Saturday, August 25, 2012
Saturday, August 18, 2012
Tuesday, August 14, 2012
Lilitan tudung penentu gaya.
Assalammualaikum w.b.t
Syawal semakin menunjukkan rupa. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan berakhir. Dah siap persiapan Aidilfitri anda?
Semestinya bagi yang berhijap, gaya tudung menjadi satu perkara yang paling di titik beratkan. Seringkali ketandusan idea untuk menggayakan tudung dan seledang yang sedia ada untuk kelihatan berbeza? Jom kita tengok gaya cara Al-Humaira Contemporary.
Gaya 1
Gaya 2
Gaya 3
Gaya 4
Gaya 5
Gaya 6
Cantikkan? Lilitan pon nampak mudah jer. Tapi kalo boleh di labuhkan sehingga menutupi bahagian dada lebih bersesuaian mengikut garis panduan Islam. Yang penting tidaklah terlalu over macam trend turban masa kini tu. Sangatlah tak suka okey. Pelik je nampaknya.
with luv,
Monday, August 13, 2012
{Santapan Jiwa} Ketika jiwa merasa sesal
Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa
mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan
ketika harapan dirasakan tiada lagi.....
with luv,
Sunday, August 12, 2012
{Mutiara Kata}
Ingatan untuk diri,
manusia itu sama sahaja darjatnya. Tinggi mana dia takluki, rendah mana dia duduki, kita masih berkongsi langit yang sama, masih berkongsi bumi yang sama. Masih lagi menikmati pancaran bulan dan matahari yang sama. Tidak ada bezanya.
Kenapa harus ada riak di dalam diri?
Kenapa harus punya bangga dalam hati?
Kenapa harus ada sombong yang menguasai?
Kata pada hati,
Selagi masih bernafas di muka bumi, selagi itulah kita hanyalah 'hamba' kepada Yang Maha Pencipta.
pic Source.
with luv,
Friday, August 10, 2012
Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri... Sedih!
Assalammualaikum w.b.t
Pagi Jumaat yang redup mengundang airmata yang tiada taranya. Tersentuh. Yer, perkataan paling sesuai dalam mewakili perasaan ketika ini saat menonton iklan dari Bernas tahun ini. Sedih, terharu, bangga bercampur menjadi satu yang bisa mengubah emosi di pagi hari.
Betapanya dua orang anak yatim telah menunjukkan betapa kuatnya ikatan persahabatan, saling lengkap melengkapi sesama mereka. Betapa gigihnya mereka melalui ujian demi ujian untuk pulang ke kampung halaman hanya kerana ingin melawat pusara bonda.
Argh.. Ahmad dan Fizi, betapa kuatnya kalian.
Argh.. Ahmad dan Fizi, betapa kuatnya kalian.
Dan kita, sebagai insan yang masih punya ibubapa, sudah cukup berbaktikah kita pada mereka? Tanya pada hati. Ingatan untuk diri ini.
Pulanglah ke pangkuan keluarga. Moga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna.
with luv,
Misi memburu Lailatul Qadar.
Assalammualikum w.b.t
Ayuh saudara-saudariku kita mencari dan mengejar malam Lailatul Qadar. Entah adakah kembali kesempatan untuk menemui Ramadhan seterusnya tidak kita ketahui. Sementara punya kesempatan, ambillah peluang ini.
Ayuh!
Pic source.
with luv,
Wednesday, August 8, 2012
Tuesday, August 7, 2012
Sinar ini ...
kumenatap langit, dari jendela,
di celah awan, bima suria.
ku merasakan Mu.
ku rasa kasih yang lindungi ku.
seakan aku dengar Dikau berkata
lalu dalam diam kita berbicara
ku senyum padaNya, dan seraya ku kata;
bahagia yang sempurna perlukan lagi sikit masa.
(dan) kutetap bahagia di sisi yang Kau pasti mana.
Kau semestinya, yang terakhirnya
ku luah rasa sebelum ku terlena
pada impian ku, dan yang Kau mahu, kerana;
dugaan ini hampir aku atasi.
dan kau pun tabah selama ini bagai pasti
di sebalik menanti, bahagia mengiringi sinar ini.
with luv,
Selamat Menyambut Nuzul Quran
Firman Allah s.w.t.:
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq dan batil” - Surah al Baqarah ayat 185. Salam Nuzul Quran kpd seluruh umat Islam di seluruh dunia.
with luv,
Friday, August 3, 2012
senyuman dan pengertian ...
Pic Source.
Dalam kegelapan malam yang masih bersisa, teringat pandangan mata seorang ibu. Tidak perlu berkata², aku tahu soalannya. Seolah²nya pandangan mata itu mengucap seribu kalimah yang bisa menterjemahkan satu soalan mudah, "wahai anakku, bila mahu mendirikan rumahtangga?". Dan seringkali pandangan mata itu dibalas sepi sang anak. Ingin sekali membalasnya, "wahai ibu, bila telah tiba masanya...akan ku nyatakan kelak. bersabarlah..."
Acapkali soalan² ini di ajukan sehingga tidak mampu untuk berbalas kata dan akhirnya cukup dengan satu senyuman, harap kalian semua memahaminya. Jodoh adalah ketentuan Tuhan yang telah di tulis sejak di Loh Mahfuz lagi. Benar, jodoh perlu di cari dan mungkin pencarian ini masih belum berhasil. Kalau aku masih boleh bersabar dengan pencarian ini kenapa tidak kalian? Kalau aku boleh redha dengan takdirku, kenapa tidak kalian? Usia hanyalah angka yang akan berubah mengikut putaran masa.
Kebahagiaan hakiki bukan terletak pada status perkahwinanya dan status perkahwinan bukan penentu kebahagiaan. Percayalah. Seringkali juga halwa telinga di sajikan dengan kata-kata sinis yang kadangkala menghiris hati. Sepertinya luka yang di simbahi dengan cuka. "... mungkin terlalu memilih .... " untuk jawapan ini, " ... bukankah wanita berhak utk memilih imamnya? ..."
Buat kalian semua yang melontarkan kata, sesungguhnya jodoh itu rahsia Maha Pencipta. Aku hanya manusia biasa yang tidak ada istimewanya. Aku juga seperti kamu, kalian semua yang tidak tahu apakah, bagaimanakah dan bilakah rahsia Allah ini akan tersingkap. Walau di dalam setiap doaku meminta-minta dari Yang Maha Pemurah namun kalau belum tiba masanya, maka bersabarlah.
".... Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu : Jadilah Engkau! Maka jadilah ia...."
by,
msraiza
12 : 09 am
with luv,
Thursday, August 2, 2012
Hamba Allah atau hamba Ramadhan?
13 Ramadhan 1433
Hamba Ramadhan atau Hamba Allah?
Terkesima sebentar dengan pertanyaan ini. Mula tertanya² di dalam hati, yer, aku berada di dalam golongan yang mana satukah? Otak mula berputar, minda cuba untuk menterjemah. Satu persatu perjalanan harian terpapar di kotak minda. Hari ini aku buat ini ... ini... dan ini.... Maka di manakah aku?
12 Ramadhan telah berlalu tapi hati masih tidak merasa cukup dan puas. Cuba untuk mengejar dan mengejar masa yang ada tapi lumrah masa. Lagi di kejar, lagi laju larinya.
Bulan Ramadhan bulan penyucian. Benar dan tepat sekali. Tapi sejauh mana kesungguhan untuk menyucikan? Bibir kata maaf hati kata esok masih ada fikiran mula berkira². Cukup sempurnakah puasa hari ini? Puasa lapar dan dahaga atau puasa penyucian jiwa? Pesan pada diri, masih banyak yang perlu di pelajari.
Akal dan hati mula bermonolog lagi ...
'cukup sempurnakah puasaku hari ini?'
'cukup khusyukkah solatku hari ini?'
'cukup baikkah perilaku aku hari ini?'
'cukup banyakkah baktiku pada ibuku? bapaku?'
'cukup eratkah hubungan silaturahimku hari ini?'
'Apakah yang aku cari Ramadhan kali ini?'
Tatkala akal mula bicara, hati mula tersentuh, airmata mula menunjukkan rupa. Aku belum cukup sempurna hari ini. Belum lagi! Ya Allah, ampuni dosa² ku Ya Allah. Kesempurnaan yang aku cari Ramadhan kali ini ... Insyaallah ... Amin.
with luv,
Subscribe to:
Posts (Atom)