Friday, June 26, 2009

Nur Kasih

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih




Tak sabar nak tengok citer nih. Me suka tengok citer ni. Memang layan. Sinopsis citer nih utk hari ini :
Episod 5

Adam masih tidak percaya bahawa Ustaz Hassan sudah tiada lagi. Pada malam kenduri tahlil, Adam tidak menghadirkan diri dan ini menambahkan kekecewaan pada Hajjah Khadijah.

Aidil memujuk Adam untuk memohon maaf kepada ibunya. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Australia tanpa membawa Nur Amina.

Nur Amina yang terdengar perbualan diantara Adam dan Aidil merasa kecewa. Aidil meminta Adam membawa Nur Amina kerana sekarang Nur Amina telah menjadi isterinya dan jika dia diceraikan, pasti keluarga mereka mendapat malu.


Kesian nur amina. Cinta tak kesampaian. Peritnya memendam cinta. Cinta tak bererti memiliki. Kadangkala cinta tidak datang apabila di cari tetapi cinta pasti akan hadir bila tiba masanya.


with luv,

No comments:

Post a Comment