Saturday, November 15, 2014

Jom join Giveaway mudah....

[ Sticky Post ]
[ Scroll ke bawah untuk entry terbaru ]


Assalammualaikum semua....

Hari ni aku nak share giveaway Cinta Health sempena bulan kelahiran aku ni. Julung-julung kali di adakan. Hadiah best tu... hehhehe... Handmade lagi.... Nak lagi best, join hadiah misteri. Bagi yang baru pertama kali nak mencuba produk Shaklee memang sangat sesuai join hadiah misteri ni. Manalah tahu aku bermurah hati nak hadiahkan produk shaklee yang korang nak tu... hehhehe... Yess, hadiahnya aku tak decide lagi. Yang pasti, nilainya RM 100 atau mungkin lebih..... Haaaa cepat-cepat join. Syaratnya mudah, siapa yang join giveaway, layak untuk join hadiah MISTERI nih.... apa tunggu lagi??? Bertindak sekarang yer...


 Cinta Health Giveaway


Handmade phone clutch ini boleh dimiliki oleh sesiapa pun. Hanya patuhi 3 syarat, anda berpeluang memilikinya.

Syarat-syaratnya:

1. Share gambar giveaway di atas di blog atau fb anda. Link back to Cinta Health blog/fb.
2. Like FB page Cinta Health
3. Tinggalkan email atau fb atau address blog anda di ruangan komen entry Cinta Health untuk saya buat kunjungan balas beserta nickname anda.

Keputusan di buat secara random dan keputusan adalah muktamad.

Ada lagi.... Jika inginkan hadiah misteri, sila lengkapkan cogankata di bawah (Hanya yang participate GA sahaja layak untuk menyertai hadiah misteri ni yer):

Saya berminat ingin mencuba produk shaklee kerana .........

Cogankata terbaik akan menerima hadiah misteri bernilai RM 100.


with luv,

Saturday, November 8, 2014

Family time @ Sunway Lagoon

Family Outing kali ni ke Sunway Lagoon. Saje bawak Boy jalan lepas UPSR as a reward. Pergi tempat macam ni kalau tak ramai macam tak best kan so kita bawalah sekampung. ;-)

Tiket nak masuk Sunway ni harganya RM 120 dewasa dan kanak-kanak 11 tahun ke bawah & senior citizen RM 90. Ini harga tourist. Kalau warganegara yang ada myKad dewasa RM 90, kanak-kanak 11 tahun ke bawah dan senior citizen RM 65. Tapi aku punya tiket beli masa promo dekat Menara Maybank, dewasa RM 70 dan kanak-kanak RM 55.Expiry date sehingga Disember 2014.Oklah kan, jimat banyak tu. Aku beli 8 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak untuk Maira dan Arif. Boy dah 12 tahun so di kira dewasa. Tiket abah aku tak beli masa tu sebab abah senior citizen, plannya nak beli time datang nanti. Nak di jadikan rezeki, time kitorang datang ni senior citizen percuma. Siap ada less 15% diskaun untuk meal lagi tu. Memang untung sangatlah kan.

Last minute pulak adik dan adik iparku tak dapat join sebab ada kenduri so aku ajak Kak Nita & Syahmi join sekali. Sukalah Boy ada kawan nak main. 

Jom layan gambar. Tapi gambar tak ikut susunan. Malas sungguh nak susun. hahhaha

Maira dah besar dah. Tahun depan dah 5 tahun. Ni bergambar masa nak balik dah. Muka pun dah penat je kan.

Kitorang lepak kat water park. Kak Nita penunggu setia barang. hehhee
Ni time lunch rasanya. Aku beli Mary Brown je. Senang. Owh, btw kat dalam Sunway Lagoon ni, segala urusniaga adalah berbentuk prepaid. Maksudnya, korang kena isi duit dalam tagging kat lengan korang. Setiap kali nak beli barang, diorang akan scan dan deduct credit dalam tu. Boleh masukkan berapapun nilai dalam tu, kalau tak habis guna boleh refund semula di kaunter keluar nanti.

Bergambar dulu sebelum semua bertukar! hehehhe.



Tu dia, lepas penat mandi manda. Naik dulu rehat-rehat dan sambung lagi. 


Kelakar muka Maira. Takut kena tembak. hehehhe

Kat dalam ni ada Wildlife Park sekali. Boleh jalan-jalan kat sini. Burung diorang lepaskan macam tu dalam sangkar. So hati-hati dengan najis burung... hikhikhik


Ni jer la mainan yang sempat Maira naik. Yang lain asyik main air. Lagi pun banyak yang Maira tak boleh naik lagi sebab tak cukup ketinggian.




Memula naik cam takut-takut. Sekali dah terror, macam-macam gaya stunt Arif ni...




Seronoklah pergi Sunway Lagoon ni, Kalau dapat naik semua permainan memang sangat-sangat berbaloi dengan tiket yang di bayar. Tapi kalau bawa budak kecik, of coz tak dapat naik semua benda kan. Boy jugak yang untung. Heheheh. Mujur jugak kami pergi ramai-ramai. Sempatlah Kak Ima dan husband dia naik Vuvuzela tu. Ambik giliran jaga Maira dan Arif. Masa yang sangat bernilai bersama keluarga.



with luv,

Saturday, November 1, 2014

Sentap!


Bertabahlah wahai hati.
Bila niat hati nak membantu tetapi ......
Tak pe lah.... 




with luv,