Friday, February 27, 2009
kepeningan...
Dan yang pastinya cari utk tudung aku juga. Adik mesti lebih dari kakak ok... hahhaha.. marah akak aku ni kalo tahu.. ahak.
Senarai tempat yang akan di serbu esok :-
1. Jalan TAR
2. Gulatis, Maya Moda, Semua House
3. Butik Ratu di Danau Kota.
4. Ikea (Kalo sempat)
- nak gi beli rel utk langsir tingkap.
.. kekuatan wanita ..
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daridosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah... Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorangl elaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
Monday, February 23, 2009
.. aku dan hobi baru ..
Di sebabkan hobi baru ni, aku balik keje awal hari ni. Sharp pukul 5 aku terus balik. Nak semai pokok katanya. Hahaha.. yer yer jer kan. heheh... bak kata ayah aku, tak menyempat.. dan2 tuh gak nak tanam nyer. Bukannya apa, tengah semangat berkobar2 ni kena terus buat. Nanti kalau dah suam2 kuku alamatnya mak aku la yang jadik mangsa. ekkekek..
Tapi malam ni hujan lebat la. Sure benih aku tak hidup nih. Tenggelam dek tanah yg basah. Aduss.. Hujan la pulak. (Saje carik alasan, kalo pokok tak tumbuh.. hehhe)
Apa pun, kena tunggu seminggu untuk benih ni bertunas. Maksudnya paling awal next week la. Tak pe, sabar menanti. Hai la pokok... jangan la segan kau nak tumbuh yer... hehhehe...
.. blog oh blog ..
uols yang nak tinggalkan komen, bolehlah guna chatbox kat sebelah tuh untuk sementara waktu yer. I'll try to solve this problem ASAP.
Sunday, February 22, 2009
...orkid oh orkid...
Mak nak tukar pasu katanya sbb pasu nih plastik so agak panas.
Aku suker sgt orkid nih. Cantik kan? Orkid ni aku baru jer beli kat Jusco AU tadi. Murah jer, RM 15 sepokok. Murahkan? Dah la bunganya cantik, daun pon sihat jer dan yang paling penting harganya sangatlah murah. Satu pokok aku hadiahkan kat mak aku dan satu laagik untuk aku sendiri. Memang favorite mak aku bunga orkid nih. Dia pon suka sangat ngan orkid nih. Ish.. serius i like it!!
Friday, February 20, 2009
my new BF : part 2
Masih dalam fasa mengenali. Menerima kesempurnaan dan kekurangan. Hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar sekali dan seperti yang dijangkakan. Aura² yang positif sedang menunjukkan wajah berbanding hari pertama aku kenali. Tak kenal maka tak cinta! Sesungguhnya kesabaran yang sangat tinggi di perlukan untuk menantikan satu keputusan. Yang seterusnya membawa kepada pengakhiran yang menggembirakan... sabo.. sabo... hehehe..
Wednesday, February 18, 2009
.. my new boyfriend ..
Siapakah gerangan di maksudkan itu? Aku tak boleh war²kan sekarang. Kena tunggu 2-3 hari lagi atau pun seminggu selepas sesi declaration di buat. Ahak. Apa pun, aku memang sukakannya.
"Kau ada bf baru ker, lama ker, aku peduli hapa ?!" hehhe... pinjam ayat Ally Iskandar jap.
Monday, February 16, 2009
friendster vs facebook
or
Facebook???
Mana satu yang jadi pilihan? Skang aku lagik layan facebook berbanding friendster. Nape? sebab member aku ramai yg dah join facebook so aku pon layan jek la. Bukannya minat sgt tapi okla untuk mengisi masa lapang. Masa lapang ker? Ahak.
Hari ni, setelah sekian lama aku tak update malah tak login langsung pun akaun friendster aku, ntah kenapa malam ni tergerak pulak hati nak melihat² apa yg menariknya perkembangan² sahabat handai aku. Semak punya semak... new messages... new comment.. new friend request.. aduhai menunjukkan betapa lamanya aku tak mengemaskini akaun aku.
Apapun aku dan membersihkan segala sawang², habuk yang ada dalam rumah aku (friendster) yang satu nih. Pasang langsir baru (upload new pic) ... kemas² skit.. ok siap... letih jugak ler nak mendelete apa yg patut tuh kan. Ituler rajin sangat.. hehe...
How To Install TrueType or OpenType Fonts in Windows
- Go to Control Panel.
Click on your Start button and select Settings > Control Panel (or Open My Computer then Control Panel) - Go to your Fonts folder.
Open (Doubleclick) the Fonts folder. - Go to Install New Font.
Select File | Install New Font.
Check the Font FAQ if your Install New Font command is missing. - Find the directory with the font(s) you want to install.
Use the Folders: and Drives: windows to move to the folder on your hard drive, a disk, or CD where your new TrueType or OpenType fonts are located. - Find the font(s) you want to install.
Highlight the TrueType or OpenType font to install from the List of fonts window. - Install the font(s).
Click OK. This completes your TrueType or OpenType font installation.
Tips:
- Put installed fonts on your hard drive.
If you are going to install TrueType or OpenType fonts from a CD be sure the 'Copy fonts to folder' box is checked; otherwise, fonts may not be available to use if the CD is not in the drive at all times. - TrueType fonts have the extension .TTF
TrueType fonts require only this one file for installation and use. - OpenType fonts have the extension .TTF or .OTF
OpenType fonts require only this one file for installation and use. - U can download font from font-styles.com
What You Need:
- TrueType Fonts
- OpenType Fonts
- Microsoft Windows Operating System
Sunday, February 15, 2009
++ Selamat Pengantin Baru ++
Wednesday, February 11, 2009
beading oh beading....
Tuesday, February 10, 2009
... lelaki oh lelaki ...
Dialog antara Fara Fauzana dan Fahrin di dalam rancangan Fara. Kenapa dialog ini menjadi pilihan saya utk diulas? Saya agak tertarik dengan dialog ini kerana selalunya dalam situasi seperti ini wanita seringkali dipersalahkan kerana di katakan merampas hak org. Tapi sedarkah sebenarnya perempuan yang menjadi mangsa dalam situasi sebegini. Dan kebiasaannya, wanita yang baik akan cuba untuk berkorban hati dan perasaan untuk seorang lelaki. Tetapi cuba kita kaji dari akar umbinya, bagaimana semua perkara ini boleh terjadi?
Pepatah melayu ada mengatakan, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Ini bermakna, dalam perkara seperti ini, wanita tidak boleh dipersalahkan 100%. Kenapa? Sebagai seorang melayu yang kaya dengan adat sopan, sikap pemalu itu masih menebal dalam diri seorang wanita. Cuba cari seorang wanita melayu yang sangat mudah meluahkan hati perasaannya kepada jejaka dalam tempoh beberapa hari berkenalan. Ada ker? Kalau ada boleh di kira dengan jari. Tetapi rata²nya masih suka memendam rasa. Akibat dari kelemahan inilah maka lelaki² di luar sana cuba mengambil kesempatan.
Dan saya berani kata bahawasanya ramai lagi lelaki di luar sana yang sudah punya komitmen masih ingin menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Jadi, salahkah apabila seorang wanita itu jatuh cinta? Siapakah yang membuatnya jatuh cinta? Lelaki bukan? Tidak kiralah apa pun statusnya seorang lelaki itu tetapi adakah wanita itu bersalah? Tapi seringkali terjadi wanita yang dipersalahkan apabila jatuh cinta dengan lelaki yang sudah punya komitmen sehingga di gelar perampas! Kenapa lelaki tidak pernah dipersalahkan? Kerana lelaki adalah lelaki yang punya kuota 4. Itulah ayat yang seringkali digunakan oleh kaum adam ini apabila di soal akan tindakan mereka. Kenapa tidak, seorang lelaki yang memang tahu dia sudah punya komitmen membataskan diri dalam pergaulan setanding dengan taraf mereka yang telah punya keluarga mungkin.
Wanita ini seringkali diibaratkan seperti kerak nasi. Lama² direndam akan lembik juga. Kalau dah seringkali dipujuk rayu mustahil hati tidak tewas. Tak percaya? Tanyalah seberapa ramai wanita pun, pasti jawapannya tetap sama. Sebenarnya dalam situasi ini wanita lah yang akan menerima natijahnya. Sudahlah di pandang serong. Hati dan perasaan berduka. Belum lagi di kira dengan tindakan dan perbuatan sang kekasih yang melukakan. Perlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk berdepan dengan situasi sebegini. Jadi wanita, sedarlah!
Friday, February 6, 2009
Melepaskan Kenangan Pahit
Hidup ini umpama roda. Adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita di bawah. Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak mengalami situasi ini dengan mudahnya memberi nasihat namun hakikatnya kesedihan dan kelukaan itu terlalu sukar nak di lupakan.
Artikel dari imotivasi ini mungkin boleh membantu kepada mereka yang benar² ingin melepaskan kenangan pahit dengan cara yang betul. Tidak di nafikan kadangkala di mulut kata ya tapi di hati masih berat nak melepaskan. Itu yang jadi masih lagik terkenang² atau mengenang. Apa pun pendekatannya, hanya kita yang tahu apa yang kita inginkan. Ingat lagi tak artikel pasal "kita adalah apa yang kita fikirkan"? Artikel² ini ada kaitan antara satu sama lain. Cuba hayati dan praktikkan. Insyaallah, sedikit sebanyak akan membuatkan kita bermotivasi.
Saya agak heran bila ramai orang bertanya cemana nak lupakan kenangan-kenangan pahit yang lalu. Jawapannya cuma satu, lupakan habis!
Memang nampak macam kebudak-budakan, tapi itulah cara yang paling mujarab. Sebaik-baik cara nak let go satu kenangan buruk, adalah dengan melupakannya selupa yang mungkin. Namun, tak semua orang dapat melakukannya dengan baik.
Lupakan saja. Selepas itu, fokus fikiran pada apa yang Anda usahakan di masa kini dan matlamat yang Anda mahu capai Anda di masa hadapan.
Jangan sesekali mengingat masa lalu, kerana berbuat begitu sentiasa menghalang Anda dari berusaha serajin mungkin mencorak kejayaan diri sendiri. Motivasi Anda akan menurun dan Anda jadi kurang bersemangat, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan cabaran getir.
Kerap kali bila kita cuba mengingat masa lalu, akan muncul bayangan di minda seperti sebuah paparan video, imej atau wayang gambar. Cara nak melupakan kenangan ni, adalah dengan ‘memadam’ bayangan tersebut step by step, perlahan-lahan.
Bayangkan kenangan tersebut menjadi kabur, seperti siaran tv yang menjadi kelabu, menjadi semakin kurang jelas dan hanya dipenuhi garisan-garisan hitam. Bayangkan seolah-olah ia menjadi semakin malap, malap, jadi makin malap lalu akhirnya lenyap.
Latih diri Anda melakukan teknik ini, lama-kelamaan minda Anda akan terbiasa lalu dapat melupakan memori pahit masa lalu. Tapi, teknik ini memerlukan ketahanan emosi.
Anda perlu banyak bersabar. Latih diri untuk jadi orang yang benar-benar penyabar, kerana sabar itu adalah salah satu sikap orang-orang bijak dan orang-orang cemerlang.
Orang-orang cemerlang tahu mengawal emosi dan tahu mengawal apa yang bermain di fikiran mereka. Berubahlah menjadi seperti mereka.
Hijrahkan diri ke arah kejayaan masa depan!
Thursday, February 5, 2009
Khayalkan Impian Untuk Jadi Bersemangat Selalu
sumber : imotivasi.com
Untuk Anda nak bersemangat selalu mengejar impian Anda, selalulah berkhayal mengenainya. Saya gunakan perkataan berkhayal sebagai pengganti kepada bayangan imaginasi. Namun, kedua-duanya sama saja.
Khayalkan seolah-oleh Anda dah berjaya mencapai impian Anda itu dan Anda sedang berada di dalamnya. Hadirkan sekali emosi-emosi berkaitan seperti gembira, teruja, ketawa, girang dan excited yang amat sangat. Bukan yang ala kadar, tetapi yang amat sangat! Buat selalu supaya minda Anda semakin peka dengan situasi yang Anda khayalkan.
Pada peringkat permulaan, susah untuk Anda hadirkan perasaan-perasaan dan emosi yang perlu ketika Anda sedang berkhayal tentang impian Anda. Anda hanya akan boleh berkhayal tentang gambaran masa depan, di mana anda berjaya merealisasikan impian Anda tapi agak sukar untuk Anda hadirkan emosi.
Tapi, bila dah buat selalu, ia akan berubah, cepat untuk Anda memasukkan emosi berkaitan seperti yang saya katakan tadi. Kenapa pula kita mesti masukkan emosi gembira? Kenapa tak ada emosi sedih? Jawapannya, emosi sedih tak perlu.
Bila Anda dah berjaya mencapai impian, mengapa perlu sedih?. Sedangkan, itulah yang diidam-idamkan sekian lama. Ada ke orang yang sedih bila dah berjaya? Terharu, mungkin, hingga membuat dia mengalirkan air mata. Tapi, sedih tak mungkin terjadi.
Tidak ada sebab untuk bersedih. Gembirakanlah hati, sebab apa yang Anda mahu, sekarang dah ada di depan mata!
Patutkah Anda bersedih bila dah camtu? Rugilah. Anda merugikan diri sendiri. Jadi, jangan hadirkan emosi sedih.
Mulai sekarang, saya percaya Anda ada impian sendiri yang Anda nak capai. Mungkin, nak memiliki kereta besar, rumah besar atau pendapatan besar. Mungkin, Anda nak jumpa orang-orang tertentu yang selama ni menjadi idola Anda!
Supaya mudah untuk Anda jadi bersemangat sepanjang masa, khayalkan impian Anda dalam 30 saat seolah-olah ia menjadi benar. Lama kelamaan, Anda boleh berkhayal sehingga 5 minit lamanya!
Tak perlu tutup mata, cuma kena pastikan suasana persekitaran tempat Anda berada adalah tenang supaya mudah untuk Anda berkhayal seketika. Jadikan seperti Anda sedang melihat wayang gambar. Anda nampak diri Anda berjaya mencapai apa yang menjadi impian Anda ketika itu.
Bila Anda dah rajin amalkan teknik ni, kesannya membuat Anda sentiasa FOKUS mengejar impian Anda. Anda akan terdorong jadi rajin, semakin kuat berusaha sebab tak sabar-sabar menjadikan impian Anda satu realiti.
Semakin rajin Anda berusaha, semakin rajin Anda khayalkan kejayaan mencapai impian Anda, semakin dekat Anda dengan impian Anda itu!
Dunia kita berbeza....
sambil menikmati kedamaian lautan
sesekali berlari anak, kejar mengejar
dan matahari menjadi saksinya
Semalam kita duduk di atas batuan
Sambil kau memainkan gitarmu
dan aku bertepuk tangan
tanda gembira yang sedang di kecapi
Semalam kita makan bersama
pagi, tgh hari dan juga malam
di gerai² kecil mahupun di restoran besar
di tengah bandar mahupun jaun nun di sana
Semalam kita berdua
Jalan beriringan, berpimpinan
Melayari kehidupan
Yg penuh onak dan duri
Hari ini, dunia kita berbeza
bahasa pertuturan juga sudah berbeza
alam permainan juga tak sama
hobi pula jauh sekali
Wednesday, February 4, 2009
[Beads Project] Nak bagi nama apa ek?
Tuannya nak pakai untuk majlis pernikahan adiknya. Next project is tudung Nurbarakah. Saya sedang menjahit di bahagian awningnya ala² YM Permaisuri NurZahirah tuh. Tak tahulah hasilnya macam mana. Belum siap lagi.. tungggu.. heheh
Monday, February 2, 2009
what makes a tudung more than a tudung...
Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur’an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: “Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya.”
Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.
- Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
- Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
- Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai tudung di tempat-tempat tertentu.
Fesyen dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:
- Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.
- Tudung labuh atau mini telekung.
- Tudung bersegi seperti tudung bawal.
- Tudung sarung atau tudung mini.
- Selendang.
- Skarf.
sumber : Wikipedia
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis tudung untuk di gayakan oleh muslimah yang inginkan kelainan. Now, fesyen² terkini tidak lagi menghalang muslimah malaysia untuk bergaya mengikut peredaran masa. Tidak lagi di katakan seperti ‘org kampung’ or ‘kuno’ malah dengan pemakaian tudung yang kene gayanya akan meningkatkan keyakinan diri untuk berdepan dengan apa jua situasi.
Presenting....
more piccis available here....
Sunday, February 1, 2009
Ala² inggeris gitu...
Kenapa saya letak gambar katil ni yer? Ha, sebenarnya saya baru sahaja terima cadar ini pemberian dari makcik kesayangan saya. Oh, I like it! Lebih² lagi makcik saya menjahitnya sendiri. Sebenarnya, dah sekian lama makcik kata nak jahitkan cadar untuk saya. So dengan muka tak malunya saya request nak cadar corak ala² inggeris. Hehehe.. tak malukan?
Inilah dia katil + cadar baru saya. Sesuai pula dengan warna bilik saya ni. Bilik ni pun baru sahaja selesai di cat baru. Untuk persediaan sebagai bilik pengantin. Bilik pengantin? Ops... bukan saya pengantinnya ok. Siapa lagi kalau bukan kakak saya yang bakal mendirikan rumahtangga bulan Mac ni. So sekarang ni memang tengah sibuk membuat persediaan utk perkahwinan beliau.