Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, di berikan kesempatan untuk menjadi tetamu di rumahMu.
Hajat hati dari tahun 2010 lagi sebenarnya. Tapi baru tahun ini Allah makbulkan. Alhamdulillah. Jujurnya, bukan senang nak ke sana. Dari segi persediaan mental dan fizikal khususnya. Bila hati meronta-ronta nak ke sana, banyak halangan yang perlu di lalui.
Tetapi syukur, akhirnya dapat juga peluang menjejakkan kaki ke sana. Bermula dari awal tahun 2015, mak abah menyuarakan hasrat hendak ke Mekah sekali lagi tahun ini. Ada banyak sebab kenapa kami pilih Disember 2015. Salah satunya, musim cuti sekolah. Agak mudah nak bawa Boy sekali. So, aku mengambil kesempatan ini untuk turut serta di tambah hasrat hati abah yang ingin membawa semua anak-anaknya yang masih bujang. Pucuk di cita ulam mendatang. Awalnya, sejak Arab Saudi mengetatkan syarat untuk wanita bujang menunaikan umrah, hati dah sedih. Yer lah kan... Nak kena bawa mahram memerlukan kos. Ingatkan boleh pergi dengan tumpang mahram sahaja. Tetapi rupanya perancangan Allah itu cukup sempurna. Alhamdulillah.
So di bulan February dah start google agensi yang boleh menguruskan umrah. Banyak rupanya agensi yang boleh menguruskan umrah ni. Dan kebetulannya, kawan-kawan Shaklee dari group Shaklee2uFamilies juga berhajat nak buat Umrah di bulan Disember menggunakan Andalusia sebagai travel agent. Awalnya nak join mereka tetapi atas beberapa faktor tak dapat join mengikut tarikh mereka.
Akhirnya aku pilih untuk pergi bersama Asfa Travel Agent. Sebab utamanya mereka memberikan pilihan tarikh yang banyak di bulan Disember. Jujurnya, kami tawakal sahaja kepada Allah berkenaan pemilihan travel agent ni. Maklumlah, banyak juga dengar berita ramai yang di tipu travel agent kan.
Kami pilih pakej premium memandangkan keadaan bondaku yang selalu sakit lutut. Lebih dekat harapnya dapat memudahkan bondaku beribadat. Sebenarnya pemilihan agent ini hanya di buat pada bulan Julai iaitu tarikh akhir mendaftar booking untuk terbang di bulan Disember. Booking pon murah sahaja, RM 500 seorang. Kami pergi berlima, makanya booking RM 2500.
Seriously, lepas booking tak tahu nak buat apa.... huhu.. betapa kurangnya ilmukan... 2 month aku tak mengesahkan pasal Umrah ni di tambah dengan kerja yang agak sibuk.... Tak sempat nak fikir. Persediaan awal hanya di buat pada bulan Oktober.
So kat sini aku nak kongsi step-step yang perlu di lakukan supaya korang tidak tertanya-tanya macam aku... dan buat kerja last minit... hehehhe...
Travel Agent
Step pertama, once korang dah ada niat nak pergi umrah, bolehlah google travel agent yang menyediakan perkhidmatan umrah dan ziarah ni. Ada banyak company yang menyediakan perkhidmatan ni. Pastikan korang baca review mengenai company ni atau recommendation dari sudara-mara atau sahabat handai yang pernah menggunakan travel agent yang di cadangkan. Jangan main hentam kromo je. Dan jangan dengar cakap-cakap orang yang tak pernah pergi ye. Bukan nak menidakkan pengetahuan mereka tetapi to be safe, mintalah pendapat dengan mereka yang pernah ke sana. Macam aku, aku pilih ASfar Travel Agent sebab Pakcik aku dah pernah pergi melalui travel agent ni.
Ada beberapa agent yang besar seperti Andalusia, Rayhar dan Tabung Haji. Ini antara travel agent yang seringkali menjadi pilihan bakal jemaah. Pilihlah mengikut bajet korang. Jangan pulak sampai bergolok-bergadai. Islam kan mudah. Pilih ikut kemampuan. Tetapi hati-hati dengan travel agent yang menawarkan pakej murah. Bimbang tertipu.
Selepas dah decide, travel agent yang mana, pergi berjumpa dengan mereka face to face. Ketahui di mana office mereka untuk memudahkan urusan di kemudian hari. Tanya dan tanya dan tanya sampai korang berpuas hati.
Booking
Dah puas hati barulah korang bayar booking. Setiap travel agent mempunyai kadar nilai booking yang berbeza. Nilai booking lebih kurang RM 300 - RM 1000 mengikut agensi. Dan pastikan booking ni refundable. Yes refundable. Kenapa? Sebab dalam tempoh korang bayar booking dengan tarikh yang menjadi pilihan korang tu bukan singkat. Almost 6 month. So macam-macam kemungkinan boleh terjadi. If let say, korang tak dapat pergi, at least duit booking di pulangkan semula.
Bayaran booking ni bertujuan untuk lock harga. Maksudnya jika ada tambahan kos, travel agent yang akan tanggung. Tetapi di sebabkan kejatuhan nilai mata Wang Malaysia yang sangat banyak ada travel agent yang minta bayaran tambahan separuh Dari kenaikan kos. Contohnya di sebabkan nilai matawang ni kos bertambah RM 600 seorang. Biasanya travel agent minta tambahan separuh iaitu RM 300 atau berapa nilai yang di rasakan perlu. Kira win-win situation. Contohnya, Andalusia. Menurut member aku yang pergi dengan Andalusia, mereka di kenakan bayaran tambahan.
So far, melalui Asfar ni, belum lagi di minta bayaran tambahan. Alhamdulillah.
Dokumen
Passport
Step kedua, of course passport kena ready. So korang dah boleh uruskan mengenai passport. Yang mana belum ada passport, bolehlah buat yang baru. Yang mana dah tamat tempoh, bolehlah renew. Cara nak renew passport korang boleh refer kat
sini.
Ic, Surat beranak, sijil nikah, Gambar
Buat salinan dokumen ni semua. Bagi wanita yang bujang dan kanak-kanak, salinan surat beranak di perlukan. Dan salinan ini perlu di sahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ok tips untuk mendapatkan pengesahan JPN, silalah bawa dokumen asal. Kalau tak bawa, jangan haraplah dorang nak sign salinan fotokopi korang tuh walaupun korang tunjuk dokumen sokongan lain seperti ic or lesen. Tak boleh ok. Kalau nak pengesahan surat beranak, sila bawa surat beranak asal sekali. Ini untuk mengelakkan korang kena berulang alik ke JPN. Ni pengalaman aku. Staff JPN tidak ada kompromi ok.
Gambar untuk visa haruslah backgound putih. So korang dah boleh buat gambar untuk visa. 4 keping gambar di perlukan.
Untuk kanak-kanak dan wanita bujang yang berumur 45 tahun ke bawah (45 kalau tak silap aku. Kalu silap maafkan aku yer) perlu ada mahram. WAJIB gitu. Bagi suami isteri perlu ada sijil nikah. So aku ringkaskan dokumen yang diperlukan mengikut status dan usia :
Wanita bujang & kanak-kanak : Salinan surat beranak (yang di sahkan oleh JPN), IC dan passport.
Lelaki bujang / berkahwin : Salinan IC dan passport
Isteri yang pergi bersama suami : Salinan sijil nikah yang di sahkan oleh Pejabat Agama, IC dan passport.
Dokumen yang telah siap, korang bolehlah submit kepada travel agent. Gambar untuk urusan visa lambat sikit pon boleh. Yang penting salinan dokumen surat beranak, ic, passport dan sijil nikah tu hantar dahulu.
Full Payment
Kebanyakan travel agent minta bayaran penuh sebulan sebelum tarikh berangkat di jelaskan untuk urusan accomodation. Selepas Full payment di buat korang kena buat step kat bawah ni pulak. Actually sebelum buat full payment korang dah boleh buat tapi aku buat selepas dah jelaskan full payment. Masa ni kiranya korang memang dan confirm nak pergi Umrahlah kan.
Suntikan Vaksin
Aku tak tahu nama suntikan ni apa tapi kalau korang pergi hospital atau klinik bagitahu sahaja nak suntikan untuk Umrah. Pastikan buat awal suntikan ni sebab kadangkala kehabisan stok. Payah juga nak cari klinik yang ada stok vaksin ni lebih-lebih lagi kalau korang nak pergi time cuti sekolah. So buat awal ok.
Untuk memudahkan korang, call dahulu mana-mana hospital atau klinik yang korang nak pergi samada mereka ada stok atau tidak. Macam aku hari tu, gamble je pergi PUSRAWI hq. Sekali tak de stok. huhu. Nasib baik bahagian kaunter tolong call cawangan PUSRAWI berdekatan yang ada stok. Masa tu paling dekat cawangan Jalan Ipoh ada 2 dan cawangan Taman Permata ada 2.
Kenapa aku pilih PUSRAWI? Berdasarkan review kawan-kawan aku, PUSRAWI paling murah harganya. Below RM 150. Harus di ingat, harga suntikan berbeza mengikut klinik dan hospital. Kawan aku yang seangkatan nak ke Mekah suntik di klinik biasa dengan kos RM 185. So aku anggarkan harga suntikan vaksin ini dari RM 150 - RM 200. Dan vaksin ini bertahan selama 5 tahun.
Bagi mereka yang pernah mengambil suntikan vaksin umrah / haji dalam tempoh 5 tahun sebelum, korang boleh pergi semula ke klinik atau hospital yang korang ambil suntikan tu untuk tukar buku yang baru. Tidak perlu ambil suntikan. Kos lebih murah. Macam Mak abah dan adik bongsu aku, dorang just bayar RM 5 untuk pertukaran ke buku baru.
Menurut doktor yang suntik aku tu, suntikan ini adalah untuk mengelakkan penyakit selaput otak yang sangat merbahaya. Dan suntikan ini adalah wajib untuk urusan visa korang.
RM 146 sahaja ok.
Ni lah rupa buku kuning untuk suntikan vaksin.
Gambar
Gambar untuk visa haruslah backgound putih. So korang dah boleh buat gambar untuk visa. 4 keping gambar di perlukan ok. Yang ni pon boleh buat awal untuk mengurangkan kos. Yerlah, ambik gambar instant mahal OK. Kawan aku kena RM 54 untuk 4 keping gambar. Giler mahal kan... Tapi Nak buat camne, dia urgent Nak guna masa tu so terpaksa ambik yang instant ready.
Dah siap suntikan dan gambar, korang boleh submit ke travel agent untuk urusan visa. Jangan lupa submit sekali original passport korang time nih ok.
Dan biasanya, time ni travel agent dah start sediakan kelas persediaan umrah. Yang ni bergantung kepada travel agent. Biasanya mereka akan buat di masjid yang berdekatan anda. Contohnya kalo korang di KL, korang akan dikumpulkan semua bakal jemaah yang Dari KL untuk hadiri kelas di masjid yang sama. Korang dah boleh start baca buku untuk tambahan ilmu.
Settle bab dokumen. So now fokus kepada barang-barang keperluan yang perlu di bawa.
Persediaan Barang-barang keperluan.
Untuk pakej Premium ni, Asfar sediakan beg gantung, hand carry, luggage, telekung Dan kain ihram secara PERCUMA. Btw, luggage sebenarnya tidak di sediakan. Tapi Nak jadi rezeki kami, pihak Asfar bagi secara PERCUMA sebagai compliment gift. Alhamdulillah. Semoga Asfar Travel Agent bertambah maju hendaknya.
Harus di ingat yer, hadiah secara PERCUMA tu berbeza mengikut travel agent Dan pakej yang di ambik. Ada juga travel agent yang tidak menyediakan compliment gift. Macam member aku yang pergi sekali bulan December tetapi menggunakan travel agent yang lain, tidak ada hadiah PERCUMA di sediakan. So maksudnya kena beli sendirilah ye.
Masa korang Nak booking travel agent, dah boleh Tanya siap2 mengenai compliment gift ni. Bukan apa, kalau tidak di sediakan, korang boleh sediakan awal-awal kan. Honestly, persediaan Nak mengerjakan Umrah ni memerlukan belanja. So plan awal supaya korang tidak rasa berat dengan kos yang di perlukan. Nak buat Ibadah biarlah kita rasa tenang dan puas hati kan. Jangan biarkan perkara-perkara remeh ni menganggu emosi korang untuk mengerjakan Umrah.
Keperluan asas :
Cermin mata hitam
Face mask
Lip balm
Vesaline
Lotion / Krim serbaguna
Suplemen
Toiletries
Botol spray
Keperluan untuk wanita :
Jubah / jubah seluar 4 helai
Tudung 4 helai
Telekung 3 helai
Sarung lengan / hand sock 2 pasang
Stokin 4 pasang
Stokin saie & tawaf 1 pasang
Seluar panjang & T-shirt (Utk di sarung di dalam jubah) 3 pasang
Baju tidur 1 pasang
Beg Kecik utk seliper 1
Kasut / sandal 1 pasang
Keperluan untuk lelaki:
Kain Ihram 1 pasang
Baju Melayu (Baju shj) 3 helai
T shirt & seluar pjg 3 pasang
Baju tidur 1 pasang
Seliper yang menampakkan jari kaki 1 pasang
Ini adalah antara barang keperluan yang aku bawa. Bagi yang lelaki antara yang aku lihat adik-adik aku bawa dan pakai. Korang adjustlah ikut keperluan korang.
Aku senaraikan Baju tidur sebab aku guna Baju tidur setiap hari. Maksudnya, time tidur aku akan tukar Baju tidur sebab Baju yang siang kita akan rotate guna sepanjang berada di kota Mekah Dan Madinah. Harus di ingat, berada di sana lebih kurang 10 hari.
Jangan bimbang tak cukup Baju, sebab samada di Madinah mahupun Mekah, banyak jual jubah untuk lelaki Dan wanita. Boleh je beli di sana. Cuma pastikan pakain dalam untuk wanita mencukupi. Sebab ianya tidak di jual di tepi-tepi jalan. Korang kena cari shopping mall kalau Nak beli. Jadi, utamakan barang yang perlu.
Bagi aku, untuk wanita, stokin sangat perlu. Sebab tu aku bawak 4 pasang. Itu pun aku basuh Dan rotate guna. Carilah stokin yang mudah kering. Di sini ada juga perkhidmatan dobi tetapi agak mahal servicenya. Telekung aku bawa 3 helai tapi yang guna 2 sahaja. Telekung cepat kering jadi aku basuh telekung. Sementara tunggu yang satu kering, gunakan telekung yang kedua. Stokin saie & tawaf cari yang tebal sedikit Dan berbiji-biji di bahagian tapak. Lantai yang sejuk akan buat tapak kaki korang pecah-pecah. Jadi, pakaila stokin tebal sedikit.
Persediaan mental Dan fizikal:
Banyakkan solat sunat taubat Dan hajat. Minta dipermudahkan urusan keberangkatan kita ke Tanah Suci. Harus di ingat, kita adalah tetamu Allah. Yang di undang olehNya untuk ke rumahnya. Jadi, banyakkan berdoa. Minta kemudahan di airport, pengangkutan, penginapan Dan kesihatan yang baik. Start buat senaman ringan sepertinya berjoging. Bina stamina jika boleh.
Persediaan ni aku agak kurang buat. Pertama sebab sibuk dengan tempahan jahitan Dan mengejar deadline. Apa yang aku buat, jogging menggunakan eztone sahaja. Solat sunat pun sedikit culas. Jangan tiru OK! Banyakkan solat sunat Dan doa. Korang akan rasa kepentingannya apabila korang memulakan musafir korang nanti.
Bersangka baiklah dengan apa pun yang berlaku. Jangan bersangka-sangka kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya.
Rasanya ni sahaja persediaan yang aku buat. Kalau ada penambahan, aku update kemudian.