Thursday, October 30, 2014

Rehat di Yoyoy Kamphora Spa



Sehari selepas konvo aku cuti merehatkan badan dan kaki yang dah berkerja keras sepanjang minggu-minggu konvo tempohari. 

Ntah camne dapat idea gila nak pergi spa. Sebenarnya nak pergi massage. Officemate aku suggest YoYoy Kamphora spa ni. Katanya massage best. Dia pergi Pinggiran Batu Cave kalau tak silap aku. So aku pon try la gugel sebab namanya macam biasa nampak. Rupanya ada di Taman Melewati. Terus buat kerja gila booking slot pukul 12 tgh hari tu. Masa tu jam dah pun pukul 11 pagi. Haha.



Bagi aku tempat ni ok. Kemas. Aku ambik pakej Facial, 1 hour Body Massage , Body Scrub, Body Mask & air madu. Harga pakej RM 290. Bila aku taip ni rasa macam mahal pulakkan untuk pakej 3 ni. Masa buat hari tu rasa macam biasa je. Ahak. Estimate masa 2 jam setengah. 





Inilah bilik operasinya. Masa aku buat tu tak ada customer lain so aku sorang je. Aku suka massagenya. Best sangat. Urut pakai minyak biasa. Kalau nak bauan lemongrass kena tambah rm 20. So sebab aku suka bauan lemongrass ni so tambahlah rm 20 tu. Bila-bila aku fikir balik macam mahal jugak eh tambah duit minyak tu. Tak kisahlah, sebab memang nak release stress... Nak berehat katanya. Sanggup. 

Aku suka massage kat sini. Best. Yang lain bagi aku biasa-biasa je. Scrub & mask aku tak berapa suka sebab dia cuci tak berapa bersih. So end up aku mintak nak mandi kat sini. Facial aku suka masa dia urut muka. Best gila. Tp produk dan lain-lain bagi aku sangatlah biasa. Aku boleh bagi 2.5 star out of 5. Tapi tang massage memang highly recommended. Full body massage termasuk muka sekali. Memang best. 




with luv,

Tuesday, October 28, 2014

Peristiwa Hijrah Nabi S.A.W



Mari kita sama-sama merintis kembali peristiwa hijrah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berdasarkan tarikh dalam sejarah.
.
Terdapat beberapa insan selain daripada Abu Bakar dan Ali yang memainkan peranan penting dalam proses hijrah ini. Mereka adalah Abdullah bin Abu Bakar, Asma' binti Abu Bakar, Amir bin Fuhairah dan Abdullah bin Uraiqith.
.
Abdullah bin Abu Bakar – beliau adalah anak Saidina Abu Bakar yang ditugaskan sebagai intel untuk mencari maklumat dan menyampaikan maklumat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah.
.
Asma’ binti Abu Bakar – beliau juga adalah anak kepada Saidina Abu Bakar. Tugasannya adalah menghantar makanan ke Gua Thur setiap hari.
.
Amir bin Fuhairah – beliau adalah mantan hamba kepada Abu Bakar. Beliau diberi tugasan supaya membawa kambing-kambing peliharaannya ke padang pasir pada waktu siang bagi menghilangkan jejak kaki Abdullah dan Asma’ dan pada waktu petang membawa kambing ke gua Thur untuk diperah susunya.
.
Abdullah bin Uraiqith – beliau adalah seorang Musyrik yang mempunyai keahlian dalam menunjuk jalan di padang pasir yang diupah menjadi penunjuk jalan.
.
Setiap dari kita yang bergelar Muslim harus memberikan sumbangan dalam apa jua bidang yang kita mampu. Inilah semangat hijrah yang perlu ada dalam diri setiap insan bergelar mukmin.
.
Spread The Message, Share The Reward.
.
Sumber Sejarah : Raheeq al-Makhtum (Safiur Rahman Mubarakfuri)
.
Sumber : iProduksi




with luv,

Monday, October 27, 2014

Apabila yang utama tidak di utamakan...




Adakah nilai kekeluargaan dalam masyarakat sekarang sudah kian pudar?
Adakah ikatan persaudaraan setiakawan mengatasi nilai kekeluargaan?
Antara keluarga dan kawan yang manakah keutamaan?

Jawapan skeptikal: Mestilah keluarga yang utama.

Tapi, sejauh mana realitinya?

Just thinking.

*******************************

Satu waktu dahulu aku juga pernah melakukan kesilapan. Apabila tidak meletakkan orang yang paling rapat dengan kita di tempat sewajarnya.



Dulu selalu fikir apa kawan kata tapi tak pernah fikir apa family akan kata... Malah adakalanya berlebih-lebihan di dalam persahabatan sedangkan nilai kekeluargaan itu sebenarnya lebih utama.


with luv,