Friday, July 11, 2014

Nota buat kamu......



Kepada kamu,

Entah kenapa hati ini ingin mencoret di sini. Menjelaskan apa yang kurang jelas kepada kamu. Moga kamu tidak akan terus keliru. Pertama, mengenai hubungan itu. Benar dan tepat sekali, hubungan itu telah sekian lama berlalu. Kalau tak silap perkiraanku, hubungan itu telah pon berakhir sembilan tahun yang lalu. Lama kan? Sangat lama. Dek kerana jangka masa yang lama itu buat kamu keliru? Hanya satu soalan ku, apakah sejarah akan terpadam dalam jangka masa tertentu? Bolehkah kita memadam sejarah lalu? Sejarah yang telah terpahat dalam satu perjalanan kehidupan tidak mungkin akan terpadam. TIDAK MUNGKIN.

Adakah kerana tidak terpadamnya sejarah lalu maka kehidupan tidak dapat di teruskan? Sejujurnya, yang berlalu telahpun berlalu. Tepat sekali. Namun ia tetap sejarah yang pernah berlaku satu ketika dahulu. Tegarkah aku untuk membuat tidak tahu? Jawapannya TIDAK! Benar, kehidupan telah di teruskan, sebagai menyahut seruan alam. Move on.

Tetapi tidak bererti segalanya akan menjadi sediakala. Sekali terluka, tidak mungkin akan hilang kesan parutnya. Mudahkan? Aku cuba untuk menyampaikan dalam bahasa yang sangat mudah! Untuk kamu fahami. Atau adakah bait-bait ayat ini masih sukar membuatkan kamu faham?

Kepada kamu,

Mungkin silapku mendefinasikan sebuah hubungan. Aku fikir kamu berada di dalam kelompok insan-insan yang rapat denganku begitulah juga yang aku harapkan daripada kamu. Namun aku rasa aku tersilap perhitungan di sini. Mungkin di hatiku, kamu adalah teman rapatku tapi di hati kamu, aku bukan siapa². Atau mungkin aku sekadar teman biasa yang tidak punya makna. Jika benar telahanku, maafkan aku. Maafkan aku kerana tersilap meletakkan kamu di dalam kelompok teman-temanku. Akan aku keluarkan kamu dari senarai itu untuk menguraikan belenggu yang tercipta.

Kepada kamu,

Tidak pernah aku menghalang kamu untuk berhubungan dengan sesiapa pun yang kamu suka. Kamu berhak untuk semua itu, kenapa perlu untuk aku menghalangnya? Asal tidak mencuit hatiku. Itu adalah hak kamu. Aku hormatinya. Bolehkah kamu juga menghormati pendirian ku seperti mana aku menghormati pendirian kamu? Boleh kan? Sebagai manusia, aku tidak sempurna. Aku akuinya. Masih ada sisi-sisi rapuh di hatiku. Masih. Adakalanya aku terluka dengan bait-bait katamu. Namun aku cuba untuk menerimanya dengan hati terbuka. Aku cuba untuk tidak terlalu sensitif. Walau jauh di sudut hati, aku kecewa. Sangat kecewa. Benarlah pepatah pujangga yang mengatakan kata-kata itu adalah lebih tajam dari pedang.

Kepada kamu,

Aku mohon ampun dan maaf. Sungguh aku bukan teman baikmu. Aku bukan sahabat yang rapat denganmu. Aku hanya sahabat yang hadirnya tidak membawa makna, perginya tidak meninggalkan rasa. Maafkan aku kerana belum cukup sempurna untuk menjadi 'sahabat rapat' mu.


Salam ingatan tulus ikhlas buat kamu.




with luv,

Saturday, July 5, 2014

Iftar 6 Ramadhan



6 Ramadhan, 4 Julai 2014. Menjadi kebiasaan apabila menjelangnya bulan Ramadhan akan mendapat jemputan-jemputan untuk iftar. Kali ni mendapat jemputan iftar di KLGCC. Aku attend dengan my bff. Mujur tak sesat sangat. Time petang kalau menempuh jem memang berbuka di dalam kereta lah nampaknya.

Kami tiba sekitar jam 7.15 pm. Just nice jer. Sampai-sampai terus register dan ambil tempat. Masuk jer waktu berbuka terus bergegas ke bilik solat. After solat baru syok nak makan. Tempat ok, makanan ok dan bilik solat pon ok. Cuma tempat nak berwuduk jer open which is aku rasa agak tak sesuailah kan.



Majlis di selang seli dengan kuiz untuk kanak-kanak. Terhibur dengan gelagat diorang. ;-) Majlis berakhir kira-kira jam 8.30 pm. Alhamdulillah...



with luv,

Thursday, July 3, 2014

R.I.N.D.U.D.I.A



Aku rindu dia
Hingga terbawa-bawa di dalam mimpi
Raut wajahnya buatku lemas
Lemas dalam kerinduan

Aku rindu dia
Hingga tertanam di dalam fikiran
Setiap gerak geriku ada dia
Dia yang ku rindu sepenuh jiwa

Aku rindu dia
Suaranya, tawanya, senyumannya buatku gila
Gila rindukan dia
Tangisnya bisa merobek jiwa
Sendunya bisa merentap jantung hatiku
Biar airmata berbicara
Betapa aku rindukan dia.

by,
msraiza




with luv,

Menu berbuka bikin terliur...


Pinjam gambar blog Kak Ita

wah.... macam nak buat jer balik ni.... nampak mudah dan bahan-bahan yang senang di dapati... harus ku cuba nih.... Murtabak mini... Nak resepi silalah ke blog Masam manis ...  ;-)


with luv,

Wednesday, July 2, 2014

Miskin harta, kaya jiwa ....



Aku tergolong dalam golongan yang tidak miskin dan tidak kaya. Golongan pertengahan? hmmm... Mungkin. Definisi miskin bagi aku ialah apabila tidak punya harta dan kudrat. Aku belum lagi miskin kerana aku masih punya kudrat untuk meneruskan kehidupan walaupun tidak punya harta. Terpaksa struggle berdepan dengan arus kemodenan dan kenaikan taraf hidup di bandar besar. Yes, I'm struggling! Aku belum lagi sampai ke tahap meminta-minta dan aku sangat-sangat berharap aku akan sentiasa menjadi tangan yang sentiasa memberi walau dalam keadaan susah macam mana pun. Tapi aku juga tidak malu untuk mengaku yang aku tidak kaya harta. Dek kerana kekurangan inilah aku cuba untuk menjadi KAYA JIWA. Kaya dari sudut yang lain. Insyaallah. I will! I will improve myself to be a good person.

Aku suka memerhati. Dulu-dulu masa di kolej, aku gemar ke KLCC. Aku akan naik ke tingkat atas dan melihat gelagat manusia. Adakalanya mengusik hati. Adakalanya menyampah. Adakalanya kasihan. Tabiat ini memang selalu aku lakukan dahulu. Aku sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata ingin melihat gelagat manusia. Aku suka melihat orang kaya yang sangat merendah diri. Tidak bangga dengan kekayaan yang ada. Melayan sesama manusia sama rata. Boleh lihat cara mereka deal dengan penjual-penjual butik. Cara mereka berjalan. Cara mereka makan. Tapi aku lebih suka melihat orang miskin yang tidak meminta-minta. Orang miskin yang hidup seadanya. Bagi aku, kerenah mereka membuatkan aku belajar mengenali sifat manusia.

Tiba-tiba rasa rindu nak buat tabiat gila ini lagi. Sejak aku berkerja 12 tahun yang lalu, tabiat ini semakin hilang. Tapi sesekali bila tahap tekanan yang tidak dapat di ukur dengan meter ukuran lagi, tabiat ini aku lakukan juga. Ahak. Cuma lately apabila keamanan Malaysia tergugat dengan pelbagai bentuk jenayah, aku lebih suka menghabiskan masa di rumah.


with luv,