Sunday, January 18, 2015

Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun

Alhamdulillah. 
Syukur ke hadrat Illahi, impian my little brother untuk menyambung pengajian ke Kolej Permata Insan akhirnya tercapai. Satu kejayaan yang agak membanggakan. Tidak ada kata yang dapat diungkapkan. Selain dari tawaran melanjutkan pelajaran di Kolej Permata, Boy juga terima tawaran ke SBP Sekolah Menengah Agama Kajang dan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan.
Kalau ikutkan pilihan Boy, yang pertama ialah Kolej Permata dan kedua Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan. Tetapi memandangkan Boy bersekolah di Selangor agak sukar untuk mendapat SMAWP ni. Tapi siapa tahu rezeki Allah. Aku memang selalu pesan pada Boy, jangan berhenti berharap. Alhamdulillah, Boy di panggil sesi interview untuk kemasukan ke SMAWP walaupun harapan tipis. Jangan berhenti berusaha. Ketika sesi interview ni, Boy masih dalam program intensif untuk pemilihan ke Kolej Permata. Selagi belum ada surat tawaran, selagi itu perlu berusaha.

Pada hari terakhir program intensif Permata Insan, selepas menjalani ujian demi ujian, cabaran demi cabaran, Boy di terima masuk ke Kolej Permata Insan.

Tidak lama selepas itu, Boy juga terima tawaran ke SBP SMKA Kajang. Beberapa hari sebelum kemasukan sesi persekolahan 2015, Boy terima pula tawaran ke SMAWP seperti yang diidamkannya. Akhirnya, Kolej Permata Insan yang menjadi pilihan Boy kerana modul pembelajarannya berasaskan pembangunan aqli & naqli. Seimbang antara sains teknology dan agama. 
Kemasukan Boy ke Kolej Permata Insan adalah batch yang pertama. Agak gusar sebenarnya, maklum sahaja, keberkesanannya belum teruji. Namun apabila di fikirkan semula, ketika pemilihan Boy ke Kem Permata Insan yang pertama ketika usia 8 tahun dahulu pun tak tahu isi kandungannya sehinggalah kami tawakal. Alhamdulillah, tidak silap percaturan kami membenarkan dia untuk menyertai Kem Pemata Insan dahulu.

17 January 2015 mencatat sejarah. Kemasukan pertama Kolej Permata Insan, USIM.
Kami bertolak awal. Jam 7.15 am kami dah bertolak ke USIM. Pendaftaran bermula jam 8.30 am - 10.30 am. Excited muka Boy nak masuk asrama.

Mujur Boy pilih Kolej Permata sebab risau juga kes buli yang semakin berleluasa sekarang ni agak menggusarkan. Batch pertama mungkin kes buli tiada. Lebih lagi mereka dah mengenali sesama mereka seawal usia 8 tahun.

Akhirnya Kompleks Permata Insan di USIM siap seperti yang dirancangkan.

Anak syurga yang menjadi kebanggaan. 
Moga terus cemerlang dan mampu membawa misi dan visi Permata Insan untuk melahirkan cendekiawan Islam.

Serba baru. 
Walaupun masih ada kekurangan, tetapi kemudahan asas telah tersedia. Lantai yang berdebu membuatkan kami ibubapa memilih untuk berkongsi wang ringgit memasang tikar getah. 

Alhamdulillah. Semua parent juga memberikan kerjasama bagi memberikan keselesaan anak-anak untuk menuntut ilmu.

Sebilik menempatkan 2 & 4 orang pelajar. Boy dapat 4 orang sebilik seperti yang dia mahukan. Taknak duduk berdua katanya tidak happening. Hehe.
Untuk bilik Boy, parent2 bersetuju untuk menambah tikar getah, penyidai tuala, carpet kecil dan alas kaki. Kerjasama yang superb. Alhamdulillah.


Aku tengah memeriksa barangan yang di terima ketika sesi pendaftaran.
Setiap pelajar di bekalkan cadar dan sarung bantal. Selain uniform blazer, seluar slack, kemeja, t-shirt dan baju melayu yang di bayar ketika pendaftaran. Sesi fitting telahpun di buat awal ketika kem intensif tempoh hari.


Surau merangkap kelas tasmiq.

Jadual takwim setahun.

Sementara menanti sesi taklimat untuk ibubapa.
Ketika sesi taklimat ini ibubapa di terangkan mengenai modul pembelajaran, hal ehwal pelajar, silibus dan sebagainya. 

Ini yang paling aku tunggu-tunggukan. Nak tahu silibus pembelajaran. Kalau ikutkan ketika taklimat, silibus pembelajaran mengikut silibus permata pintar tetapi di tambah modul USIM yang menekankan konsep islamik (hafazan,bahasa arab). Pelajar juga bukan sahaja belajar bahasa wajib, english, bm & b.arab tetapi di tambah dengan bahasa ke 4 seperti bahasa German dll mengikut keperluan. Konsep pembelajaran mereka adalah mengikut Kementerian Pelajaran tetapi lebih advance (Advance Learning). Mereka juga akan mengambil peperiksaan PT3 & SPM seperti pelajar lain cuma mereka di benarkan mengambil international exam seperti O Level dsb mengikut pencapaian pelajar.
Oleh sebab pembelajaran mereka berkonsepkan advance learning, so mereka tiada buku teks. Semuanya bergantung kepada nota dari lecturer. Buku rujukan juga menggunakan international reference book yang aku pon tak tahu berapa kosnya. Huhu.

Bagi permulaan, pelajar akan bermula dengan Program Pemerkasaan Personaliti (PPP) selama 40 hari. Program ini menekankan konsep seperti solat berjemaah, tidur seketika di tengah hari mengikut sunnah Nabi, tasmiq, bacaan al quran sebelum tidur malam dan pelajar juga di bahagikan kepada kumpulan kecil yang di gelar Baiti Jannati. Di dalam kumpulan ini, pelajar di bahagikan kepada kumpulan kecil 3 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar wanita bersama seorang pensyarah pembimbing. 
Setiap aktiviti akan di pantau oleh pensyara masing-masing dalam tempoh 40 hari. Ibubapa juga di minta memantau anak-anak Permata Insan ketika di rumah apabila cuti.

Semoga kumpulan pertama Kolej Permata Insan ini dapat menjadi pelopor kepada anak-anak permata insan yang lain.
Ameen.









with luv,

Tuesday, January 6, 2015

Apabila sedih dan rindu bersatu....


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata, di hati tidak lupa...

Perpisahan memang sering terjadi. Sedih, duka pasti tidak dapat dipisahkan dengan setiap perpisahan. Walau secara zahirnya terlihat senyuman, namun di hati, hanya tersimpan tidak terluah. 

Hati, bertabahlah. 
Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Hanya masa yang menentukan lambat atau cepat.

Hati, sabarlah.
Setiap perpisahan pasti ada hikmahnya. Mungkin perpisahan ini lebih baik. Siapalah aku nak mempertikaikannya.

Hati, simpanlah kerinduan itu.
Oh, sungguh aku rindu. Saat rasa ini bertamu, pasti air mata peneman setia. Hebat sungguh peranan air mata. Bisa mengubat rindu yang terbuku.

Hati, hilangkanlah dukamu.
Kau berhak untuk bahagia. Simpanlah kedukaanmu kerana duka akan melihatkan kau parah. 

Perpisahan itu indah andai redha menjadi sandarannya. Kerinduan itu nikmat. Luahkanlah dengan air mata. Pasti indah perasaannya. Biarkan masa yang menjadi pengubatnya.

By,
Msraiza


with luv,

Monday, January 5, 2015

Peneman 2015




Buku nota peneman 2015. 
Mesti bawa ke mana-mana. Size passport, senang nak selit dalam handbag. Suka sangat. 

B4 this aku lebih gemar menaip dalam note kat hp tapi sejak samsung Note aku problem dulu, langsung tak ada backup. Tak sempat nak buat backup dah gone. Haha. 

So now, belajar dari pengalaman, semua note transfer ke google drive or email. Tapi, sejak ada note book ni, macam best pulak menulis. Ada feel. Hehehe... Buku ni memang dah jadi peneman setia. Kebanyakan planning 2015 ada dalam ni. Just in case tetiba lost. At least boleh baca dan keep on track semula. Maklumlah, 2015 tahun yang agak kritikal. Kalau tidak dirancang secara sempurna, boleh jadi sesat di pertengahan jalan ni. Hehe...


with luv,

Sunday, January 4, 2015

55 Amalan Sunnah Rasulullah


55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!





with luv,

Saturday, January 3, 2015

Kisah menarik mengenai Rasulullah s.a.w


Mana mungkin tak jatuh cinta kpdnya...KISAH SANGAT MENARIK MENGENAI RASULULLAH

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah  susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
.
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
.
6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
.
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
.
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
.
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
.
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
.
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

~hanyalah hamba~ Allahummasolli'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad .. salam maulidur rasul. 


with luv,

Tempahan selendang





Tempahan kali ini dari my officemate sebanyak 20 helai selendang. Aku pernah war-warkan tiada sebarang tempahan jahitan di ambil sepanjang 2014. January 2015 baru aku buka order. Tetapi, yang ni exceptional. Rela dalam keterpaksaan. hehhehe



with luv,

Thursday, January 1, 2015

Beading class



Alhamdulillah.
Beading class hari ini melibatkan 8 orang pelajar. 
Bertempat di Smart Skill Training Centre.

Tekun anak murid menjahit manik.

Nampak tak ketekunan mereka?



Class hari ini ada seorang jejaka. Muda lagi. Baru tamat Diploma di IPTA terus memilih untuk berniaga sendiri. Menjadikan rumah sebagai butik sementara beliau. Impress. Anak muda berjiwa kental. Siapa kata anak muda tiada wawasan? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Sesiapa yang berminat untuk kelas manik, bolehlah call Smart Skill Training Centre atau yang inginka personal coaching, jom borak-borak, kita bincang.



with luv,

Happy New Year


Selamat Tinggal 2014. Welcome 2015.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah di berikan nafas untuk terus menghirup udara di bumimu di tahun yang baru ini. Walaupun pengakhiran 2014 tidak berapa cantik dengan ujian banjir di Pantai Timur. 2014 melihat tanah airku di uji dengan pelbagai ujian antaranya kehilangan MH 370 dan MH 17 yang di tembak jatuh.

Mudah-mudahan 2015 memberikan sinar yang lebih terang. Untukku, alhamdulillah, ada satu impian di vision board 2014 aku yang bakal terlaksana. Mudah-mudahan dipermudahkan segala-galanya. 2015 menanti dengan seribu kejayaan Insyaallah. Ada misi dan visi 2015 yang bakal aku capai Insyaallah.

2015, please be nice to me.




with luv,

On my vision board



Ya Allah permudahkanlah. Muda-mudahan ada rezeki untukku.
Ameen ya Rabb.


with luv,