Thursday, November 14, 2013

dingin malam...


Malam yang semakin larut mengundang suasana yang semakin sunyi dan sepi. Berbual-bual secara maya atau bahasa mudahnya whatsapp sahabat yang mula rapat mengenai hala tuju sebuah perniagaan. Apabila ada arah tujuan barulah terada ertinya hidup untuk memberi.

Ntah bagaimana ia bermula namun tatkala Madinah al munawarah menjadi topik utama, hati mula rindu. Perasaan yang tak bisa diungkapkan. Kami mula memasang angan bila akan menjejakkan kaki ke sana. Dalam kerancakan bercerita, aku nyatakan padanya yang aku harus mengumpul harta kerana peraturan kerajaan arab saudi yang tidak membenatkan lagi menumpang mahram... Dalam hati ingin aku sampaikan, aku perlu membawa adikku sebagai mahramku.

Namun satu ungkapan yang buat ku terkesima," dun worry... u'll go there with your imam.. in sha allah.". Ntah dari mana tiba-tiba kekuatan itu menular ke seluruh rongga. Allahu Akbar. Akan ku nantikan saat-saat indah itu. Kurniakanlah kesabaran padaku utk menanti detik indah itu nanti....

with luv,

Sunday, November 10, 2013

♥ diari kehidupan ♥



assalammualaikum w.b.t,

wah.. skang memang update blog seminggu sekali je ye? ahak... ketidaksempatan masa agak menghalang utk update blog slalu.

Btw hari ni kebanyakan sekolah buat majlis penyampaian hadiah. Boy awal2 dah pesan nanti kakak datang yer. oh, this year Boy dapat anugerah Mata pelajaran tertinggi untuk Bahasa arab di dalam alirannya. Alhamdulillah. Sebenarnya Boy agak cemerlang dalam pelajaran terutamanya di sekoah agamanya. Every year penyampaian hadiah mesti kena datang. Tapi selalunya yang datang of cos la my beloved Abah. Di sebabkan kali ni Abah tak balik lagi terpaksalah kakak replace Abah.

I'm proud with you la adik. Alhamdulillah.

Aku dan Shaklee ♥
Alhamdulillaj. Nampak peluang di dalam bisnes Shaklee. Banyak yang aku belajar sebenarnya apabila join bisnes ni terutamanya di dalam empayar Jutawan shaklee, surijunior, cerdas cergas dan MuslimahOsem. Mempunyai leader yang hebat yang tidak pernah kedekut ilmu mendorong aku untuk terus mberi. Yes! Sharing is loving ♥

Serius dah falling in love dgn Shaklee sebab keberkesanan produknya. Yang penting natural based bukan sintetik.
Kenapalah aku lambat jmp Shaklee ni. kalo tak mesti lagi awet muda... hehehe
Paling aku suka ostematrix yang dapat menambah kalsium dalam badan. Memang berkesan.

Aku dan kerjaya ♥
Last 2 week aku terima request dri seseorang. Aku advice untuk isi form dan ikut prpcedure dengan bahasa yang proper. Apa yang aku dapat? Reply yang disertakan maki hmun just becoz kena ikut prpcedure.  Pelik dengan perangai manusia ni. Bukannya tak boleh nak tolong tapi ikutlah channel yg betul. You follow the rule, you will get what you want. Mudah je kn... Orang lain pon ada banyak kerja lain. Tapi dah sifat manusia... dah senang nak senang lagi. org lain susah tak apa... Haih la.

Kalau ikut hati yang marah memang boleh meletup tapi sebab aku malas nak layan org mcm ni, aku reply secara profesional. Mungkin sebab dah malu sendiri agaknya, now setiap request dia yang aku dah buat dia akan ucap thankz. Thank you very much sis for your fast acction. Thank you sis for your cooperation. Really appreciate.

haaa boleh pon kan guna bahasa yang elok. everybody have their own work. just give some respect should be enuff.. Tak kisahlah siapa pun kamu kan. Berapa tinggi pun pangkat kamu kan... Tak jatuh pun darjat kamu kalau bermanis mulut. Makin tinggi adalah...

Ada jugak yang request hari ni nak settle by today jugak. Siap mention please settle by today walaupun dah stated at least 3 working days.... come on la... If i've no urgency I'm willing to do or to help... Cuba bayangkan time ada something else kena settlekan... Bukan tak nak entertain. Tapi tu lah... org lebih suka keep on blaming rather than understand the situation.  Apa pun that was my cabaranlahkan. Semua tu cukup mematangkan.




with luv,

Friday, November 1, 2013

Busy as usual



As salammualaikum w.b.t,

October adalah bulan yang sangat sibuk dengan bermacam-macam tugasan. Jadual berubah sejak Mak & Abah pergi menunaikan Haji. but, Alhamdulillah... Aku manage semuanya. Walaupun pada awalnya agak kelam kabut mengatur jadual tapi setelah hampir 3 minggu aku berjaya! Yeay! U can Eza...

Rutin harian ku berubah 100%. Seawal jam 5.30 pagi aku dah bangun menguruskan rumah. Lepas solat subuh terus mulakan aktiviti di dapur, buat breakfast dan masak untuk lunch on that day. Everyday without fail. Haha... Boleh je kalau nak beli kan tapi sebab adik dan Boy bawak bekal setiap pagi, terpaksalah aku prepare breakfast.

Lunch pula, Boy request nak bawa bekal so terpaksa masak sekali. Kalau Boy tak bawa bekal pon memang aku kena masak sebab tengah hari sebelum ke kelas agama, Boy akan lunch di rumah. Setiap hari, adik akan ambil Boy dari sekolah dan seterusnya hantar ke Sekolah agama pula sebelum dia terus ke tempat kerja. So, kerja aku agak sedikit mudah di situ sebab tak perlu berkejar-kejar lunch time nak ambil Boy balik sekolah.

Sebelah malam pula, selesai solat Maghrib berjemaah baru aku ke dapur masak untuk dinner. Biasanya aku hanya masak satu lauk sahaja. Sebab kalau masak banyak-banyak lauk pon tak habis di makan yang akhirnya di campak ke tong sampah. Jadi, jangan membazir!
Kadang-kadang kalau adik tengok aku letih sangat dia pergi beli makanan so aku tak payahlah masak dinner. Heaven sekejap. hehhehe...

Setiap 2 hari baru aku membasuh kain. Sidai dalam rumah je. Kalau sebelum ni mak ada nak sidai dan angkat kain so now sidai dalam rumah je. Kalau sidai kat luar siapa pulak nak tolong angkat kain kalau hujan kan. So ambil jalan selamat.

Honestly, duduk di rumah membuat semua kerja-kerja rumah memang memenatkan. Aku respect la dengan surirumah atau wanita-wanita yang berkerja punya anak-anak tetapi tidak ada pembantu rumah. Memang aku respek.

Bayangkan, di rumah, kerja tak pernah habis. Kalau ada yang membantu ok lah kan. Kalau tak ada, jenuh tu. Nasib baik adik-adik aku jenis yang ringan tulang... Masing-masing tahu nak buat apa... Kalau aku tak sempat basuh pinggan, Boy atau adik tolong basuhkan. Kalau aku tak sempat lipat kain, adik tolong lipatkan. Oh, terima kasih adik-adik.

Dan, Boy sekarang dah boleh di harap. Basuh baju sekolah sendiri. Basuh kasut sekolah sendiri hatta gosok baju pon sendiri. Kalau sebelum ni semua Mak yang tolong buatkan, so now harus berdikari. Tapi sebenarnya, kami adik beradik kecuali Boy memang dah di dedahkan untuk berdikari sejak masuk sekolah darjah 1 lagi. Cuma Boy agak lewat. So aku tak ada masalah dengan adik-adik yang lain. kecuali Boy. Mungkin sebab dia anak bongsu, so semua benda Mak buatkan. Tapi sekarang dia dah berdkari. Yes! Berjaya train dia. ;-)

Cuma satu benda yang aku terpaksa korbankan ialah menjahit. Masa menjahit sangat-sangat terhad. So ativiti menjahit hanya pada hujung minggu sahaja. Tempahan kek karamel dan durian crepe masih berjalan seperti biasa. Alhamdulillah. Dan......

Bisnes shaklee aku berjalan seperti biasa. Dalam kesibukan itu, aku sempat mencuri-curi masa berkongsi tentang kebaikan Shaklee dan alhamdulillah... It was amazing.... Sangat amazing. Alhamdulillah..

ok lah, sambung lagi nanti... ;-)



with luv,