Friday, November 2, 2012

Serabut





Hari yang sangat melelahkan. Sangat melelahkan apabila terpaksa melakukan sesuatu yang bukan tanggungjawabku hanya atas dasar kerja harus diselesaikan walau apa cara sekalipun. Lagi yang lebih melelahkan apabila dipersalahkan kembali apabila kerja yang tidak selesai itu cuba untuk diselesaikan. Apabila sesuatu itu di beri kepada seseorang untuk di selesaikan dan seseorang itu pula meminta bantuan orang lain untuk menyelesaikannya adakah kesilapan orang lain yang bukan tanggungjawabnya itu sekiranya pekerjaan itu tidak selesai? Adilkah? Apabila orang lain yang di bebani dengan pekerjaan demi pekerjaan yang bukan hakikinya sehingga pekerjaannya sendiri terabai dipersalahkan? Adilkah?

Apabila ada yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka itulah yang menyusahkan kehidupan orang lain. Mengganggu rutin harian orang yang terpaksa membantu menyelesaikan masalah² tertangguh. Benar kita harus berlandaskan 'task oriented' bukannya 'time oriented'.

Benar kira harus saling bantu membantu untuk memberikan hasil yang terbaik. Tidak pernah ku nafikan semua itu tetapi apabila setiap kali kerja itu harus dibantu setiap kali itulah orang yang sepatutnya melakukan mengambil pendekatan 'lepas tangan' yang akhirnya pekerjaan itu harus di selesaikan oleh orang yang membantu, apakah masih perlu bantuan di hulur? Bukankah ianya hanya menggalakkan orang sepatutnya itu terus melepaskan tangannya dari melakukan kerja hakikinya?

*updated*

Wahai hati kenapa sakit begini
Wahai dada kenapa sesak begini
Apabila kemarahan tak dapat dilepaskan
Maka airmata menjadi penawarnya.

Sungguh ajaib titisan air mata ini
Kerna bisa melenyapkan kemarahan yang membara
Sungguh ajaib kan titisan demi titisan ini
Kerna mampu mengurangkan kesakitan yang di rasa
Sungguh ajaibkan titisan titisan ini
Kerna mampu melegakan keserabutan yang ada.

Sungguh saat hati mula terasa sakit
Sungguh saat dada mula terasa sesak
Sungguh saat kemarahan tidak dapat di kawal
Sungguh saat perasaan tidak bisa dikongsikan
Dengan sesiapa jua hatta orang paling rapat sekalipun
Airmatalah jalan penyelesaiannya.....




with luv,

No comments:

Post a Comment