Yezza! Menjahit memang ubat stress for me. Walau sesibuk manapun aktiviti harian, kalau dah stress tu memang ai terus capai gunting capai kain. Zap zap potong kain dan jahit. Memang tak hiraukan dah keadaan keliling. For time being memang inilah ubat stress yang paling mujarab for me.
Kenapa menjahit adalah ubat stress?
First, sewing is my passion.
Second, focus.
Apakah maksud focus sebenarnya? Ketika menjahit, memang 100% fokus adalah untuk menyiapkan projek jahitan. Dari membaca nota, melukis pola dan memotong kain. Fokus harus 100%.
Third, manage to put a side problem.
So segala masalah yang ada b4 ni confirm tak terfikir langsung sebab tumpuan adalah 100% ke atas projek jahitan. Kat celah mananya nak fikirkan masalah yang sedang dilanda? But kalau level nih tak boleh control, lebih baik jangan menjahit. Maknanya kosentrasi tidak 100% dan fikiran menerawang ke mana² memang tak akan boleh menjahit. Either tercucuk jarum, benang bergumpal, or tersalah jahit. Kalau dah sampai tahap ni lebih baik berhenti dan tido. hahhaha.
Fourth, outcome.
Yes, hasil jahitan yang siap memang boleh membuatkan hati berbunga². Terutamanya kalau hasil itu menjadi seperti yang diharapkan. Serius happy time nih! Dan yang lebih happy apabila boleh menggunakan atau memakai hasil jahitan sendiri.
with luv,