Tuesday, June 23, 2015

Resepi French Loaf / Roti Perancis



Cubaan pertama membuat French Loaf ni. My bonda request nak makan dengan kuah santan durian. Maklumlah, musim durian dah bermula pun kan.

So, menggunakan resepi di Jintan Manis, maka jadilah French Loaf ni. Konsepnya, rangup atau pun keras di luar dan lembut di dalam. Alhamdulillah menjadi. Suspen juga kan, kot bantat ke. Hehe.


Jom tengok resepi:
Sumber : Jintan Manis

Bahan-bahanya

200gram tepung roti
80gram tepung gandum
1 1/12 sudu kecil yis
170ml air suam
2 sudu besar olive oil
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil lemon juice
1 sudu kecil garam

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 6 bahagian kecil dan bentukkan lonjong, seperti roti perancis.  biarkan doh naik sehingga dua kali ganda  lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.

4. Sebelum di bakar, potong sedikit di bahagian tengah roti dengan menggunakan pisau tajam atau gunting, sembur dengan sedikit air dan bakar pada suhu 200 darjah selama 20 minit, sejukkan atas redai, dan sedap dimakan bersama sup cendawan ataupun di sapu dengan garlic butter. Selamat Mencuba.
Selepas di uli. Aku uli pakai bread maker je. Senang dan mudah. Campak-campak bahan dalam BM, pastu setting dough. Lebih kurang 1 jam 30 min masa di ambil untuk siap menguli. Tumbuk-tumbuk keluarkan angin dan terus uli bentuk panjang cam ni. 
Abaikan rupanya yer... hehheheh

Biarkan dough mengembang 2x ganda atau lebih kurang 40 min - 1 jam.
Kemudian bakar di dalam oven menggunakan api atas bawah dengan suhu 180 deg. Sebelum tu, panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu.

Tara..... Roti yang dah siap di bakar. Sejukkan di atas redai. Jangan biarkan di atas dulang pembakar nanti roti akan berpeluh.

Setelah sejuk, bolehlah di potong menggunakan pisau roti yang jenis bergigi tu. Lebih mudah dan cepat.

Lihatlah rongganya.. Nyummm nyum.... 

My Arif siap tak sabar-sabar nak makan. Masa tengah menguli lagi dia dah duduk tepi tunggu. Siap je masak terus cakap, Mak Ngah, Arif nak makan roti ni. Wah kembang Mak Ngah tengok Arif makan berkeping-keping.



with luv,

Friday, June 12, 2015

Wednesday, June 10, 2015

The word that I cant explain.



Ada masanya aku tak mampu menyuarakan isi hatiku.
Tatkala hati tersakiti. 
Ingin melepaskan kemarahan juga ku tak mampu.
Bodohkan?
Memang bodoh. Tetapi itulah hakikatnya.
Ada masanya, hati di sakiti namun tak bisa ku balas. Apatah lagi untuk ku luahkan.
Kamu takkan faham dan tak mungkin akan faham.
Kerana apa? 
Kerana aku adalah aku. 
Aku adalah aku yang hanya memendam rasa.
Amarahku, sedihku, sakitku... Hanya milikku.
Bukan kamu. Hatta bukan sesiapa jua.
Kamu marah?
Yer, kamu berhak marah.
Tetapi, apakah hak yang aku ada?
Menerima seadanya?

Aku ingin terbang tinggi.
Setinggi awan yang membiru.
Aku ingin pergi jauh.
Sejauh jangkauan hayatku.
Apa pun inginku,
Aku masih di sini.
Masih tegar berdiri walau tersakiti.
Masih mampu tersenyum walau hati menangisi.
Putaran hidup tidak selalu indah.
Ada kalanya terluka jua. 
Saat jatuh dan terjatuh lagi..
Asal bisa bangun berdiri walau tak mampu berlari,
Teruskanlah berjalan.
Mungkin di depan akan ada perhentian.



by,
msraiza
6:40pm
Di tepi air yang mengalir.



with luv,

Saturday, June 6, 2015

Luncheon



Sekitar Majlis makan-makan. Dengan tema Retro. 

Bersama-sama BFF yang sedang sarat. 

Hai!

Retrokah?


Dah lama tak berjimba-jimba dengan geng-geng gonjeng. hehe

Majlis yang di anjurkan oleh my former office. Former ke? hehhehe... Aku kan statusnya unknown. Jadi boleh ada dua pejabat dalam satu masa. Haa gitu kan. 

Orang-orang teknikal melepaskan stress memang macam gini. Hanya kami yang faham bahasa kami. Dan hanya kami yang faham gurau senda kami. Jadi, tak perlulah kamu cuba memahaminya sebab kamu pasti tidak akan faham. ;-)




with luv,

Friday, June 5, 2015

Till we meet again....



Telah seminggu masa berlalu. Dia ialah adikku di office. Warganegara Indonesia. Tetapi sangat baik. Hari terakhir beliau di office sebelum terbang ke Jeddah dan akan menetap di sana bersama ayahbondanya. 

Nantikan kedatangan akak ke sana yer Ci. Rindu bangat sama kamu! 
Moga kamu lebih berjaya di sana, Tri Suci Maryam.


with luv,

Tuesday, June 2, 2015

Harum Manis si nikmat dunia...

Pekat dan marveles.

Dengan penuh kegigihan mengorder harum manis dari sahabat nun jauh di Perlis. Pertama kali nak rasa kehebatan harum manis ni. Kenapakah menjadi idaman ramai. Aku beli dua kilo je. Sekilo RM 25 tambah postage RM 10. Jadilah nak rasa... 

Nak di jadikan cerita, si sahabat ni tadi poskanlah hari Rabu. Expected sampai keesokkannya atau paling lewat hari Jumaat. Tetapi hari Jumaat jatuh pada cuti umum. So, aku expect mungkin akan sampai hari Sabtu atau selewat-lewatnya hari Isnin. 

Nak tahu sampai hari apa? 
Hari Khamis baru sampai. Hampir seminggu ok. Itupun selepas aku call hari-hari. Boleh pulak courier bagi alasan, hujanlah, driver tak ada lah, kawasan terceruk paling hujunglah.... Menguji kesabaran sungguhlah. Last-last aku call aku cakap, by hook or by crook, kalau uols tak hantar by Wenesday, tak payah hantar terus. Dah sah-sah lah mangga ni ah busuk kan? 

Tetiba hari Khamis muncul parcel yang dah koyak rabak pon di sebabkan basah. 2 biji dari 6 biji dah pon busuk dan berair. Itu sebab, kotaknya terkoyak. Baki 4 biji tu dah masak sangat.... Terus aku kupas kat opis dan buat jus mangga. Nasib baik rasa manisnya tersangatlah sedap. Dapat menyejukkan hati yang panas.

Campur dengan orange. Masam-masam manis. Sedap!

2 biji bawa balik ke rumah. Walaupun dah terlalu ranum, namun rasanya...... Allahhhh... nikmat sungguh! Patutlah orang sanggup bayar beratus-ratus untuk si harum yang manis ini. 



with luv,