Friday, May 31, 2013

mood ke laut...



Haha. Ntah kenapalah minggu ni mood menjahit agak ke laut. Balik je kerja tunggu waktu berbuka puasa. Mandi . Buka Puasa . Solat . Lepas tu terus tidur. Sungguh tidak produktif betullah. 

Mungkin sebab bangun awal pagi agaknya so pukul 9.30pm je mata dah mula kena di tongkat dengan batang mancis. Aduhailah. Baju batik uniform ni sempat di jahit tepi je setelah di potong last week lagi. Sesungguhnya En. M telah menyerang!

Dari hari Isnin dah pasang niat nak jahit baju ni tapi kenapalah tak jadi-jadi. Bismillah... Mudah-mudahan malam ni jadiklah ia sehelai baju kurung. Hopefully. Haha.


with luv,

Thursday, May 30, 2013

Spa di rumah bersama Tanamera


Assalammualaikum.

Last week mood untuk ke Spa agak meluap-luap. Indahnyalahkan kalau ada yang membelai-belai tubuh badan sambil menghidu bau-bauan yang sangat menyegarkan. Oh, terasa sekarang jugak nak ke Spa.

Apabila mood spa ni naik ke paras yang membimbangkan muncullah idea nak berspa di rumah. Menarik jugak ni. Apa salahnya membelai diri sendiri di rumah setelah penat lelah berkerja kan. Ting! Idea pon datang. Terus menggoogle produk spa yang ada di pasaran. Banyak brand banyak jenama tapi tak tahulah pulak baunya macam mana kan. Aduhai, nak kena mencari pulak. Nak beli online takut tak berpuas hati dengan bau-baunya.

Nak di jadikan cerita, aku merayap ke Jusco Wangsa Maju. Tujuan asal nak belikan Boy buku cerita seperti yang telah dijanjikan. Alang-alang dah sampai, round la satu Jusco tu. Tetiba ternampak produk Tanamera Spa ni di promotion area. Apalagi, pucuk di cita ulam mendatanglah. Terus bertapa kat booth Tanamera nih. Macam-macam aku tanya budak jaga kaunter nih. Maklumlah, first time nak beli. Nak lah yang sedap baunya di samping khasiatnya.


Nah, inilah produk-produk yang sempat aku sambar. Rose Floral Water dan Lemongrass Tea tak de dalam gamba ni.

Dah ada produk haruslah membangkitkan mood pulak kan. Kebetulan my friend nak pergi cari bunga di Petaling Street, so apalagi kirm jer lah. Fuhhh... Semakin naiklah mood nak berspa ni.

Aku kirim bunga Ros dan Lili. 
Murah je beli bunga-bunga ni sebab beli di PS.
Untuk kedua-dua bunga ni kos tak lebih RM 20 pon. Bagus, penjimatan harus dipraktikkan walaupun untuk memuaskan nafsu 9 seorang wanita. Haha.

 Oh, bunga Liliku telah pun kembang. Lagilah syok nak berspa. 

Bunga Ros yang menyegarkan baunya. Sukanya dengan bunga. Apakah? Sungguh wanita!

Meh tengok pulak apa benda yang aku beli produk Tanamera ni.

Lemongrass Essential Oil.
Ini adalah untuk memberikan bau-bauan serai yang menenangkan.
Step yang pertama sekali haruslah titiskan LEO ini ke bekas ceramic yang ada air di atasnya dan di bawah lilin bulat yang di nyalakan. Boleh beli bekas ceramic di Hinode Shop hanya RM 5 shj.

Biarkan bau-bauan ini merebak. Arghh.. seriously, memang menenangkan. Terasa macam berada di pusat Spa je. 

Herbal Bath
Kemudian, masak 2l air bersama herbal bath sachet ni lebih kurang 20 min. Aroma jamunya sungguh mendamaikan. Tidak terlalu kuat baunya.

Feminine Herbal Wash
Sementara nak tunggu herbal bath, rendamkan FHW ni di dalam 500ml air panas. Setelah kedua-duanya ready, bolehlah mulakan aktiviti spa.
  

Tropical Boreh Scrub
Aku gunakan Tropical Boreh Scrub sebab serbuknya yang sedikit kasar. Terasa puas menyental seluruh badan. Haruslah segala kulit mati ni tanggal. Bancuhkan satu sachet scrub ni bersama 'rose water'. Wangi je baunya. Satu botol ni ada 6 sachet. Jangan lupa basahkan badan dahulu. Kalau tidak, maunya melecet kulit dok menyentalkan. Sapukan scrub ke seluruh badan sehingga separuh kering kemudian baru di gosok. 

Kemudian, berendamlah di dalam air yang bercampur Herbal Bath tadi. Air haruslah suam. Kalau tak ada bath tab, memadai jirus je keseluruh badan perlahan-lahan macam aku. Haha. Ni pon dah syok. Kalau berendam mestilah lagi syok kan.

Setelah itu barulah aku gunakan Feminine Herbal Wash yang telah di rendam tadi dan di campurkan sedikit air untuk menurunkan suhu kepada suam. Jangan pulak panas-panas tu dijirus. Maunya melecur pulak. Yang ni pun aku suka. Cuci di bahagian intim wanita.

Brown Formulation Body Soap
Setelah selesai semua proses merendam, menyental dan mencuci, gunakan sabun ni sebagai proses terakhir. Sabun ni macam ada biji-biji kasar. Boleh jugak di jadikan scrub di sebabkan strukturnya yang berbiji-biji itu.

Ok, finish. Eh belum lagi.

Lemongrass with ginger tea
Setelah proses detox tadi, minumlah teh serai ni. Sangat awesome. Boleh juga di campurkan dengan madu. Tapi aku lagi suka tanpa madu lagi mengasyikkan. 

Herbal Body Compress
Untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan, boleh kukuskan HBC ni selama 10 min. Kemudian di tuam ke bahagian-bahagian tertentu seperti perut, peha, dan lain-lain. Memang best. Macam bertungku pulak rasanya.

Cold Sensation Eye Pillow
Ok, ini aku gunakan sewaktu tidur malam jika keletihan melanda. Cara nak menggunakannya ialah masukkan dalam peti ais selama 20 min. Setelah itu letakkan di bahagian mata dalam kedudukan berbaring. Lepas tu..... zzzzz la apalagi. hahhaha

Rose Floral Water
Yang ini pulak aku gunakan ketika terasa lesu dan mengantuk. Selalunya ketika di office. Memang berkesan. Bila mengantuk je, aku spray kat muka lepas tu hidu aroma bunga ros yang menyegarkan. Confirm segar bugar lepas tu. Tak mengantuk langsung.


Ok, dah lengkap aktiviti Spa aku. Dengan kos lebih kurang RM 200, boleh berspa lebih kurang 6 kali. Jimatkan? Compare pergi spa. Sekali je mencecah RM 200 mengikut pakej yang di pilih. Cuma bezanya spa di rumah, tak adalah massage. Macam mana pulak nak massage badan sendiri kan. Hehe.

So now, weekend ku adalah untuk berspa. ;-)




with luv,

Saturday, May 25, 2013

Morning.....



Assalammualaikum w.b.t

Pagi yang indah lagi mendamaikan. Setelah berehat seharian semalam, hari ini akan berkerja keras semula. Bismillah. Semoga di permudah segala urusan hari ini. 






with luv,

Tuesday, May 21, 2013

past



Accept and forgive. Adakah aku punya kekuatan untuk ini? Yes, I am. Setelah sekian lama akhirnya kekuatan itu wujud. Alhamdulillah. Finally. Forgive and forget. Perkara yang sangat mudah diungkapkan tapi sangat sukar untuk di lakukan. 

Apabila kita bersedia untuk melepaskan segalanya bukanlah bererti kita melupakannya kan? Dan bukan juga bermakna kita berada di dalam lamunannya. Ingatan tetap ada sebagai peringatan untuk tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali. 


Kelmarin my best friend suruh aku tengok cerita ni. Katanya cerita ini aku patut tontonnya terutamanya watak yang di pegang oleh Kate Winslet. And you are like that! hahhaha...
Seriously? Apa lagi yang boleh aku katakan? Sahabat adalah cerminan diri kita kan. 

Apa pun, terima kasih sahabat kerana kamu sentiasa mengingatkan aku tentang kelemahan-kelemahanku. Sahabat yang sebenar ialah sahabat yang berani menegur kesalahan dan kesilapan kitakan. Dan aku sangat berbesar hati dengan setiap tegurannya. 

Kepada sahabat,
Terima kasih kerana sering mengingatkan aku
Tanpa lelah tetap menegur dan terus menegur
Memimpin tanganku saat aku keletihan
Memegang bahuku saat aku terjatuh
Mendorong aku saat aku tak mampu untuk berjalan

Kaulah sahabatku
Tempat aku meluah rasa
Tempat aku mengadu domba
Saat aku rasakan tiada sesiapa yang memahamiku
Saat aku kesakitan mengubati luka yang tersisa
Saat tiada sesiapa yang ingin mendengar luahan hatiku
Kamulah orangnya yang bersedia mendengar keluhan-keluhanku
Kamulah orangnya tempat aku mengalirkan air mata
Kamulah orangnya saat aku perlukan dahan untuk berpaut
Dan kamulah orangnya yang memberikan bahumu untukku menumpang teduh
Ya, kamulah sahabatku dunia dan akhirat.


with luv,

Friday, May 17, 2013

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru




Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik.

*****

Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya 
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat 
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya 
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota 
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa 
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku 
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat 
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


~ USMAN AWANG ~







with luv,

Happy birthday sayang ...



Last weekend celebrate birthday Arif Syahmi yang ke 2 di A&W Wangsa Walk. Just a small celebration. Jemputan pon tak berapa ramai. 

Boy bersama A&W mascot

Arif & adik bersama mascot. 


Musical chair.

Arif yang konon-konon berani dengan mascot A&W nih.

Cerita kanak-kanak

Apalah yang korang bincangkan ni ye.


Majlis di mulakan pada jam 4 ptg dan berakhir jam 6ptg. Aktiviti permainan hanya bermula pada jam 5 ptg. Majlis bermula dengan sangat tenang pada mulanya sebelum di hiasi dengan jeritan-jeritan Maira. Aduhailah sayang. Mak Ngah ingatkan Maira berani dengan mascot nih tapi jangkaan sangat meleset. Mulalah Maira berkepit dengan Mak Ngah jer. Tapi yang kelakarnya, time chicken dance bukan main lagi Maira menari dalam pada takut dengan mascot tu. 

Happy Birthday Arif Syahmi. 
Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti kepada ibu dan bapa yer. 
Jangan nakal-nakal dan ceria selalu. 
Sayang kamu banyak².

Love,
Mak Ngah







with luv,

Friday, May 10, 2013

kematian itu pasti....


Assalamualaikum w.b.t

Suhu badan agak panas balik keja tadi. Terus tidur dan merehatkan badan. Mungkin terlalu letih menjahit atau mungkin badan sedang berusaha untuk adapt dengan kehadiran nutriferon. Terjaga hampir melepasi waktu maghrib. Tersentap. Tiba-tiba teringat peristiwa pagi tadi saat melawat jenazah. Malam semalam terima berita suami seorang sahabat meninggal secara mengejut saat mereka sekeluarga ingin keluar meraikan hari lahir arwah. Sedihkan. Saat sedang menghadapi kegembiraan arwah meninggalkan selamanya. Bukan pasal arwah yang ingin aku ceritakan tapi keadaan sahabatku yang tidak dapat menerima kejutan ini. Trauma mungkin. Sedih sangat tengok sahabat tadi. Sebak mula menyelubungi. Dia seolah berada di dalam dunianya. Tidak mempedulikan kehadiran orang ramai. Hanya tunduk menangis. Saat jenazah di bawa ke masjid juga dia masih berkeadaan begitu. Puas di pujuk, dia masih begitu. Sedihnya melihat dia hanya Tuhan uang tahu. Lebih sedih melihat anaknya membelek album. Katanya nak menukar baju ke masjid tapi dia membelek dan merenung album itu satu persatu. Sedih. Sangat menyedihkan. Mesti arwah sangat di sayangi kerana itu pemergiannya sangat2 di rasai.

Terjaga dari tidur tadi teringat pada sahabat. Mengalir air mata di buatnya. Kasihan kak Aiza. Besar sungguh dugaan yang di tanggungnya. Sesungguhnya kematian itu pasti. Masaku juga pasti akan tiba. Tapi entah bila aku sendiri tidak mengetahuinya. Muhasabah.Ya Allah, sesungguhnya aku tidak layak untuk syurgaMu yapi aku juga tidak kuat untuk menghadapi NerakaMu. Dari itu, kurniakanlah keampunan kepadaku ya Allah. Menangis. Kenapa aku emosi sangat ni? Entahlah...mungkin kerana kesihatan yang tidak berapa baik membuatkan emosi tidak stabil.

Pulang dari melawat jenazah terus ke hospital Tawakal melawat sahabat yang lain. Alhamdulillah dia dah semakin pulih dan boleh pulang ke rumah keesokan harinya. Balik dari Tawakal terus singgah beli popia kegemaran. Dah lama teringin tapi tak berkesempatan. Last week pergi, popia tak ada. alhamdulillah ada rezeki hari ini.


with luv,

Wednesday, May 8, 2013

Tuesday, May 7, 2013

catatan sebuah perjalanan






Assalammualaikum w.b.t

Kita bicara tentang kehidupan. Perkara yang paling penting dalam kehidupan pastinya duit. Kerana duit manusia boleh bertelagah sesama sendiri. Kerana duit adik beradik sanggup tikam menikam. Kerana duit kawan-kawan sanggup mengkhianati. Kenapa terlalu besar kuasa duit dalam kehidupan seharian kita? Kerana duit maruah di hina. Ada ketikanya sampai menjadi hamba kepada duit. Kenapa yer? Orang yang berduit seringkali di sanjung dan di puja bagaikan raja. Orang yang miskin seringkli di hina dan di cerca. Benarkan? Inilah hakikat kehidupan hari ini. 

Mujur aku berada di dalam golongan biasa-biasa je. Tidak kaya dan tidak juga miskin. Cukup makan, pakai dan penginapan. Alhamdulillah. Mungkin aku tidak punya kereta mewah tapi aku masih punya kenderaan untuk bergerak. Alhamdulillah. Mungkin aku tidak punya rumah besar tapi aku masih punya tempat untuk berteduh. Alhamdulillah. Mungkin aku tidak punya harta yang banyak tapi aku masih cukup makan dan pakai. Mungkin aku tidak punya simpanan yang menggunung tapi aku tidak sampai meminta-minta. Alhamdulillah. Ini dah cukup baik untukku. Mujur aku di kelilingi sahabat-sahabat yang baik. Yang sanggup menghulurkan duit saat aku memerlukan. Yer aku masih punya kawan yang sebegini. Alhamdulillah.

Tapi sudah menjadi sifatku yang memang tidak suka meminta-minta, selagi daya akan aku usahakan untuk menggunakan duit yang ada. Kenapa? Sebab aku tak suka apabila orang mempersoalkannya? Sedari kecil lagi aku memang tak suka meminta duit dari mak dan abah. Kalau inginkan sesuatu, aku akan usahakan untuk mendapatkannya. Kenapa? Mungkin sebab aku telah dididik sebegini rupa dari dahulu kala. Percaya atau tidak, dari umur 10 tahun aku dah cari duit sendiri. Berdikari. Sebab aku tak suka bila minta duit daripada mak abah mesti dorang akan tanya nak buat apa? Lebih menyedihkan bila mentah-mentah mereka menolak keinginan aku. Dari situlah aku belajar betapa besar kuasa duit dalam kehidupan seharian kita. 

Sejak tamat SPM, aku tak pernah minta duit mak dan abah lagi. Dari pinjaman MARA yang diperolehi itulah aku menampung hidup sehari-hari. Dulu, hidup kami susah jadi aku dan kakak memang tak pernah minta duit mak dan ayah untuk menyambung pelajaran. Malah biasiswa kakakku yang di terima dari Baitulmal hampir keseluruhannya di beri pada mak untuk menampung kehidupan. Satu perkara yang aku akan ingat sampai bila-bila. Saat rakan-rakan lain berjoli dan bergembira, aku bersungguh-sungguh belajar. Sanggup tidak duduk di hostel semata-mata ingin berjimat. Sanggup berulang-alik ke kolej menukar bas semata-mata nak kurangkan kos. Byangkan keluar rumah seawal 6.30 pagi dan hanya tiba di rumah selepas Maghrib sambung pula menyiapkan assignment dan tugasan. Bersungguh-sungguh belajar untuk kekalkan pointer hanya untuk mengurangkan kadar pinjaman. Tapi alhamdulillah, kini kehidupan kami agak selesa. Kesusahan dahulu mengajar aku erti kehidupan. Sebab itu aku tak suka meminta-minta. Kalau tidak ada, buat saja cara tidak ada tidak perlu untuk berlagak ada. 

Mungkin kalian tidak pernah rasa apabila terpaksa berpuasa untuk mencukupkan tambang bas berulang alik ke kolej. Mungkin kalian tak pernah rasa apabila terpaksa berpura-pura kenyang apabila dompet hanya cukup sehingga menanti biasiswa seterusnya. Tapi aku bersyukur kerana kesusahan inilah aku belajar dan belajar untuk tidak meminta-minta. Kerana kesusahan inilah aku belajar untuk mencari dan terus mencari rezeki di bumi Allah ini. Kerana inilah juga aku tidak suka apabila orang mempersoalkan ke manakah aliran tunai aku saat aku katakan aku tidak ada duit. Hatta mak dan abah sendiri pun tak lagi mempersoalkan ke manakah aliran tunaiku setiap bulan. 

Di sebabkan kesusahan mencari duit inilah membuatkan aku sangat-sangat menghargai sahabat handai yang sudi membantu saat aku perlukan. Akan ku kenang hingga ke akhir hayatku. Aku masih ingat saat bisnes kecil-kecilan aku menghadapi 'masalah' dalaman, ada insan yang sudi membantu menghulurkan dana dan bantuan. Saat tiada siapapun yang ingin membantu hatta dari orang-orang yang punya pertalian dengan bisnesku walau mereka punya duit. Yang lebih mengharukan aku apabila insan itu hanyalah sahabat yang aku hanya jumpa sekali sekala sahaja. Tanpa soal dan tanpa pertikaian, bantuan di hulurkan. Bukan puluhan bukan ratusan nilainya mencecah ribuan ringgit. Inilah antara perkara yang tidak pernah aku lupakan dalam perjalanan sebuah kehidupan. Aku mula kenal siapa rakan, siapa lawan. Aku mula kenal antara sahabat baik dan sahabat karib. Aku mula kenal antara rakan jimba-jimba dan rakan susah senang bersama. Walau apa pun title mereka, aku hargai kehadiran mereka sebagai sahabat dunia akhiratku yang sentiasa ada di dalam setiap doa-doaku. 

Buat sahabatku Rizam, terima kasih banyak-banyak. Mungkin kita jauh di mata tapi dekat di hati. Mungkin kita jarang bertemu tapi sentiasa ada dalam ingatan. Thankz bro. 

Untuk dia yang pernah membantu juga aku ucapkan terima kasih walau nilainya hanya RM **. Bukan nilai yang menjadi ukuran tapi kesungguhan untuk menghulurkan itu yang sangat-sangat bermakna. 


~msraiza@10:01 pm~




with luv,

Bagaimanakah akhirnya?



Dari apa yang berlaku, terlalu banyak yang ingin aku luahkan. Tapi adakah luahan-luahan ini akan menyakiti insan lain? Lalu aku memilih untuk tidak meluahkannya bukan kerana aku lemah tetapi ukhwah yang aku sayangi. Hanya padaNya tempat aku meluahkan kegusaran dan kebimbangan ini. Apakah masih ada rahmatMu Ya Allah? 

Kadangkala aku terfikir, apakah tidak ada titik tengah antara dua perbezaan? Apakah tidak ada kesamaan dalam setiap keraguan? Apakah tidak ada penyelesaian dalam setiap kepincangan? Jika ada pilihan untuk berdamai mengapa memilih rusuhan sebagai penyelesaian? Jika ada pilihan untuk kemakmuran kenapa memilih kekucar-kaciran sebagai pilihan?


Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Malah merasai apa yang dirasai
Kegundahan dan kegusaran
Buat hati ini sedih sekali
Kelihatannya semua ingin berbicara 
Tanpa ada sekelumit pun ingin menghormati
Apakah kini melayu sudah tidak punya kesantunan dalam berbicara?

Ya Allah, 
Berikanlah yang terbaik
Untuk kami semua 
Tanpa ada yang terluka
Dalam memperjuangkan agenda mereka.

Ya Allah,
Satukanlah hati-hati kami yang berbeza ini
Mencari titik persamaan yang Kau redhai
Untuk agama ISLAM yang aku cintai.. 
amin...amin ya Robb..


by,
msraiza




with luv,

Rizalman for Zalora


Assalammualaikum w.b.t,

Designer² tersohor telah pun mengeluarkan koleksi masing-masing bagi koleksi Aidilfitri 2013. Kali ni, Rizalman telah berkerjasama dengan Zalora. So uols dah pilih baju raya? 




Aku belum terdetik lagi nak mencari baju² designer ni utk raya kali ni. Entah kenapa belum punya keinginan lagi sepertimana tahun lepas yang bersungguh² nak dapatkan baju designer. ;-)

Tahun ni rasa nak jahit baju sendiri. Rupa bagaimana baju yang siap nanti tunggu sahaja. Baru nak belajar menjahit baju kurung moden. Kalau berjaya menamatkan sesi pembelajaran, bergayalah aku dengan kurung moden hasil jahitan sendiri. Jika tidak, jadilah sekadar menyarungkan jubah dress. 

Rasanya tahun ini ingin bersederhana sahaja. Bukanlah tahun² lepas tidak bersederhana tapi tahun ini mood dan semangat ingin sederhana sahaja. Tidak mahu terlalu excited. 



with luv,