Saturday, June 18, 2016

Salam 13 Ramadhan


Salam 13 Ramadhan.
Harap-harapnya masih belum terlambat ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah berkesempatan kita bertemu kembali dengan Ramadhan tahun ini. 1 Ramadhan yang jatuh ketika cuti sekolah memberi kesempatan untuk adik-adik yang duduk di asrama berbuka bersama keluarga tercinta. 
Ramadhan Kali ini mengizinkan Boy untuk berpuasa bersama kami. Bukan setakat Boy, Maira dan Arif juga berpeluang berpuasa dengan kami. Agak kecohlah jugak. Maklumlah tahun pertama mendidik Maira dan Arif untuk berpuasa dan bersahur. Sebagai penggalak untuk Arif dan Maira berpuasa, my Mak a.k.a Atuk Mak memberikan ganjaran atau hadiah iaitu setiap hari mereka berpuasa akan diberikan RM 1 untuk di simpan di dalam tabung mereka. Punyalah happy mereka. Setiap Kali selepas terawikh, mereka akan tuntut hadiah dari Atuk Mak. 

Alhamdulillah, Ramadhan Kali ini juga kami berpeluang untuk berterawikh di masjid. Walaupun sibuk dengan tempahan karipap yang semakin banyak, masih sempat mencuri kesempatan untuk berterawikh. 

Sepanjang berterawikh, Arif akan ikut Paksu a.k.a Boy manakala Maira ikut aku. Hari pertama, Maira berjaya menghabiskan solat Isyak dan beberapa rakaat solat terawikh. Aku tidaklah mengharapkan Maira solat terawikh penuh 8 rakaat. Cukup sekadar dia mencuba untuk bersolat terawikh. Di usia 6 dan 5 tahun, setiap bacaan solat telah di hafal oleh Maira dan Arif ialah sesuatu yang agak memberangsangkan. 
Alhamdulillah.

Ingin mendidik seorang anak kecil bukan lah sesuatu yang mudah. Adakalanya hati kecil kita yang dewasa ini mudah cair dan mudah lemah dengan rengekan mereka. Tetapi aku percaya, melentur buluh adalah dari rebungnya. 
Di usia kanak-kanak inilah mereka paling mudah menerima ilmu dan mereka adalah observant yang paling cepat. Ibarat sponge yang di siramkan air ke atasnya dan akan meresap jauh ke dalam.


Tarbiyah dari anak kecil.

Di masjid, sementara menanti azan Isyak, ketika satu tabung masjid di edarkan di kalangan jemaah, tiba-tiba Maira meminta kebenaran untuk memasukkan duit ganjaran berpuasa yang diterimanya hari ini ke dalam tabung tersebut. 

"Mak Ngah, boleh Maira masukkan duit yang Atuk bagi tadi dalam tabung tu? Maira nak sedekah. Lepas tu Maira nak doa supaya Atuk sihat. Kaki Atuk tak sakit dah..."

Allahuakbar.

Aku tak pernah ajar Maira begitu. Tidak pernah. Apa yang aku selalu beritahu padanya, rajinlah bersedekah kerana dapat banyak pahala selain dapat membantu orang yang memerlukan. Usai bersedekah, berdoalah untuk kita terus dimurahkan rezeki. Cuma seingat aku Maira pernah bertanya, boleh ke berdoa apa sahaja. Yer, boleh doa apa sahaja yang Maira inginkan.

Terharu. Perasaan aku ketika itu. Sungguh terharu dengan doa yang dipinta oleh anak kecil ini. Bukan untuk dirinya tetapi untuk insan-insan kesayangan nya. Malah sanggup memberikan ganjaran yang diterimanya semata-mata ingin mendoakan kesihatan Atuk. Benar, ilmu kehidupan dan tarbiyah yang ingin Allah berikan bukan sekadar di sekolah malah boleh diperolehi di mana-mana. Hatta dari anak kecil juga boleh kita pelajari sesuatu.
Saat dan ketika hati aku sendiri berbolak-balik ingin bersedekah, lantas Allah turunkan peringatan kepada aku melalui anak kecil ini. Sedekah tidak akan membuatkan kita jatuh miskin. Malahan bersedekah di bulan Ramadhan lebih besar ganjarannya.

Maira dah ready nak solat di masjid Jem Wardieburn.

Arif Syahmi sedang menanti Atuk Pak Su bersiap. Cepatla, Arif tak sabar dah ni. 😃

Kakak Maira dan Arif Syahmi. Kakak pakai Baju Mak Ngah. Bajunya Jadi jubah, kainnya aku alter jadikan seluar tight panjang. Sekarang Kakak dengan Mak Ngah dah sama size 😂😂
Arif Syahmi walaupun hatinya keras, jiwanya lembut. Pernah sekali ketika aku ajak mereka solat, Arif Syahmi baca bacaan solat dalam keadaan sebak dan Syahdu. Ingatkan kenapalah Arif ni, rupanya dia sedih sebab mummy tak bawakan songkok untuk dia bersolat. Alahai anak. Nak tergelak pun ada juga. Tapi bagi menghormati perasaan anak kecil ini, Mak Ngah pun pujuklah. Atuk siap belikan  Arif kopiah baru. 😂😂

Arif Syahmi dengan Paksu. Jubah yang Arif pakai ni, Atuk Mak belikan ketika di Mekah tempoh hari. Just nice dengan size nya. Jubah Pak Su pun beli di Mekah guna duit Pak Su sendiri.

Atuk sakit lutut Jadi terpaksa bawak kerusi. Arif sedang lead. Memang kebiasaannya Arif yang akan berada di barisan depan setiap Kali nak ke Masjid.

Kesayangan Mak Ngah.
Maira kata, " Ambillah gambar Maira, lepas tu hanta dekat Whatsapp. Mesti mummy suka". 
Oh anak, pemikiran dah macam orang dewasa. Please sayang jangan cepat sangat membesar... Tak puas nak bermanja... ahak.

Seminggu anak-anak ini berada di rumah Mak Ngah, pelbagai ragamnya. Dah start sekolah, tinggallah Mak Ngah dengan  Atuk je berbuka puasa di rumah. Paksu pon dah balik hostel.





with luv,

No comments:

Post a Comment