Wednesday, December 15, 2010

Pengenalan Permata Insan

Menjana cendekiawan Islam


Permata Insan adalah program yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang mana ianya merupakan salah satu rancangan di bawah Program Permata Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Program ini adalah kerjasama di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam usaha membimbing golongan pelajar pintar menguasai ilmu agama dan keduniaan serta menghasilkan bakal ilmuan dan pemikir Islam yang agung berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Program ini bakal melibatkan kanak-kanak yang berusia 8 tahun.

Demi menyahut seruan kerajaan, USIM telah diamanatkan untuk mewujudkan Pusat Permata Insan yang kini beroperasi di aras 1 Bangunan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Jawatankuasa Program Permata Insan ini merangkumi jawatankuasa promosi, pembangunan USIM-1 dan pembangunan Kurikulum. Ahli-ahli jawatankuasa ini melibatkan kakitangan akademik dari pelbagai fakulti dan pegawai yang dilantik.

Objektif utama penubuhan Pusat Permata Insan adalah untuk mengenalpasti pelajar pintar seawal mungkin supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara menyeluruh ke tahap yang optimum. Selain itu, Program Permata Insan juga menekankan kepada aspek penyediaan dan pembangunan sistem sokongan termasuk bimbingan kepada ibubapa bagi membantu perkembangan holistik pelajar PERMATA. Ianya juga bertujuan membina kolaborasi di antara USIM, agensi-agensi kerajaan, pihak NGO dan universiti-universiti dalam dan luar negara yang berkaitan bagi membina dan memantau program pendidikan pelajar PERMATA.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dimulakan sejak awal November 2009 oleh Pusat Permata Insan USIM adalah Siri Diskusi Intelektual yang menjemput pakar-pakar dalam bidang berkaitan untuk menyumbangkan buah fikiran bagi menambahbaik Program Permata Insan USIM. Selain itu, ahli-ahli jawatankuasa Program Permata Insan juga mengadakan sesi lawatan ke lokasi-lokasi strategik dalam dan luar negara dalam usaha untuk mengumpul maklumat dan membina jaringan kerjasama bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan program Permata Insan USIM. Antara jaringan kerjasama yang dirancang adalah dengan Universiti King Abdulaziz, Jeddah dan Universiti Taibah, Madinah, Arab Saudi.



with luv,

1 comment: