Monday, January 27, 2014
Misi mengcrepe...
Pembuka 2014 ni banyak pula tempahan durian crepe. Alhamdulillah. Dah 2 minggu berturut-turut dok buat durian crepe ni... Jenuh jugak la nak siapkan 65 pack. Ni yang terasa-rasa nak carik assistant.. hehe.. ngada tau...
Last week buat sorang-sorang. This week ada assistant.. hehe. Mujur my sis nak tolong. Kuranglah skit keja tapi still tdo lewat mengcrepe durian ni. Kali ni durian crepe special skit sebab guna 'musang king'... Haaaa... rezeki siapa yang orderlah nampaknya dapat durian mahal... ;-)
with luv,
Sunday, January 5, 2014
Resepi orang sakit
2014 menyaksikan permulaan yang tak berapa menggembirakan. Tapi aku tetap positif dalam menghadapinya. Di mulakan dengan dugaan clsoing shaklee dan kemudia adikku yang demam. Lepas abang aku pulak mengambil giliran. Mujur ada Nutriferon , Vita C dan PD kat rumah. Lega skit.
Sebab hari ni sakit, so aku nak kongsi resepi orang sakit. Roti bakar with scramble egg.
Scramble egg
Bahan2 :
● 2 biji telur
● suku cawan susu segar
● garam secukup rasa
● serbuk lada hitam & putih
● 1 sudu butter
● 4 keping roti
Cara2 :
1. Pecahkan telur. Masukkan susu segar garam dan serbuk lada hitam & putih. Kpukul perlahan sahaja. Tak perlu sampai berbuih ye. Nanti rupa dia tak cantik.
2. Panaskan kuali. Bakar roti dan ketepikan. Kalao ada pembakar roti tak perlu la guna kuali untuk bakar roti ok.
3. Panaskan kuali dan cairkan butter dengan api perlahan. Masukkan bancuhan yelur tadi.
4. Biarkan telur masak sedikit di bahagian tepi. Kemudian bawak telur dari tepi ke tengah kuali. Buat beberapa kali sehingga telur masak. Tak perlu terlalu kering ye. Agak2 je.
5. Ok dah siap!
Jangan lupa Nutriferon untuk merangsang antibodi badan... hehehe
with luv,
Wednesday, January 1, 2014
Welcome 2014
Assalammualaikum w.b.t,
1 January 2014. Sekejap sungguh masa berlalu. Tahun baru, sinonim dengan azam baru. Azam baru aku? Azam lama pun masih ada yang belum tercapai. Yang masih pending akan di bawa ke tahun ini. Hari pertama menjejakkan kaki ke tahun 2014 lagi aku telah di uji. Alhamdulillah. Mungkin ujian ini petanda kejayaan bakal menyusul di tahun 2014? Wallahu'alam.
Hidup ini umpama sungai yang mengalir dan terus mengalir. Namun, di sepanjang pengalirannya mungkin terjumpa sisa-sisa sampah yang di lakukan oleh manusia yang rakus kononnya demi sebuah pembangunan. Namun hakikatnya kerakusan yang bersifat pentingkan diri masih menjadi tuan kepada si rakus ini.
Namun, pernahkah sungai ini berhenti mengalir? Tidak bukan. Inilah perjalanan hidup kita yang terus bergerak dan berdepan dengan pelbagai onak dan duri yang menjadi pengalaman di masa akan datang. Adakalanya air yang mengalir cetek sahaja dan adakalanya air yang mengalir deras seperti air bah yang bakal menenggelamkan kampung-kampung di sekitarnya. Oh, sungguh... ianya sukar di duga.
2014 Yang Semakin Mencabar
Kenaikan taraf hidup memang dijangka akan berlaku tahun ini. Terkesankah aku? Tanya pada hati. Sejujurnya, aku masih belum terlalu merasai kesannya. Di mulakan dengan kenaikan harga minyak di akhir 2013 sedikit sebanyak ada kesannya namun kerana jarak perjalananku yang pendek setiap hari tidak terlalu rasa kesannya. 2014 bakal menyaksikan kenaikan harga tol pula. Jujurnya, aku tidak terlalu terkesan dengan kenaikan harga tol kerana sepanjang perjalanan ke tempat kerjaku tidak melalui sebarang tol namun, di sebalik kenaikan harga tol ini akan menyaksikan kenaikan kos sara hidup yang lain. Yes! Aku pasti akan terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ini. Maka, bersediakah aku?
Apapun cabarannya, 2014 bakal menyaksikan impian demi impian terlaksana, insyaallah. Terutamanya di dalam dunia jahitan dan bisnes Shakleeku. Terlalu banyak impianku untuk dua perkara ini. Hidup bebas hutang menjadi agenda utama selain merealisasikan matlamat yang sekian lama. Mempunyai studio jahitan memang menjadi matlamatku tahun ini. Membina dan memperkukuhkan empayar Cinta Health juga agenda penting 2014. Jodoh? Aku biarkan Tuhan yang menentukannya. Kerana jodoh bukan di tanganku. Apa yang boleh aku rancangkan, akan aku rancang dan laksanakan tetapi apabila melibatkan jodoh ajal dan maut, aku tidak punya jawapan. Moga ada kebaikan di sebalik kejadian.
Impian 2014
Mempunyai rumah sendiri yang lengkap dengan studio menjahit. Menjadi agenda utama untuk aku mencari lokasi yang sesuai dengan harga yang berpatutan. Mengikut rancangan asal, aku inginkan rumah di atas tanah yang mana harganya memang sangat tinggi di tengah kota ini. Jika ini pilihanku, banyak perkara perlu aku korbankan. Atau pilihan kedua, mencari apartment atau kondominium yang aku jadikan studio jahitan dan juga homestay sebagai punca pendapatan tambahan. Jika ini yang menjadi pilihan, rumah ini hanya menjadi tempat persinggahan sahaja. Akan aku jadikan salah satu biliknya sebagai studio jahitan dan selebihnya akan aku sewakan sebagai homestay. Atau mungkin membuat kelas-kelas kemahiran, seperti kelas jahitan di hujung minggu bagi menampung kos.
Pilihan pertama adalah untuk kesenangan Mak & Abah. Pilihan kedua adalah untuk perkembangan dunia jahitanku. Apa pun pilihanku nanti, harapnya dapat membahagiakan Mak & Abah juga. Ini impian utama aku. Membahagiakan Mak & Abah.
Mencari keredhaan Illahi
Ada sesuatu yang ingin aku lakukan untuk memperbaiki hubunganku dengan Yang Maha Pencipta. Kadangkala dalam perbuatan sehari-hari aku terlupa menjaga hubunganku dengan Sang Pencipta. Manusia memang selalu lupa.
Apa pun lukisan atau lakaran yang bakal terlukis untuk kanvas 2014, harapnya, ada bahagian untuk ahli keluargaku yang lain. Mak Abah, kakak dan adik-adik dan anak-anak buah juga. Lebih banyak memberi kepada mereka menjadi antara agenda dan matlamat di tahun ini.
Bismillahirrohmanirrohim....
Nota kaki : 2013 menyaksikan tahun yang paling kurang berkongsi di blog. 2014 menyaksikan lebih banyak perkongsian. Insyaallah. Doakan saya ok.....
with luv,
7 Sunnah hebat
Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
with luv,
Subscribe to:
Posts (Atom)