Wednesday, October 10, 2012

Saat hati kecil berkata-kata...




Bukan mudah membuka lembaran silam,
sesukar menghadapi lembaran itu,
Kalau pun tidak boleh memahami
Cukup sekadar penghormatan

Apa yang di rasai, di lalui atau di luahkan sekalipun
Milik hati kecil ini
Apa yang telah berlalu, biarlah terus berlalu
Memang mudah untuk berkata-kata
Tapi percayalah ianya tak semudah saat menghadapinya

Benar, ianya satu kesilapan,
Kesilapan dalam sebuah kehidupan
Namun kesilapan inilah yang menjadi pengalaman
Pengalaman hidup yang tiada nilainya.

Tak perlu mempersoalkannya lagi
Kenapa dan mengapa atau begitu dan begini
Kerana sesugguhnya saat hati berduka lara
Saat emosi terbelenggu itulah keputusan yang paling rasional 
Meski bagi akal waras manusia lain
Ia kelihatan keputusan yang paling bodoh sekali!


Sukar membuang kenangan tidak bererti terus hidup dalam kenangan! 



with luv,

No comments:

Post a Comment