Tuesday, December 21, 2010

Budak chomel in da house...


 Ini budak bikin saya giler bayang!



with luv,

Wednesday, December 15, 2010

Pengenalan Permata Insan

Menjana cendekiawan Islam


Permata Insan adalah program yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang mana ianya merupakan salah satu rancangan di bawah Program Permata Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Program ini adalah kerjasama di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam usaha membimbing golongan pelajar pintar menguasai ilmu agama dan keduniaan serta menghasilkan bakal ilmuan dan pemikir Islam yang agung berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Program ini bakal melibatkan kanak-kanak yang berusia 8 tahun.

Demi menyahut seruan kerajaan, USIM telah diamanatkan untuk mewujudkan Pusat Permata Insan yang kini beroperasi di aras 1 Bangunan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Jawatankuasa Program Permata Insan ini merangkumi jawatankuasa promosi, pembangunan USIM-1 dan pembangunan Kurikulum. Ahli-ahli jawatankuasa ini melibatkan kakitangan akademik dari pelbagai fakulti dan pegawai yang dilantik.

Objektif utama penubuhan Pusat Permata Insan adalah untuk mengenalpasti pelajar pintar seawal mungkin supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara menyeluruh ke tahap yang optimum. Selain itu, Program Permata Insan juga menekankan kepada aspek penyediaan dan pembangunan sistem sokongan termasuk bimbingan kepada ibubapa bagi membantu perkembangan holistik pelajar PERMATA. Ianya juga bertujuan membina kolaborasi di antara USIM, agensi-agensi kerajaan, pihak NGO dan universiti-universiti dalam dan luar negara yang berkaitan bagi membina dan memantau program pendidikan pelajar PERMATA.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dimulakan sejak awal November 2009 oleh Pusat Permata Insan USIM adalah Siri Diskusi Intelektual yang menjemput pakar-pakar dalam bidang berkaitan untuk menyumbangkan buah fikiran bagi menambahbaik Program Permata Insan USIM. Selain itu, ahli-ahli jawatankuasa Program Permata Insan juga mengadakan sesi lawatan ke lokasi-lokasi strategik dalam dan luar negara dalam usaha untuk mengumpul maklumat dan membina jaringan kerjasama bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan program Permata Insan USIM. Antara jaringan kerjasama yang dirancang adalah dengan Universiti King Abdulaziz, Jeddah dan Universiti Taibah, Madinah, Arab Saudi.



with luv,

Tuesday, December 14, 2010

Permata Insan?

 Salam,

Sabtu lepas gi hantar Boy ke Program Perkhemahan Permata Insan di USIM. Apa itu permata insan? Nnt next n3 ai citer. 

 Boy di depan hostel

Cerita pasal Permata Insan ni, pada mulanya kami sekeluarga memang tak tahu menahu langsung dengan intipati program. Tup² ustaz sekolah agama Boy call beitahu yang Boy telah dipilih oleh sekolah agama beliau untuk program ini bagi saringan awal. Kalau tak silap, sekolah Boy hantar 3 nama mewakili sekolah beliau. Waktu ni memang taktau apa² pon. Just ikut jer apa yang ustaz cakap. Dia suh gi interview di Sekolah Padang Tembak dan ada bengkel sehari. So Boy attend this bengkel dan ada interview. Balik dr bengkel tuh tanya Boy, boleh jawab soalan ker? Dia jwb, "ntahlah.... kita pon tak tau..". So, ai assume memang x de harapan la Boy nih kan. Tambah lagi bila abah cakap, ada 300 org yang dipilih untuk bengkel ni dan nak pilih 50 sahaja untuk Program Permata Insan. Masa tu masih xtau apa itu Permata Insan.... Tak teringat plak nak google.... sungguh tak mengambil berat ai ni. Ahak... Tapi ai tetap menyokong dengan program ni. Ustaz skola Boy pon ada beberapa kali call my Abah inform bout this. Sehinggalah one day ustaz call kata Boy terpilih untuk Program Permata Insan. So my abah tanya, camne? Nak bagi pergi ke tak? After sesi berdiskusi, kami adik beradik bersetuju untuk membenarkan Boy join this program.

Bukannya apa, intipati program tak tau... tujuan program pon tak tau... Dah la baru jer umur 8 tahun... Nak pergi dok hostel plak. Ish... Nak menguruskan diri sendiri pon Boy tak pernah. Apatah lagi berpisah ngan semua family dalam jangka masa yang lama .. memang tak pernah. Tapi atas dasar kepercayaan kpd ustaz skolah agama Boy tuh, kami decide untuk benarkan. Mungkin ustaz tu lebih faham dan tau mengenai program ni berbanding kami. Dalam hati masih lagi terpk²... boleh ke Boy nih... boleh ker nak bangun tdo sendiri? boleh ke nak gi toilet sendiri.... Macam² keraguan timbul tapi tak pe. Time ni la nak ajar Boy bedikari. Hope Boy bley adapt ngan situasi nih.

Seminggu sebelum pergi ke USIM dah buat persediaan. Especially pakaian Boy nih. Maklumlah nak pergi 14 hari. Kena sediakan baju untuk setiap hari. Takkan Boy nak basuh baju kat sana nanti. Memang bawak beg besar la. Bak kata abang Boy, beg dah macam nak balik cuti sem jek. Punyalah besar beg. Beg lagi besar dr Boy. hehe.

 kaunter pendaftaran, Boy with my Abah.

Sabtu, hari pendaftaran, kami tiba lebih kurang jam 8.30 am. Pendaftaran memang di buka jam 8.30 am. Sampai jer di pintu masuk utama USIM, terus guard tunjuk ke Dewan Pendaftaran. Sampai di Dewan, kami terus di bawa ke dewan makan dan fasilitator yang di tugaskan untuk menjaga kanak² yang terpilih ni terus bawa kanak² ni ke ruang makan mereka. Layanan memang superb. thumbs up. Oh seperkara lagi, di sini, kanak² yang terpilih nih di panggil anak² pintar.

 Ruang makan anak² pintar.

First, dari segi layanan memang sangat² memuaskan. Menu makanan untuk anak² pintar ni pon memang sangat terjaga. Mana taknya, breakfast jer diorang boleh pilih pelbagai menu yang disediakan. Menu² yang berkhasiat untuk perkembangan anak² pintar nih. ANtaranya, koko crunch, fresh milk, telur separa masak, fresh orange dan byk lagik la. Memang betul² ikut menu sihat nih. Dan setiap fasi akan melayan anak² pintar ni tadi samada one to one atau pon ramai²... Apa yg ai di beritahu, memang menjadi tanggungjawab fasi untuk memujuk, menjaga, melayan kerenah anak² pintar nih. Kalau ada anak² pintar yang menangis, mereka kene pujuk menggunakan pendekatan ilmiah. Maklum shj, yang terpilih adalah dari kalangan kanak² yang baru berumur 8 tahun. Dan kebanyakannya adalah anak bongsu dan tak pernah berjauhan ngan keluarga. memang berat cabaran dorang nih. Tapi dari pemerhatian pertama ai, mereka sangat sabar dan berdiplomasi melayan kerenah anak² pintar nih tadi. Baru ai lega nak melepaskan Boy. 

 Antara material yang di provide.

Second, dari segi material dan kemudahan yang disediakan juga sangat memuaskan. Stationery sahaja sangat lengkap mereka sediakan. Ai dah prepare stationery untuk Boy sbnarnya, tapi masa registration diorang di bekalkan dgn kelepangkapan ni semua termasuk sling bag yang mereka gunakan. Pendek kata memang lengkaplah. 

Ada seorang fasi datang jumpa ai ucap tahniah sebab Boy terpilih. Barulah ai faham serba sedikit apa itu permata insan. Anak² pintar ini adalah anak² yang terpilih antara 50 pelajar pintar dari kalangan 9000 org pelajar berusia 8 thn seluruh negara. Untuk batch pertama mereka hanya ambil 50 pelajar untuk di didik, di ajar, di jaga dan di asuh mengikut modul yang disediakan bagi melahirkan cedekiawan islam. Dan target meraka adalah melahirkan golongan pemikir islam yang di asuh seawal usia 8thn. Sebab itu ada beberapa sesi saringan pemilihan untuk memilih hanya 50 yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Oh, ai sangat bersyukur, alhamdulillah..... Atas kurniaan Allah, kepandaian, keterangan hati untuk menerima ilmu kepada Boy. Alhamdulillah.

Program ni bukan sahaja mendidik anak² pintar yang terpilih tapi memberi pendedahan kepada ibubapa dan penjaga anak² pintar cara untuk memantau perkembangan anak² pintar ini. Penjaga di beri tempat tinggal selama 2 hari utk sesi pendedahan ini. 

 Sesi mengemas. Abang tengah ajar Boy susun barang dalam locker. 
Oh, Abang seorang yang tegas dalam mendidik yer.
If dia kata buat cara A. Sila ikut. Ahak. 
Dan ai seorang yang garang. 2 Karakter yang berbeza.
Dan my parent memang melepaskan tjawab 
untuk mengajar Boy pada kami adik beradik.

Haruslah Boy kene dengar cakap kakak² dan abang².

 Boy dengan matric cardnya. Penuh bergaya. hehe.
Time ni sukalah, sbb sumer org ada lagi kat sini.

Jadual sepanjang program ni memang sangat padat. 22 hb ada sesi bersama Datin Rosmah Mansor dan ibubapa di minta hadir. Haruslah ai cuti nak attend majlis nih. Dah 2x Majlis penyampaian hadiah sekolah Boy ai x dpt pergi untuk menyaksikan Boy ambik hadiah. Haruslah kali ni meluangkan masa. Kerja sampai bila pon tak pernah habiskan.

Oh budak kecik nih pon nak antar Pak Su jugak. 
Tanda sokongan dari Damia. ;-)

Hari ni tanpa Boy kat rumah cam boring plak. Takde teman nak bergaduh. Ahak. Kalau tak tu, balik je keje gaduh ngan Boy.  Suruh Boy buat itu ini... Aku kan kakak!... hehhe... Takde org lagik nak berebut channel tv ngan ai. Memang sunyi jer rasa. Sebab Boy nih mulutnya bising. Main pon bising. Kalau sehari x de statement , "Boy boleh tolong diam sekejap tak?" memang tak sah.. ahak... main sorang² pon bising. Blom lagi main dengan Damia. Memang gamat jer selalu.  Ada 10 hari lagi nak tunggu Boy balik. Tak sabar nak buli Boy nih.. Ahak..



p/s: oh, ai dah beli monopoly dari Toy's r us untuk Boy sebagai hadiah pencapaian cemerlang. Yeay!



with luv,

Wednesday, December 8, 2010

Fabric collection

Salam,


Masih dalam mode jahitan. Memang menjahit boleh hilangkan stress. Oh, mana kain nih? ahak...
Nak share koleksi fabric yang ai ada. Beli punya beli tak perasan dah tinggi. ehhehe. Yang pastinya akan membeli lagi... Oh, help me... i'm addicted ....


timbunan kainku.
( masih skit jika nak di bandingkan ngan tailor2 yg ada)

Heavy cotton

Light weight cotton.


p/s: nak beli panel untuk buat quilt.




with luv,

Tuesday, December 7, 2010

[Sewing] Clutch - 2nd trial

Salam,

Taraaa... Finally.. menjadi jugak clutch ku ini.


Kain di beli ketika balik kg weekend lepas. Sangat suka sbb percubaan kali ke 2 menjadi. Nak buat clutch yang besar skit lagi. Pastu nak letak tali dan boleh lilit kat tangan. Tak sabar nak try lagik nih... 




with luv,

Salam Maal Hijrah



Credit to ILuvIslam







with luv,

Monday, December 6, 2010

[Sewing] Sun hat utk Damia...

Dah lama berhasrat nak buat sun hat ni utk Damia tapi di sebabkan xde mesin jahit so terpaksalah memendam keinginan dulu. 

Alhamdulillah, berjaya juga mengrealisasikan keinginan itu. Kebetulannya, Damia nak bercuti ke Fraser Hill dan mummy belum beli topi baru utk Damia. Yg lama punya dah tak muat kepala Damia lagi.

So, Mak Ngah ambik inisiatif utk jahitkan Damia satu topi. Yeay! i Like!

sewing with luv... 
Sangat suka dan puas hati dgn hasilnya.


 Mairanur Damia with new Sun Hat.
(ayyo.. suda mcm itu amoiii laaa...)







Ini adalah kali ke 2 jahit sun hat. Kali pertama terkecik pulak. So buat baru yang ke 2 dan besarkan size. Tetiba ukur muat pulak kepala Boy. Adoiiaaii... so jahit kecikkan... and finally..... berjaya dengan penuh kepuasan.


ai like!






with luv,

Thursday, December 2, 2010

Mt first project with Janome 2049

Salam,


Hari ni, dgn semangat berkobar2 nak try guna myEpal coz smalam dpt dah malam. Subuhbangun layan VCD dulu utk dapatkan maklumat. Sharp kul 5 terus balik. Tak sabar2 nak jmp myEpal. Oh, ai teruja! 


Clutch ... 
Ada rupa ker? Oh no.... hasilnya telah menjadi pencil case.
Hebat tak? Dari clutch menjadi pencil case. Ting... bertukar... hahhaa..
Sbnarnya, Kak Zila bagi template utk buat clutch tapi ai ter misplace lak. 
Puaslah cari tp x jmp.
So dgn cerdik pandainya, ai pon buat la template sendiri 
ikut sedap jari-jari ai nih.
Kain ai guna kain 'belacu' yang murah tu. 
Nak testing jer. Pakai kain murah jer la kan. 
Lagipon kain ni agak keras so senang skit nak jahit.
Maklumlah ai kan expert beginner. Kena pakai kain murah.. 
Kalo x jd bleh campak buang. hahhaha.


Zip warna pink bagi nampak skit. Semuanya nampak ok. Not bad!


Lihat di sini. Fail! Puas dok pusing2 camne xnak kasik kedut tp kedut gak. SO end up agak tak puas hati dgn hasil ini. Walaupun yg lain nampak sempurna tp kat sini nampak buruks...
My frenz cakap ok la nih coz first time jahit kan. Siap ada lining lagik. Saje nak sedapkan hati ai ker? huhu..


Apa pun.. akan ku usaha lagi sehingga ai berpuas hati ngan hasil kerja jahitan ai...






with luv,