Wednesday, December 30, 2015

My Umrah Journey : Day 2

Indahnya Masjid Nabawi.
Pemandangan selepas waktu Subuh. Sepanjang aku di bumi Madinah ini, payung ini tidak pernah ditutup. Jadi tak dapatlah nak merakam gambar payung tutup.

Pagi ini memang sangat tenang dan lengang. Perasaannya tidak tergambar dengan kata-kata. Malahan ketenangan yang diperolehi di sini juga tidak boleh di ungkapkan dengan kata-kata. Keserabutan semalam yang tersadai di airport Jeddah hilang serta-merta. Tenang. Damai.

Selesai check-in dan solat subuh, kami di minta untuk breakfast di level M. Selesai breakfast, kami decide untuk ziarah Masjid Nabawi. Lihatlah suasananya. Sangat tenang pagi ini. Cuaca agak sejuk.

Bersama bonda dan adik-adik. Sekarang ni musim sejuk di Madinah. So memang sejuk. Nampak tak tangan duduk dalam poket je tu. 

Bersama ayah bonda dan Boy.
Abah dan Mak telah menunaikan Haji dua tahun yang lepas iaitu pada tahun 2013. Manakala Boy sudah melakukan umrah tahun lepas iaitu pada 2014. Jadi, ini bukan Kali pertama berada di Masjid Nabawi. Cuma aku dan Abg sahaja yang pertama kali menjejakkan kaki di sini.

Siblings.
Pandai pulak masing-masing ambil posisi yer. Yang rendah sila ke kiri. Yang tinggi sila ke kanan. Hahhaha...
Cuaca sejuk dan kering. Memang sejuk. Kalau korang berhajat hendak menunaikan Umrah bulan Dec, bawalah Baju sejuk... Pagi terutamanya, sejuk weh.

Di hadapan hotel. 

Kami menginap di hotel Al Eiman Alqebla. Semua jemaah kami di tempatkan di level 5. Di sebabkan kami pergi berlima, maka bilik kami di pecahkan kepada dua iaitu 2+3. Sangat selesa. So aku dan Mak sebilik manakala adik-adik sebilik dengan Abah. 

Daripada hotel ke Masjid Nabawi jaraknya lebih kurang 100m dan biasanya kami akan melalui gate no 5.  Gate ni agak jauh dengan tempat solat wanita... So menapak sedikitlah nampaknya. 

Hari ini adalah santai. Mutawwif suruh kami berehat setelah melalui perjalanan yang panjang. Jadi free and easy sahaja. Daripada hotel ke Masjid di sepanjang jalan ada kedai-kedai cenderahati, jubah dan lain-lain. Masa ni mood nak bershopping belum ada lagi. 

Setelah menziarahi masjid Nabawi, kami berehat sahaja di hotel. Mengemaskan barang-barang. Zohor sahaja kami ke Masjid. 

Jadual makan di sini ialah breakfast selepas subuh, lunch selepas zohor dan dinner selepas isyak. Di sebabkan jarak yang dekat antara masjid dan hotel, selepas zohor aku dan Mak balik ke hotel untuk lunch. Kemudian Asar sehingga Isyak, kami duduk di masjid sahaja. Lepas Isyak baru pulang ke bilik untuk dinner dan tidur.

Bagi jemaah lelaki, tengah hari ini, mutawwif bawa mereka ke raudhah manakala jemaah wanita sebelah malam bersama mutawwifah.  

Tepat jam 9.00 pm, mutawwifah kami telah pun sampai di hotel untuk membawa kami ke raudhah. Raudhah ialah Taman Syurga. Excited sangat nak pergi. Takut pon ada. Entahlah, perasaannya bercampur baur. 

9.30 pm kami jemaah wanita bergerak ke Raudhah bersama mutawwifah kami. Di sepanjang perjalanan ada penerangan yang di berikan oleh mutawwifah kami. Pintu berapa yang harus di ikuti dan di mana harus di tunggu semuanya di jelaskan oleh mutawwifah kami.

Suasana raudhah malam ni sangat ramai. Sampai sahaja di ruang menunggu, kami solat sunat 2 rakaat dan berdoa agar kemasukan kami ke raudhah di mudahkan olehNya. 

Di raudhah ini merasa bagaimana manusia semuanya berpusu-pusu dan bertolak-tolak. Punyalah padat sehingga kan ruang untuk solat juga tiada. Mutawwifah kami dah pesan... Langsung maju sahaja ke hadapan, jika ada ruang solatlah berganti-ganti. Sekiranya masih tidak ada ruang, berdoalah dan muhasabahlah. Pasti ada ruang kemudian. 

Apa yang boleh aku gambarkan di raudhah malam ini, kebergantungan 100% di letakkan pada Allah. Meminta belas ehsan darinya. Setelah bertolak-tolak dan maju ke hadapan, tiba-tiba ruang di depan aku kosong. Allahu Akbar. Allah izinkan untuk aku bersolat di Raudhah. Menitis air mataku. Allah. Sukar untuk digambarkan perasaannya ketika itu. Sementara Mak menjaga, sempatlah aku solat sunat 2 rakaat dan berdoa. Walaupun keadaan tidak selesa. Alhamdulillah. 

Teringat kata seorang teman, Umrah adalah syahid kecil bagi wanita. Wallahualam. Baru aku faham Kenapa di katakan syahid kecil.

Di pintu keluar raudhah.

Jemaah wanita yang baru keluar Dari raudhah.

Alhamdulillah.
Muka happy dapat masuk ke raudhah walaupun umat manusia yang sangat ramai. Ketika ini jam telah pun menunjukkan ke angka 12 tengah malam. Maka, pulanglah dua beranak ini ke hotel. Aku cakap pada Mak, nanti kita pergi raudhah lagi yer. Tak puas tadi. Inshaallah, akan aku usahakan untuk ke raudhah sekali lagi.

2 b continue....
Sambungan cerita .....

Keluar daripada Raudhah, aku, Mak dan beberapa jemaah yang bersama kami memilih untuk melalui jalan lain pulang ke hotel sambil menikmati suasana malam di Masjid Nabawi. Tenang. 

Dalam perjalanan pulang ke hotel, adalah peniaga-peniaga yang membuat lelongan pelbagai produk antaranya pakaian dan makanan. Di sini boleh saksikan jubah-jubah dilempar je dalam usaha promosi barangan masing-masing. 
"Hajah, hajah ... 30 riyal... 30 riyal.."
Masih terngiang-ngiang lagi dialog ni. 

Entah Kenapa malam ini aku rasakan perjalanan agak jauh dari Raudhah ke hotel kami. Aku katakan pada Mak, kalau penat, kita berhenti dulu Mak. Maklumlah, kesihatan lutut emak tidak berapa bagus. Jadi beberapa kali kami berhenti sebelum sampai ke gate no 5.

Kemusykilan aku mengenai perjalanan kami yang dirasakan sangat jauh terjawab apabila kami di temukan dengan seorang jemaah wanita Malaysia yang sesat dan terpisah dari kumpulan jemaahnya. Bayangkan waktu itu telah pun menunjukkan jam 1 pagi. 
Mungkin Allah ingin kami membantu beliau. Kisahnya biarlah menjadi sejarah indah buat kami. Alhamdulillah. 

Cerita lanjut Umrah:







with luv,

Tuesday, December 29, 2015

My Umrah Journey : Day 1



Perjalanan umrah aku bermula 15 Dec 2015 hingga 26 December 2015. Flight pergi jam 2.30 pm menaiki Air Asia X. So, perlu berada di KLIA2 pada pukul 10.30 am iaitu 4 jam sebelum berlepas. Pertama Kali menggunakan khidmat klia2. Sangat sibuk. Jadi, jangan lewat. Ahak.

Tiba di KLIA2 terus ke kaunter check-in bagasi. Ustaz Ahyat, mutawwif kami dah sedia menanti. Di sebabkan kami group check-in maka semuanya diuruskan oleh mutawwif. So sementara menanti gate di buka, sempat makan minum dulu siap-siap. Perjalanan di jangka 8 jam. Isi perut siap-siap. Dalam flight juga disediakan makan. Pakej kami ni all inclusive jadi tidak bimbang soal makan. Cumanya apabila menggunakan khidmat air Asia, biasalahkan... Air panas kena beli sendiri. Pakej makanan kami hanya menyediakan air mineral sahaja. Apa adahal. Janji air. Belajar-belajar bersyukur dengan nikmat yang ada. Hehehe

Happy je Arif Syahmi

With adik-adik. Adik yang no2 Dari kiri tidak ikut serta. So dia jadik supir kami hari ni.

Emak ada masalah lutut. Maklumlah di KLIA2 perjalanan agak jauh untuk ke balai berlepas. Untuk memudahkan Mak, kami sorong je pakai wheelchair. Hehe.

Sebelum check-in, kami diberikan taklimat berserta nametag untuk di pakai. Ini bertujuan untuk mengenalpasti jika berlalu kes kehilangan. Wajib pakai. Mungkin kita rasa, kita tidak akan hilang tetapi apabila di Tanah Suci, macam-macam Perkara boleh berlaku. Jadi, pakaila. Jangan berdegil. Biasanya, di belakang tag ada maklumat hotel Dan contact mutawwif. Just in case.

Di balai berlepas. Ustaz dah pesan, solat zohor mungkin di dalam flight. Jadi ambik wudhuk siap-siap atau bawa botol spray utk berwuduk. Di sebabkan kami check in awal dan zohor telahpun masuk waktu, maka solat terus di sini. Bermulalah musafir kami. Hampar sejadah, solat di tepi dinding. Alhamdulillah. Solatlah di manapun, asalkan solat. Perkara paling utama!

Maka, berlepas lah kami dari bumi Malaysia ke Tanah Suci. Bismillahirohmannirrohhim. 

Menu Pertama. Nasi lemak ayam rendang. Rasanya sedap. Siap ada ikan bilis Dan kacang. Telur hiris pon ada. Sambal pon sedap.

Menu kedua.
Vege mix beriani. Boleh tahan rasanya. Sedap juga. Di beri bersama air mineral ;-)

8 jam penerbangan bukan jangka masa yang singkat. Apa yang boleh di buat ketika di dalam flight? Macam-macam OK selain Dari tidur. For sure korang akan rasa, dah tidur dah bangun dan tidur semula tetapi tetap tak sampai-sampai. Hehe.. Korang bolehlah baca al-quran. Inshaallah akan tenang. Sediakan diri untuk ke rumah Allah. Banyakkan berzikir dan membaca. Inilah masanya untuk focus. Maklumlah, ketika di tanah air, sibuk dengan aktiviti harian. Masa ni dah tak fikir pasal kerja, pasal masalah, pasal lain-lain dah. Focus terus ke bumi para anbiya. Jadi, basahkan bibir dengan zikrullah dan doa dipermudahkan segala urusan di airport Jeddah nanti.

Kalau Nak bawa movie dalam phone Nak layan atas flight pon boleh. Tiada siapa yang larang. Especially kalau datang dengan anak Kecik. Haruslahkan membawa gadget untuk menghilangkan kebosanan.

Di bumi Jeddah. Pemandangan Dari atas kapal terbang. 

Kami tiba di airport Jeddah mendekati waktu Isyak. Sampai sahaja di airport, terus solat jamak takhir. Kami di maklumkan urusan imegresen di Jeddah ada masalah. Bukan penerbangan kami sahaja tapi melibatkan semua penerbangan ke Jeddah hari ini. Bayangkan kami stranded lebih kurang 6 jam. Bosan menanti Dan menanti sehingga di panggil untuk urusan kastam.

Finally apabila jam menunjukkan ke angka 1:00 am barulah urusan kastam selesai. Lebih kurang pukul 1.30 am kami bertolak ke Madinah menaiki bas dan tiba di Madinah jam 5.30 a.m Memasuki waktu Subuh. Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga di Madinah al-Munawarah. Tak tergambar perasaannya.

2 b continue ....

Cerita lanjut Umrah:




with luv,

Monday, December 28, 2015

My Umrah Journey : Persediaan rohani.


1)        NIAT MANDI SUNAT MUSAFIR (sebelum anda berangkat)

Lafaz Niatnya ialah:

نويت الغسل للسفر سنة لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku mandi sunat musafir kerana Allah Taala

2)     BERWUDUK

3)     SEMBAHYANG SUNAT WUDUK

Lafaz niatnya:-

  اصلى  سنة الوضؤ ركعتين لله تعالى        

Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala.

Pada Rakaat Pertama dibaca:-                                                                                                

a)     Fatihah

b)   Qulya ayyuhal kafirun

Pada Rakaat kedua dibaca:-

a)    Fatihah

b)    Qulhuwallah uh ahad

4)     NIAT DAN DOA SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR

(Di saat meninggalkan rumah)

Apabila anda hendak keluar musafir, elok sekali anda sembahyang sunat musafir  dua rakaat.

Lafaz niatnya :

اصلى سنة السفر ركعتين لله تعالى

   Ertinya : Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah Ta’alaSelepas memberi salam baca doa :

اللهم انت الصاحب فى السفر وانت الحليفة فى الأهل والمال والولد والأصحاب احفظنا واياهم من  كل افة وعاهة

Ertinya : Ya Allah, Engkaulah pemandu semasa di dalam musafir, dan engkaulah

               pengawal terhadap keluarga, hartaku, anak pinakku, dan sahabat andai,

   peliharalah akan daku dan mereka dari sebarang mala petaka dan wabak  

   penyakit.

5)        MEMBACA DOA MUSAFIR

اللهم أنت صاحب فى السفر وانت الخليفة فى الاهل والمال والولد والأصحاب . اللهم احفظنا واياهم من أفات الدنيا وعاهته . اللهم انا نسألك فى سفرناهذا برا وتقوى ومن العمل ماترضى . اللهم انا نسألك أن تطوى لنا الأرض وتهون علينا السفر وأن ترزقنا فى سفرنا هذا سلامة في البدن والدين والمال وتبلغنا حج بيتك وزيارة قبر نبيك محمد صلى الله عليه وسلم . اللهم انا نعوذبك من وعثاء السفر وكابة المنقلب وسوء المنظر في الأهل والمال والولد والأصحاب . اللهم اجعلنا واياهم في جوارك ولاتسلبنا واياهم  نعمتك ولاتغير ما بنا وبهم من عا فيتك يا أرحم الراحمين .

Ertinya:

“Ya Allah engkaulah teman dalam perjalanan dan engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai.  Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan dan taqwa dalam perjalanan dan juga amalan-amalan yang engkau redhai. Ya Allah, kami memohon supaya digandakan dan dimudahkan perjalanan kami ini dan kurnakanlah kami di sepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta. Sempurnakanlah maksud kami menjalankan umrah dan mengunjungi Nabi Muhammad S.A.W. Ya Allah, sesungguhnya kami berselindung denganmu daripada mara bahaya didalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan. Jauhilah buruk pandangan pada kaum keluarga, anak cucu dan sahabat handai kami. Ya Allah, letakkanlah kami dan mereka sekalian dalam pemeliharaan Mu. Janganlah Engkaumengubahkan kesihatan yang ada pada kami dan pada mereka. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

6)     AZAN - Disunatkan azan sebelum keluar rumah

7)     DOA KETIKA KELUAR RUMAH KE LAPANGAN TERBANG

(bila berada di pintu rumah, hendaklah baca)

 ان الذي فرض عليك القران لرادك الى معاد  

Ertinya: Sesungguhnya Allah yang telah menurunkan di atas Mu ( Ya Muhammad) akan Al-Quran.      

بسم الله, توكلت على الله , ولاحول ولاقوة الا با لله العلى العظيم .

Ertinya: Dengan nama Allah saya melangkah, saya berserah diri pada Allah, tiada daya dan kekuatan saya melainkan dengan pertolongan Allah.     8)  DOA MENAIKI KENDERAAN

سبحان الذي سحر لنا هذا وما كنا له مقرنين  وانا الى ربنا لمنقلبونErtinya : Maha suci engkau ya Allah, yang telah mempermudahkan kenderaan ini untuk kami, sebenarnya kami sendiri tiada mempunyai kesanggupan untuk mengendalikannya dan kami akan kembali kepada Tuhan kami     9)  DOA UNTUK MEMINTA KEMUDAHAN                                  

اللهم يسر ولا تعسر

Ertinya : Ya Allah, berikanlah, anugerahkanlah kepada kami segala kemudahan dan janganlah kiranya Engkau payahkan.

                10)  DOA KETIKA PESAWAT BERANGKAT                                                

                                                   

بسم الله مجريها ومرساها , ان ربي لغفور رحيم

.

Ertinya : Dengan nama Allah pada waktu terbang dan pada waktu mendarat, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

       Kemudian baca:-

                                                                                       

بسم الله الرحمن الرحيم ,الم نشرح لك   صدرك......الى اخير ايات ..

Selepas itu baca:-

                                                                                                           

رب يسر ولا تعسر. رب تمم بالخير . اللهم اني أقصدك الى بيتك المحرام والى رسولك المكرم . ارجوك أن توفقني فىالاقوال واللأعمال للاخلاص النية فاقدره لي ويسره لي ثم بارك لي فيه .

11) KETIKA TURUN DARI KAPAL TERBANG DI MADINAH/JEDDAH BACA:-           بسم الله توكلت على الله ولاحول ولاقوة الا بالله . اللهم ان هذا ارض مبارك فاجعلني مباركا فيها ان الله بالناس لرؤف رحيم .

   12)   SOLAT JAMA’  DAN QASAR

12.1.  Lafaz niat sembahyang Qasar serta Jama’ Zohor dan Asar (JAMA’ TAQDIM) (dalam waktu ZOHOR )

       

Niatnya:

أصلى فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا اليه العصر اداء لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor dua rakaat DIHIMPUNKAN KEPADANYA Asar TUNAI) kerana Allah Taala.

          Setelah selesai memberi salam, hendaklah segera sembahyang Asar pula.

   Niatnya:

أصلى فرض العصر ركعتين قصرا لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu ASAR dua rakaat QASAR kerana AllahTaala.

12.2. Lafaz niat sembahyang JAMA’ magrib dan Isyak serta QASAR Isyak (JAMA’ TAQDIM) (dalam waktu magrib)

   Niatnya:

                                                                                                                                       

أصلى فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا اليه العشاء اداء لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu magrib tiga rakaat DIHIMPUNKAN KEPADAANYA Isyak tunai kerana Allah Taala.

   Setelah selesai memberi salam, hendaklah segera sembahyang Isyak pula.

  Lafaz niatnya:-

أصلى فرض العشاء ركعتين قصرا لله تعالى

Ertinya:   Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat QASAR kerana Allah Taala.

          13.  JAMA’  TAKHIR

               13.1. Lafaz niat sembahyang QASAR serta Jama’ zohor dan Asar  (JAMA’ TAKHIR) (dalam waktu Asar)

Niatnya :

                                                                                                             

أصلى فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا الى العصر لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu ZOHOR dua rakaat QASAR dihimpunkan kepada Asar kerana Allah Taala. Kemudian sembahyang Asar dan lafaz niatnya

أصلى فرض العصر ركعتين قصرا اداء لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat Qasar tunai kerana Allah Ta’ala

13.2. Lafaz niat sembahyang jama’ Magrib dan Isyak serta qasar Isyak  (JAMA’ TAKHIR) (dalam waktu Isyak)

       

              Lafaznya:

أصلى فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا الى العشاء لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Magrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isyak kerana Allah Taala.

Kemudian sembahyang Isyak dan lafaz niatnya:

أصلى فرض العشاء ركعتين قصرا أداء لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat QASAR TUNAI kerana Allah Taala.

Untuk panduan persediaan, boleh klik sini.


with luv,

My Umrah Journey : Persediaan


Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, di berikan kesempatan untuk menjadi tetamu di rumahMu.
Hajat hati dari tahun 2010 lagi sebenarnya. Tapi baru tahun ini Allah makbulkan. Alhamdulillah. Jujurnya, bukan senang nak ke sana. Dari segi persediaan mental dan fizikal khususnya. Bila hati meronta-ronta nak ke sana, banyak halangan yang perlu di lalui. 

Tetapi syukur, akhirnya dapat juga peluang menjejakkan kaki ke sana. Bermula dari awal tahun 2015, mak abah menyuarakan hasrat hendak ke Mekah sekali lagi tahun ini. Ada banyak sebab kenapa kami pilih Disember 2015. Salah satunya, musim cuti sekolah. Agak mudah nak bawa Boy sekali. So, aku mengambil kesempatan ini untuk turut serta di tambah hasrat hati abah yang ingin membawa semua anak-anaknya yang masih bujang. Pucuk di cita ulam mendatang. Awalnya, sejak Arab Saudi mengetatkan syarat untuk wanita bujang menunaikan umrah, hati dah sedih. Yer lah kan... Nak kena bawa mahram memerlukan kos. Ingatkan boleh pergi dengan tumpang mahram sahaja. Tetapi rupanya perancangan Allah itu cukup sempurna. Alhamdulillah.

So di bulan February dah start google agensi yang boleh menguruskan umrah. Banyak rupanya agensi yang boleh menguruskan umrah ni. Dan kebetulannya, kawan-kawan Shaklee dari group Shaklee2uFamilies juga berhajat nak buat Umrah di bulan Disember menggunakan Andalusia sebagai travel agent. Awalnya nak join mereka tetapi atas beberapa faktor tak dapat join mengikut tarikh mereka. 


Akhirnya aku pilih untuk pergi bersama Asfa Travel Agent. Sebab utamanya mereka memberikan pilihan tarikh yang banyak di bulan Disember. Jujurnya, kami tawakal sahaja kepada Allah berkenaan pemilihan travel agent ni. Maklumlah, banyak juga dengar berita ramai yang di tipu travel agent kan. 

Kami pilih pakej premium memandangkan keadaan bondaku yang selalu sakit lutut. Lebih dekat harapnya dapat memudahkan bondaku beribadat. Sebenarnya pemilihan agent ini hanya di buat pada bulan Julai iaitu tarikh akhir mendaftar booking untuk terbang di bulan Disember. Booking pon murah sahaja, RM 500 seorang. Kami pergi berlima, makanya booking RM 2500. 

Seriously, lepas booking tak tahu nak buat apa.... huhu.. betapa kurangnya ilmukan... 2 month aku tak mengesahkan pasal Umrah ni di tambah dengan kerja yang agak sibuk.... Tak sempat nak fikir. Persediaan awal hanya di buat pada bulan Oktober. 

So kat sini aku nak kongsi step-step yang perlu di lakukan supaya  korang tidak tertanya-tanya macam aku... dan buat kerja last minit... hehehhe...


Travel Agent

Step pertama, once korang dah ada niat nak pergi umrah, bolehlah google travel agent yang menyediakan perkhidmatan umrah dan ziarah ni. Ada banyak company yang menyediakan perkhidmatan ni. Pastikan korang baca review mengenai company ni atau recommendation dari sudara-mara atau sahabat handai yang pernah menggunakan travel agent yang di cadangkan. Jangan main hentam kromo je. Dan jangan dengar cakap-cakap orang yang tak pernah pergi ye. Bukan nak menidakkan pengetahuan mereka tetapi to be safe, mintalah pendapat dengan mereka yang pernah ke sana. Macam aku, aku pilih ASfar Travel Agent sebab Pakcik aku dah pernah pergi melalui travel agent ni. 

Ada beberapa agent yang besar seperti Andalusia, Rayhar dan Tabung Haji. Ini antara travel agent yang seringkali menjadi pilihan bakal jemaah. Pilihlah mengikut bajet korang. Jangan pulak sampai bergolok-bergadai. Islam kan mudah. Pilih ikut kemampuan. Tetapi hati-hati dengan travel agent yang menawarkan pakej murah. Bimbang tertipu.

Selepas dah decide, travel agent yang mana, pergi berjumpa dengan mereka face to face. Ketahui di mana office mereka untuk memudahkan urusan di kemudian hari. Tanya dan tanya dan tanya sampai korang berpuas hati. 

Booking
Dah puas hati barulah korang bayar booking. Setiap travel agent mempunyai kadar nilai booking yang berbeza. Nilai booking lebih kurang RM 300 - RM 1000 mengikut agensi. Dan pastikan booking ni refundable. Yes refundable. Kenapa? Sebab dalam tempoh korang bayar booking dengan tarikh yang menjadi pilihan korang tu bukan singkat. Almost 6 month. So macam-macam kemungkinan boleh terjadi. If let say, korang tak dapat pergi, at least duit booking di pulangkan semula.

Bayaran booking ni bertujuan untuk lock harga. Maksudnya jika ada tambahan kos, travel agent yang akan tanggung. Tetapi di sebabkan kejatuhan nilai mata Wang Malaysia yang sangat banyak ada travel agent yang minta bayaran tambahan separuh Dari kenaikan kos. Contohnya di sebabkan nilai matawang ni kos bertambah RM 600 seorang. Biasanya travel agent minta tambahan separuh iaitu RM 300 atau berapa nilai yang di rasakan perlu. Kira win-win situation. Contohnya, Andalusia. Menurut member aku yang pergi dengan Andalusia, mereka di kenakan bayaran tambahan. 

So far, melalui Asfar ni, belum lagi di minta bayaran tambahan. Alhamdulillah. 

Dokumen

Passport
Step kedua, of course passport kena ready. So korang dah boleh uruskan mengenai passport. Yang mana belum ada passport, bolehlah buat yang baru. Yang mana dah tamat tempoh, bolehlah renew. Cara nak renew passport korang boleh refer kat sini

Ic, Surat beranak, sijil nikah, Gambar
Buat salinan dokumen ni semua. Bagi wanita yang bujang dan kanak-kanak, salinan surat beranak di perlukan. Dan salinan ini perlu di sahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ok tips untuk mendapatkan pengesahan JPN, silalah bawa dokumen asal. Kalau tak bawa, jangan haraplah dorang nak sign salinan fotokopi korang tuh walaupun korang tunjuk dokumen sokongan lain seperti ic or lesen. Tak boleh ok. Kalau nak pengesahan surat beranak, sila bawa surat beranak asal sekali. Ini untuk mengelakkan korang kena berulang alik ke JPN. Ni pengalaman aku. Staff JPN tidak ada kompromi ok. 

Gambar untuk visa haruslah backgound putih. So korang dah boleh buat gambar untuk visa. 4 keping gambar di perlukan.

Untuk kanak-kanak dan wanita bujang yang berumur 45 tahun ke bawah (45 kalau tak silap aku. Kalu silap maafkan aku yer) perlu ada mahram. WAJIB gitu. Bagi suami isteri perlu ada sijil nikah. So aku ringkaskan dokumen yang diperlukan mengikut status dan usia :

Wanita bujang & kanak-kanak : Salinan surat beranak (yang di sahkan oleh JPN), IC dan passport.
Lelaki bujang / berkahwin : Salinan IC dan passport
Isteri yang pergi bersama suami : Salinan sijil nikah yang di sahkan oleh Pejabat Agama, IC dan passport.

Dokumen yang telah siap, korang bolehlah submit kepada travel agent. Gambar untuk urusan visa lambat sikit pon boleh. Yang penting salinan dokumen surat beranak, ic, passport dan sijil nikah tu hantar dahulu.

Full Payment

Kebanyakan travel agent minta bayaran penuh sebulan sebelum tarikh berangkat di jelaskan untuk urusan accomodation. Selepas Full payment di buat korang kena buat step kat bawah ni pulak. Actually sebelum buat full payment korang dah boleh buat tapi aku buat selepas dah jelaskan full payment. Masa ni kiranya korang memang dan confirm nak pergi Umrahlah kan. 

Suntikan Vaksin

Aku tak tahu nama suntikan ni apa tapi kalau korang pergi hospital atau klinik bagitahu sahaja nak suntikan untuk Umrah. Pastikan buat awal suntikan ni sebab kadangkala kehabisan stok. Payah juga nak cari klinik yang ada stok vaksin ni lebih-lebih lagi kalau korang nak pergi time cuti sekolah. So buat awal ok. 

Untuk memudahkan korang, call dahulu mana-mana hospital atau klinik yang korang nak pergi samada mereka ada stok atau tidak. Macam aku hari tu, gamble je pergi PUSRAWI hq. Sekali tak de stok. huhu. Nasib baik bahagian kaunter tolong call cawangan PUSRAWI berdekatan yang ada stok. Masa tu paling dekat cawangan Jalan Ipoh ada 2 dan cawangan Taman Permata ada 2. 

Kenapa aku pilih PUSRAWI? Berdasarkan review kawan-kawan aku, PUSRAWI paling murah harganya. Below RM 150. Harus di ingat, harga suntikan berbeza mengikut klinik  dan hospital. Kawan aku yang seangkatan nak ke Mekah suntik di klinik biasa dengan kos RM 185. So aku anggarkan harga suntikan vaksin ini dari RM 150 - RM 200. Dan vaksin ini bertahan selama 5 tahun.

Bagi mereka yang pernah mengambil suntikan vaksin umrah / haji dalam tempoh 5 tahun sebelum, korang boleh pergi semula ke klinik atau hospital yang korang ambil suntikan tu untuk tukar buku yang baru. Tidak perlu ambil suntikan. Kos lebih murah. Macam Mak abah dan adik bongsu aku, dorang just bayar RM 5 untuk pertukaran ke buku baru.

Menurut doktor yang suntik aku tu, suntikan ini adalah untuk mengelakkan penyakit selaput otak yang sangat merbahaya. Dan suntikan ini adalah wajib untuk urusan visa korang.

RM 146 sahaja ok.

Ni lah rupa buku kuning untuk suntikan vaksin.


Gambar

Gambar untuk visa haruslah backgound putih. So korang dah boleh buat gambar untuk visa. 4 keping gambar di perlukan ok. Yang ni pon boleh buat awal untuk mengurangkan kos. Yerlah, ambik gambar instant mahal OK. Kawan aku kena RM 54 untuk 4 keping gambar. Giler mahal kan... Tapi Nak buat camne, dia urgent Nak guna masa tu so terpaksa ambik yang instant ready.

Dah siap suntikan dan gambar, korang boleh submit ke travel agent untuk urusan visa. Jangan lupa submit sekali original passport korang time nih ok.

Dan biasanya, time ni travel agent dah start sediakan kelas persediaan umrah. Yang ni bergantung kepada travel agent. Biasanya mereka akan buat di masjid yang berdekatan anda. Contohnya kalo korang di KL, korang akan dikumpulkan semua bakal jemaah yang Dari KL untuk hadiri kelas di masjid yang sama. Korang dah boleh start baca buku untuk tambahan ilmu.

Settle bab dokumen. So now fokus kepada barang-barang keperluan yang perlu di bawa.

Persediaan Barang-barang keperluan.

Untuk pakej Premium ni, Asfar sediakan beg gantung, hand carry, luggage, telekung Dan kain ihram secara PERCUMA. Btw, luggage sebenarnya tidak di sediakan. Tapi Nak jadi rezeki kami, pihak Asfar bagi secara PERCUMA sebagai compliment gift. Alhamdulillah. Semoga Asfar Travel Agent bertambah maju hendaknya.

Harus di ingat yer, hadiah secara PERCUMA tu berbeza mengikut travel agent Dan pakej yang di ambik. Ada juga travel agent yang tidak menyediakan compliment gift. Macam member aku yang pergi sekali bulan December tetapi menggunakan travel agent yang lain, tidak ada hadiah PERCUMA di sediakan. So maksudnya kena beli sendirilah ye.

Masa korang Nak booking travel agent, dah boleh Tanya siap2 mengenai compliment gift ni. Bukan apa, kalau tidak di sediakan, korang boleh sediakan awal-awal kan. Honestly, persediaan Nak mengerjakan Umrah ni memerlukan belanja. So plan awal supaya korang tidak rasa berat dengan kos yang di perlukan. Nak buat Ibadah biarlah kita rasa tenang dan puas hati kan. Jangan biarkan perkara-perkara remeh ni menganggu emosi korang untuk mengerjakan Umrah.

Keperluan asas :
Cermin mata hitam
Face mask
Lip balm
Vesaline
Lotion / Krim serbaguna
Suplemen
Toiletries
Botol spray

Keperluan untuk wanita :
Jubah / jubah seluar 4 helai
Tudung 4 helai
Telekung 3 helai
Sarung lengan / hand sock 2 pasang
Stokin 4 pasang
Stokin saie & tawaf 1 pasang
Seluar panjang & T-shirt (Utk di sarung di dalam jubah) 3 pasang
Baju tidur 1 pasang
Beg Kecik utk seliper 1
Kasut / sandal 1 pasang

Keperluan untuk lelaki:
Kain Ihram 1 pasang
Baju Melayu (Baju shj) 3 helai
T shirt & seluar pjg 3 pasang
Baju tidur 1 pasang
Seliper yang menampakkan jari kaki 1 pasang

Ini adalah antara barang keperluan yang aku bawa. Bagi yang lelaki antara yang aku lihat adik-adik aku bawa dan pakai. Korang adjustlah ikut keperluan korang.

Aku senaraikan Baju tidur sebab aku guna Baju tidur setiap hari. Maksudnya, time tidur aku akan tukar Baju tidur sebab Baju yang siang kita akan rotate guna sepanjang berada di kota Mekah Dan Madinah. Harus di ingat, berada di sana lebih kurang 10 hari. 
Jangan bimbang tak cukup Baju, sebab samada di Madinah mahupun Mekah, banyak jual jubah untuk lelaki Dan wanita. Boleh je beli di sana. Cuma pastikan pakain dalam untuk wanita mencukupi. Sebab ianya tidak di jual di tepi-tepi jalan. Korang kena cari shopping mall kalau Nak beli. Jadi, utamakan barang yang perlu.
Bagi aku, untuk wanita, stokin sangat perlu. Sebab tu aku bawak 4 pasang. Itu pun aku basuh Dan rotate guna. Carilah stokin yang mudah kering. Di sini ada juga perkhidmatan dobi tetapi agak mahal servicenya.  Telekung aku bawa 3 helai tapi yang guna 2 sahaja. Telekung cepat kering jadi aku basuh telekung. Sementara tunggu yang satu kering, gunakan telekung yang kedua. Stokin saie & tawaf cari yang tebal sedikit Dan berbiji-biji di bahagian tapak. Lantai yang sejuk akan buat tapak kaki korang pecah-pecah. Jadi, pakaila stokin tebal sedikit.

Persediaan mental Dan fizikal:
Banyakkan solat sunat taubat Dan hajat. Minta dipermudahkan urusan keberangkatan kita ke Tanah Suci. Harus di ingat, kita adalah tetamu Allah. Yang di undang olehNya untuk ke rumahnya. Jadi, banyakkan berdoa. Minta kemudahan di airport, pengangkutan, penginapan Dan kesihatan yang baik. Start buat senaman ringan sepertinya berjoging. Bina stamina jika boleh. 
Persediaan ni aku agak kurang buat. Pertama sebab sibuk dengan tempahan jahitan Dan mengejar deadline. Apa yang aku buat, jogging menggunakan eztone sahaja. Solat sunat pun sedikit culas. Jangan tiru OK! Banyakkan solat sunat Dan doa. Korang akan rasa kepentingannya apabila korang memulakan musafir korang nanti. 
Bersangka baiklah dengan apa pun yang berlaku. Jangan bersangka-sangka kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya. 

Rasanya ni sahaja persediaan yang aku buat. Kalau ada penambahan, aku update kemudian.