Tuesday, June 28, 2016

Malam yang penuh emosi...


Detik-detik terakhir Ramadhan telah pun tiba. Sayu benar hati malam ini. Kenapakah? Entahlah... tiada jawapan. Inilah bahana tertido selepas Asar. Mood terus swing. Gangguan emosi di kala hormone tidak stabil. Ahak.

Teringat-ingat dan terbayang-bayang Kaabah. Kuat sungguh perasaan itu malam ini seolah tidak mahu berkompromi. Rindu. Sangat rindu. Bagaimanalah perasaannya iftar di Masjidil Have agaknya. Agghhhhhhhhh... makin di fikir, semakin sayu dan rindu pulak hati ini.

Lagi...

Rindu. Rindukan dia. Entah apa Khabar nya. Sihatkah... sakitkah. Aduhai hati... bertabahlah. Moga Allah memelihara dia.

Apabila rindu bertandang lagi...  emosi mula menguasai.. Entah apa yang dirindukan... banyak, banyak perkara ... menjadi satu. Maka akal dan fikiran tidak mampu untuk mentafsir rasa sebenar perasaan ini.

Rindu. Hanya rindu. Tetapi tidak tahu apa yang dirindukan....

Kosong.


with luv,

Saturday, June 18, 2016

Salam 13 Ramadhan


Salam 13 Ramadhan.
Harap-harapnya masih belum terlambat ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah berkesempatan kita bertemu kembali dengan Ramadhan tahun ini. 1 Ramadhan yang jatuh ketika cuti sekolah memberi kesempatan untuk adik-adik yang duduk di asrama berbuka bersama keluarga tercinta. 
Ramadhan Kali ini mengizinkan Boy untuk berpuasa bersama kami. Bukan setakat Boy, Maira dan Arif juga berpeluang berpuasa dengan kami. Agak kecohlah jugak. Maklumlah tahun pertama mendidik Maira dan Arif untuk berpuasa dan bersahur. Sebagai penggalak untuk Arif dan Maira berpuasa, my Mak a.k.a Atuk Mak memberikan ganjaran atau hadiah iaitu setiap hari mereka berpuasa akan diberikan RM 1 untuk di simpan di dalam tabung mereka. Punyalah happy mereka. Setiap Kali selepas terawikh, mereka akan tuntut hadiah dari Atuk Mak. 

Alhamdulillah, Ramadhan Kali ini juga kami berpeluang untuk berterawikh di masjid. Walaupun sibuk dengan tempahan karipap yang semakin banyak, masih sempat mencuri kesempatan untuk berterawikh. 

Sepanjang berterawikh, Arif akan ikut Paksu a.k.a Boy manakala Maira ikut aku. Hari pertama, Maira berjaya menghabiskan solat Isyak dan beberapa rakaat solat terawikh. Aku tidaklah mengharapkan Maira solat terawikh penuh 8 rakaat. Cukup sekadar dia mencuba untuk bersolat terawikh. Di usia 6 dan 5 tahun, setiap bacaan solat telah di hafal oleh Maira dan Arif ialah sesuatu yang agak memberangsangkan. 
Alhamdulillah.

Ingin mendidik seorang anak kecil bukan lah sesuatu yang mudah. Adakalanya hati kecil kita yang dewasa ini mudah cair dan mudah lemah dengan rengekan mereka. Tetapi aku percaya, melentur buluh adalah dari rebungnya. 
Di usia kanak-kanak inilah mereka paling mudah menerima ilmu dan mereka adalah observant yang paling cepat. Ibarat sponge yang di siramkan air ke atasnya dan akan meresap jauh ke dalam.


Tarbiyah dari anak kecil.

Di masjid, sementara menanti azan Isyak, ketika satu tabung masjid di edarkan di kalangan jemaah, tiba-tiba Maira meminta kebenaran untuk memasukkan duit ganjaran berpuasa yang diterimanya hari ini ke dalam tabung tersebut. 

"Mak Ngah, boleh Maira masukkan duit yang Atuk bagi tadi dalam tabung tu? Maira nak sedekah. Lepas tu Maira nak doa supaya Atuk sihat. Kaki Atuk tak sakit dah..."

Allahuakbar.

Aku tak pernah ajar Maira begitu. Tidak pernah. Apa yang aku selalu beritahu padanya, rajinlah bersedekah kerana dapat banyak pahala selain dapat membantu orang yang memerlukan. Usai bersedekah, berdoalah untuk kita terus dimurahkan rezeki. Cuma seingat aku Maira pernah bertanya, boleh ke berdoa apa sahaja. Yer, boleh doa apa sahaja yang Maira inginkan.

Terharu. Perasaan aku ketika itu. Sungguh terharu dengan doa yang dipinta oleh anak kecil ini. Bukan untuk dirinya tetapi untuk insan-insan kesayangan nya. Malah sanggup memberikan ganjaran yang diterimanya semata-mata ingin mendoakan kesihatan Atuk. Benar, ilmu kehidupan dan tarbiyah yang ingin Allah berikan bukan sekadar di sekolah malah boleh diperolehi di mana-mana. Hatta dari anak kecil juga boleh kita pelajari sesuatu.
Saat dan ketika hati aku sendiri berbolak-balik ingin bersedekah, lantas Allah turunkan peringatan kepada aku melalui anak kecil ini. Sedekah tidak akan membuatkan kita jatuh miskin. Malahan bersedekah di bulan Ramadhan lebih besar ganjarannya.

Maira dah ready nak solat di masjid Jem Wardieburn.

Arif Syahmi sedang menanti Atuk Pak Su bersiap. Cepatla, Arif tak sabar dah ni. 😃

Kakak Maira dan Arif Syahmi. Kakak pakai Baju Mak Ngah. Bajunya Jadi jubah, kainnya aku alter jadikan seluar tight panjang. Sekarang Kakak dengan Mak Ngah dah sama size 😂😂
Arif Syahmi walaupun hatinya keras, jiwanya lembut. Pernah sekali ketika aku ajak mereka solat, Arif Syahmi baca bacaan solat dalam keadaan sebak dan Syahdu. Ingatkan kenapalah Arif ni, rupanya dia sedih sebab mummy tak bawakan songkok untuk dia bersolat. Alahai anak. Nak tergelak pun ada juga. Tapi bagi menghormati perasaan anak kecil ini, Mak Ngah pun pujuklah. Atuk siap belikan  Arif kopiah baru. 😂😂

Arif Syahmi dengan Paksu. Jubah yang Arif pakai ni, Atuk Mak belikan ketika di Mekah tempoh hari. Just nice dengan size nya. Jubah Pak Su pun beli di Mekah guna duit Pak Su sendiri.

Atuk sakit lutut Jadi terpaksa bawak kerusi. Arif sedang lead. Memang kebiasaannya Arif yang akan berada di barisan depan setiap Kali nak ke Masjid.

Kesayangan Mak Ngah.
Maira kata, " Ambillah gambar Maira, lepas tu hanta dekat Whatsapp. Mesti mummy suka". 
Oh anak, pemikiran dah macam orang dewasa. Please sayang jangan cepat sangat membesar... Tak puas nak bermanja... ahak.

Seminggu anak-anak ini berada di rumah Mak Ngah, pelbagai ragamnya. Dah start sekolah, tinggallah Mak Ngah dengan  Atuk je berbuka puasa di rumah. Paksu pon dah balik hostel.





with luv,

Thursday, June 16, 2016

Iftar bersama BFF

Alhamdulillah.
Bertemu kami Kali pertama untuk tahun ini. Walaupun, jarak antara kami tidaklah terlalu jauh tetapi untuk mencari masa untuk bertemu itu bukan sesuatu yang mudah. Malah tidak akan berjumpa dengan masa itu melainkan  kami mencurinya. Ahak. 

Serius weh. Bila masing-masing sudah punya komitmen memang agak sukar untuk mencari masa bertemu. Namun, at least setahun pasti akan ada sekurang-kurangnya sekali masa diperuntukkan. But normally, setiap Kali birthday antara kami, pasti kitorang akan bertemu. Dengan tujuan yang begini sahaja akan menguatkan kami mencuri masa untuk bertemu.

Usia persahabatan yang telah memenuhi 15 tahun membuatkan hati kami dekat walaupun jasad tidak bersama.

Korang,
Aku sayang korang tau. Korang sentiasa ada dalam doa aku setiap hari. Moga ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga.

Tahun ni aku seorang je yang single. Si Niza tak join pula. Kalau tak, adalah geng. Oh, btw tonight we are single ok. Husband semua bagi can kitorang nak mingle-mingle. Ekekkeke...

Sian Mak buyung keletihan. Baru pulih dari sakit dan masih mengalami alahan mengandung walaupun masuk bulan ke 5 pregnancy. Bertabahlah yer.

Masa inilah kami berkongsi apa sahaja rahsia dan cerita. Tips dan panduan. Hehe.  Indahnya persahabatan apabila dapat berkongsi rasa. 
Di kurniakan sahabat yang mengerti dan sentiasa ada saat diperlukan ialah rezeki yang sangat-sangat berharga. Tidak boleh di Nilai dengan Wang ringgit sekali pun.


Chicken Chop

Seafood Aglio Olio

Salmon  baked

Berbuka puasa di Sixty-nine Islamic Steak House, Taman Melewati. Tempat yang menjadi pilihan Emy. Beberapa Kali merancang untuk ke sini tetapi tidak ada kesempatan.
Akhirnya, dapat juga menjamu selera dengan BFF di sini. 

Di sini segala kemudahan Asas ada di sediakan seperti tandas dan surau. Yang paling penting Bersih dan selesa. Surau juga di asingkan antara lelaki dan wanita. Telekung dan sejadah juga di jaga tapi. 
Alhamdulillah. Apabila kita menjaga rumah Allah dan memberikan keselesaan, rezeki akan bertambah. Inshaallah.

Dari harga a bit costly tapi rasanya sedap menjadikannya tempat yang berbaloi untuk di cuba.  Untuk menu di atas bersama air longan dan ice lemon tea anggaran RM 110. Sesekali belanja diri sendiri di tempat begini apa salah nya ka. 😉




With luv,

Friday, June 3, 2016

Lukisan Alam



Lukisan alam
Begitu indah dan cantik kejadiannya bagi yang ingin melihat dengan mata.
Begitu membahagiakan bagi yang melihat dengan hati.
Begitu mendamaikan bagi yang melihat dengan telinga.
Begitu meyegarkan bagi yang melihat dengan hidung.

Sungguh mengasyikkan jika melihat dengan seluruh pancaindera yang ada. Setiap kejadiannya begitu sempurna bagi yang mencari kesempurnaan.

Deru angin yang menyapa,
Bisa mengubat duka yang ada.
Tatkala tiada siapa yang pedulikannya.



Pejamlah mata,
Kosongkan minda,
Tarik nafas sedalamnya,
Lepaskan segalanya,
Kau pasti temui bahagia
Walau hanya seketika....


With luv,

Thursday, June 2, 2016

H.U.J.A.N



Hujan,
Mengundang pelbagai rasa. Kadangkala hadirnya menenangkan jiwa, kadangkala hadirnya bersama cinta. Namun adakalanya buat hati gundah gulana.

Hujan,
Hadirnya bersama rahmat yang tersimpan, bersama nikmat yang terpendam namun disebaliknya ada jiwa yang terusik dan keresahan.

Hujan,
Yang sedikit itu menenangkan, yang banyak itu merisaukan dan yang bersama guruh dan kilat itu menakutkan. Silap percaturan, bencana balasanya.

Sungguh,
Saat guruh dan kilat itu bersatu bersama sepertinya satu amaran dari alam semesta. Betapa tangan-tangan manusia yang rakus memusnahkan keharmonian ekosistemnya.

Lebih ironiknya, apabila guruh dan kilat ini di rasakan sepertinya bumi mencapai penghujung usianya.
Mungkin, terlalu jauh imaginasinya, tapi hakikat kehancuran adalah satu kepastian.
Saatnya akan tiba. Dan pasti tiba!


with luv,