Monday, October 31, 2011

Aktiviti weekend bersama adik²ku...

Ni citer hari Deepavali yg dah lepas hari tu. Ingatnya cuti hari nih nak menjaet. Bolehlah siapkan 2-3 pasang baju hari nih. Rupanya tak yer. Terpaksa 'babysit' si budak demok nih. Mummy demam so mummy mintak tolong jaga budak demok hari nih. Arif Syahmi papa tolong jagakan. Kebetulan my uncle warded kat Hospital Teluk Intan, so my parent bergegas ke Teluk Intan. 


Di sebabkan hari nih x leh nak menyulam n menjaet, adik ajak gi kepong main layang². Hari tu dah pegi tapi tak puas main layang² sbb sampai dah lewat petang. Ok hari nih kita ke Taman Layang² utk outdoor aktiviti yer. 


 Ramai gak orang hari nih. Kitorg sampai agak awal dalam kul 3 lebih sebab cuaca redup.


 Baru nak gerak ke playground, hujan dah mula renyai². Aduhai la...


 Lepas ujan berenti. Lepak jap, makan².


 Nak satu.... 


 Makanan dan budak demok mmg tak boleh di pisahkan. hehe



 Layang² yg dah bersedia nak naik... 

 Nak balik dah time nih. Apsal la budak demok nih berbaik² ngan Mak Ngah?..


Rupa²nya.... " Nak kong (dukung)..." hahhaha... Masuk kete terus zzzz... 
penat menengok org main layang² kotnya..


Kitorang gerak balik dalam kul 6pm sbb angin dah tak de. X de maknanyalah main lelayang x de angin kan... hehe. Balik terus singgah KFC drive thru. Mak Ngah malas masak.. hahhahha..




with luv,

Sunday, October 23, 2011

Sepetang di taman layang²....

Tetiba lak adik ajak main layang² hari nih. Ok jom... ai tak pernah pergi ok taman layang² kat kepong nih. Selalu pon just lalu jer tetiap kali nak balik kg. Tak pon Tetiap kali nak gi d Curve tapi tak pernahnya menyinggah. Di sebabkan layang² ni dah lama terperap since beli lagik, so kita test power dulu jom...


 Adik tgh mengerjakan lelayang nih. 

...dan dibantu oleh Boy.


 Angin yang sepoi² bahasa.. Agak mudah nak naikkan lelayang nih.


 Owh cantiknya biler dah berada di udara...

 Baru nak naik ....




 senja pon berlabuh ...









 Saat nak menurunkan .... 
owh.. tak puas main lelayang sejap sgt..
 harus la bergegas lagik nih ...


 Dah. Jom balik!


Bye!






with luv,

Monday, October 17, 2011

Sunday, October 16, 2011

Pencarian pon bermula ...

Salam,


Mulakan pencarian rumah dengan Bandar Akademia. Saya tau mengenai Bandar Akademia nih from my sis. First word yang terkeluar dari mulut saya semasa my sis inform pasal rumah nih ialah, "Jauhnyaaa.... tempat jin bertendang ok ...." . Tapi setelah berfikir², apa salahnya cari rumah yang selesa untuk my parent kan. Komuniti yang ada sekarang dah tak sesuai untuk my parent so saya berkira² untuk memindahkan mereka ke tempat baru yang lebih baik. Yang jauh dari hiruk pikuk kota. Dengan badget yang ada, saya boleh memiliki banglo berserta tanah di sini. Ini adalah plan B sebenarnya. Plan A tetap ingin mencari rumah sekitar KL within the budget tapi kalu tidak ada, makanya kenalah proceed dengan plan B.


Bandar Akademia terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Berdekatan dengan Semenyih dan Bukit Broga.
Yang paling penting dekat juga dengan Tasik Kesuma, My sis house.




 Club house.

Jalan Masuk.

Ini belum final decision. Tapi termasuk dalam list yang akan saya kunjungi sebelum sebarang keputusan di ambil. First impression saya suka bentuk rumahnya dan suasananya. Tapi jauh dari KL. Yes, kalau rumah di KL mana dapat dengan harga yang ditawarkan di Bandar Akademia.






with luv,

Friday, October 14, 2011

Indahnya airmata wanita ...




sumber : Informasi.my






Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:
Kerana wanita itu unik.Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak 
dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..

Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana 
AKu berikannya air mata untuk membasuh 
luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA” 




with luv,

New sunhat for lovely dovey Damia



 Sunhat ni saya buat untuk Mairanur Damia bagi menggantikan 
sunhat dia yang lama. 
Di samping ingin mencuba pattern baru. 
Hasil nampaknya menjadi dan saya suka.
Cuma sizenya sedikit besar sebab saya buat size untuk 2T.

4 in 1 sunhat.
Cuma ada beberapa part yang perlu improve lagi. 








with luv,

Thursday, October 13, 2011

Looking for house ...






This is termasuk dalam wishlist 2012 - 2013. Wah lama tuh timeframe kan. Yer la, nak beli umah bukan cam beli ikan kat pasar. Masa saya nak beli kereta dulu pon dok pk berpuluh² kali sebelum nekad beli sekitar tahun 2005. Tapi tu lah, saya ni memang ada sentimental value skit. Sangat setia dengan benda pertama yang saya buat atau saya miliki.  Kalau my friend dah bertukar² kereta since 2005 tuh, ai tetaplah setia dengan wiraku! Oh wira, kau memang wiraku! hahhahah...


Ok berbalik citer pasal rumah, yes saya sedang mencari² rumah untuk di beli or untuk di jadikan aset. Awat lambat sangatlah dapat kesedaran nih kan. Tapi tak pe, bak kata omputih "better late than never..." cam pandai cakap omputih lak... hehhe


Tapi.... tapi kan kenapalah umah kat KL nih mahai sangat? Tak mampu ai nak membelinya. Mana nak cari weh umah 250k yang atas tanah. Kalo tak de 300k and above toksah mimpi lah nak carik umah atas tanah kat Kl nih kan. Aduhai laaa..... Wah demand nak carik umah atas tanah jek... bukan, ai nih dok ngan parent dah biasa dok umah atas tanah. Tak de nak memanjat² tangga nih. Lagipon my parent bukannya bertambah muda kan.... Kesian nak turun naik tangga or lift. Buatnya time terdesak tu lift rosak tak ke haru....


Ok, ok.... plan kena berubah tapi matlamat tetap matlamat. zasssss.....




Tak perlu rumah yang terlalu besar. Cukup sekadar rumah yang ada 3/4 bilik. Kalau boleh dapat sebiji banglo memang seribu rahmat tapi kalau dapat teres pun sudah memadai. Apartment pon ok tapi yang ground floor la. Yang boleh bukak pintu depan dan belakang mcm umah ai skang. Tapi masalahnya apartment skang kebanyakannya, bawah ialah parking lot. Mana ada dah yang design cam apartment dulu² kan. 


Aduhailah... 






with luv,

Wednesday, October 12, 2011

Hobi oh hobi ..



Dah hampir 2 bulan saya tak buat sebarang projek EPAL. Sebab? Sibuk dengan mesin sulam baru. Belajar, belajar dan belajar. Makanya terpaksalah mengenepikan seketika projek bulanan EPAL. 


Dan pulak, bulan ramadhan tempoh hari sebulan langsung saya tak menjejakkan kaki ke pusat Epal. Sangat sibuk dengan tempahan raya. Mana nak kejar jahit manik, nak kejar tempahan sulam dan kelas manik lagik. Dan yang paling utama, ada aktiviti lain yang mengganggu jadual harian saya.


d making of ...
Hiasan dinding kapal layar.


Ini adalah projek bulan Oktober. Sengaja ambil projek nih sebab nak asah skill yang dah lama tak mejahit quilt. Memula buat macam susah tapi bila dah dapat rentaknya rasa cam seronok pulak. Tak sabar nak tunggu hasilnya.






with luv,

Tuesday, October 11, 2011

Asyraf Muslim Wedding.

n3 yang terperam lama kat draft dok tunggu gambar habis resize.
Kejadian adalah pada 24 September 2011. 

Asyraf ialah Emy's schoolmate dulu masa kat Rantau Petronas. 
Tu yang dapat invitition card tuh.
Masa Emy mintak ai temankan, 
first question ai, "Asyraf ingat tak ko lagi? .." and Emy jwb, "ingatlah....." 
oo ok, then baru leh datang majlis nih. Kalo tak, malu seh. ekekkeke...

Majlis di sebelah Asyraf di buat kat MITC Melaka.
Maka, bergeraklah kami ke Melaka dari jam 11.30 
dan tiba di MITC jam 1.10 pm. 
Drive santai² jer ... 

Kaunter pendaftaran.


Sementara menanti ketibaan pengantin....

Oh, saya sangat suka dengan warna pink kusam nih.
Sangat cantik. Jarang tengok pengantin pilih warna nih. Boleh masuk dalam color list nih.. hehhe

 Pelamin pon cantik seh! Artislah katakan.


 Cantikkan pink nih? Dress Dayana sangat gorgeous ok.


Masih di atas pelamin yang indah.


 Emy cuba meninggalkan jejak. ;-)



 Invitation card.


Lobby MITC. Check Invitation card dulu, btul tak tarikhnya nih.

Jom pulang!

On d way balik buleh pulak sesat yer tak jumpa jalan pulang. Hahahha.. nak tergelak pon ada.. Puas jugaklah pusing² akhirnya jumpa jugak. Sepatutnya petang nih nak gi open house rumah my GBS, Nizam tapi tak sempat sebab balik tu jalan jam. Sampai umah around 7 o'clock. I'm sowy la Nizam yer... 


with luv,