menunggu..

Kat sini ai beli color LUNA utk Boy. Harga promosi 36 pcs RM 20. Murah kan? Harga asal RM46. Haruslah cari yang ada promosi... hehe... Dan Boy plak ada gak participate a few game utk kanak² so dptlah hadiah skit... Ok la kan... Yg penting enjoy... Sbnarnya gi Kid's Fair coz nak join workshop oleh Parent Thot tapi dah full lak. Mana ai tau leh register online... Pengajaran di sini yer!

Kuar dari Kids Fair dalam kul 3 pm. Terus masuk KLCC lak. Boy nak makan KFC. Sib dekat² jer, surau, KFC ngan Toy's r us. Pas makan baru gi Toy's r us... Lepak sejam lebey dlm tuh... Apa bendalah yg Boy belek aku pon tak tau... but end up dgn pembelian ini.................

Ni yg ai x suker gi Toy's r us... huhuhu.... Kuar dr Toy's r us terus blk yer.. Dah xde nak jalan² kat KLCC lagik.. AI tau, kalo jalan lagik kompem la ai sambar perfume lak.. Maklumlah nak Christmas kan.. Perfume banyak promo.. tambah lagik, ai punya Miracle, Lancome dah tinggal hujung² botol je.. Oh tidak! Ai nak beli mesen jahit idaman nih... Tolong jangan menghabiskan duit bleh tak eza weh.... (tampar pipi diri sendiri...)




with luv,

Thursday, November 25, 2010

Weekend Plan...

Salam,

Bercadang² nak ke Kids Fair this Saturday @ KL Convention Centre.  Nak bawa boy expose dengan aktiviti yang berfaedah. ;-) Tapi tak leh btau dia awal² coz letih nak menjawab soalan² dia hari²... huhu..



dan ...
ini ialah 2 in 1 walker yang menjadi idaman. Nak bagi Damia tapi... kene check budget dulu..... Huhu... 
Bruin 2 In 1 Baby Walker
(Ages: 4- up;Only at Babies"R"Us)




dan ....
 .
 .
 .
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

adakah ini bakal menjadi milikku bulan ini? 
Oh, mudahkanlah urusanku... Sungguh tak sabar rasanya...



P/s : Bulan Dec kene renew insurance & Road Tax kete .... (First Thing first eza)... argghhhh...  



with luv,

Wednesday, November 24, 2010

Sayangi diri anda...




Salam,

Wah gitu tajuk... hehe.. Hari ni ai nak citer pasal oat. Nape tiba² pasal oat lak nih? Sejak² ada kesedaran yang tahap kolestrol ku itu turun bertambah. Tiba² cam takut lak kene heart attack kan... Bila salur darah dah block oleh kolestrol nih tadi...

Now, citer testimoni pasal oat plak yer... Diet yang paling mudah adalah dengan mengamalkan oat setiap hari sebanyak 10 sudu makan. Tak kiralah, pagi, tgh hari or mlm ker.... Atau nak makan 5 sudu pagi then 5 sudu ptg... Tak kisah as long as 10 sudu sehari. Ini untuk org yang nak diet.... Kalau kosisten makan oat nih memang boleh kurus. Tak percaya? Cubalah.. huhu..

Live testimoni adalah my opismate. Memang konsisten makan oat dan memang nampak sangat perubahannya. Act, dia memang tgh diet utk kurus. Asalnya dia makan ubat untuk kurus sehinggalah sampai satu tahap dah tak boleh turun lagi beratnya. Ala² dah tepu gitu. Tak makan pon still berat tak bleh turun dah.. Tp masalahnya, dia blom dpt berat idaman lagik... Jadi ai suggest dia makan oat.. (padahal time nih ai tak makan lagi....huhu).

After a few days, memang berat dia turun dan turun dan turun. Dia kata, kalau dia makan byk pon, berat dia akan naik sejap jer pastu esoknya dah turun balik. Biasalahkan time² raya nih mana nak tahan nafsu keinginan makan tuh. Haruslah bedal. Diet pon ntah ke mana.. ahak...

And now ai pon dah start makan oat everyday... Ops, bukan untuk kurus yer tapi untuk mengurangkan kolestrol.. Ai tak makan lah 10 sudu sehari... bak kata my friend karang dah ala² tiang telepon lak kan.... hahhaha... So, everyday ai ambik oat 5 sudu jer... Nak lagi sedap campur milo and gula skit jer.. Wat cair²... dan terus minum.. Kalo tunggu² maunya kembang tekak kan... huhu..

Tp now, ai dah maintain... pepagi mesti ambik oat dulu... cam sedap lak.. ahak.. (sajer nak sedapkan hati ke hapa nih? ekeke)

Jom, mulakan gaya hidup sihat bersama oat...


Jom kiter tgk kebaikan oat dan fungsinya...

Definition & Benefits of whole grains

Whole grains are cereal grains that contain bran and germ as well as the endosperm, in contrast to refined grains, which retain only the endosperm. Oats is the only major grain proven to help remove cholesterol. Whole grain oats in particular, supply soluble fiber. Eating foods that provide soluble fiber, as part of a healthy diet, appears to help keep blood cholesterol levels in check.
OATS

Story of Oats

The common oat plant (Avena sativa) is a species of cereal grain grown for its seed. Its consumption is believed to lower LDL (“bad”) cholesterol, and possibly to reduce the risk of heart disease. Oats contain more soluble fiber than any other grain. So they will move slowly through your body, keeping you fuller for longer than many other foods. One type of soluble fibre, beta-glucans, has proven to help lower cholesterol.
The popularity of oatmeal and other oat products increased again after the January 1998 final rule by the Food and Drug Administration (FDA). The decision allowed a health claim to be made — on the labels of foods containing soluble fiber from whole oats (oat bran, oat flour and rolled oats) — noting that 3 grams of soluble fiber daily from these foods; in conjunction with a diet low in saturated fat and cholesterol may reduce the risk of heart disease.
QUAKER OAT SOLUBLE
Think of rolled oats as tiny sponges capable of soaking up the cholesterol from your body. Experts believe that the existence of the soluble fiber found in oats plays a crucial role in helping to reduce blood cholesterol levels. In simple terms, soluble fiber (beta glucan) in oats assists in controlling blood cholesterol by binding some of the cholesterol in your digestive tract. This cholesterol is ‘trapped’ and removed from your body naturally.

Nota : Info dari sini.

_____________________________________________


p/s: nak g cari menu oat la... kot boleh jadik lagik sedap ke.. hehe



with luv,