Monday, June 29, 2009

10th Anniversary of Friendship

cuppies ni sepatutnya me bawa semasa photosession smalam tapi malangnya tertinggal pulak. Punyalah semangat menempah cuppies nih... Memang frust... tapi terubat biler tgk pic kat bawah nih..


Hadiah untuk kami sempena ulangtahun ke 10 friendship kami. Sangat suka dan sangat seronok dengan hadiah ni.

Date : 28 June 2009
Time : 7.30 am - 11.30 am
Venue : Taman Pertanian UPM, Serdang

Theme Color : Blue & White














************************************

After photoshoot session, kitorg gi karaoke@ Endah Parade. Planning asal sepatutnya kami bergegas ke Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Tapi di sebabkan hari pun dah menjelang tengah hari, di tambah dengan keletihan tersenyum sepanjang 3 jam sesi fotografi so kami tukar ke plan B. Karaoke adalah kerja paling bod*h utk me yer! Segala sora² sumbang sumer terkeluar. Hahahhaha.... Nasib baik dok dlm bilik, x der ar malu sgt.


Emy & Fiza

me & Fiza

Semangat berkaro-okey ..

Fiza naik seh...

Emy melepaskan tensi...


Sekian dulu n3 gedik kali ini. Lain kali me update lagik..

p/s: Kepada geng² aku yg sekepala nih.... best la smalam.. windu zaman kolej dulu... kan..kan..kan..


with luv,

Friday, June 26, 2009

Nur Kasih

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih




Tak sabar nak tengok citer nih. Me suka tengok citer ni. Memang layan. Sinopsis citer nih utk hari ini :
Episod 5

Adam masih tidak percaya bahawa Ustaz Hassan sudah tiada lagi. Pada malam kenduri tahlil, Adam tidak menghadirkan diri dan ini menambahkan kekecewaan pada Hajjah Khadijah.

Aidil memujuk Adam untuk memohon maaf kepada ibunya. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Australia tanpa membawa Nur Amina.

Nur Amina yang terdengar perbualan diantara Adam dan Aidil merasa kecewa. Aidil meminta Adam membawa Nur Amina kerana sekarang Nur Amina telah menjadi isterinya dan jika dia diceraikan, pasti keluarga mereka mendapat malu.


Kesian nur amina. Cinta tak kesampaian. Peritnya memendam cinta. Cinta tak bererti memiliki. Kadangkala cinta tidak datang apabila di cari tetapi cinta pasti akan hadir bila tiba masanya.


with luv,

Thursday, June 25, 2009

~ Antara aku dan hatiku .. ~

Ini adalah catatan hati... di tulis dari hati menggunakan bahasanya ...

"Haruskah aku terus mendiamkan diri darinya?" aku bertanya pada diri.
"Kenapa aku begini? kenapa aku harus mendiamkan diri?" Aku bertanya kembali.
"Kerana dia pernah menyakitiku. kerana dia pernah melukakanku".

"Dia itu siapa? Kawan? Kekasih? atau siapa? Kenapa aku masih belum memaafkan dia?" aku terus bermonolog sendiri.

Diam lagi. Pelik bukan? Bila bercakap soal dia, atau seseorang yang dianggap istimewa. Kita akan tersenyum. Unik bukan?

Sekalipun ada orang menyimpan duka, kesedihan, bahagia atau kegembiraan. Mereka akan tetap tersenyum. Namun sudah pasti, senyuman itu menyimpan beribu makna. Hanya dia yang tahu. Entahlah, apabila menyebut soal cinta dan percintaan. Pasti menyelinap rasa mesra di hati. Sungguh ajaib bukan?

Ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup ini. Hanya sahabat yang tulus dan jujur akan meninggalkan jejaknya dia sanubari. Untuk menguruskan diri sendiri, seseorang memerlukan mindanya. Tetapi, untuk mengurus orang lain, seseorang memerlukan hatinya. Hanya sesuatu yang lahir dari hati akan jatuh ke hati. Benarkan?

Semua orang boleh menghukum pada zahir, tetapi ukuran sebegitu selalunya tidak tepat. Ramai yang ditipu dan tertipu kerana fizikal. Akhirnya kecewa dan dikecewakan. Ingatlah, kebenaran akan tersingkap. Esok atau lusa, sekarang atau akan datang, kejujuran akan muncul juga di atas sekeping hati yang tulus. Lalu ia meninggalkan kesan yang abadi. Seperti aku hari ini.

"Dia adalah seorang sahabat sekarang.. yer, dia pernah dekat denganku..dan.."
"Dia khianati dirimu?"
"tidak, tidak pernah"
"Dia pernah buat dirimu marah?"

Diam.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sesama manusia. Marah itu sekadar satu tanda bahawa diri ini mengambil berat terhadap apa yang dia lakukan. Mungkin dia pernah membuat diri ini marah. Tetapi dia tidak pernah mengkhianati. Lagipun, jika diri ini pernah dikhianati sekali… sudah pasti dia sudah disingkirkan. Hanya orang bodoh sahaja membiarkan dirinya dikhianati sebanyak dua kali.

"Dia tidak pernah mengkhianati diri ini, namun hanya Allah SWT sajalah yang tahu."

Entah! Aku tidak mampu hentikan rona di jiwa daripada memikirkan dia. Sedangkan manusia yang berjiwa besar itu akan memikirkan tentang idea baru. Manusia yang berjiwa sederhana akan memikirkan peristiwa seputarnya. Hanya orang berjiwa kerdil sahaja tidak mampu melepaskan dirinya daripada memikirkan tentang seseorang. Aduh! Adakah aku seorang yang berjiwa kecil? Aku cuma tidak dapat melupakannya, aku terasa kehilangan.

"Kehilangan?"

Aku teringat ada orang menyebut bahawa seseorang yang kehilangan harta, dia kehilangan sesuatu yang berharga. Jika dia kehilangan sahabat, dia kehilangan sesuatu yang lebih berharga. Namun, jika dia kehilangan kepercayaan, maka dia hilang segalanya.

"Kau pernah memilikinya?"

Diam.

"Tidak .. tapi .."
"Jadi, kenapa harus rasa kehilangan?"
".. tapi .. aku pernah memilikinya dulu .. "
"Bukankah kini kau bukan miliknya lagi?"
"Yer, aku bukan miliknya lagi .. "
"Jadi, kenapa tidak kau lepaskan dia pergi?"
"Lepaskan? Bagaimana ?"
"Lupakan terus memori bersama dia.. kau mesti boleh memaafkan dia juga"
"maaf?"
"yer, maafkan segala kesilapan dia dulu. "

Diam.

"Sudahlah, adakalanya memaafkan itu lebih baik dari menyimpan rasa. Lepaskan segalanya, kau pasti akan berbahagia walau tidak bersama dia."
"Jadi, kau suruh aku memaafkan dia?"
"Yer kerana itu lebih baik dari kau menyimpan dendam yang boleh membakar dirimu"

"tapi.. dia tak pernah menyatakan maaf padaku. Kenapa aku harus maafkan dia"
"Untuk ketenanganmu. Percayalah, selepas kemaafan di beri, jiwamu pasti akan tenang."

"Aduh, sukar juga."

"Itulah, kadangkala terlalu sukar untuk memaafkan. Tetapi, bukankah kemaafan itu lebih baik dari menyimpan dendam?"

"Jika aku memaafkan dia, haruskah aku bertegur sapa dengannya?"

"Tidak, diam itu lebih baik kerana aku tidak mahu kau lebih terluka. Ada kalanya, apa yang kau rasa, kau lalui, lebih baik dirahsiakan, kerana itu akan melindungi luka di hati daripada berdarah kembali"

"Ya, aku sedar. Akan ku simpan maaf ini menjadi doa.Insyaallah.."


with luv,

Happy 10th year anniversary..



Friendships come and Friendships go

Friendships come and Friendships go
Like wave upon the sand
Like day and night
Like birds in flight
Like snowflakes when they land
But you and I are something else
Our friendship's here to stay
Like weeds and rocks and dirty socks
It never goes away!

Hari ini genap 10 tahun persahabatan aku dan Emy. Terlalu banyak suka dan duka kami lalui bersama. Walau ketika ini kami tidak banyak masa di habiskan bersama tetapi kami tahu, kami berada di dalam hati masing². Byk coretan mengenai friendship nih di sini. Sungguh, aku bersyukur dengan persahabatan ini. Sesungguhnya ini antara harta yang sangat bernilai buat aku. Mudah²an akan terus kekal selamanya. Insyaallah..

with luv,

Tuesday, June 23, 2009

++ Tentang Coklat ++

Jumpa website nih masa tgh browsing tadi. Macam menarik. Harus ku tuju ni. Tak sabo² tuh. Nampak macam² ada tapi entahlah kot² nak kena beli dalam kuantiti banyak ker. Tak dapat lahkan. Maklumlah, me kan baru jer nak berjinak² dengan dunia coklat nih. Apa pun tentang coklat memang me akan teruja. Dari kotak sehinggalah kpd sekecil² alat atau tools yg di gunakan untuk membuat coklat nih. Esok nak buat coklat untuk tempahan 3pcs for 30 pax. So malam nih me akan cocentrate dengan maniks ku yang terbiar beberapa hari tu. hehhehhe... encik mahmood tak menjelma la...

order yg sedang menanti :
26 June - 30 pax (3pcs/pax)
- 2 pax (10 pcs)
29 June - 10 pax (4pcs/pax)
4 Jul - 35 pcs (hantaran gift)
24 Jul - 35 pcs (hantaran gift)

p/s : kene ready order book nih.. kalo tak, kompem aku luper... kalo tudung tuh lupa bulehlah nak di gagahkan mencari, kalo coklat? sendiri mau ingat.. hahhahha...


Ini adalah gambar masa open booth sempena 'secreatary get together' event.

Koleksi tudung yang di jual .. mcm² color ader..


Lihatlah coklat ku. Alhamdulillah, semuanya berjaya di jual..
cuppies pon ader.

antara barang² yang di jual... VS stuff, Losyen Mustajap, Pati halia dll.





with luv,

Monday, June 22, 2009

Happy Father's day

Weekend story.....

Hari sabtu yang sangap.. oh.. kebosanan melanda. Serba serbi tak kena. Nak menjahit manik, malas. Nak buat coklat, malas. Nak mengemas pon malas... Sangap sungguh. Last² me gi buat facial. Rasa macam nak pegi spa jer. Di urut, di belai.. mesti best kan... hahhaha... tapi di tengah bulan yang penuh kegersangan nih apakan daya, melepak kat rumah jer la nampaknya. ahak.

Hari ahad yang penuh. Semalam dah sehari suntuk dok umah jer kan so hari nih, sehari suntuk dok luar umah... muhahhaha... Act tgh hari gi ambik tudung dan terus berbisnes di Ikea. Alang² dah sampai Cineleisure tuh apalagi, layan movie la. So smalam me n Dorisya layan citer The Last House on The Left. Ngeri weh citer nih. Apa pun citer nih memang best. Sure me tak tengok citer nih lagi pas nih. memang sangat ngeri utk org² seperti saya yang takutkan darah. Di nasihatkan membawa apa² benda yg boleh menutup mata ketika menonton citer nih.. hehehe..



ok, balik dari Ikea terus gi Jusco AU celebrate Father's Day @ Sakura Kristal. Dah janji ngan abah nak belanja makan malam nih.

Coklat untuk abah. Coklat lambang cinta....

Layan coklat dulu sementara tunggu order.


Yeay... anak abah ...

Posing tetap posing. huhu

Nikmat sungguh coklat nih... memang layannnn...

Ok, dah sampai my order, mee hailam.

Last but not least, Banana Split... yummmmyyy...


Ok, sekian dulu dari org yang sedang dalam mood malas meng'update' blog. Seminggu sekali jer update.. sungguh malas!


with Luv,

Saturday, June 13, 2009

Picnic dan Chocolate Box

Ni la kotak yang di cari-cari. Nasib baik berbaloi even tak dapat join picnic. At least dapat gak kotak yang di cari.. Hai la kotak, awat susah benar nak jumpa ek???


Sepatutnya hari ni me bersama family pergi picnic di Ulu Yam. Seminggu awal dah plan nak pergi picnic ni. So dengan hati yang berkorbar-kobar memang excited la me nak berpicnic. Rasanya dah lama me tak join aktiviti picnic bersama dgn family or even kawan-kawan pon. Nak jadi cerita, my sis lak ajak pergi ke Bakery di Puchong yang last week me pergi tutup tu lah kan. So hati jadi berbelah bagi, nak pergi picnic or nak pergi cari kotak. Antara bisnes dan aktiviti sosial yang mana satu pilihan hati? Finally me decide to follow my sis ke bakery since my sis janji lepas tu my sis akan hantar me ke Ulu Yam utk menyertai aktiviti picnic bersama keluarga. Huhu...

Sesungguhnya kita hanya merancang. Tepat jam 9 am me gerak dari umah terus ke Puchong. My family lak tunggu my mak long datang dari Bangsar. May be dalam pukul 10 dorg akan bergerak ke rumah my 'mak itam' di Taman Melewar. Maklum shj, dah namanya aktiviti keluarga, so byklah persinggahannya. Dan mengikut planning awal, my car akan tinggal kat umah 'mak itam'. So dorang semua akan bergerak dengan 2 kereta shj. Jam 10.45 am my brother call me btau yang planning dah tukar coz salah sorang anak 'mak itam' guna kereta dan tak balik2 lagi so terpaksalah guna my car n my mak long car. Dan yg bestnya, sorang dari sepupu me, azura terpaksa tunggu that car yg di gunakan coz kereta tak muat kalau nak bawa satu trip. So my sis tak payahlah sent me to Ulu Yam. Just sent kat rumah mak itam jer.

Yg me pulak, tak jumpa2 kotak yang di cari. Puas la mencari, last2 dapat tau ada kedai kotak di Putra Perdana. So kitorg terus ke sana sekijar jam 12 tgh hari. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga kotak yang di cari.. Tapi jam dah menunjukkan jam 1 pm. Azura dah tunggu me di rumah untuk pergi ke Ulu Yam. Memang takdir tak menyebelahi. Me stuck di bulatan kepong sejam lamanya. Jam dah menunjukkan pukul 2.30 pm ketika itu. Dah la dari puchong tuh pon memang dah jam. Ish..ish.. memang dah tak senang duduk dlm kete.. asyik dok pk, bila lah nak sampai... tak sabar nih nak picnic. Tengah dok tersekat kat jam tuh, my bro call kata dorg semua dah odw back coz kat Ulu Yam dah hujan lebat.... alaaa.... tak dapat la me pergi picnic... Aduhai, kesian my cousin tunggu kat umah.

Akhirnya me x dpt join picnic hari ni.... terus pergi umah 'mak itam' n lepak sana sampai malam. Memang frust..... nak tau citer Ulu yam, ada kat my cousin blog. Menci la weh x dpt join korang.. Waa.. memang frust laa...


with Luv,



Monday, June 8, 2009

coklat oh coklat ..

Di sebabkan frust semalam Bakery tutup so hari ni me ngan my sis layan buat coklat. Act pagi tu kitorg (me, my sis, my cousin) pergi ke chow kit since my cousin kata kat situ ada jual kotak. Tapi kotak yang di cari tidak menepati citarasa so terus sahaja pulang ke rumah dan layan buat coklat untuk tempahan yang pertama 300 pcs lollipop.

Dari jam 3 pm smpai pukul 9 pm baru settle buat coklat tapi belum sempat nak buat pakaging lagi. Dah alang² buat coklat, so me terus jer cuba buat praline berinti strawberry dan inti peanut. Yummyyy....




Coklat yang telah siap di potong kiub.


sebahagian dari chocolate bear yg dah siap tapi belum di letak stick utk di jadikan chocolate lollipop.


Ni pulak Praline berinti peanut dan strawberry. Untuk tempahan silalah hubungi saya yer.. ;-)


p/s : untuk sebarang pertanyaan / tempahan coklat, sila email saya di deli.chocs@yahoo.com

with luv,

Sunday, June 7, 2009

oh me terlupa!

Hari ni me bersama dengan my sis and abg ipar ke Puchong. Hajat di hati nak pergi ke bakery di puchong untuk mencari pelbagai jenis kotak untuk chocolateku. Kami sampai di sana lebih kurang jam 11 pagi tapi malangnya kedai tu tutup.... oh sgt frust... hari ni kan public holiday. mcm mana me boleh terlupa nih?? aduhai...sudah lah jauh dan hampir-hampir di saman dalam perjalanan tadi gara-gara memotong di double line. Ahak...

Kelakar sungguh bila teringat peristiwa hampir di saman tadi. Mana taknya, dah la tercari-cari jalan dan kebetulan pula baru shj keluar dari tol. Smart tag pula tiba-tiba tak berfungsi. Padahal baki duit masih banyak lagik. So sedang sibuk bercerita pasal smart tag nih la kejadian ini berlaku. huhu. Nak masuk simpang tak perasan double line, elok jer masuk simpang terus kena tahan dengan polis trafik.. hahhaha... yg kelakrnya, masing-masing semua blurr... sehinggalah pak polisi tanya bila boleh selesaikan, seminggu? sebulan? dan dengan spontannya, kami semua buat muka blur... hah, kena bayar? Agaknya di sebabkan ke'blur'an kami ni la pak polisi melepaskan kami dengan syarat tak ulangi lagik kesilapan yg sama. Hahahha... serius... memang blur time tuh! Abg ipar aku cakap jgn citer kat org, malu. huhu... Tapi aku nak citer jugak... hahhah...


with luv,

Tuesday, June 2, 2009

Beads Collection : Beauty Amida

Material : Chiffon
Type of Design : Heavy manik tabur.
Beads type : Japanese beads & Pearl glass beads.



Full Dress

Baju

CloseUp bahagian leher.

CloseUp bahagian lengan

CloseUp lengan.



with luv,

sehari @ Genting Theme Park

Last weeknd me gi Genting setelah sekian lama tak ke sana. Rasanya last pergi masa baru² habis belajar. I mean pergi dan masuk theme park. Ada gak beberapa kali gi tapi tak masuk just melawat kawasan jer.. Memang seronok layan. hehe. Tapi kali nih me pergi dengan family bawa adik me yang sedang bercuti sekolah katanya. Apa pun me tak sabo nak melawat chocolate wonderland by beryls. hehehe..

Chocolate Wonderland





kat genting ada burung???


with luv,