Saturday, November 28, 2009

++ Cameron Trip ++


Salam Aidiladha buat pengunjung blog ai. Moga Aidiladha kali ini membawa pengertian dan pengorbanan yang sewajarnya.

Aidiladha kali ni, ai dgn family beraya di Cameron Highlands. Dah bosan beraya di rumah dengan rutin dan aktiviti tahunan yang sama dan serupa. So, kami sekeluarga merancang untuk meraikan aidiladha kali ini di Cameron Highlands. Seronok juga sesekali beraya di tempat orang kan. Di samping dapat menjalinkan ukhwah dengan saudara seagama.

Ai ke sana bersama dengan keluarga dan juga keluarga makcik ai. Sungguh meriah dan seronok. Walaupon hanya beberapa hari tetapi seronok dan menyeronokkan. ahak. Kami bertolak pada hari khamis lebih kurang 12 tgh hari dan tiba di Cameron sekitar jam 6 pm setelah puas menyinggah di Lata Iskandar. Hajat di hati nanti balik baru nak berkelah.

Nothing much yang yang di ceritakan. Percutian yang emmang menyeronokkan. Seingat ai, kali terakhir ai menjejakkan kaki ke Cameron lebih kurang 5 thn yang lepas bersama kawan-kawan baik di mana kenangan itu juga masih bersemadi di dalam ingatan ai.

Apapun, cameron kali ini membuatkan ai sangat teruja dengan pokok-pokok bunga. Adalah beberapa pasu yang sempat ai beli. Mungkin usia yang semakin meningkat membuatkan ai sangat menghargai keindahan alam dan juga keharmonian bunga-bungaan.


Preparation di malam aidiladha.

ketupat segera. Cepat dan mudah.


Pulut kuning antara juadah yang di masak.


Antara juadah yang di hidangkan di pagi Aidiladha.


Lemang dan ketupat palas pon ada okkey.

Destinasi pertama di pagi Aidiladha.


my cousin and ai @ Tea Farm.


Posing tetap posing.


Antara yang sampai ke kemuncak Tea Farm. Yang lain semput. hehhehe.


My parent and my bro @ Rose Farm.

Unique rose


Strawberry sundae @ Strawberry farm. Lazat kan?? yummy yummy... memang best!


BBQ Dinner


Happy vacation. Will plan for d next vacation with my happy family.



with Luv,

1 comment:

  1. SaLaM pErKeNaLaN...

    wAh NmPaK mCm sOnok JeR G sAnA...NaK kEnA G 1 HARI nNtI...

    ReplyDelete