Monday, April 23, 2012

Aku cinta padamu!

Aku Cinta Padamu
Aku cinta padamu
Wahai laut bergelora
Sampan, kolek juga bahtera
Tidak pernah terlepas
Dihempas ombakmu yang ganas
Tiada juga terelak
Pukulan gelombangmu yang dahsyat
Namun keganasanmu yang seringkali mengerikan
Menjadikanku seorang yang cekal
Semakin tabah hadapi cabaran
Semakin matang mengatasi halangan.
Aku cinta padamu
Wahai langit luas terbentang
Guruh dan petir sesekali menghias
Ganas panahan kilat seakan tidak pernah puas
Luasmu tanpa sempadan, tidak bertepian
Mengizinkan aku terbang bebas
Melebarkan sayap semahuku tanpa cemas
Mengajar aku kenali potensi sendiri
Semakin dewasa mencari identiti diri.
Aku cinta padamu
Wahai gunung yang tinggi, teguh berdiri
Walau lasakmu tidak terbendung
Namun kau tetap ku sanjung
Hadirmu menawarkan daku
menjadi pendaki yang gagah lagi tabah
Pendakian menawanmu amatlah susah
Menakluk puncakmu bukanlah mudah
Namun segalanya mendidik diriku
Agar tidak cepat mengalah
Tidak mudah untuk menyerah pasrah
Setiap ciptaan Tuhan
Sebagai lambang sebuah perjuangan
Untuk dikupas melalui sentuhan hati nurani
Untuk ditafsirkan dalam pengertian yang abadi
Hadapi segala yang tersedia
Dengan kehebatan diri
Kerana disitulah hadirnya
Keajaiban insan ciptaan Illahi
Sebagai tanda
Kejayaan bukan mustahil di miliki….


with luv,

No comments:

Post a Comment