Sunday, January 31, 2016

My Umrah Journey : Day 4



Hari ni tidak ada aktiviti luar. Hanya ziarah dalam, iaitu raudhah Dan perkuburan baqi'. Ziarah pula dijadualkan sebelum Asar. 

Jadi, dari subuh aktiviti bebas. Ini sebelum Zohor. Cuaca nampak baik hari ini. Tidak terlalu sejuk kerana cahaya matahari yang terik mampu memberikan kehangatan.


Payung-payung ini tidak pernah ditutup sepanjang aku berada di Madinah. Lihatlah ramainya manusia dari pelusuk dunia. Di sini, amalan bersedekah itu biasa. Ramai yang berlumba-lumba mengejar pahala. 

Adakalanya, aku berseorangan ke Masjid terutamanya Subuh dan Dhuha. Tapi jarak yang dekat antara hotel dan masjid, tidak pernah rasa keseorangan. 

Malam ni aku bercadang Nak ke Raudhah sekali lagi. Ketidakpuasan Kali Pertama itu membuatkan hati meronta-ronta ingin mendatangi Raudhah sekali lagi. 

Ini adalah bumbung di dalam masjid Nabawi. Ada kawasan yang bumbungnya akan terbuka pada waktu-waktu tertentu. Kali ni berkesempatan bersolat yang berbumbungkan langit. Subhanallah. Cantik sangat. Kalau tak silap waktu ni maghrib. Langit mula gelap. 

Cantiknya langit di atas sana. 
Sepanjang di Madinah, aku berpeluang solat di pelbagai tempat. Di dalam masjid, di saf hadapan. Di kawasan laluan di dalam masjid pun pernah. Di perkarangan masjid juga pernah. Malah, di luar Masjid juga pernah. Tipsnya jika ingin mendapat saf yang selesa, datang awal sebelum masuk waktu solat. Selalunya jika azan dah berkumandang, dalam masjid telah pun penuh. Tapi jangan bimbang, jika ada rezeki, pasti ada ruang untuk kalian. Yang penting, jangan berhenti berdoa. 

Selesai Isyak, aku dan Mak terus pulang ke hotel. Malam ni ada temujanji dengan Raudhah. ;-)

Kubah hijau inilah Raudhah. Apakah sebenarnya raudhah ini? Raudhah ialah salah satu Taman Syurga. Ianya adalah tapak asal masjid Nabawi yang didirikan oleh Rasulullah S.a.w ketika berhijrah ke Madinah. Di Raudhah ini terletaknya makam Nabi dan sahabat baginda, Umar Al Khatab dan Usman bin Affan. 


Jika berpeluang, datangilah Raudhah kerana Raudhah ialah taman syurga.
Di dalam Masjid Nabawi ini, ada Taman Syurga.
Seperti sabda Rasulullah Saw, “Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman surga” (HR. Bukhari no. 1196) 

Selesai di Raudhah.
Puas pergi Kali ni boleh berlama2.




Malam terakhir sebelum berangkat ke Kota Makkah. 

Jom baca tips dari Master Iffah Anuar. Tip ini juga yang saya gunakan ketika menyelinap masuk kali kedua ke Raudhah. Puas dan sangat puas kerana dapat berlama-lama di Raudhah.

Tips dari Iffah Annuar.

1) Jangan risau, setiap yang berhajat untuk ke Raudhah, pasti mempunyai waktu yang cukup untuk bersolat dan berdoa di dalamnya.

2) Tidak perlu berempuh, menolak-nolak. Biarkanlah jemaah-jemaah dari negara lain masuk.

3) Jadilah kumpulan terakhir masuk, sementara menunggu ambillah peluang tersebut untuk solat taubat sebanyaknya, jika pada waktu pagi, dirikanlah dhuha 12 rakaat, mengaji Quran juga berzikir.

4) Sentiasa baca doa dipermudahkan urusan,
"Rabbi Yaasir Walaa Tu'asir", minta pada Allah SWT agar diberikan kemudahan untuk masuk, solat dan berdoa di Raudhah.

5) Petugas akan memanggil, buat last call ke setiap sudut bagi memastikan setiap yang berhajat dapat masuk sebelum pintu di tutup (pintu dalam)
"Ziarah..? Ziarah?.. Ta'al, Ta'al"
Jadi, berhimpunlah terlebih dahulu di depan petugas, sehingga dibenarkan masuk.

6) Sebaik masuk, sentiasalah solat. Tidak perlu keluarkan buku untuk berdoa atau mengangkat tangan berdoa kerana lebih cepat petugas akan menyuruh anda beredar untuk memberi ruang pada muslimat lain. Doalah di dalam setiap sujud, selagi anda dalam solat, sujud.. Petugas tidak akan mengganggu sehinggalah tamat waktu ziarah.

"Ya Akhawat, ziarah khatam.."

Dan ketika itu, bolehlah bangun.. Berjalan menuju EXIT ") dan pastinya kaki memang tak mahu melangkah.. Carilah tiang-tiang, berdoalah.. Kemudian lalu di bawah Mehrab, selagi tapak kaki belum menjejak ke carpet merah.. Berdoalah, jika ada kesempatan solat.. Solatlah lagi ")

7) jika anda mahukan masa yang lebih panjang, masuklah ke Raudhah waktu malam kerana ia dibuka sehingga jam 1-2 pagi (biasanya jam 1.30 pagi petugas minta beredar) .. Memang rasa tenang, lengang pada waktu-waktu ini.

8) Jangan lupa niat iktikaf di Masjid ya.


Saya doakan moga semua muslimin dan muslimat yang membaca sedikit perkongsian dari saya ini, diberikan kesempatan Allah SWT untuk menjadi tetamuNYA di Baitullah dan dapat menziarahi Kekasih-NYA, Rasulullah SAW dan menjejak kaki ke Raudhah.
Aa meen Ya Allah.

Cerita lanjut Umrah:






Wednesday, January 20, 2016

Demam Dilwale?

Muka lepas tengok Dilwale.
Ntah sedih ke ntah syok ke. Macam takde perasaannya jek. Ahak

Last weekend, selepas demam Dilwale di mana-mana.... Aku pon set lah Nak pi layan.  Best sangat ke? Actually dah download tapi tak paham yer. Subtitle sangatlah hazabedah... Dekat office pon asyik dengar lagu jannam... Jannamm... Jannamm.. Dekat fb lak newsfeed penuh dengan Dilwale.  So I manage to go with my gbs, Dorisya. 

My comment is, OK la.. Standard citer Hindustan. Tapi bagi aku citer Mann lagik best... Can touch my heart... Haaaaaa gitu kan. Btw, come back pasangan Kajol Dan Shah Rukh Khan memang menjadi. Body mantap minah tu. Lakonan memang superb. Cuma jalan cerita biasa jer la. Sepanjang citer dok tunggu scene Kajol ngan shah rukh je. Bila Nak kuar... Bila Nak kuar... Lepas tu mata terus terpana tengok diorang. Tengok Baju Kajol... Tengok scenery ... Cantik ... Lokasi penggambaran memang cantik. Yang ni aku bagi 10 bintang. Hehe.

Ada satu dress yang Kajol pakai memang aku minat giler... Aduh... Kat mana Nak cari ni. Hahhaha... Serious cantik! 

Lepas tengok wayang biasalah pakat 'kebulur' kan.. Hahhaha... Jom carik makan. Aktiviti wajib ni.

Menu kitorang. Minah Dorisya tu diet tahap gaban. Ni pun mujur Nak makan. Kalau tidak, minum diet coke jek. 

Meehoon Tomyam.
Ni menu aku. Pedas. Masam. Manis. Masin. Cukup segala. Mantap weh. Tapi serious pedas. Berayaq hidung jugak la layan meehon Tomyam ni.  Oh btw, itu semangkuk size XL. Jadi aku memang agak sukar menghabiskannya. Mau la tercir....... nanti. Hahhahahah... Boleh makan 2 orang semangkuk besar tu.

Menu penuh yang di sajikan di sini. 



with luv,

From hobby to income.


Hari ni Nak citer pasal aku punya hobi... Kebanyakan orang mesti ada hobi kan. Tapi sejauh mana hobi korang boleh menjana income?

Aku bermula dengan hobi menjahit manik. Korang jangan pelik kalau sekarang ni korang memang tak minat langsung sesuatu hobi tu but at the end of the day, Perkara itu menjadi hobi korang. Macam aku. Satu masa dahulu aku memang tak suka manik-manik ni. Aku rasa orang yang menjahit manik ni sangatlah sabar orangnya. Nak melayan kerenah butiran-butiran halus manik tu kan. My sis yang awalnya penuh kegigihan menjahit manik di Baju rayanya hanya dipandang sinis olehku. Serious! Aku memang like,' ek eleh ko ni tak habis2 jahit manik...balik keje je jaet.. Balik keje je jaet. Jaet je blk keje'... Hahhaha

Sampailah akhirnya siaplah jahitan manik tersebut. Bila kakak aku pakai Baju tu Dan tayang ala-ala model,'cantik tak? Cantik tak?' Dengan bangganya, aku like....eleh.... Biasa jek pon. Tapi dalam hati macam, eh cantik jugak ek. Tapi biasalahkan masa tu ego. Dah berbakul-bakul aku kutuk takkan Nak puji lak. Hahhaha... Tapi serious cantik jugak la.
So dari sinila aku belajar mengenai manik. Aku pulak jenis yang kalau Nak tu aku akan carik info banyak-banyak. Bermulalah hobi baru aku menjahit manik.

Asalnya hanya suka-suka jahit Baju sendiri, kawan-kawan aku berminat pulak Nak hantar tempahan so aku ambillah tempahan semata-mata Nak mengasah skill. Kalau tak silap aku bermula pada tahun 2005. Beberapa tahun selepas itu, aku dapat offer mengajar manik dalam bengkel kemahiran. Aku start buat personal class dari rumah ke rumah.

So, menjahit manik ialah salah satu hobi aku yang akhirnya menjadi income yang agak memberangsangkan. Pernah juga terfikir Nak fokus jalan ni tapi belum ada kekuatan untuk resign. Ahak. Dasar penakut! Ahak. No, no! One day aku akan berhenti kerja jugak.


with luv,

Thursday, January 14, 2016

My Umrah Journey : Day 3 (Ziarah Luar)

Ziarah Luar

Hari ni merupakan ziarah luar kami. Se awal jam 7.30 pagi kami sudah ready di ground floor menanti ketibaan bas. Destinasi hari ini ialah Masjid Quba' dan Jabal Uhud.


Masjid Quba'

Destinasi pertama kami ialah Masjid Quba'. Semalam kami telah diingatkan oleh mutawwif agar bersiap dengan wudhu dari hotel. Kenapa? Kerana mereka yang berwudhu dari penginapan dan seterusnya ke Masjid Quba' lalu solat dua rakaat pahalanya menyamai satu umrah. 


Bersama bonda di masjid Quba' selepas solat sunat.

Masjid Quba' ialah Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w ketika penghijrahan baginda dari kota Mekah ke kota Madinah. Ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah, Baginda berhenti lalu membina masjid Quba' kerana rindukan Fatimah. Rasullulah S.a.w menanti anak kesayangan baginda iaitu Fatimah. 
'Aku tidak akan memijak kota Madinah jika tidak bersama anakku Fatimah'. 

Jadi, untuk melengahkan masa, Rasullulah berhenti lalu membina masjid ini.


Dalam bas.


Next destination, Jabal Uhud.

Kami berlatar belakangkan Jabal Uhud.

Bukit Uhud.

Bergambar dengan Abah.

We are siblings!

Niqab ni aku beli di luar Masjid Quba'. Dari Malaysia lagi aku dah cakap dengan Mak, kat sini aku nak pakai niqab. Aku tak Nak pakai face mask. Mak macam OK. Siap tolong tanya pada peniaga di luar Masjid Quba' kalau-kalau ada jual Niqab. Alhamdulillah dapat juga aku beli.


Jabal Uhud.

Bukit yang menyaksikan kekalahan tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah di dalam perang yang berpunca dari balas dendam.

Banyak yang tersirat dan pengajaran dari peristiwa ini bagi yang ingin melihat dengan mata hati. 

Gugurnya Saidina Hamzah, bapa saudara yang baginda sayangi. Di bukit ini menyaksikan kerinduan baginda kepada bapa saudaranya Dan kasih sayang baginda kepada umatnya apabila menolak ganjaran Allah untuk menukarkan bukit uhud kepada bukit emas. Rasullulah menolak tetapi baginda memilih untuk memelihara umatnya di akhir zaman.

Siapa? Siapa umat Nabi di akhir zaman?
KITA. yer, kita yang masih meneruskan kehidupan hari ini. 



Cerita lanjut Umrah:






with luv,

Saturday, January 9, 2016

New year celebration?



New year. New Mission. New Office.

Tahun baru kali ini di mulakan dengan perpindahan office. Nak pindah office bukan kerja remeh. Letih woo nak mengemas. Nak sorting barang. Time ni la masanya nak membuang apa yang patut. 3 tahun di office ini banyak juga barang yang masuk plastik hitam. Elok benor le tu dari menyimpan sampah sarap kan.

Selesai sorting, start packing. Masuk kotak. Lepas ni malas Nak unpack barang. Ahak. Kot kena pindah lagi, senang. Terus angkut kotak je ;-)

2016 ada new direction for my job. Semoga dipermudahkan segalanya. Mood kerja ni selalunya dipengaruhi oleh persekitaran. Kalau environment negative, boleh demotivated tau. Apa pun, berbalik kepada konsep kerja adalah Ibadah. Ya Allah, jadikanlah aku manusia yang amanah dalam perkerjaan. Amin.


with luv,

Friday, January 8, 2016

Rindu!



@1:30 am.
Malam semakin sunyi Dan sepi. Hanya kedengaran bunyi kipas yang berputar ligat. Namun, mata Dan minda tidak seiring ketika ini. Mata mengantuk Cuba menghantar signal ke minda untuk berehat. Tetapi minda seolah-olah tidak mengerti atau tidak mahu mengerti. Semakin ligat minda berputar, befikir tetapi entah apa yang difikirkan. Tidak sampai ke otak. Talian terputus dipertengahan.

Rindu. Rindukan haramain. Rindukan kedamaiannya. Rindukan kesibukannya. Rindukan ketenangan nya. Jika boleh, ingin sahaja aku terbang ke sana. Pejamkan mata, tarik nafas sedalamnya Dan lepaskan. Buka mata, kelihatan jelas haramain yang ku rindui. Arghh... Itu berangan namanya. Mana mungkin sekelip mata aku boleh berada di sanalan?

Rindukan perasaan ketika itu. Kosong. Hanya satu tujuan. Ibadah. Dunia? Telahku tinggalkan di bumi Malaysia. Sungguh aku kerinduan perasaan itu.

Pabila kembali ke alam nyata, mula dunia menerpa. Segala macam masalah di tempa. Penat. Lelah. Dengan permainan dunia. Tolong. Aku ingin pergi jauh. Jauh Dari segala tekanan ini.

Ya Allah, izinkan aku menjadi tetamuMu sekali lagi. Sungguh aku kerinduan Dan sungguh aku kelelahan dengan urusan dunia.


with luv,