Friday, October 30, 2015
Sisi hitam Si gadis ini
Sisi hitam Si gadis ini.
Jangan sekali-kali kau sakiti hatinya
Kerna dia bukan seorang pemaaf
Tetapi dia bukanlah mudah di sakiti
Kerna dia berhati batu
Apapun perilakumu, selagi dia menerimanya
Kamu di kira SELAMAT
Tapi, andainya dia sudah mula terasa sakitnya
Kamu berada di dalam zon bahaya
Kerana bila-bila masa dia kan meletup
Namun kamu tak perlu bimbang
Kerna dia bukanlah bom jangka
Yang bisa memusnahkan
Selagi dia mampu berbicara dengan kamu
Dia sebaiknya menahan kesakitan di hatinya
Jika kamu terus menyakitinya,
Dia akan berlalu.....
Kerana pegangannya ialah 'silence will kill you'.
Jika sampai ke tahap dia menyepi
Tandanya kamu berada di zon bahaya
Kerana saat itu hatinya telah beku
Mungkin tidakkan ada maaf bagimu
Kerana segala perilakumu telah tersimpan di hatinya.
Dan akan terus berada di dalam sana
Berapa lama? Bergantung kepada berada dalam kau robek hatinya.
with luv,
Thursday, October 29, 2015
Kata Hati
Tiba saatnya...
Bangun dan melangkahlah...
Biar longlai di setiap langkah itu
Beredarlah...
Kerna setiap langkah yang berlalu
Pasti akan di cari
Kiranya kau masih di perlukan lagi
Jika tidak, tidak mengapa
Kerna di depan sana
pasti akan ada
Mereka yang lebih memerlukanmu
Lebih menghargai kamu
Di saat yang lainnya terlupa
Akan kehadiran kamu di situ.
by,
msraiza
with luv,
Friday, October 23, 2015
Meraikan kemenangan Si Bongsu.
Ini namanya entry songsang. Ahak. Cerita tentang ending yang keluar dulu ni. By the way, ini cerita last week my little brother pergi ke Korea. Detail tentang pemergiannya nantilah dalam entry yang lain yer. Hari ni kita cerita tentang makan.
Kalau korang jenis macam aku yang kadangkala naik bingung nak makan di mana terutamanya nak meraikan sesuatu yang istimewa, bolehla berkunjung ke Sixty Islamic Steak House. Bukan tujuan nak menunjuk tetapi memberikan idea pada korang. So jangan salah faham OK.
Ini Kali kedua aku pergi kat sini. First time ketika my big bro meraikan birthday aku tempoh hari. Yer, entry birthday yang masih di dalam draft. First time pergi memang tak de idea. So aku just suggest kat my big bro makan kat sini. Plan asal Nak ke Soul Garden tetapi memandangkan Si Bongsu tidak pulang bercuti makanya kita batalkan niat. Sebab Si Bongsu ni yang beriya-iya Nak ke Soul Garden.
Boy pulang Dari Korea hari Khamis. Sepatutnya hari Jumaat dapat balik bermalam di rumah tetapi disebabkan kemenangan yang diraih, semua team Permata Insan yang ke Korea terpaksa participate program i-Inova'15 yang di anjurkan oleh USIM pada sabtu dan ahad ketika tarikh balik bermalam. Jadinya, Boy minta kebenaran pengetua nak balik rumah sekejap Dan janji pulang semula ke kolej jam 11 malam. Sebab keesokannya ada kelas seperti biasa. Flight Boy tiba di KLIA lebih kurang jam 5 petang. Nasib baik pengetua izinkan balik lewat ke Kolej. So, Boy request Nak makan di Sakura Kristal. Sakura Kristal ni memang tempat favorite Boy. Kakak dah naik jemu makan kat sini.
Makanya Dari KLIA my Abah terus memecut pulang ke rumah. Sampai lebih kurang 6.30 ptg. Dalam kereta lagi Boy dah call kakak kata nak singgah rumah sekejap je lepas tu Nak pergi makan sebelum pulang semula ke Kolej.
Di sebabkan kakak dah bosan makan di Sakura Kristal di tambah dengan service yang agak slow maka cancel Nak makan kat Sakura Kristal. Terus terfikir Sixty9 Islamic Steak House ni. Haa nampak tak? Berapa aku puas hati dengan service kat sini. Hehe.
OK berbalik kepada Sixty9 Islamic Steak House. Terletak di Taman Melewati berdekatan dengan Bank Rakyat Melewati. Makanannya sedap weh. Dah lah portions nya banyak. Kiranya kalau uols plan Nak datang sini, sila pastikan dalam keadaan perut yang kosong OK. Sebab setiap hidangan nya memang banyak. Untuk aku yang bukan pemakan sangat ni memang tak habislah. Tapi di sebabkan sedap, paksa juga menghabiskannya. Jangan membazir orang kata. ;-)
Jom tengok apa yang kitorang order Kali ini.
Pilihan hati Boy, Spaghetti Marinara.
RM 25
Pilihan hati Abah, Oriental Chicken Chop.
RM 27
Chicken Chop ni 2 keping OK. Kiranya 2x portion chicken Chop biasa di hotel-hotel atau restoren mewah.
Pilihan hati Mak, Chicken Bratwust.
RM 20
Harga air aku tak letaklah yer. Biasalah tempat-tempat sebegini, fresh juice dalam lingkungan RM 5-9. Aku order ice lemon tea sahaja. Senang. Dan yang bestnya, ice lemon tea ni jenis free flow. Pantang pelayan tengok ice lemon tea dalam gelas korang tinggal separuh mesti tanya nak tambah tak.. hahhaha...
Aku letak harga siap-siap senang uols Nak budget. Maklumlah di zaman ekonomi yang tak menentu sekarang ni, kenalah ambil kira budget yang ada. Kalau tak, maunya ada yang terpaksa berpuasa sementara menanti hujung bulan. hehhehe
with luv,
Thursday, October 22, 2015
Pizza sardin noxxa
Seharian di rumah tak tahu Nak masak Dan Nak makan apa. Ahak. Masalah tu. Google la tengok hidangan orang lain. Kotlah dapat ilham kan. Sekali terjumpa resepi pizza menggunakan periuk noxxa. 6minit je dah siap? Wallaweh... Ni yang Nak Cuba. Maklumlah sekali buat pizza almost 2 JAM baru siap.
OK jom tengok resepinya.
Doh pizza
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1 St yis
1/2 St garam.
Topping sardin
1 tin Kecik sardin - di buang sosnya
4 sb sos spaghetti
1 bj tomato di dadu
1 bj cili besar di hiris
1 bj bawang Holland di dadu
1 bj bawang putih di cincang halus
Masukkan semua bahan kering. Tepung tu Nak ayak dulu pon boleh tapi aku tak ayak pon.
Masukkan air suam Dan kacau sebati menggunakan senduk kayu atau plastik.
Ratakan dalam periuk noxxa. Pastikan sukatan air tu cukup ye. Jangan terlebih kerana kalau lebih bancuhan akan terlembik. Rehatkan selama 30 minit.
Sementara Nak tunggu doh mengembang, bolehla buat topping sardin ni. Tumis semua cili Dan bawang sampai naik bau. Kemudian masukkan sos spaghetti Dan tomato. Tunggu sedikit kering Dan masukkan sardin yang di buang sosnya. Dan gaul sebati. OK, siap!
Selepas 30 minit, sapukan topping sardin atas adunan doh yang telah mengembang. Ratakan di permukaan doh. Kemudian taburkan bawang Holland yang di hiris bulat Dan sapukan mayonis. Kemudian taburkan cheese mozzarella.
Dah siap topping, tutup periuk noxxa. Setkan steam 6 minit. Pastikan tombol atas tudung periuk juga di setkan steam.
Selepas 6 minit, macam ni lah rupa pizza yang siap di masak.
Sila perhatikan rupanya. Pizza noxxa ni tidaklah sama seperti bakar pizza di oven. Tambahan Hanya menggunakan fungsi steam, jadi bahagian atas tidaklah garing. Tapi bahagian bawah garing elok. Walaupun structure pizza noxxa tidak sama seperti pizza yang dohnya di uli seperti roti tetapi pizza noxxa tetap lembut. Walaupun dah sejuk, pizza noxxa masih lembut. Untuk anda yang kesuntukan masa tetapi masih ingin menikmati pizza, bolehla Cuba pizza noxxa ni. Sesekali rasa kelainan pizza apa salahnya kan.
Antara pizza noxxa Dan pizza biasa, jujurnya saya lebih suka pizza biasa sebab garing di bahagian atas. Tetapi pizza noxxa ni serious lembut. ;-)
So, pilihan di tangan anda.
with luv,
Wednesday, October 21, 2015
My new toys, Kitchen Aid Mixer & Hadiah birthday
Inilah dia mixer idaman hati. Tak sangka dapat memilikinya. Alhamdulillah. Sebagai hadiah hari lahir untuk diri sendiri. ;-)
Kisah mixer ni asalnya tidak ada dalam perancangan pun. Maklumlah harganya yang boleh tahan mahal di tambah dengan penggunaan yang tidak seberapa membuatkan daku Hanya memandang sepi mixer ni. Boleh pasang angan-angan jer la.
Nak jadi citer, hand mixer kat rumah ni dah mengeluarkan bermacam-mavam bunyi. Mata pon dah tak boleh cabut dari body mixer tu. So kalau nak cuci mata kenalah bawak dengan bodynya sekali. Setiap kali nak buat kek karamel mesti aku berzikir sekali. Janganlah rosak time aku tengah buat kek. Naya. Dok cakap dalam hati, dah masanya beli mixer baru ni. Tapi tidaklah sampai terfikir nak beli KA.
Sampailah satu masa tu aku ternampak mixer ni dalam catalog Amway. Kebetulan promotion bulan tu ialah PERCUMA kettle KA dengan setiap pembelian mixer ni. Wah, tawaran hebat ni. Apalagi, gigihlah survey harga. Harga Amway ialah RM 2400. Harga pasaran Malaysia almost 3k. Mulalah hati tak tenteram. Nak beli ke tak ni. Perlu ke beli ni? Worth it tak? Maklumlah aku bukannya full-time bakers. Agak-agak membazir tak? Aduhai.. Berhari2 jugaklah tak keruan.
And last, decide belilah. As birthday present. Haaa gitu kan justification nya. Hahhaha.
Inilah cinta hati yang baru. Kena berkerja keras ni. Untuk pastikan worth buying. Hamek kau!
Kettle FREE.
Dah keluar kotak. Pandai pulak electric kettle kat rumah ni Nak rosak. Haih la.
Apa pun, welcome KA whistler kettle. Berbakti dengan jaya OK. ;-)
with luv,
Sunday, October 18, 2015
Tinta hati...
Sepertinya ruang ini terus kaku dan beku kebelakangan ini. Hakikatnya terlalu banyak yang ingin aku coretkan di sini. Tetapi adakalanya masa seperti mencemburui apatah lagi emosi yang tidak memberikan kerjasama sebaiknya. Maka, terdamparlah sepi ruangan ini. Sunyi.
Arus kehidupan semakin deras dan badai yang datang adakalanya menjadikan kelemasan di dalam duniaku. Kosong. Sepi. Tatkala badai datang menyapa, terkapai-kapai aku melambai. Tenggelam timbul dalam arus kehidupan. Penat. Lelah.
Adakalanya terasa ingin pergi. Pergi jauh Dari dunia yang kosong ini. Mencari jati diri yang entah hilang ke mana. Benarlah, roda kehidupan tidak pernah berhenti berputar. Selagi matahari setia menemani selagi itulah roda ini tidak akan berhenti.
Seringkali hati ini meronta, menghadapi kerenah manusia yang sering berpura-pura. Lelah. Menyampah. Tapi apakan daya? Inilah warna sebenar yang bernama manusia.
Lelah. Menambah kelelahan pabila hati di sakiti oleh mereka yang kononnya mengerti. Pabila keakraban menjadi tiket untuk berkata apa jua perkataan yang kadangkala sangat melukakan. Tetapi, atas nama keakraban, seolah menjaga hati itu bukan kemestian. Maka berkatalah apa sahaja, melepaskan kemarahan tak kira masa, janji hati mereka puas berkata-kata. Janji kemarahan dapat di lepaskan tanpa pernah ingin memikirkan situasinya bagaimana. Aduhai manusia. Aku juga manusia seperti kalian semua. Senyuman Dan girangnya kata-kata adakalanya bukanlah gambaran sebenar apa yang ada di dalam sana.
Terluka. Tapi untuk apa dipaparkan? Maka, terdamparlah ia memendam rasa. Di luar bergelak ketawa, tetapi di dalam menangis siapa yang sangka? Kalian, saat berbicara, janganlah sesedap rasa. Kerana ada kalanya ia sangat melukakan. Jika sampai saat aku diam membisu, maka, berhentilah dari berkata-kata. Kerana apa? Kerana ianya sangat mengguris rasa. Belajarlah menghormati hati manusia lainnya.
Diam. Berlalu. Jangan di Tanya Kenapa? Kerana jika ini yang berlalu, tandanya segalanya berakhir di situ. Di noktah itu.
with luv,
Subscribe to:
Posts (Atom)