Thursday, April 25, 2013

masihkah menjadi angan-angan?





Daripada kecik aku memang ada banyak angan-angan. Daripada cerita dongeng Mat Jenin di alam fantasi hinggalah di alam realiti. Satu angan- angan yang aku idam-idamkan dari dahulu ialah mempunyai sebuah butik muslimah. Habis spm, angan-angan tak pernah padam. Sehinggalah belajar di kolej, masih dengan angan yang sama. Habis belajar terus berkerja. Ketika itu, angan-angan tidak lagi seghairah dahulu. Mula berada di alam realiti. Berkerja keras mencari pengalaman buat aku terlupa seketika dengan angan-angan yang di pupuk sejak dahulu kala. Mulalah episod berkerja di sektor swasta. sehinggakan tiada masa untuk perkara lain hatta untuk diri sendiri pun sehinggalah aku berhenti kerja di sektor swasta dan menjadi kakitangan awam pada tahun 2003. Walaupun organisasi pekerjaan aku tak punya status yang jelas..

Melangkah ke sektor awam, rutin harian mula berubah. Berkerja tidak sekeras ketika di sektor swasta dahulu yang terpaksa bermalam di office berhari-hari demi sebuah projek. Di sektor awam,  jadual harian tidak sepadat dahulu. Tidak pernah bermalam di office pon. Paling lewat pulang ke rumah adalah jam 12 tgh malam. Angan-angan dahulu mula bermain di minda. Di saat rakan sejawatan berpusu-pusu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, aku memilih untuk mengikuti kursus keusahawanan yang di anjurkan oleh kerajaan. Berminggu-minggu mengikuti course itu. Ketika itu kalau di tanya apakah aktiviti perniagaan yang ingin di usahakan, jawapan aku ialah butik muslimah. Kenapa? Sebab kecenderungan aku lebih ke arah fashion dan gaya. Ketika itu bidang perniagaan baru yang paling digemari ialah dobi. Tidak ada bantuan kewangan spesifik yang di tawarkan di bidang fashion. Tidak tahu kenapa. Mungkin orang yang memulakan perniagaan butik ini orang yang sudah punya wang. Kerajan lebih banyak menawarkan bantuan kewangan di dalam sektor berskala besar seperti dobi, import eksport, usaha tani.  

Selesai mengikuti course itu, aku mula berniaga kecil-kecilan secara online. Pencapaian terbesar saat itu ialah membuka booth di Jusco ketika bulan puasa. Tetapi tidak lama, hanya tempoh masa 2 minggu sahaja kerana sewanya yang agak mahal. Masih segar di ingatan,aku bergilir-gilir menjaga gerai dengan kakakku. Aku mengambil cuti manakala kakakku akan singgah selepas habis berkerja. Banyak pengalaman yang aku perolehi ketika itu. Segala penat lelah... Pengurusan kunci kira-kira... Pengurusan khidmat pelanggan. Aku banyak membina jaringan hubungan sehingga ada yang ingin menjadikan aku sebagai menantu. Bayangkan usia ketika itu masih muda belia pelanggan aku berminat nak jadikan aku menantunya. Semua itu memberikan aku pengalaman yang sangat berguna. Setelah tempoh 2 minggu tamat, aku sambung di arena maya. Faktor masa dan tenaga menjadi kekangan utama sehingga aku terpaksa menghentikan aktiviti perniagaanku. 

Sehinggalah sekitar tahun 2008, aku mula berkecimpung semula di arena perniagaan di sebabkan minat yang mendalam dengan tudung yang di inspirasikan dari Munawarah. Ketika itu, aku mula mencari rakan kongsi. Dengan berbekalkan modal RM250 seorang, kami memulakan perniagaan tudung secara mobil. Alhamdulillah, dari penjual biasa yang mempunya stok hanya 20 helai hinggalah di naikkan menjadi stokis dengan stok melebih dari 300 helai dengan margin jualan melebihi 100 helai seminggu hanya dalam tempoh tidak sampai 3 bulan betl-betul mengujakan. Aku mula rasakan yang angan-angan akan menjadi kenyataan. Mula mencari premis untuk di sewa namun harga yang di tawarkan begitu membebankan. Setelah kunci kira-kira di buat, untuk memulakan premis perniagaan di anggarkan modal mencecah 20k. Sekali lagi, modal menjadi kekangan. Dalam usaha untuk mencari dana dan menyuntik modal, pelbagai masalah mula timbul. Masalah demi masalah yang datang akhirnya aku kecundang sekali lagi. Stok tidak ada, duit pusingan modal habis membayar hutang. Maka aku mengambil keputusan untuk berhenti. Terasa sayang sekali dengan usaha-usaha sebelum ini tapi apakan daya, masih belum punya 'luck' di bidang ini nampaknya. Segalanya aku jadikan pengajaran dan pengalaman. 

Agak lama aku menyepi. Mula serius dengan dunia jahitan kembali. Minat menjahit mula di pupuk sehinggalah buat aku jatuh cinta dengan bidang jahitan. Kegagalan lama mula beransur di lupakan. Aku semakin serius di bidang ini. Mula mengumpul aset di bidang ini. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, aku telah pun mempunyai 3 buah mesin jahit yang aku kira sebagai pelaburan di masa akan datang. Aku mula di kenali di bidang ini. Sebahagiannya adalah pelanggan-pelanggan tudung aku dahulu. Sehingga ke saat ini, aku masih di bidang ini. Tapi sampai bila? Hati kadang-kadang ingin mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan serius di bidang ini tapi aku belum punya kekuatan untuk menampung kos-kos kehidupan. Di tambah pula dengan adik-adik yang masih bersekolah, dan kakak yang telah berkahwin membuatkan aku berfikir berkali-kali apabila tanggungjawab terpaksa di galas di bahuku.

Aku mula membuat perancangan. Tidak mengapa aku bergerak sendiri walaupun agak lambat. Yer kejayaan itu pasti akan aku kecapi jua. Namun angan-angan untuk memiliki butik muslimah sendiri masih ada di hati. Kadang-kadang aku terfikir untuk kembali di dunia ini tapi .... banyak perkara perlu aku ambil peduli berdasarkan pengalaman dahulu. 

Bulan ini aku mula kembali melangkah kaki di bidang ini bersama rakan kongsi yang baru setelah adik-adikku mempunyai masa depan sendiri dengan harapan angan-angan akan menjadi kenyataan. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi, jika di takdirkan aku gagal lagi. Biarlah aku gagal setelah aku mencubanya berkali-kali. 


Nota kaki : Hari ini aku dah isi minyak penuh walaupun belum keluarkan duit gaji. Rezeki Tuhan nak bagi, ada pulak yang bayar hutang... Alhamdulillah. 


with luv,

Wednesday, April 24, 2013

baru 24 hb?


adeh... bila nak gaji ni... hehehe



meter minyak pon dah dok kat E. Nasib baik esok gaji. hooray... bley isi minyak penuh lagi. Padan muka sape suruh beli mesin jaet kan. Pastu dok pulun beli kain buat jubah pulak... maunya bajet ke laut. 

Aku dah bajet sebenarnya minyak ni cukup sampai gaji sebab last week dah isi penuh. Tapi nak jadi citernya, my parent pakai kete gi Serendahlah... gi Bangsar la... tu yg bajet tak memgena.. tak pe, dan lagi nak tunggu esok gaji ni... mujur tak kene tolak kete. muhahaha..

Jangan buat keje giler camni lagi ok cik eza weh....*peringatan utk diri sendiri*

Nota kaki : Teringat kisah duit RM 50 satu masa dahulu... ;-)

with luv,

Tuesday, April 23, 2013

Angan-angan lagi.....




Brother 2340D
RM 1699

Ini memang kerja giler. Yess... Aku memang giler! Hahaha... Gilerkan mesin jahit. Tak sampai sebulan aku memiliki mesin jahit tepi 3034D, dah mula pasang angan-angan nak beli mesin cover stitch 2340D pulak dah. Alahai cik Eza. Punyalah seronok ada mesin jahit tepi  ni tu yang dok pasang angan-angan kalaulah dapat beli mesin cover stitch pulak mesti lagi seronokkan. Nafsu oh nafsu. Sabar ye. Akan ku ushakan ke arah ini. ;-). Sabar yer wahai Cik Eza. Nanti kita beli. 

Apa yang best sangat mesin ni sebenarnya yer sampai dok mimpi-mimpi nih? Yang pastinya mesin ini tidak sama dengan mesin jahit tepi 3034D yang aku dah beli tu. Haruslah beli mesin yang berlainan spec dan fungsinya kan. 

Contoh-contoh jahitan yang boleh di buat dengan menggunakan mesin 2340D ni.





Sebenarnya mesin ini lebih kepada jahit tudung atau pun hujung baju terutamanya yang menggunakan fabric lycra. Fabric lycra ni agak susah untuk di jahit sebab materialnya yang agak bergetah dan meregang.

Bukanlah keperluan yang terlalu mendesak untuk memiliki mesin ini sebab aku dah ada mesin 3034D. Cumanya kalau dapat memilikinya, agak complete koleksi mesin jahit yang aku miliki. Walaubagaimanapun, aku akan tetap berusaha untuk dapatkannya...... Dasar anak kedua yang degil! hahhaha... 

Hari tu dah cancel percutian ke USS Singapore semata-mata nak beli mesin jahit tepi , kali ni nak gadai apa pulak yer? *thinking*



Nota kaki : Sekarang sibuk menjahit jubah dan baju kurung lycra.






with luv,

Wednesday, April 17, 2013

Tidak pandai berdusta




Apabila hati tak pandai berdusta
Tutur bicara mula hilang mesranya
Intonasi kelihatan senada
Reaksi seakan berlindung di balik mimik muka
Cuba sedaya upaya untuk berlagak biasa
Tapi malangnya hati tak pandai berdusta

Apabila hati tak pandai berdusta
Emosi mula mengawal suasana
Getar bicara semakin terasa
Sesak dada semakin ketara
Airmata sepertinya teman yang paling mesra

Apabila hati tak pandai berdusta
Masa dan ketika menjadi pengubatnya
Airmata menjadi teman akrabnya
Diari menjadi tempat meluahkan rasa
Mencari kata-kata yang menenangkan jiwa
Untuk bekalan di hari muka

Apabila hati tak pandai berdusta
Akal mula merangsang minda
Untuk menukar sedih kepada gembira
Tapi malangnya hati tak pandai berdusta
Begitu jujur meluahkan rasa....

by,
msraiza
11:41 pm



with luv,

Monday, April 15, 2013

Romeo & Juliet ?


Cantik?
Tertarik? 
Oh, ai loike!

Aku suka design ni. Pertama kali tengok geng Kaki Sulam buat design ni aku dah tertarik. Terus beli design ni dan sulam. Nah, hasilnya memang sangat cantik.

Sulam tuala.

Sesuai di jadikan hadiah untuk seseorang yang istimewa mungkin.

oh Romeo & Juliet...

Dah ada beberapa plan aku nak buat dengan design ini selain dari sulam di atas tuala. Cantik juga kalau di jadikan frame atau pun tote bag. Yes! Idea mencurah-curah. 






with luv,

Sunday, April 14, 2013

Rindu Dia






R.I.N.D.U.D.I.A

Malam yang menggamit 
Mengimbas kembali detik itu
Detik yang ku rasakan sangat dekat dengannya
Serasa tiap bait bicara itu indah belaka
Hati berbunga-bunga 

Kadangkala rindu itu menjelma
Rindukan perasaan di malam itu
Dengan harapan siang tidak menjelma
Kerana indahnya perasaan saat itu

Kini ianya datang kembali
Sekali-sekala membawaku terbuai
Dan hanyut di tenggelami perasaan sendiri
Indahnya mengenang saat itu
Bilalah agaknya dapat ku rasakan kembali
Keindahan dan kebahagiaan seperti itu

~msraiza~
1:12 am



with luv,

Friday, April 12, 2013

Untuk baby Noah


As salam,
Mood masih untuk menyulam... 

Blanket untuk Baby Noah. 
Blanket ni aku buat khusus untuk Baby Noah menggunakan cotton flannel dan cotton Ikea. Cotton flannel dah lama aku beli ketika Arif lahir dulu untuk buat bedung asalnya. Tapi dah terlalu banyak beli so aku simpan sehelai. Memang rezeki Baby Noah. Cotton ikea aku gunakan sebagai lining so blanket ini boleh di gunakan depan dan belakang.

Cantik pulak bila dah siap.

Semoga Baby Noah tidur dengan lena yer.




with luv,

Thursday, April 11, 2013

secara rasminya..... Alhamdulillah.

As salam,

Officially, I got this for myself. Yeay!
Brother 3034D lock.

Baru beberapa hari lepas aku decide nak tambah koleksi mesin jahit untuk memudahkan kerja-kerja menjahit. Terus plan macam mana nak dapatkan mesin ni. Tidak ada spesifik bajet yang di sediakan untuk ini. Maklumlah, pembentangan belanjawan telah pun di buat awal tahun tempoh hari dan mesin ini tidak ada di dalam senarai aset yang harus di miliki.

Bila hati menginginkannya, mulalah berfikir-fikir cara bagaimana nak dapatkannya. Selepas habis berfikir, aku decide nak join kutu Mesin Jahit. Tak Apalah lambat sedikit sebab tidak ada kepentingan lagi ketika itu. So, bayaran pertama di buat awal April hari tu. 

Selang beberapa hari, satu keputusan drastic telah pun ku buat. Itulah yang di katakan perancangan Tuhan itu sesungguhnya tidak terduga. Kerana beberapa masalah tailor yang timbul, aku mula rasakan keperluan memiliki mesin ini menjadi keutamaan. Dan akhirnya aku decide untuk membeli mesin ini secara tunai. 

Memang di takdirkan untuk aku memiliki mesin ini ketika ini agaknya, segala urusan kelihatan mudah sekali. Hari Jumaat aku decide nak withdraw kutu dengan Kak Zila. Hari Ahad, mesin ini telahpun menjadi milikku. Suka sangat dapat mesin baru.

Kak Zila hantar mesin ni ke rumah pagi Ahad dan ajar cara nak menggunakan mesin ni. Terus aku minta Kak Zila ajar nak buat tudung. Sesi bersama Kak Zila berakhir jam 2 pm. So skang aku dah boleh jahit tudung sendiri. Suka!








with luv,

Semak Daftar Pemilih


As salam

Demam PRU 13 telah pun bermula. Dah semak ke korang mengundi di mana? Sekarang kan dunia di hujung jari. Uols bolehlah semak di sini. Untuk memudahkan proses membuang undi nanti. 

Ini adalah kali ke 3 aku mengundi. So far, alhamdulillah aku telah laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat yang berhak memilih pemerintah. Jom mengundi!



with luv,

Wednesday, April 10, 2013

Teman baru...



Sabtu lepas aku ke MPH bersama Boy. Kebetulannya tinggal kami berdua sahaja di rumah. Boy nak cari buku cerita Bahasa Inggeris so layankan jer la. Sampai je di MPH, buku ini seperti memanggil-manggil. Haha. Sekarang minat membaca lebih ke arah biografi. Macam menarik baca pengalaman-pengalaman orang-orang yang berjaya. Secara tak langsung dapat mengetahui cara mereka berkerja, pemikiran mereka, matlamat dan macam-macam tips yang mungkin boleh aku jadikan panduan.

So, sekarang ini, buku inilah teman baruku! Selalu menemaniku sebelum aku tertidur. 

Lagi satu buku yang berada dalam shortlist. Aku sukakan pemikiran Tun M. 




with luv,

Tuesday, April 9, 2013

Benang oh benang....



As for now, mood lebih kepada menyulam. So bersepah-sepah benang sulam. Kadang-kadang boleh jadi terapi minda jugak tengok warna-warni benang ni. 

Dah siap kemas. Barulah nampak warna apa yang ada.

Tahun ni nak fokus dengan jahitan dan sulaman. Jadi, harus serius dengan angan-angan yang telah pun menjadi matlamat kali ini. Harap-harap ada sesuatu yang menanti di hadapan sana. Amin. 

Kelas menyulam bersama Epal juga akan bermula kembali. Kalau ikut rasa hati dah malas nak berulang-alik ke kelas Epal tapi apabila memikirkan harga yang telah pun di bayar, haruslah menggigihkan diri menuntut ilmu. Selagi boleh di kutip haruslah di ambil peluang ini. Demi ilmu yang ku dambakan. caiyok!






With luv,

Saturday, April 6, 2013

Tinta hati .... antara keyakinan dan kegusaran..






Ya Allah,
Jauhkan diriku dari sikap riak, ujub dan takabbur 
tatkala aku menumpang di bumiMu, 
berlangitkan kekuasaanMu, 
bernafas dengan izinMu 
serta berezeki dengan limpah kurniaanMu. 

Ya Allah, 
sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu jua


Kadang-kadang kita harus memilih dalam hidup ini. Antara lebih dari satu perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Adakalanya keputusan yang di ambil menyebelahi kita namun ada juga ketikanya di mana ianya tidak memihak kepada kita. Ini di namakan pelajaran dalam sebuah kehidupan. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Malah kegagalan inilah sebenarnya pencetus kepada permulaan sebuah kejayaan.

Bismillahirrohmanirrohim..... Langkah ku ambil untuk memilih antara kehendak dan keperluan. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku. Dalam nekad ada kegusaran. Dalam yakin ada keraguan. Dalam keberanian ada ketakutan. Saat ini, hanya hati yang membuat setiap keputusan. Jika takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai menjadi azimat ketika ini. Cekalkan hati untuk sebuah risiko-risiko yang bakal mendatang. Abaikan bisikan-bisikan syaitan yang menganggu pemikiran. Ketepikan sementara kehendak dan keinginan demi satu matlamat kejayaan. Dengan harapan, ada sinar kejayaan yang bakal menanti di hadapan. 

Ya Allah,
Permudahkanlah langkahku,
Kuatkanlah semangatku
Mantapkanlah keyakinanku
Teguhkanlah hatiku
Dekatkanlah jiwaku dengan jiwaMu

Dalam setiap langkah yang ku ambil
Dalam setiap hembusan nafas yang ku hirup
Dalam setiap titisan air yang ku teguk
Dalam setiap gerak geriku

Hanya keranaMu .... Amin.

~ msraiza ~
7:59 am



with luv,

Friday, April 5, 2013