Monday, June 30, 2014

2 Ramadhan


Mood di awal pagi... Pagi-pagi my boss dah ajak tilawah bersama-sama. Bersyukurnya berada di dalam organisasi yang menyediakan ruang dan peluang untuk mendalami Islam.

Aku pernah terbaca satu artikel mengenai kajian yang di buat menyatakan muslim di Singapore dan di negara-negara bergolak lebih 'muslim' dari muslim di Malaysia. Aku tak pasti sejauh mana atau mereka menggunakan method apa dalam kajian tersebut. Cumanya bagi aku yang cetek ilmu agama ni ada benarnya.

Kenapa?

Kebiasaanya apabila hidup terdesak dan tiada daya, kita meletakkan hundred percents kebergantungan kita kepada Allah Ta'ala berbanding ketika kita berada dalam kesenangan. Percaya atau tidak sifat manusia kebanyakannya begitu. Allah hanya ada ketika berduka atau susah. Ketika senang dan gembira, agak sukar untuk kita mengucapkan syukur.

Masa untuk berubah wahai cik Eza.

'Jagalah hubungan kamu dengan Allah nescaya Allah akan menjaga kamu' ....

Masih terngiang-ngiang lagi tazkirah percuma dari my boss...




with luv,

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...



Ramadhan yang penuh makna tahun ini. Alhamdulillah bertemu lagi Ramadhan tahun ini. Entah kenapa, ramadhan kali ini aku sangat nantikannya. Sungguh, aku mengharapkan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik dan paling bermakna dalam hidupku hendaknya.



with luv,

Sunday, June 29, 2014

Dengki?




Dengki?
Sungguh berat tuduhan itu! Tak pernah terniat pun untuk berdengki apatah lagi melintas di sanubari. Kalau itu definasi dengki, maka maafkanlah diri ini. Tidak ada sekelumit pun atau sebesar kuman pun untuk berdengki. Jika itu bahagian kamu, aku gembira. Sungguh-sungguh gembira.

Memang benar kata-kata lebih tajam dari pedang. Adakalanya kesannya lebih bisa dari hirisan pedang pun. Dan kerana itulah kita seringkali terlupa untuk menjaga bicara. Tanpa kita sedari adakalanya bicara itu sungguh menghiris sanubari. Lantas kita katakan dia yang terlalu mudah berkecil hati.

Dengki?
Tidak sekali-kali wujud rasa ini. Cuma adakalanya terasa hati. Yer, sekadar berasa hati dengan kata-kata yang mengusik jiwa.  Tapi hati masih mampu untuk berdusta. Masih mampu untuk menelan bicara yang melukakan jiwa.

Oh hati, damailah. Biarlah apa pun alasannya. Hatta sekadar dipergunakan, ikhlaskanlah segalanya. Berbaik sangkalah sesama manusia. Mungkin kamu memang di takdirkan untuk membantu. Bersyukurlah, kerana kamu masih di perlukan untuk memudahkan urusan mereka. Kerana kamu masih di berikan ruang dan peluang untuk menjana pahala. Biarlah walau kamu hanya di perlukan tatkala pertolongan di pinta.  Bersyukurlah... Kamu masih di minda mereka saat mereka perlukan pertolongan.

Buanglah rasa kecewa itu. Maafkanlah mereka! Kerana kamu berhak untuk bahagia.....

Ya Allah,
Jauhkanlah rasa yang mula bersarang di jiwa...
Rasa yang mengundang duka nestapa...
Kerana dia, hanya berbicara..
Tanpa sedar mengundang luka....

Ya Allah,
Jauhkanlah rasa kecewa yang ada
Bimbang nanti mengundang dosa.
Lapangkahlah dada menerima seadanya...
Sungguh apa yang berlaku ada hikmahnya.
Paling kurang, untuk mendidik jiwa......



with luv,

Saturday, June 7, 2014

Misi mencari mesin basuh ...


Mesin basuh di rumah sudah sampai jangka hayatnya. Mesin basuh ni sebenarnya dah problem sejak tahun lepas lagi. Hantar baiki oklah sekejap lepas tu problem lagi. Bulan lepas buat perangai lagi. Kalau nak ikutkan warranty dah tamat tapi masa beli dulu my Abah tambah extra warranty 5 tahun. Still under warranty kedai. Maksudnya belum sampai 5 tahun pon usia mesin basuh yang sedia ada ni. Aku pun pelik, mesin basuh kat rumah ni dah berkali-kali tukar. Entah sebab jenama atau cara penggunaan.  Tapi satu benda yang aku perasan pressure air tak cukup kuat. So kapasiti air agak perlahan untuk tujuan pencucian. So untuk mempercepatkan proses, biasanya Mak masukkan air pakai baldi jer. Mungkin sebab ini lah agaknya jangka hayat mesin basuh ni sekejap je.

Walaupun masih dalam warranty kedai tapi letih nak menunggu. Bila rosak, call kedai diorang datang ambil dan ambil masa seminggu nak pulangkan balik. Lepas tu pakai 2-3 minggu dah problem balik. Kejenya asyiklah call kedai... Adehh lah....

Sejak-sejak mesin basuh problem ni, aku basuh baju pakai tangan je. Basuh hari-hari nak mengelakkan baju menimbun berbaldi-baldi. Tapi yang tak larat bila part nak memerah kain. Aduhailah. Sakit jari jemariku ini... muhahhaha... Pastu ambil masa pulak nak keringkan. Al maklumlah, bila memerah menggunakan jari-jemariku yang mulus ni berapa sangatlah kapasiti perahan tu kan. Kalau hari cukup panas, sehari dah kering kalau tidak makanlah masa 2-3 hari baru nak kering.

Tangan pun dah gatal-gatal survey mesin basuh baru. hahhaha... Harus menukar sebelum bulan puasa ni. Kesian kan Mak yang terpaksa membasuh pakai tangan. Maka , misi pencarian pun bermula. Jom survey internet dulu. Lepas tu baru survey di kedai-kedai elektrik yang berdekatan.

__________________________________________________________

Bajet : RM 1200
Kapasiti : 8 - 10 kg
Fungsi : Harus yang ada pencucian untuk toto. Senang, tak payah hantar dobi dah.

Setelah membelek-belek SenHeng ni ada a few model yang berkenan di hati. Jom kita listkan dulu. Senang nak buat pilihan nanti. Ada yang within the budget, ada yang yang terlebih budget. Tak pe, nama pun survey kan... hehheheh


Sumber : Senheng

Sharp Washing Machines 8KG 
SHP-ESS803MA

RM 999, diskaun price RM 899
Washing Program : 
Normal, Jeans, Soak, Delicate

Ciri-ciri istimewa :
Auto restart.

Note : Tak ada fungsi pencucian untuk blanket

Toshiba 9kg Washing Machine Automatic 
TSB-AWB1000GM

RM 1299, diskaun price RM 1099
Washing Program : 
Regular, Speed, Soak, Delicate, Blanket, Heavy Wash, Tub Clean, Fragrance Course

Ciri-ciri istimewa :
Save power energy up to 20%

Note : Mengikut kriteria dan bajet.

Hitachi 9.5KG Washing Machine 
HTC-SF95S

RM 1299, diskaun price RM 1099

Washing Program : 
4 step

Ciri-ciri istimewa :
Standby Power Zero W, Fully Auto Restart, 4-Step Wash, Delicate Fabric Care, Water Save Mode and Eco Mode.

Note : Tak ada fungsi pencucian untuk blanket

Toshiba 10kg Washing Machine Automatic 
TSB-AWB1100GM

RM 1399, diskaun price RM 1199

Washing Program : 
Regular, Speed, Soak, Delicate, Blanket, Heavy Wash, Tub Clean, Fragrance Course

Ciri-ciri istimewa :
Save power energy up to 20%

Note : Mengikut kriteria dan bajet.

Hitachi 11kg Washing Machine Automatic 
HTC-SF110S

RM 1449, diskaun price RM 1299

Washing Program : 
Fuzzy, Jeans, Delicate, Blanket, Water Save, Speedy, Air Jet, Soak, Tub Dry, Tub Clean

Ciri-ciri istimewa :
Save power energy up to 20%

Note : Over budget - terlebih RM 99


Misi pencarian masih On. Discuss dengan my big bro, dia concern on penggunaan, elctricity, energy saver, penggunaan air.... fuhhhh... bercakap dengan engineer memang macam ni agaknya yer... Semua nak calculate. hahahhaha.. Kalo ikut aku, nak yang paling besar dan murah dan berjenama. Haaa gittew kan orang perempuan shopping. Since dah dia kata gitu, maka kenalah kakak buat homework skit.

Di sebabkan misi si adik ialah ELAKKAN PEMBAZIRAN, marilah kita buat kira-kira. Kena interview mak ni, nak dapatkan data dan kekerapan penggunaan.. muhahhahaa...


with luv,