Friday, June 28, 2013

Tak kisah....



Lately ni rasa tak berapa semangat. Banyak perkara yang tak menggembirakan berlaku. Kenapa ntah terlalu emosi dan sensitif. Nak kata 'women cycle' symptom tak mungkinlah pulak. Sepatutnya fasa tu dah berlalu 2 minggu yang lepas.. 

Tadi dok bukak FB. Hari ni dari pagi tak jenguk pon FB. Tak ada mood nak berFB. Terbaca kata-kata azimat dari Irfan Khairi. Terus tarik nafas dalam-dalam dan set dalam minda. Jangan peduli apa orang nak kata. Jangan peduli setiap umpatan orang atau setiap kata-kata yang sinis. Just move forward. 

Kadang-kadang kita memang perlukan kata-kata azimat untuk menstabilkan minda dan emosi. Sebab anasir-anasir luar selalu menyampaikan bisikan-bisikan yang mempunyai aura -ve. 




with luv,

Wednesday, June 26, 2013

Friendship



Yes, Exactly!

Friendship bukan u kenal i, i kenal u. No! Friendship lebih dari itu sebenarnya. Bagi aku friendship is about relationship yang tersimpan jauh di dalam hati. Tapi sebenarnya, friendship ni ada banyak kategori. Yang mana satu kategori kawan-kawanmu, hanya kamu yang boleh tentukan. 

Aku memang tak ramai kawan tapi setiap kawan-kawan yang aku ada memang valueable. Mungkin sebab aku jenis yang sentimental. Bila aku start berkawan dan boleh get along dengan mereka memang aku akan letak mereka jauh di sudut hati aku. Mereka akan sentiasa ada dalam setiap doa-doa ku. Dan pastinya kepercayaan akan di berikan 100%. Biar apa pun orang nak kata pasal mereka selagi mereka menjaga kepercayaan yang aku berikan, aku tak kisah hatta orang itu manusia yang paling jahat sekali. Tapi.... tapi.... jangan sesekali hilangkan kepercayaan yang aku berikan kerana sekali kepercayaan itu hilang memang aku takkan boleh berkawan macam dulu lagi. Never! 

Dan inilah perkara yang paling menyedihkan sebenarnya, apabila kepercayaan itu hilang. Dan mungkin juga ini adalah kelemahan aku. Yes I am... I'm not strong enuff untuk menerimanya. Effectnya akan sama macam putus cinta. Ahak... Berhari-hari bermandikan air mata..confirm! Sentimentalkan? Ahak. 
So my friends.. don't break my trust okey... 







with luv,

Thursday, June 20, 2013

Teambuilding : Day 1



Activtity : Corporate Communication Teambuilding
Venue : Boathouse, Royal Belum Rainforest, Perak
Date : 14 - 16 Jun 2013

 Teambuilding yang pertama aku join sejak berada di department baru, Corporate Communication. Setelah halangan demi halangan dilalui akhirnya berjaya juga di laksanakan program ini yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama pekerja. 

Acting Driver - dari pekan Grik ke Jeti.

Kami bertolak seawal 7.00 pagi walau perancangan awalnya adalah 6.45 am. Biasalah orang yang dekat selalunya yang paling lambat sampai. Ahak. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam untuk tiba di Pekan Grik. Seramai 19 orang yang terlibat dengan menaiki Innova, van dan bas mini. AKu dan rakan-rakan perempuan menaiki van manakala rakan-rakan lelaki menaiki bas. 

Kami berhenti di RNR Tapah pada jam 10.30 am untuk bersarapan pagi. Perjalanan agak lancar dan masing-masing sangat excited untuk tiba di sana. Manakan tidak, ini di kira pengalaman julung-julung kalinya berada di boathouse untuk 3 hari 2 malam. Macam-macam bermain di fikiran pada mulanya. Tidak dapat nak di bayangkan bagaimanakah keadaannya. Seronokkah? Mencabarkah? 

Kami (Innova & van) tiba di pekan Grik pada jam 12 tgh hari. Sementara menanti bas sampai kami menjamu selera dahulu. Trainer telah sedia menanti kami di sana. Asalnya, kami berhenti di sini sehingga selepas solat jumaat sebelum bergerak ke jeti tapi akhirnya kami yang perempuan mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke jeti dan menanti di sana. Dari pekan Grik ke jeti mengambil masa lebih kurang 1 jam. 

Alhamdulillah, kami tiba dengan selamatnya di Jeti pada jam 1.30 pm setelah hampir teresat ke Baling. Ni gara-gara co-pilot sibuk baca novel "Sebenarnya dia isteri saya " lah ni. Kesian driver terpaksa berpatah balik. Ahak. 


 Inilah Boathouse kami. Dari tingkat atas.

 Tingkat bawah. Tempat aktiviti.

  Tingkat bawah. Tempat aktiviti.

Bukan sebarang boathouse ok. Ada Astro lagi. Ahak.
Tapi sepanjang 3 hari 2 malam ni tak buka Astro pon. Apa barang tgk Astro kan. Nak tengok Astro tengok kat umah la. heheh

Tempat solat di tingkat atas


Inilah bilik tidur kami. Walau hanya tilam bantal dan selimut yang di sediakan, nyenyak je kami tidur. 


sementara menanti kaum adam solat Jumaat, baca novel dulu!

Siapakah?

 Tara...Tidur kat sini pon syiok jugak nih...

 Ladies

Sesi taklimat sebelum boathouse memulakan perjalanan. Perjalanan di mulakan pada jam 3.30 pm.

Inilah suasana di atas boathouse. Boathouse ini adalah 2 tingkat yang mempunyai 2 buah bilik dan 2 bilik air. Tingkat atas menempatkan ruang untuk aktiviti keagamaan dan 2 buah bilik tidur untuk kaum wanita. Yang lelaki tidurlah bergelimpangan di ruang solat ye. hehehe. Manakala di tingkat menempatkan ruang aktiviti, dapur dan tandas. Segala aktiviti di lakukan di tingkat bawah kecuali solat berjemaah yang di lakukan di tingkat atas.




Termenung. Sesi nak sesuaikan diri. 

Br. Sabri seorang yang cacat penglihatan turut  serta dala aktiviti kali ini.
Inilah makna sebenar teambuilding. Semangat setiakawan dan berkerjasama yang di pupuk demi menjayakan sebuah program.


Br. Mail. 

Minum petang.
Di boathouse ni kami di sediakan makan 6 kali sehari. Menu minum petang hari ini ialah bubur kacang durian. Sedap. Boathouse bukan sebarang boathouse ok, makanannya setaraf hotel. 


Sementara boathouse bergerak ke destinasi pertama, sesi bersembang santai sambil di temani angin yang sepoi-sepoi bahasa. Boathouse ni tidaklah bergerak terlalu laju dan tidak juga bergerak terlalu perlahan. Destinasi pertama mengambil masa kira-kira 1 jam setengah perjalanan.

Masing-masing menikmati keindahan alam.




with luv,


Wednesday, June 19, 2013

Teaser : Royal Belum Rainforest


Teambuilding yang diadakan di Royal Belum Rainforest pada 14 - 16 Jun  yang lepas. Indahnya alam ciptaan Illahi. Subhanallah. Jauh dari kesibukan kota. Penuh kedamaian dan ketenangan. Bunyi deras air yang mengalir nun jauh di atas sana. Burung-burung berkicauan menjadi halwa telinga. Ikan-ikan yang berenang-renang. Unggas yang berterbangan melengkapi putaran alam. Oh, Indahnya. Damainya. Tenangnya. Itulah kebesaran Illahi.

















with luv,

Wednesday, June 5, 2013

s.a.k.i.t.h.a.t.i


susah nak berkata-kata dengan orang dekat
lebih susah apabila tidak faham bahasa tubuh
baik berpada-padalah 
takkan tu pon susah nak faham
sekali dua kali mungkin boleh di terima
apabila dah melebihi 3 kali
takkanlah tak boleh fikir

Melayu memang kaya dengan budi bahasa 
cakap berlapik untuk menjaga hati kononnya
tapi rupanya empunya diri
bukan jenis yang faham bahasa
atau sengaja pura-pura tak faham.

s.a.k.i.t.h.a.t.i

 




with luv,

rinduuuuu....



Windunyaaaa kat bebudak ni. Maira dan Arif. 
Wahai cayangs Mak Ngah bila nak datang ni?
Rindu sama kamulah...





with luv,

Sedihnyalah....


Assalammualaikum,

Pagi ni emosi agak kurang stabil. My first baby minta cuti untuk berehat agaknya. Alahai sayang.. kenapa buat hal time-time kritikal macam ni? Pagi tadi tengah-tengah dok menjahit perasan yang my baby ni bunyi lain macam. Dalam hati dah berkata-kata janganlah rosak. Now sangat bz dengan tempahan ni.  Rupanya memang betul gerak hati ni, tiba-tiba je my baby tak boleh bergerak. Aduhailah. Kamu nak berehat ke? Kamu berkerja keras sangat ke? 

Arghhhh sedihnya.... Kalau masuk spital ni paling kurang 2 minggu. Hari ni 5 hb mean 20 hb baru bley kuar. Ini pun kalau penyakit tak kronik. Kalau kronik mungkin lebih lama lagi. 

 Hai la sayang.. Kenapakah kamu. 

Tempahan yang perlu di siapkan lebih kurang 20 helai. Aduhailah. This week jer sepatutnya siap 5 pasang tapi baru halfway kamu dah buat perangai. Tapi janji harus di tepati. Cam ne.. 
Stresssss betul laa.... 

~N.O.T.I.N.T.H.E.M.O.O.D~



with luv,

Saturday, June 1, 2013

Di lema.....


Assalammualaikum...
Selamat berhari Sabtu. Apakah pengisian aktiviti hari ini? Aku pagi-pagi lagi dah start menyulam menyiapkan tempahan yang Mak minta. Semalam nak buat back pain menyerang pulak. Sudahnya aku terus tidur. Di sebabkan semalam tidur awal, maka hati ni seawal 4.30 am aku dah terjaga. Terus siapkan sulaman towel mak. Lepas je Subuh aku terus capai kain dan gunting sebab nak divert 'keinginan' yang sedang membara-bara ni. Apalah pula keinginan kali ni kan. hehe.

Apalagi sebagai seorang wanita? Mestilah shopping kan. Kalau tak baju, kasut. Tak kasut handbag. Tapi selalunya bajulah. Aku punya nafsu memang menjurus ke arah baju dan tudung. Sebab handbag dengan kasut ni jarang-jarang nak beli. Ok aku minat jubah lace dari butik Najjah ni.

cantikkan? First time aku tengok Diana Amir yang pakai baju dan color ni. Masa tu tak tahu pun butik mana yang punya. Bila tanya pakcik gugel baru tau jubah lace ni koleksi Najjah. Koleksi di butik Najjah ni memang cantik-cantik tapi harganya sangatlah expensive setaraf dengan kualiti yang diberikan.

Semalam Najjah buat 3 hari promosi di mana jubah lace ni antara koleksi yang terlibat. Harga asal jubah ni RM 499. fuhhh berpeluh dengar kan. Tapi untuk promosi kali ni harganya hanya RM 299. Ini yang dok ngigau tengah-tengah malam nakkan jubah ni. ahak. Masa potong kain tadi pon dok pk nak beli ke tak. Color yang tinggal pon tak banyak hanya mangosteen dan grey je. Mangosteen ni pon cantik jugak.


Haih la. Nak beli ke tak?





with luv,