Wednesday, February 13, 2013

PD again....


Sabtu lepas, aku sekeluarga bercuti ke PD kecuali adik sebab adik keja. Kak Ima dan family dah pergi awal on Friday cuti Hari Wilayah. Orang kerja KL bolehlah cuti kan. My parent and adik-adik yang lain pergi jumaat malam sabtu sebab Boy sekolah Jumaat tu. Dan aku join diorang hari Sabtu petang sebab Sabtu tgh hari ada kenduri kat Melaka.

Actually, percutian kali ni Kak Ima punya planning sebab dia dapat Apartment Maybank. So kitorang tumpanglah sekaki kan. Syok join Kak Ima sebab part accommodation dah jimat. Haha.

Jalan-jalan tepi pantai. Tak mandi pun time ni. Layan feeling jer. ahak.

Matahari dah nak terbenam.

Pantai Teluk Kemang. Tak adalah cantik mana pun. Honestly  aku lagi suka pantai Terengganu sebab cantik dan pasirnya yang halus. Arghh.. rindu nak gi Terengganu!

Batu! 

Di PD tak ada berjalan ke mana pun sebab aku sampai pun dah petang Sabtu. Sempat melayan Maira dan Arif mandi swimming pool je. Hari Ahad dah nak balik pulak. Tapi sempatlah mandi laut. Yer, aktiviti yang sekian lama dah tak buat. Itupon pagi Ahad baru berpeluang nak mandi laut. Boy ajak naik banana boat hari petang Sabtu lagi. Sebab kakak tak bawak duit dan malas nak patah balik apartment ambik duit kita tunda ke hari Ahad yer.

Banana boat? Hmm... ada kenangan di sini. Tersenyum mengingatkan kenangan silam yang agak melucukan ketika pertama kali naik banana boat satu masa dahulu. 

So, untuk memuaskan hati Boy, Ahad pagi tu terus ke Pantai. Orang tak berapa ramai mungkin sebab masih awal lagi. Hujan renyai-renyai mula membasahi bumi. Gigih berbasahan di dalam hujan demi misi banana boat. Ala, kalau tak hujan pon tetap basah jugak kan. haha...

Memang best. Layan..... Picture adalah tidak ada sebab masing-masing sibuk nak berendam so segala camera, hp semua tak bawa. Selesai misi Banana boat terus berendam dalam laut sampai legam. hahaahha... 

Sesi mandi-manda berakhir jam 11 pagi setelah matahari terik di atas kepala. Oh, tidak sanggup nak menghadapi sunburn yang keterlaluan...Terus balik apartment dan makan. Lepas mandi memang laparkan. Nasib baik pagi tu buat breakfast banyak. Inilah yang bestnya duduk kat apartment, boleh masak-masak...So, selepas membakar lemak kita tambah lemak semula. hehe. 

After Zohor baru berkemas-kemas untuk pulang. Jalan tak berapa jam. So perjalanan pulang dari PD ke KL sangatlah tenang. Yer, pulang dengan penuh kepuasan... Sekian cerita mandi laut. ;-)


Nota kaki: Happy bila tengok Mak & Abah jalan berdua-duaan tepi pantai. The feeling that I can't explain.... I love both of u sangat-sangat.



with luv,

No comments:

Post a Comment