Sunday, August 8, 2010

Hari yang sangat penuh....

Salam,

Hari ini adalah hari yang sangat2 penuh dengan aktiviti2 dirumah. Dari pukul 8 pagi hingga jam 12 tgh malam baru selesai segalanya. Sungguh penat menguruslan sebuah rumah yer.... Oh, ai lagi rela keluar berkerja dari duduk rumah cam nih.... ahak....

Pukul 8 pagi dah bermula rutin membasuh kain baju, cadar dan sebagainya..... Sambil2 membasuh, siapkan breakfast. Mujur hanya ai dan Boy jer yang ada di rumah. Jadi, tidak sukar nak menyediakan makanan. Sementara menunggu sesi basuhan kain baju selesai, dok sibuk pulak melipat kain baju yang dah sampai tak muat bakul kain lagik. Ahak.... Maka, duduklah ai betapa di depan TV sambil melipat kain baju. huhu... Sib baik mesin basuh jenis fully automatic.. Kalo tak, jenuh juga nak duduk bangun tukar2 air kan..... Bayangkan kalau duduk rumah setiap hari... Oh, alahai!

Selesai membasuh baju, bermula sesi menyidai kain pulak. Kalau dah sesi membasuh kain pon selesai jam 12 tgh hari, so bayangkanlah kain baju yang nak kena sidai pulakkan. Pendek kata sampai tak muat ampaian lah... ahhahahha..

Urusan kain baju selesai jam 2 ptg! Prepare untuk makan tgh hari pulak sebelum ke aktiviti seterusnya iaitu mengemas! Mengemas bilikku yang pastinya!... Mengalahkan tongkang pecah dah rupanya.....Kerja-kerja mengemas start jam 3 pm..... Boy mengemas ruang tamu dan rak bukunya. Ai pulak start dari dapur dan akhirnya my bilik... Kemas, vakum, tukar cadar... susun barang2 craft dll lagik..... segala urusan mengemas hanya siap jam 10.30 pm.

Masa ni baru aku perasan yang barang2 craft aku jer dah penuh satu katil... Muhahahha.... Jadik, moral of the story.... berhenti dari membeli barang2 untuk craft.... boleh ker cam ni? hehe...

Habis mengemas terus mandi dan makan malam. Lewatkan makan malam.... Argh.... Sungguh tidak sehat jadual pemakanan ku.... Selesa mandi dan makan, dok pulak mengadap barang2 craft. Camne aku nak susun nih.... Mengadap sambil tgk tv, maka segala urusan hanya selesai jam 12 tgh malam bersama selesainya cerekarama... huhu.... Siap jer terus pakai foot patch untuk hilangkan letih2 badan dan terus zzzzzzzzzzzz...... sungguh meletihkan!

Kenapa yang ai beriya2 nak mengemas bagai nih? Yer, sempena menyambut kedatangan ramadhan yang bakal menjelma hanya beberapa hari shj lagi. Sepanjang Ramadhan dah tersedia aktiviti dari jam 4 pagi hingga 10 mlm..... Azam baru nak hidup penuh berjadual supaya lebih terurus dan tersusun. Kalau sebelum nih, main belasah aje... Mana yang sempat jek. AHak....




with luv,

No comments:

Post a Comment