Tuesday, February 26, 2013
Sunday, February 24, 2013
Secebis harapan
Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan
Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal
Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan
Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan……
with luv,
Saturday, February 23, 2013
Friday, February 22, 2013
Thursday, February 21, 2013
Kelas Beg bersama Zila Kasim
Kelas menjahit beg bersama Zila Kasim.
Dah lama plan nak attend this class since last year lagi. Tapi masa seolah² tak mengizinkannya. Penangguhan demi penangguhan terpaksa di lakukan. But finally dapat juga menyertai kelas ini this year setelah hampir setahun menangguhkannya.
Kali ni kak Zila buat kat Ampang so dekatlah sikit. Actually Kak Zila ajak gi JB this week tapi aku adalah malas. Haha. Teringin jugak nak join sebenarnya tapi macam penat. This weekend nak stay kat umah jer menyiapkan course manik yang harus di disiapkan within a month tu. Belajar secara homebased ni haruslah bijak menyusun masa.
Di akhir-akhir kelas. Aku sambung buat beg Wave. So sedikit tertekan di sini sebab orang lain dah dok kemas-kemas barang nak balik. Tapi puas sebab akhirnya tahu juga macam mana nak jahit zip untuk Beg Wave tu.
Beg Hexagon.
Inilah projek utama hari ini. Cantik fabrik ni. Ai loike!
Nampak cam senang jer jahit beg ni tapi rupanya ada jugak tricky part..
Nasib baik berguru. Tidaklah sesat jalan. huhu.
Student yang beli mesin NV 950 dengan Kak Zila dapat free class menggunakan mesen. So diorang berjaya menyiapkan tote beg yang bersulam menggunakan mesin sulam mereka.
Antara geng menjahit hari ini. Yang pegang beg Wave ni ialah bekas staff nurse yang baru berhenti kerja tahun lepas dan fokus dalam bidang jahitan. Mempunyai 7 jenis mesin jahit. Oh, impress daku di sini. Aku ada 2 mesin je pon dah cukup bangga. Muhahaha.. dan pendapatan beliau mencecah ribuan ringgit sebulan sama seperti berkerja dahulu tetapi masa beliau banyak di habiskan di rumah. Tak payah dah sibuk² meredah jam untuk ke tempat kerja. Di samping menguruskan rumahtangga dan anak-anak, beliau mampu menjana pendapatan yang agak lumayan. Bilakah masanya aku nak ada kekuatan cam ni? haha.....
Kak Zila pon jenis guru yang tak lokek memberi ilmu. Love u la sis.
2 hari yang sangat bermakna.
Mengenali insan-insan dan teman-teman baru yang berkongsi hobi yang sama dan membina jaringan yang baru.
*happy*lompatbintangdoplokali*
Nota kaki: Mood menjahit membara-bara kembali.
with luv,
Wednesday, February 20, 2013
Beading class bersama RJ
Last weekend adalah hujung minggu yang padat. Sabtu dan Ahad yang di penuhi dengan sesi belajar...belajar... dan belajar.... Ilmu harus di gali. Alhamdulillah, akhirnya kehidupan kembali normal selepas melalui fasa-fasa ujian dan kemurungan. Momentum kembali jitu seperti dahulu. Masa semakin tersusun mengikut jadual-jadual kerja yang baru dan emosi kembali stabil.
Di mulakan dengan kelas pertama untuk tahun 2013 adalah berkisar tentang dunia manik. Tahun ini harus lebih fokus dan berkerja keras. Mudah-mudahan ada kejayaan yang menanti tahun ini.
Kelas manik bersama Pn. Rosita Jaafar. Antara pioneer dalam dunia beading. Juga penulis buku. Oh, aku adalah salah seorang penggemar buku-buku beliau.
Guru sejati ialah guru yang tidak lokek ilmu dan inilah RJ yang aku kenali.
Sedang menunjukkan hasil-hasil jahitan pelajar-pelajar beliau. Cantik dan mengagumkan.
Gigih membuat lakaran. Ok, selama ni aku main belasah je design apa yg ada dalam kepala. Now, RJ tekankan untuk lebih sistematik. Harus tahu lakaran apa yang di kehendaki, jenis jahitan dan warna apa yang menjadi pilihan. Baru cari manik untuk mengelakkan pembaziran.
Hasil selepas seharian berguru dengan RJ. Tapi tak cukup sebenarnya sehari masa untuk berguru. Ok, will meet u again RJ, insyaallah.
Balkis antara beaders yang hadir. Dah pernah berguru dengan anak-anak murid RJ. Kali ni berguru terus dengan sifunya.
Akak ni datang dari JB semata-mata ingin berguru. Gigih kan. Muhasabah seketika. Orang yang jauh sanggup datang untuk menuntut ilmu, aku yang tak berapa nak jauh ni masih berkira-kira ingin mencari ilmu. Oh... insaf!
Satu-satunya kumbang yang ada datang dari Butterworth. Sanggup drive malamnya dan tiba di KL subuh terus attend this class. After class terus pulang ke Butterworth. Oh, sungguh menginsafkan. Betapa banyak kemudahan yang Allah berikan ada di depan mata tapi masih bersungut lagi. *muhasabah*
Alhamdulillah...
Class berakhir dengan jayanya. Will meet again RJ untuk menuntut ilmu lagi. Ada banyak planning untuk tahun ini. Yang pertamanya certificate sebagai pengiktirafan. Go with the flow.
So now adalah bz completekan course untuk dapat certificate pengiktirafan.
Mudah²an ada sinar di jalan ini. caiyok!!
Nota kaki : Sumber pic adalah dr FB Azean.
with luv,
Sunday, February 17, 2013
New year, new handbag....
New year?
Tak berapa nak new la sebab dah nak masuk March pun kan. hehhehehe..
After a few month looking for a new handbag, finally bought this one. Aku ni ada perangai skit beli handbag. Punyalah google sana sini handbag yang berkenan. Tup-tup bila nak beli ikut rasa hati je. Sia-sialah masa dok gugel sana-sini tu. Keperluan beli handbag ni nak isi ultrabook. Isi ke? Bukan ultrabook dah ada bag khas ker? Ok, ini hanya alasan jer.
Size a bit besar la jugak. Memang purposely cari handbag besar. Kata nak isi ultrabook, haruslah besar kan. Memang handbag ni akan di gunakan untuk ke office jer la nampaknya sebab sizenya yang agak besar dan sturdy. Eh, tapi dah pakai kuar jenjalanlah. Boleh muat telekung bagai ni yang aku sangat. Yer semua benda pon boleh sumbat dalam ni lepas tu berat cam hangkut batu berapa tan. Muhahaha.. Gigih hangkut handbag berat ke hulu ke hilir kan.
Charles & Keith - Perfect Carryall
color sebenar ialah mustard macam orange gelap tu. Tapi dalam gambar cam lain lak.
Ada tali panjang sekali. So boleh jadik sling bag. Tapi untuk saiz badan aku ni kene tebuk lubang lagi satu kot tali panjangnya. Maklumlah tak berapa nak tinggi kan.
Satulah handbag ni tak bley kepit kat ketiak. Hahahah... sebab pemegang dia hanya untuk bawak ala-ala mak datin sangkut kat lengan or jinjing cam bawak beg laptop tu.
Nama pon Perfect Carryall kan so maknanya bolehlah sumbat segala makeup bag, wristlet, telekung, Handphone, power bank, external hard disk (aku pon tak paham awat aku dok usung benda alah ni ke mana-mana...), thumbdrive, pencil case, coin purse dan segala tok nenek wristlet ntah isi apa dalam tu...
Sangatlah perfect!
Sangatlah perfect!
Eh, tengok Rita pakai beg kuning sandang belakang ni cam cantik lak.... Cantikkan? Nampak cam muda lak...Apakah???.. hahahha
Sudah-sudahlah tu, sekian!
with luv,
Saturday, February 16, 2013
Joging Time....
Joging kali ni trek berbeza sebab parking tempat biasa dah penuh. Bila parking berubah, trek juga harus berubah. Haha. Dasar...
Cantikkan lorong ni.
stretching dulu..
sambung stretching atas bukit lak.
Lepas joging berjalan ke trek kereta kontrol. Eh, mana keretanya? Punyalah laju tak sempat nak snap.
Nampaknya joging dah mula menjadi rutin mingguan jika tiada aral melintang. Terasa segar je badan apabila dapat berjoging di samping menambahkan stamina badan. Eh, kalau berhenti joging ni badan boleh gemuk tak? hahahaa...
with luv,
Friday, February 15, 2013
unexpected gift
Terima dari seseorang yang tidak di jangka. Oh, terharu... Conversation between me and gurl yang tukang hantar the gift...
"Sis, this is for u from ......" Aku macam, "hah?" sambil wat muka pelik...Mungkin sebab pelik sangat kot expresi muka masa tu so that gurl explain.... "Yes, for U... sebab sis selalu tolong and memudahkan keja dia dan hari ni hari terakhir dia sebab after this dia kena transfer ke tempat lain"... oh really? Thank you very much...
Memang di luar jangkaan. I just do my work... Ada juga orang nak appreciate yer. Mungkin hadiah ni tak seberapa but for me the appreciation dan niat nak memberi itu yang mengharukan.
Thank you. Thank you. Thank you.
Apalah yang ada dalam beg ni. Siap berbungkus lagi.
Ada 2 pulak tu. ;-)
Yeah... Botol air Felton. Suka! Cam tau-tau je aku jarang minum air so di baginya botol air sampai 2 pulak tu. Maknanya apa? Kena minum air 2l sehari ke? hehhehe
Thank you very much.
with luv,
Thursday, February 14, 2013
Wednesday, February 13, 2013
PD again....
Actually, percutian kali ni Kak Ima punya planning sebab dia dapat Apartment Maybank. So kitorang tumpanglah sekaki kan. Syok join Kak Ima sebab part accommodation dah jimat. Haha.
Jalan-jalan tepi pantai. Tak mandi pun time ni. Layan feeling jer. ahak.
Matahari dah nak terbenam.
Pantai Teluk Kemang. Tak adalah cantik mana pun. Honestly aku lagi suka pantai Terengganu sebab cantik dan pasirnya yang halus. Arghh.. rindu nak gi Terengganu!
Batu!
Di PD tak ada berjalan ke mana pun sebab aku sampai pun dah petang Sabtu. Sempat melayan Maira dan Arif mandi swimming pool je. Hari Ahad dah nak balik pulak. Tapi sempatlah mandi laut. Yer, aktiviti yang sekian lama dah tak buat. Itupon pagi Ahad baru berpeluang nak mandi laut. Boy ajak naik banana boat hari petang Sabtu lagi. Sebab kakak tak bawak duit dan malas nak patah balik apartment ambik duit kita tunda ke hari Ahad yer.
Banana boat? Hmm... ada kenangan di sini. Tersenyum mengingatkan kenangan silam yang agak melucukan ketika pertama kali naik banana boat satu masa dahulu.
So, untuk memuaskan hati Boy, Ahad pagi tu terus ke Pantai. Orang tak berapa ramai mungkin sebab masih awal lagi. Hujan renyai-renyai mula membasahi bumi. Gigih berbasahan di dalam hujan demi misi banana boat. Ala, kalau tak hujan pon tetap basah jugak kan. haha...
Memang best. Layan..... Picture adalah tidak ada sebab masing-masing sibuk nak berendam so segala camera, hp semua tak bawa. Selesai misi Banana boat terus berendam dalam laut sampai legam. hahaahha...
Sesi mandi-manda berakhir jam 11 pagi setelah matahari terik di atas kepala. Oh, tidak sanggup nak menghadapi sunburn yang keterlaluan...Terus balik apartment dan makan. Lepas mandi memang laparkan. Nasib baik pagi tu buat breakfast banyak. Inilah yang bestnya duduk kat apartment, boleh masak-masak...So, selepas membakar lemak kita tambah lemak semula. hehe.
After Zohor baru berkemas-kemas untuk pulang. Jalan tak berapa jam. So perjalanan pulang dari PD ke KL sangatlah tenang. Yer, pulang dengan penuh kepuasan... Sekian cerita mandi laut. ;-)
Nota kaki: Happy bila tengok Mak & Abah jalan berdua-duaan tepi pantai. The feeling that I can't explain.... I love both of u sangat-sangat.
with luv,
Subscribe to:
Posts (Atom)