Thursday, June 25, 2009

~ Antara aku dan hatiku .. ~

Ini adalah catatan hati... di tulis dari hati menggunakan bahasanya ...

"Haruskah aku terus mendiamkan diri darinya?" aku bertanya pada diri.
"Kenapa aku begini? kenapa aku harus mendiamkan diri?" Aku bertanya kembali.
"Kerana dia pernah menyakitiku. kerana dia pernah melukakanku".

"Dia itu siapa? Kawan? Kekasih? atau siapa? Kenapa aku masih belum memaafkan dia?" aku terus bermonolog sendiri.

Diam lagi. Pelik bukan? Bila bercakap soal dia, atau seseorang yang dianggap istimewa. Kita akan tersenyum. Unik bukan?

Sekalipun ada orang menyimpan duka, kesedihan, bahagia atau kegembiraan. Mereka akan tetap tersenyum. Namun sudah pasti, senyuman itu menyimpan beribu makna. Hanya dia yang tahu. Entahlah, apabila menyebut soal cinta dan percintaan. Pasti menyelinap rasa mesra di hati. Sungguh ajaib bukan?

Ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup ini. Hanya sahabat yang tulus dan jujur akan meninggalkan jejaknya dia sanubari. Untuk menguruskan diri sendiri, seseorang memerlukan mindanya. Tetapi, untuk mengurus orang lain, seseorang memerlukan hatinya. Hanya sesuatu yang lahir dari hati akan jatuh ke hati. Benarkan?

Semua orang boleh menghukum pada zahir, tetapi ukuran sebegitu selalunya tidak tepat. Ramai yang ditipu dan tertipu kerana fizikal. Akhirnya kecewa dan dikecewakan. Ingatlah, kebenaran akan tersingkap. Esok atau lusa, sekarang atau akan datang, kejujuran akan muncul juga di atas sekeping hati yang tulus. Lalu ia meninggalkan kesan yang abadi. Seperti aku hari ini.

"Dia adalah seorang sahabat sekarang.. yer, dia pernah dekat denganku..dan.."
"Dia khianati dirimu?"
"tidak, tidak pernah"
"Dia pernah buat dirimu marah?"

Diam.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sesama manusia. Marah itu sekadar satu tanda bahawa diri ini mengambil berat terhadap apa yang dia lakukan. Mungkin dia pernah membuat diri ini marah. Tetapi dia tidak pernah mengkhianati. Lagipun, jika diri ini pernah dikhianati sekali… sudah pasti dia sudah disingkirkan. Hanya orang bodoh sahaja membiarkan dirinya dikhianati sebanyak dua kali.

"Dia tidak pernah mengkhianati diri ini, namun hanya Allah SWT sajalah yang tahu."

Entah! Aku tidak mampu hentikan rona di jiwa daripada memikirkan dia. Sedangkan manusia yang berjiwa besar itu akan memikirkan tentang idea baru. Manusia yang berjiwa sederhana akan memikirkan peristiwa seputarnya. Hanya orang berjiwa kerdil sahaja tidak mampu melepaskan dirinya daripada memikirkan tentang seseorang. Aduh! Adakah aku seorang yang berjiwa kecil? Aku cuma tidak dapat melupakannya, aku terasa kehilangan.

"Kehilangan?"

Aku teringat ada orang menyebut bahawa seseorang yang kehilangan harta, dia kehilangan sesuatu yang berharga. Jika dia kehilangan sahabat, dia kehilangan sesuatu yang lebih berharga. Namun, jika dia kehilangan kepercayaan, maka dia hilang segalanya.

"Kau pernah memilikinya?"

Diam.

"Tidak .. tapi .."
"Jadi, kenapa harus rasa kehilangan?"
".. tapi .. aku pernah memilikinya dulu .. "
"Bukankah kini kau bukan miliknya lagi?"
"Yer, aku bukan miliknya lagi .. "
"Jadi, kenapa tidak kau lepaskan dia pergi?"
"Lepaskan? Bagaimana ?"
"Lupakan terus memori bersama dia.. kau mesti boleh memaafkan dia juga"
"maaf?"
"yer, maafkan segala kesilapan dia dulu. "

Diam.

"Sudahlah, adakalanya memaafkan itu lebih baik dari menyimpan rasa. Lepaskan segalanya, kau pasti akan berbahagia walau tidak bersama dia."
"Jadi, kau suruh aku memaafkan dia?"
"Yer kerana itu lebih baik dari kau menyimpan dendam yang boleh membakar dirimu"

"tapi.. dia tak pernah menyatakan maaf padaku. Kenapa aku harus maafkan dia"
"Untuk ketenanganmu. Percayalah, selepas kemaafan di beri, jiwamu pasti akan tenang."

"Aduh, sukar juga."

"Itulah, kadangkala terlalu sukar untuk memaafkan. Tetapi, bukankah kemaafan itu lebih baik dari menyimpan dendam?"

"Jika aku memaafkan dia, haruskah aku bertegur sapa dengannya?"

"Tidak, diam itu lebih baik kerana aku tidak mahu kau lebih terluka. Ada kalanya, apa yang kau rasa, kau lalui, lebih baik dirahsiakan, kerana itu akan melindungi luka di hati daripada berdarah kembali"

"Ya, aku sedar. Akan ku simpan maaf ini menjadi doa.Insyaallah.."


with luv,

No comments:

Post a Comment