Tuesday, June 2, 2009

finally..... i got it!

Oh sudah lama daku mengidamkan kasut nih.. Dan akhirnya berjaya juga me memilikinya. Sebenarnya me pergi beli last week lagi at Crocs Ikano. Alhamdulillah. Selesa dan sangat selesa. Perasaan me? Sangat berbunga²... hehe... me dah rasmikan pun utk celebrate birthday Dorisya... kasut me purple okkeyy... (tema majlis nih purple..) tq dear, for d lovely present. :-D

cantik tak kasut baru ai?? cantekkkaaannnn... hehe (kalo bukan me yg puji sapa lagik nak puji.. hehe)

Semoga ini crocs terakhir yg me minat... hahaha...


with luv,

Friday, May 29, 2009

.. Syurga Cinta ..

Last nite me pergi menonton movie ni. Movie yang di bintangi oleh Awal Ashaari , Heliza dan adik Hadziq. Movie ni pada me best la jugak dalam kategori cerita melayu. Walaupun belum sampai ke tahap seperti filem ayat² cinta tetapi sekurang²nya movie ni tidaklah boring. Banyak juga unsur² lawak jenaka yang diterapkan dalam movie nih. Lakonan adik Hadziq memang lucu. Cuma Heliza mungkin perlu memperbaiki mutu lakonan. Untuk penampilan pertama kali kira bagus jugaklah Heliza nih. Tidaklah seperti tiang kayu jek. So uols yang nak tengok bolehlah pergi tengok. Menyokong filem tempatan.

** Review **
"Syurga Cinta" is about the love between two people with different ideologies: a Muslim boy named Irham who lives a very modern, Western lifestyle (Awal Ashaari), and a Muslim girl named Syuhadah who faithfully follows the teachings of Islam in our modern society (Heliza AF5). When these two worlds collide, they face issues and confrontations that both of them have yet to learn and understand from each other.

_______________________________________

Antara quote yang me sangat suka dlm filem nih ialah,

"Jadilah wanita di dalam kaca, hanya yang berkemampuan yang dapat memilikinya. "

" Ada 3 jenis perkahwinan... pertama .. kahwin syaitan ... kedua kahwin jin .... ketiga kahwin dari jodoh yang telah di tentukan.. "










with luv,

Thursday, May 28, 2009

what comes around, goes around .....

Kenapa tajuk n3 ini yang me pilih? Sekadar ingin bermuhasabah diri bahawasanya Tuhan itu maha adil. Apa yang kita lakukan hari ini pasti akan mendapat balasannya di kemudian hari. Tidak kira samada perbuatan itu sesuatu yang baik atau membanggakan mahupun perbuatan itu tidak baik dan penuh penghinaan. Mungkin hari ini kita dengan bangganya menyebarkan fitnah terhadap seseorang yang kita tak suka tanpa kita sedari yang Tuhan itu sentiasa memerhati. Dengan gembiranya kita menjaja cerita ceriti yang kita reka sendiri untuk memberi perisa kepada sesuatu peristiwa tanpa kita perasan yang Tuhan itu sentiasa mendengar.

Dan hari ini, pabila Tuhan itu menurunkan ujian di atas segala tindakan kita yang pernah kita lakukan, janganlah kita berkeluh kesah dan mempersoalkan kepada pencipta mengapa kita di uji sebegini rupa? Renunglah diri, ingatlah setiap tindakan dan kata² kita yang mungkin telah melukakan hati insan lain. Terimalah ujian ini seadanya untuk menyucikan dosa yang pernah kita lakukan.

Terima kasih kerana melakukan semua ini. Terima kasih jua Tuhan yang sudahpun memberi pembalasan. Sesungguhnya doa org² yang teraniaya ini sangat mudah di perkenankan. itu janji Tuhan!


with luv,