Monday, July 4, 2016

Mood Raya


Salam 29 Ramadhan.

Mesti korang dah tak sabar nak beraya kan? Hehehe. Bagi yang masih belum pulang ke kampung, sure hanya jasad je di sini. Hati korang mesti dah sampai kampung. Aku raya Kali ini masih di KL. Sejak umur dah semakin meningkat, family dah semakin berkembang, family aku decide untuk raya di KL dahulu. Seingat aku dah nak masuk 3 Kali beraya di KL ni.

Best ke? Jangan tanya ok. Of course la mood beraya di kampung tu lagi meriah tapi jika beraya di KL ni lebih membahagiakan, why not. Ahak. This year, mood beraya aku memang kelaut. Dari start Ramadhan lagi mood beraya tu tak datang-datang. Persiapan raya? Hanya untuk Boy dan parent aku je. Itupun secara bersederhana.Actually, awal Ramadhan lagi aku dah  belikan baju melayu Boy. Baju Mak minggu ke dua Ramadhan dah settle. Baju aku? Tak de beli yang baru pon. Pakai je baju-baju yang belum di pakai. Hehe. Cadang nak berganti kasut pon tak beli lagi. Sembang-sembang dengan my colleague, kata nak beli kasut baru la sebab tak beli Baju kan... sekali my colleague balas, "perlu ke raya beli kasut baru?" Hahhaa... ok, fine tak payah beli kasut. Pakai jer la apa yang ada. Nampak tak betapa mood beraya tu nan ado.....

Tapi...

Bila dah start kacau dodol dan menganyam ketupat, barulah rasa mood nak beraya tu. Asalnya, Mak kata tak payah buat ketupatlah. Masak je ketupat segera. Aku like... Ok... tapi at last aku cakap Kat Mak, ala Mak beli la daun ketupat. Walaupun aku tak reti nak menganyam tapi adik aku pandai. So bolehlah mengerah dia untuk anyamkan. Memandangkan this year, semua adik-beradik aku beraya sekali.... so, kenalah naikkan mood beraya tu kan walaupun di KL. Hehe.

Nah, malam tadi kitorang mengacau dodol menggunakan Cara moden ala-ala kl. Guna jer noxxa. 😃😃

Dah siap dah dodol. 
Kalau ikut resepi noxxa, 20 minutes siap mengacau tapi kitorang mengacau lebih dari sejam. Nak pastikan betul-betul terbit minyak dan tak melekat. Lagi pun, aku penah try sebelum ni kacau lebih kurang setengah jam. Memang dodol dah tak melekat tapi jangka hayatnya tak panjang. Lebih kurang seminggu dah start  berkulat. Sepatutnya dodol boleh tahan berbulan-bulan kalau kena dengan Cara masak nya. 

So sesiapa yang nak mengacau dodol menggunakan noxxa, make sure kacau lama skit walaupun dah tak melekat untuk memastikan jangka hayatnya lebih panjang.

Siap-siap masuk bekas. Satu adunan dapat lah dalam 9 bekas taufufa. So lepas ni bolehlah di bahagi-bahagikan. 

Menganyam ketupat.

Sementara Abah mengacau dodol, mak cuba-cuba Adah skill menganyam ketupat. Jadikla ketupat sate. Now tengah berusaha nak buat ketupat bawang sebab ketupat bawang ni besar skit. So boleh isi beras banyak skit. Ketupat sate agak leper. So isinya lebih slim dari ketupat bawang.

Oklah, nanti sambung lagi. Nak HP(high pressure ) perut, daging rusa, ekor lembu dan segala tok nenek haiwan untuk di masak malam raya. HP siap2 senang. Lagi senang HP dengan noxxa. Memang Terasa kemudahannya. Tak sia-ssia-sia melabur utk Noxxa ni. Time nak raya ni lah memang rasa sangat-sangat sangat membantu. Korang tak de noxxa? Dah, pegi beli noxxa dorang sebijik... ekekkeke.

So aku dah boleh rayalah kan?😉😉




Note: Typo adalah disebabkan aku update guna note. Dah lah autocorrect. Stress pulak aku. Huhuhu

with luv,

Sunday, July 3, 2016

Resepi Dodol Noxxa

Park dulu resepi dodol noxxa ni kat sini. Mood nak buat dodol dah datang. Kita tengok jadi ke tak yer... Ada macam-macam versi resepi. Pilihlah ikut kesesuaian.

--------------------------------------

Resepi 1 : Sumber dzanariah

DODOL  DURIAN
Bahan-bahannya
500 gm tepung pulut
3 cawan gula melaka*
2 cawan gula pasir*
3 cawan air*
2-3 helai daun pandan *
1 kg santan pekat
2 cwn isi durian

Cara-cara :
1. Masak bahan * hingga gula larut kemudian tapis.
2. Masak bahan yg telah ditapis,  santan dan isi durian  sebentar sahaja.
3. Masukkan tepung pulut dan bahan yg di masak tadi dlm pengisar (blender) hingga sebati (tidak berketul2)
4. Tuangkan  adunan tepung ke dalam periuk,pasang penutup
5. Tekan  butang  "Steam"  20 minit.
6.  Selepas itu , buka penutup , dan tekan butang ' Stir Fry' ..
7. Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak (anggaran 20 minit)
8. Adunan akan meletop2 dan pecah spt gambar di bawah. kacaulah  sehingga terbit minyak pada dodol trsbt.. siapp.. sejukkan.. sedappp.. tak melekat dijari..


Resepi 2 : Sumber mamajue

Bahan-bahannya :-
* 1/2 cup gula pasir
* 1 cup gula merah
* 1 cup santan
* 1 cup tepung pulut
* 1 sudu besar tepung beras
* Secubit garam
* 3 helai daun pandan

* Boleh gandakan bahan2 untuk dapat dodol yang banyak..

Cara-caranya :-
  1. Blenderkan semua bahan2 kecuali daun pandan. kemudian tapiskan dan masukkan ke dalam inner noxxa
  2. Setelah itu simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi
  3. Tutup periuk noxxa dan steam kan selama 4 minit, ulang selama 3x.. 
  4. 1st - Steam 4 minit, buka penutup & kacau
  5. 2nd - Steam 4 minit, buka penutup & kacau
  6. 3rd - Steamkan lagi 4 minit, buka penutup & kacau. Dah siap...
  7. Finally letak sedikit minyak untuk tidak melekat pada bekas..  Siap.. 12 minit dodol dah siap.. kalo korang gandakan 2 maknanya 24 minit lah.. 


with luv,

Friday, July 1, 2016

Ketuanan lelaki melayu turun temurun

Sumber : IIUMC

Aku rasa terpanggil nak komen pasal hal ni. Kenapa? Sebab memang banyak berlaku di depan  mata aku. Firstly aku memang salahkan  Mak bapak yang terlalu mengagungkan anak lelaki sampai tak perlu buat  apa-apa.

Kesannya memang takkan nampak dalam tempoh yang singkat tapi 20-30 tahun akan datang, baru nampak kesannya. Masa tu tak gunalah nak mengajar lagi. Dah sebati kot perangai tu. Sebab itu ada pepatah melayu kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah Jadi buluh, tak payah lah nak di lentur lagi. Silap-silap haribulan boleh patah.

Kesian  dengan isteri-isteri yang dapat suami macam ni. Langsung tiada rasa tanggungjawab. Semua nak berhidang depan mata. Come on la.

Dalam hal ni, aku sangat setuju dengan didikan Mak abah aku yang tidak membezakan antara kami. Memang tidak dinafikan, anak-anak perempuan buat kerja rumah lebih dari anak lelaki tetapi tidak bermaksud anak lelaki boleh lepas tangan. Adik-adik aku basuh & gosok Baju sendiri. Makan ambil sendiri atau kalau berhidang, akan sama-sama menghidang. Bukannya yang lelaki duduk depan meja tunggu nasi datang. Tidak. Kalau aku angkat nasi, yang lain angkat lauk, air dan sebagai nya. So sampai sekarang adik2 lelaki aku boleh diharap. Bukan nak banggakan diorang tapi inilah perbezaan yang aku lihat. Mereka lebih bertanggungjawab compare dengan lelaki-lelaki yang tidak dididik untuk buat kerja rumah. Basuh pinggan umpamanya, boleh je adik2 aku cuci pinggan mangkuk di dalam sink. Walaupun diorang tak basuh pinggan yang berlambak di dalam sink at least pinggan makan mereka sendiri akan di basuh. 

Dulu Boy jugak hampir spoil. Maklumlah anak bongsu. Semua benda Mak buatkan. Tapi sejak Mak pergi Haji, Boy tinggal dengan aku dan adik, aku memang train dia gosok Baju sendiri. Basuh kasut sekolah sendiri. Basuh pinggan makan sendiri. So now Alhamdulillah. Memang tak de masalah nak suruh dia buat kerja rumah. Aku cakap siap-siap dengan dia, kakak kerja penat, balik nak masak lagi. Basuh baju lagi so Boy kena tolong kakak. At least uruskan diri sendiri. Masa Mak pergi Haji dulu, kalau aku masak, adik lelaki aku yang no 4 tolong basuh pinggan. Dia tolong basuh baju dan aku tolong sidaikan baju. Masing-masing tahu dan ambil tahu tanggungjawab memasing. Cuma adik-adik aku memang suka makan di rumah. So nak tanak aku memang kena masak kalau Mak tak de. Tapi diorang akan tolong part lain. 

Beza memang berbeza. Berdasarkan pengalaman aku sendiri pun. Aku pernah je nampak, lelaki yang mengharapkan bini buat semua benda. Anak berak pon bini. Anak Mandi pon bini. Anak nak makan pon bini. Padahal si bini tu sibuk nak masak apalah salah nya kau tolong bini tu cucikan berak ke... pakaikan baju anak ke... tak de ye... hasil didikan Mak yang anggap anak lelaki kena Layan macam raja. Inilah jadinya. 

Sebab tu aku tak setuju parent yang tidak ajar anak lelaki untuk buat kerja rumah. They actually spoil their son. 



with luv,