After a week barulah habis mood Kuching. So now masanya untuk update trip ke Kuching tempoh hari. Trip ke Kuching memang best. Jauh dari my expectation. B4 this kan mood nak ke Kuching tak lah high sangat setakat so-so jer. Tapi bila dah sampai Kuching, everything change. Alhamdulillah tiada masalah besar trip kali ni eventho pergi agak ramailah jugak. Cuma ada masalah kecil di Kastam bila pas Boy share ngan my abah dan my abah lak flight awal sehari dari kitorng. Tapi ni semua masalah kecil jer. Tak mengurangkan mood holiday kitorg.
Mungkin sebab kitorg dapat driver yang tak berkira kot. So percutian terasa sangat smooth. Kebanyakan tempat yang nak pergi memang dapat pergi ikut timing yang di rancang cuma Orang Utan jer tak dapat tengok sebab clash ngan departure time flight abah.
Flight kitorang pukul 11.15 am. So bertolak awal dari umah. Memula plan nak naik train dari KL Sentral so kenalah gerak awal dari umah kan tapi tak jadi sebab Abang cuti. So Abang hantar sampai LCCT. Gerak dari umah pukul 7.30 am. Singgah breakfast dulu kat Taman Melewati. Dalam pukul 8.15 am baru gerak ke LCCT. Pukul 9.00 am dah sampai pon LCCT. Hari sabtu jalan agak lengang awal pagi. Oh, trip kali ni Kak Ima tak join so si budak kecik Damia berkesempatan hantar kitorg ke LCCT. Bukan hantar pon. Just jenguk jer sebab pastu dia nak tgk progress umah baru dia.
Arif yang semakin mengganas mintak di lepaskan.
Budak demok ni happy jer dok atas troly.
Tgh discuss itinerary.
Mengisi masa sementara tunggu boarding time.
Generasi muda layan gadget.
generasi veteran layan newspaper.
Kat Kuching, kitorg dok homestay jer. 2 bilik dan 2 bilik air. Homestay ni area shop lot. Yang bestnya, kitorg dok ting 1 bawah tuh KFC yang open 24 hours. Boleh layan KFC time2 lapar nih. Duduk homestay memang boleh jimat banyak la untuk kitorg yang pergi ramai nih. Kos homestay nih utk 4 hari 3 malam hanya RM 240 jer. Harga 2 malam sebilik jer kot kalo dok hotel. So sudah jimat di sini.
Inilah rupa dalam homestay yang kitorg duduk. Nih ruang tamu kedua.
Ada dapur ada gas ada semua peralatan nak masak. So kalo rajin memang boleh masak lah. Kitorg mmg tak masak. Sebab jadual full... Balik dah penat terus tdo jek..
Ruang tamu utama.
master bed room.
Ada satu bilik lagi lupo nak snap gambar. Yang perempuan semua tdo dalam bilik. Yang lelaki semua pakat2 lepak kat hall.
gamba wajib kalo gi Kuching.
Di sebabkan kitorang sampai Kuching dah tengah hari, haruslah pergi layan nafsu perut dulu kan. So after makan dalam kul 3 pm kitorang terus check in home stay nih. Lepak and rest kejap sebelum start first destinasi Pasar Satok.
Pasar Satok ni macam pasar malam kat KL nih. Tapi yang menariknya, barangan memang murah2. Pastu jumpa macam-macam jenis buah yang tak pernah jumpa pon kat KL. Bayangkan limau kasturi sebakul size sederhana tu cuma RM 1 jek. Ai like, "seringgit ?? ".
Buah Dabai
Kek Lapis
Pisang ni pon selonggok RM 1 jek.
Mak cik aku beli cempedak yang sederhana besar tak sampai RM 5. Isi dah la tebal, banyak lak tuh. Memang puas makan. Kalau buat goreng cempedak memang marveles.
Jalan-jalan kat Pasar Satok ni tak beli banyak benda pon. Aku gila fridge magnet so borong sampai RM 30 fridge magnet kat sini. Memula beli kat kedai first 4 pcs RM 10 then jalan depan skit 5 pcs RM 10. Haruslah aku beli lagik kan. Tapi mak cik aku beli kat waterfront 6 pcs RM 10. Sebijik sejebon. ceh.. rugi den... Kat sini banyak sopink makanan dan buah-buahan. Mak aku beli belacan bintulu ngan udang kering.
Di sebabkan hari pon dah malam, haruslah mencari tempat makan kan. My friend dah pesan gi makan seafood kat Top spot. Ok, next destination is Top Spot. Kasik gegar itu seafood. hehhehe
Oh lupa nak mention, kat sini kitorang hire supir ngan van besar yg muat 12 org tu. Bayar pon tak lah mahal sangat. Utk 4 hari tu just RM 600 jer. So haruslah menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada kan. Supir pon baik jer.
Tebu lemon. Kat KL memang tak penah jumpa. Air tebu mmg my fav so layan. Memang best combination nih. Wangi jer bau limau nipis nih. Oh ada satu lagi air tebu asam boi tapi ai don like d taste.
Deep fry terubuk. Rangup macam keropok.
Miden goreng belacan. Sayur kegemaran aku kat sini. Sedap ok.
*must try*
Kerapu 3 rasa. Pon sedap.
Butter prawn. Marveles.
Tomyam campur.
Kitorang makan kat gerai ABC. Harga sangat berpatutan. Udang sekilo butter prawn, kerapu seekor M size, terubuk seekor L size, Siput buluh sepinggan, Miden goreng belacan sepinggan, tomyam campur, nasi utk 12 org cuma RM 200. Time nak bayar tu memang dah budget mesti 3++ nih sekali tgk bil tak sampai pon. Oh suker! Dah lah sedap. Makan sampai lebam lak tuh. huhu.
Lepas makan, jalan-jalan kat waterfront ambik gamba. Ada satu gerai jual keychain ngan fridge magnet. Murah dari Pasar Satok. Kasik rembat lagik. haha puas hati.
Pulang rumah jam 11 pm. Penat. Puas. Kenyang.
Next day, ke Pasar Seriken.
2 b cont.....
with luv,