Monday, February 2, 2009

what makes a tudung more than a tudung...

Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur’an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: “Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya.”


Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.

  • Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
  • Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
  • Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai tudung di tempat-tempat tertentu.


Fesyen dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:

  • Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.
  • Tudung labuh atau mini telekung.
  • Tudung bersegi seperti tudung bawal.
  • Tudung sarung atau tudung mini.
  • Selendang.
  • Skarf.

sumber : Wikipedia

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis tudung untuk di gayakan oleh muslimah yang inginkan kelainan. Now, fesyen² terkini tidak lagi menghalang muslimah malaysia untuk bergaya mengikut peredaran masa. Tidak lagi di katakan seperti ‘org kampung’ or ‘kuno’ malah dengan pemakaian tudung yang kene gayanya akan meningkatkan keyakinan diri untuk berdepan dengan apa jua situasi.


Presenting....

Taraa..... inilah dier sebahagian dari pic photoshoot session yang lepas. Tudung yang boleh di gunakan dalam apa jua situasi, title atau pun umur. Mudah, ringkas dan bergaya!

more piccis available here....


Sunday, February 1, 2009

Ala² inggeris gitu...


Kenapa saya letak gambar katil ni yer? Ha, sebenarnya saya baru sahaja terima cadar ini pemberian dari makcik kesayangan saya. Oh, I like it! Lebih² lagi makcik saya menjahitnya sendiri. Sebenarnya, dah sekian lama makcik kata nak jahitkan cadar untuk saya. So dengan muka tak malunya saya request nak cadar corak ala² inggeris. Hehehe.. tak malukan?

Inilah dia katil + cadar baru saya. Sesuai pula dengan warna bilik saya ni. Bilik ni pun baru sahaja selesai di cat baru. Untuk persediaan sebagai bilik pengantin. Bilik pengantin? Ops... bukan saya pengantinnya ok. Siapa lagi kalau bukan kakak saya yang bakal mendirikan rumahtangga bulan Mac ni. So sekarang ni memang tengah sibuk membuat persediaan utk perkahwinan beliau.