Ada masanya aku tak mampu menyuarakan isi hatiku.
Tatkala hati tersakiti.
Ingin melepaskan kemarahan juga ku tak mampu.
Bodohkan?
Memang bodoh. Tetapi itulah hakikatnya.
Ada masanya, hati di sakiti namun tak bisa ku balas. Apatah lagi untuk ku luahkan.
Kamu takkan faham dan tak mungkin akan faham.
Kerana apa?
Kerana aku adalah aku.
Aku adalah aku yang hanya memendam rasa.
Amarahku, sedihku, sakitku... Hanya milikku.
Bukan kamu. Hatta bukan sesiapa jua.
Kamu marah?
Yer, kamu berhak marah.
Tetapi, apakah hak yang aku ada?
Menerima seadanya?
Aku ingin terbang tinggi.
Setinggi awan yang membiru.
Aku ingin pergi jauh.
Sejauh jangkauan hayatku.
Apa pun inginku,
Aku masih di sini.
Masih tegar berdiri walau tersakiti.
Masih mampu tersenyum walau hati menangisi.
Putaran hidup tidak selalu indah.
Ada kalanya terluka jua.
Saat jatuh dan terjatuh lagi..
Asal bisa bangun berdiri walau tak mampu berlari,
Teruskanlah berjalan.
Mungkin di depan akan ada perhentian.
by,
msraiza
6:40pm
Di tepi air yang mengalir.
with luv,
No comments:
Post a Comment