Wednesday, March 30, 2011

Fabric Addicted...


Inilah fabric yang baru ai sambar last week di Kamdar. Kamdar kan tengah sale. Masalah betul kalo ai ke kedai kain nih sebab mata nih tak reti nak kata tak suka. Sumer pon suker jek. Sbnarnya ai ke Kamdar nak gi cari cotton flannel utk buat kain bedung untuk my sis yang di jangka bersalin bulan April nih. 

Sblom kuar umah dah set kat mind.... hari nih nak gi cari kain bedung jek. Jgn gatal² nak beli benda lain... Tup tup bila sampai memang tak leh kawal nafsu sungguh. Tgk sumer pon cantik. Oh, help me! Mulalah terbayang² kain² nih nak buat apa. Bayang jerlah kan, buatnya tak juga.. hahhahha.. Aduhai!


with luv,

Wednesday, March 23, 2011

Service power???

Main belasah jer.

Side focus.

Ai dah tau camne nak wat bground blur cam nih.. 
*happy*


Hasil dari MrCam . Baguslah MrCam ni.
Memberikan service yang power seh. Ahak. Mantap.

Ai guna setting auto jer sebab ai tak pandai lagik nak main setting.
Masih mencuba² untuk mencari setting terbaik. huhu.

where is my sifoo??
Harus gi mengadap lagik nih. hehhehe




p/s: ai x edit langsung gambar ni cuma resize dan tambah watermark shj.



with luv,

Monday, March 21, 2011

VCO Testimonial

As salam,




Merujuk kepada n3 ini, ai nak bagi testimonial pulak.


Selepas ai makan VCO secara konsisten selama seminggu, antara perubahan yang paling ketara ialah:-


Keguguran rambut yang semakin berkurangan.
- ai memang ada masalah keguguran rambut yang melampau. Nasib baik ai punya rambut jenis tebal dan lebat so gugur berapa byk pon tak effect la kan. Cuma bila semakin banyak ianya agak membimbangkan ai untuk jangka masa panjang. Sejak ai makan VCO, rambut yang gugur dah makin kurang. Yang ni memang ai perasan sebab selalunya time sikat rambut mesti segumpal yg gugur. La nih memang skit jer la. Bukan tak gugur langsung tapi banyak kurangnya. 


Daya tahan mengantuk yang kebal.
- Apakah maksudnya? Ada satu pagi ai terlupa nak ambik VCO. Bila time malam nak makan baru teringat tak makan VCO pg td so ai terus makan 2 biji sekaligus sebelum tdo.  Ai ingatkan nak terus tdo sebab malam sebelumnya hanya sempat tdo 3 jam shj. Lepas ai makan VCO terus mata segar bugar. Cam ne nak tdo nih? ahak. Tapi bukanlah VCO ni menghalang anda tdo. Tidak. Memang mata ai segar bugar tapi ai paksa jugak baring then terus terlelap sehingga ke pagi. Maksudnya, lepas makan VCO memang mata akan segar bugar tapi kalau kita nak tdo time ni buleh jer tdo. VCO tidak akan menghalang anda utk tdo tapi sekiranya anda nak terus berjaga, anda tidak akan merasa mengantuk. Itulah yang ai rasakan. 


Lagi satu bile after lunch. Memang ai akan tersengguk² depan pc atau kengkadang sampai terlelap punyalah tak leh tahan mengantuk sebab perut dah kenyang tapi sejak ai ambik VCO, rasa mengantuk tu memang banyak berkurang. Still ada rasa mengantuk sebab ai memang selalu tdo lewat tapi kali ni tidaklah sampai tersengguk² cam belatuk. Boleh control rasa mengantuk tuh.


Masalah kulit muka kering tiada lagi.
- Kulit muka ai memang jenis yang kering. Masalah kulit muka kering bukanlah jerawat. Kalau nak di ikutkan memang jerawat agak jarang yg tumbuh di muka ai ni cuma kulit kering ni boleh menyebabkan ianya menjadi kusam. Sejak ai pakai produk dermedex memang kulit muka ai sangat ok tapi dermedex ni agak mahal harganya so ai just pakai basic set shj jadi masalah kulit kering ni kadang² timbul kembali. Sejak ai ambik VCO ni, nampaklah perubahannya. Kulit tak terlalu kering dan tak terlalu berminyak. Just nice. so ai loike!


Melancarkan penyahtinjaan.
- Ini dari segi kesihatan dalaman. Memang ada perbezaan sebelum dan selepas mengambil VCO nih. 


Buat masa ni, inila perubahan² yang ai rasakan. Ada customer yang kata , mata akan menjadi lebih biru seperti mata bayi. Yang ni ai belum lagi mendapat kesannya mungkin sebab ai memang jenis kurang tdo, so kesihatan mata agak terabai.


Apapun, selepas pengambilan selama 7 hari, ai sangat² berpuas hati dengan kesannya di samping harganya yang sangat berpatutan. Hanya RM 39.90 untuk sebulan. Rasanya bukanlah kos yang membebankan untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran kan. 


Dan di sebabkan ai sangat berpuas hati, ai dah pon subscribe menjadi stokis berdaftar. Jadi sesiapa yang ingin mencuba bolehlah contact² ai yer. Especially untuk yang berada area Keramat, Taman Melawati,  Taman Melati, Wangsa Maju, Gombak dan kawasan sekitarnya. Berkongsi kebaikan khasiat VCO. Jom hidup secara Sehat!






sesiapa yang berminat boleh email ai di creamzzz[at]yahoo.com.




with luv,

Sunday, March 20, 2011

Sepetang bersama .... Pak Su & Maira.

As salam,


Aktiviti wajib antara Pak Su & Maira. Setiap hari. Si kecil Maira akan menanti di muka pintu kepulangan Pak Su tersayang dari sekolah untuk memulakan sesi bersiar² setiap petang. Selesai menukar baju dan menyimpan beg sekolah, Pak Su terus mencapai basikal untuk bersiar² bersama Maira. Masa ni Mak Ngah akan ambil alih kerja menolak si tambun ini. 


 Sekarang turn Pak Su pula, Mak Ngah nak ambik gambo.
hehehhehe.


 Oh tambun pujaan. hehhe
Bikin hati panas membeku, bikin hati runsing gumbira.
lallalallala....


 Sweet moment antara Pak Su & Maira.


 ai loike this pic.
Sekeping gambar bisa menceritakan segalanya.


Sambungan cerita di atas...


Akhirnya, demi anak buah tersayang...
gigih Pak Su mendukung si tambun nih. hehehhe






(Saya suka camera baru saya..... Walaupun berat nak mengusungnya, gigih ai bawak semata² nak capture moment² indah yang tidak mungkin akan berulang.)






with luv,

Saturday, March 19, 2011

My new toys ....



As salam,


Jawapan kepada n3 ini, akhirnya ai membuat decision untuk mengangkat D90 sebagai my new toys. Selepas berkira²... berpk² ... berguling² bertafakur .... bermimpi² ... finally, ai take D90. Yes, sangat berbaloi dengan money value yang ai keluarkan. Memang agak costing tapi bila difikirkan segala aspek .... Rasanya yang ni paling berbaloi beli mengikut keperluan ai. 


I'm zero DSLR . Ai jugak bukanlah org yang suker mengambil gambo tapi sorg yang suker posing bergambo.. hahah... Tapi, ai ada tujuan dan sebab kenapa ai angkat ini DSLR dan my first impression bila pegang and try shoot D90 nih, wow!! Patutlah harganya cam nih.


 with my photography consultant. 
Thankz Wan ... ;-)
Masa gi beli nih, dah macam bwk bodyguard. 
Start masuk kedai, gi kuar duit sampailah kuar kedai semula.
Ai di ascot oleh En. Syazwan... ;-)


Camne nak pegang nih? huhu


Testing Shoot.

The manual

Complete set with tripod.


di sinilah ai jumpa my new 'boyfriend'. hahhaha






Mood : ada org yang tido ngan camera ker malam nih? hahahha




p/s: Harga D90 ini lebih mahal dari my sweetheart Epal 2049 but Epal 2049 tetap my first love. *happy*.






with luv,

Friday, March 18, 2011

MHI live @ UIA

As salam,
Hari ni MHI bersiaran secara langsung di UIA Gombak. Gigih pepagi bangun bukak tv yer and keluar umah awal skit sbb nak gi tgk MHI. hheheheh.

Oh semua pengacara yang terlibat , Abby Fana, Nurul Syuhada, Wardina bertudung litup and cover their aurah. Baguslah, pandai menyesuaikan keadaan. Ayu jek Nurul ngan Abby bertudung. ;-)

 Aisyah sebagai tetamu jemputan..Dah kurus skit Aisyah nih.

 Lawa tak Nurul Syuhada? Wardina tak yah komen lah kan, memang la ayu.. ;-)


Ally Iskandar pon ado.. tp ramai sgt peminat nyer.. susah nak ambik gambo.. ni pon pinjam gambo org.. huhuhu


Sedang bersiaran.
Nurul Syuhada & M Zul

Abby Fana bersama team pantun.

They looks cool!


p/s: pepagi turun konon² nak gi beli bekpes... Skali bekpes ntah ke mana ... Dah kenyang bergambo ngan dorg.. hehhee


with luv,

Thursday, March 17, 2011

Quality Day 2011

As salam,

Hari pekerja  or Quality Day 2011 at my organization jatuh pada hari khamis 17 March 2011. Event ni di sambut setiap tahun. Sempena dengan Quality Day nih, adalah macam² booth yang di buka. Tak ketinggalan, my opis pon participate jugak. 


Tuan umah kedaung kene posing dulu sblom wat keje. hehhehe

 Sila.. sila ... isi survey form dulu yer.

Bersama org kuat booth. hehhee



Ada macam² booth yang bukak. Daripada KWSP, LHDN, AKPK sehinggalah booth periksa kesihatan. Semua booth nih ai melawat and got new info yang sgt berguna terutamanya AKPK. Harus mengawal kewangan dengan bijak nih. 

Then ai gi ke booth Sports lak. Kat sini bleh check biological age yer. Apa itu biological age? Senang citer, biological age nih ialah usia organ dalaman anda. Adakah organ dalaman anda seusia anda atau adakah lebih tua? untuk sesiapa yang tidak menjaga kesihatan, biological age boleh mencecah usia 10 - 20 tahun lebih tua dari usia sebenar anda. And surprisingly, my biological age is 23 . Which is 7 years younger than my real age. sila kira umur sebenar sy sendiri ok. Yeay! Happy gilers! Alhamdulillah. Ada my friend yang 4 thn, 15 thn even 20 years lebih tua dr usia sebenar. Bayangkan usia 25 tahun tp biological age 35 .... Kesimpulannya, jagalah kesihatan.


My health summary :

Obesity Screening : Body Fat 22.2 % - Normal  (before x penah check )
Cholesterol : Normal  (before nih high cholesterol)
Asian BMI : 18.9 - Normal  (before nih underweight)
Skeletel Muscle : 28.5% - High  (before x penah check )
Biological Age - 23 - younger than real age. (before x penah check )
Blood pressure - Low (same as before )
Clucose : Normal (same as before)


Alhamdulillah, Allah memberikan kesihatan yang sempurna kepadaku. Cuma blood pressure belum berjaya dinaikkan ke paras normal. huhu.



with luv,

Wednesday, March 16, 2011

Hadiah untuk Mama ...

 Ingin membuat kejutan untuk ibu? Klik sini untuk info lanjut.



with luv,

Tuesday, March 15, 2011

Bengkel Manik

As salam,

Lagi cerita dah basi. hehe.. 
Kejadian di hari Sabtu last week. Bengkel Manik
Actually , ai adalah tenaga pengajar untuk Bengkel Asas Manik di Smart Skill Training Centre, Wangsa Maju. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel manik ni boleh la ke Smart Skill Training Centre di Wangsa Maju bersebelahan dengan Gulatis. Dalam Bengkel ni ai akan ajar 13 teknik asas jahitan manik.

Jom layan gambar my student yang penuh bersemangat menjahit manik.. hehe.. ;-)

Bengkel kali ni di hadiri oleh 8 org peserta.

Lihatlah kesungguhan mereka. 
Walaupun 8 org peserta (max class 10 org), 
inilah kelas pertama yang ai ajar balik awal. 
Sepatutnya tempoh pembelajaran adalah dari jam 10 am - 5 pm. 
Tapi class kali nih, kul 3pm dah settle. Pantas tak? 
Baguslah dorang nih... ;-)
Senang keje cikgu.


Amboi, khusyuknya.. ;-)
Balik jangan lupa praktis ok.



Raya pon tinggal beberapa bulan jer lagi kan... so apa lagi, jom belajar jahit manik. Bleh blink blink melaram raya tahun nih ...;-)




with luv,

Monday, March 14, 2011

Virgin Coconut Oil (VCO) / Minyak kelapa dara



As salam,


Pernah dengar pasal minyak kelapa dara or VCO tak? Previous n3 ai ada mention pasal nak cari VCO kan. Lepas searching pasal VCO nih, ada jumpa macam² brand. Memang banyak rupanya khasiat VCO nih. Dalam banyak² VCO di pasaran, ai pilih keluaran Catalyst. Baru nak cuba makan. Tak taulah kesannya serasi ke tak ngan ai.


VCO Softgel Capsule
keluaran Catalyst.



Antara kebaikan VCO Catalyst ialah :-

  • Mengurangkan kadar kolestrol.
  • Mengawal kencing manis.
  • Mengatasi masalah penyakit degenetratif dan masalah usia umur lanjut.
  • Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah.
  • Meningkatkan antibodi tubuh.
  • Mendapatkan kembali keanjalan & kelembutan kulit.
  • Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
  • Menghindar alahan.
  • Mengelakkan risiko kanser.
  • Mengurangkan dengkur.



Kenapa ai pilih VCO from catalyst? 
Sebab ianya berbentuk softgel. senang nak makan di samping kebaikan khasiatnya.


Ai akan story kesan² VCO to my body nanti ok. Kene try at least seminggu dulu baru bleh share. hehehe




with luv,

Sunday, March 13, 2011

Supplement Food



As salam,


Ai sedang mencari² makanan tambahan / supplement food untuk my skin dan jugak untuk tenaga tambahan. Sejak involve dengan hobi baru nih, ai mudah letih... May b sebab terlalu push myself untuk siapkan order² customer. Nasib baik ai mmg enjoy aktiviti menjahit so happy walaupon letih. 


But now, rasanya dah sampai masa untuk ai dapatkan makanan tambahan untuk kesihatan. Maklumlah, bila usia dah meningkat, macam² penyakit yang akan datang. So lebih baik mencegah dari mengubatikan...


So far, ai hanya makan spirulina untuk tenaga tambahan dan madu untuk mengekalkan kesihatan. Need more supplement for my skin pulak. Any suggestion?


Madu Naqia 
keluaran Naqia Corporation Sdn Bhd

Antara Khasiatnya :

  • Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
  • Memulihkan sel-sel urat besar.
  • Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
  • Merangsang tenaga batin.
  • Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
  • Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
  • Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
  • Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
  • Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
  • Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
  • Menguatkan tenaga batin.
  • Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
  • Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
  • Memulihkan penyakit berpanjangan.
  • Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
  • Menyembuhkan penyakit dalam perut.
  • Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
  • Memulihkan batuk dan lelah.
  • Menghindarkan badan letih dan lesu.
  • Kurangkan kesakitan bila datang haid.
  • Baik untuk perempuan bersalin.
  • Membantu/menerangkan pemandangan.



Kenapa ai pilih madu Naqia? 
Sebab madu Naqia ada campuran Zafaran (herba terbaik & termahal di dunia) dan air zam zam.




Spirulina 
keluaran Cosway.

Antara khasiatnya :

  • menguatkan sistem ketahanan badan
  • mengurangkan tahap kolesterol
  • lancarkan fungsi penghadaman
  • lindungi badan daripada masalah kurang darah
  • menggalakkan kulit yang sihat berseri 
  • menggalakkan proses detoksifikasi badan

Spirulina ni ai memang dah amalkan dari zaman belajar lagi, 10 bj sehari. Selain untuk mengurangkan letih juga baik untuk menajamkan minda.

Kenapa ai pilih spirulina cosway?
Sebab harganya yang berpatutan dan mengandungi 200mg USP Grade.




Now, ai nak cari supplement utk kulit pulak.
Macam collagen ker... Ada dengar pasal Minyak kelapa dara tak? Macam banyak jer khasiat minyak kelapa dara nih. Haruslah mencari info² pasal minyak kelapa dara. Boleh cuba nih.






with luv,

Thursday, March 10, 2011

Mairanur Damia turn 1

 As salam,

Hari Sabtu last week birthday Damia. Yeay!
Damia dah setahun. So, dah banyak jugak progress pembesaran Damia.
Sangat happy melihat progress tumbesaran yang sangat² memberangsangkan.


Antara progress tumbesaran Damia :-
start tumbuh gigi ........ ketika usia mencecah 6 bulan. skang dah ada 4 btg gigi.
start bercakap dlm bahasa yang tak di fahami ..... ketika usia mencecah 6 bulan
start bercakap sebutir² ......... ketika usia mencecah 8 bulan (masa ni dah keluar bunyi bird, dap, papa dll )
start jalan jatuh .......... 9 bulan
start berjalan ........... 10 bulan
start pandai merajuk ........... 11 bulan
start pandai rebel ............ 12 bulan
start memahami percakapan org lain ....... 8 bulan
start memberi tindak balas mengikut situasi ....... 8 bulan (masa ni kalo org cakap sit.. dier sit... kalo org ckp no mean no.. )



 Mairanur Damia with her present from Mommy & papa


 Sangat suka berjalan ini budak.
Setiap kali ai balik kerja, confirm dier dah tunggu depan pintu nak ikut naik car.


 antara aktiviti wajib,
berjalan² di petang hari... Kalo x dapat, confirm mengamok... muhahhaha
Garang ni anak buah Mak Ngah.




with luv,

Friday, March 4, 2011

DSLR or Digicam ?

Oh sungguh tak tau nak wat pilihan.... antara DSLR dan digicam ... mana satu nak nih? Ikutkan budget 1k je utk beli camera baru tp kalo tambah skit lagi leh dpt DSLR, y not kan? Tp kan.. bila search pasal DSLR nih.. byk sgt ada.. mcm² spec... mcm² price ... sampai x reti nak pilih yg mana satu... maunya ai angkat digicam jer pas nih.. huhuhu... tp as my brother said la.. will having d same problem like my digicam b4 again and again.. 

My bro cadangkan y not move to DSLR... masalahnya byk sgt... x tau nak pilih.. dgn budget yg ciput arround 2k agak la x tahu nak wat pilihan... help me.. help me... huhu..


D90
nak yg ni.. tapi mahal sgt la.... almost 4k.. oh, tidak mampu di sini..


 D3100
Yg ni pon cam menarik. Terbaik utk 'entry level' ... mmmm



or ini sudahh.... huhu...





with luv,