Hari ini mood ada sedikit 'swing'. Kenapa? Sebab saya sepatutnya bangun awal pagi tadi untuk menyambung beading untuk baju pengantin ini tapi mata hanya terjaga jam 6 pagi. What? 6 pagi? berkali² tgk jam.... kenapa pukul 6 nih? Bukan dah set jam pukul 4 pagi ke? Kenapa tak bangun nih? Oh, alahai..... tidak seperti yang dirancang. So today, harus kuatkan semangat untuk bangun pukul 4.....
Veil pengantin ini sedang mengambil masa² senggang saya. Seluruh weekend saya peruntukkan untuk veil ini. Gambar di ambil ketika masih dalam progress menyiapkannya. But now dah pon siap beading veil nih tapi hati masih tidak puas.
Oh hati, apalagi kekurangan kali ini?
Yess... ada sesuatu yang perlu ditambah untuk lebih 'meletops'...
so still in-progress mode.
Oleh kerana baju & veil pengantin ni, saya terpaksa menolak beberapa order yang tidak mampu saya lakukan. Minta maaf banyak². Kudrat yang ada masih belum cukup untuk begitu produktif kerana saya mementingkan kualiti dalam setiap hasil jahitan saya.
with luv,
No comments:
Post a Comment