Tuesday, June 28, 2011

Bila lelaki kehilangan tulang rusuknya ..






WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 





with luv,

Wednesday, June 22, 2011

Al Fatihah

Baru terima satu berita yang my relative, Nizam telah pun kembali kerahmatullah pagi tadi 22 Jun 2011 akibat kemalangan. Ai masih tak tau kejadian sebenar. Tiba² hati menjadi terlalu sayu. Kenapa? Sebab Nizam ni baik budaknya. Muda lagi umur awal 20-an. Ai tak lah rapat sangat dengan arwah jumpa pun setahun sekali jer kot time raya. Tapi setiap kali ai tengok muka arwah ketika hayatnya, hati jadik sayu. Sebab arwah telah kematian ibu ketika masih kecil. Tak ingat umur berapa masa tu tapi rasanya ketika arwah berusia lebih kurang 6 - 7 tahun. Dan ketika itu arwah sangat attached dengan arwah ibunya. Arwah mempunyai seorang kakak. Sedih kalo lihat wajah arwah yang hilang kasih sayang seorang ibu. Bayangkan seorang anak kecil yang sangat manja dengan ibunya kehilangan ibu tercinta. Dan kini arwah telah kembali kerahmatullah di usia yang sangat muda. Ini yang terbaik buat arwah. 


Al fatihah buat arwah Nizam. Semoga damai di sana dan di tempatkan di kalangan orang² yg beriman. 


with luv,

!@#$ S.T.R.E.S.S $#@!


La ni ai tengah dok stress... Nape? Sebab ai punya personal hard disk dah corrupt. Tak bley baca langsung. Terasa separuh nyawa melayang² bersama 'kematian' HD nih... arghhhh.. Ada banyak benda dalam HD tuh. Dan yang paling penting sekali ialah gambar² yg ada dalam tu. OMG . Dari Mairanur Damia berusia sehari sehinggalah Arif Syahmi  lahir. Gambar Boy kat USIM utk workshop yang baru nih. Gambar kat I-City hari tu.... arghhh ... Memang x de back up langsung. Mau menangis nih. Habis segala hasil² jahitan semua sekali..... waaaa...... 



with luv,

Monday, June 20, 2011

shhhh .... dok diam² ...



Hybernate mood activate! 
Byk benda yang sedang menanti.

Especially kerja hakiki. New project sedang dalam pembinaan.







with luv,

Friday, June 17, 2011

Syukur Alhamdulillah ...


Syukur Alhamdulillah ....
Hanya ini yang mampu ku ucapkan buat masa ini.
Setelah berkerja keras selama ini akhirnya membuahkan hasil.

Alhamdulillah kerana Allah membukakan pintu rezeki seluas2nya buatku.
Hilang segala penat lelah selama ini apabila dapat menikmati nikmat dari kesusahan yang pernah di tempuhi.

Cuma satu ku pinta saat ini
Agarku punya kesihatan yang berkekalan untuk aku terus menggali rezeki di bumi Tuhan ini.
Dan semoga aku tidak di tenggelami dengan riak dan bongkak. Dan juga terhindar dari penyakit istidraj.


Amin. Amin Ya Rabb ...




with luv,


Artis : UNGU
Tajuk : Percaya Padaku

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku



with luv,

Sudah lama tidak membicarakan soal ....

yer.... sudah lama tak membicarakan soal ini budak...
Budak demok yang slalu bikin hati ai panas ...
rasa nak gigit² pipi yang tembam ...
nak picit² peha yang gebu ...
nak cubit² mulut yg comel... 

 Sun flower hair clip yang ai buat khas untuk budak demok.
(Muka sebijik muka mummy ... copy paste ... part mata jer ikut papa )



Wajah yang bisa mencairkan perasaan...
yang bisa menyejukkan hati yang panas...
yang bisa membuat aku tersenyum melihat keletahnya ...

Oh sayang budak demok!




with luv,

Thursday, June 16, 2011

OST Nora Elena



Lagu : Dan bila esok.
Artis : Sofaz

Di dalam hatiku selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya



with luv,

Nora Elena



Pic credit to cikgudahlia


As salam,


Yer ai tau.. agak lambat nak membicarakan soal ini. Dah nak abes citer pon baru nak story mory dlm blog kan... suka hati lah kan ai punya blog.. hahhaha...


Act ni n3 lama yang dok terperak dalam draft. Baru terperasan n3 ni tak publish lagik rupanya. hhahahhaha.. Ok la, ai memang layan Nora Elena dari 1st episod lagi. Kenapa? First sbb Aaron Aziz ... oh hensem.. macho ... steady .. cool ala² Abg Rosyam ai... hahhahaha.. Yg kedua pasal Siti Saleha .... Cun ok minah ni walaopun mulut agak senget la .. Kalo perasan, dier selalu senyum sebelah bibir jek tapi cun... 




Nora Elena adalah adaptasi dari novel Kasih yang Suci Karya Meen Zulaikha.



Sinopsis Nora Elena , Slot Akasia TV3.



Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Sinopsis pon dah best kan? 





credit pic to Meen Zulaikha.






with luv,

Monday, June 13, 2011

Reversible Bucket Bag

 Yeay! Manage to sew this bag. Pattern from The Bag Making Bible book yang ai beli tempoh hari. Haruslah mejahit bag kan setelah melalui kesukaran untuk mendapatkan buku nih. Ai like this bag. Memula ingatkan susah nak jahit tapi sebenarnya tak lah sesukar mana. Dan yang paling penting ialah hasilnya. Sizenya yang sederhana dan nampak ringkas memang menarik. 

Ai akan buat lagi bag nih tapi nanti nak tambah zip poket dan may b nak belajar letak zip cover. Haruslah ku jahit utk my lovely mother skali kan.. Tapi, adakah masanya? Oh alahai.... Hopefully ...

 The bag.


 2nd side. 
My sis cakap cam tak kene pink ngan biru nih. Ada ai kisah? hahhahhahah...




with luv,

Friday, June 10, 2011

butterfly oh butterfly ....

 As salam,
Lamanya tak update blog. Ada banyak benda nak update tapi sangatlah tiada masanya. Haha... plus mood yang agak *weng *weng skit mungkin di sebabkan kekurangan tido untuk 'sesuatu' yang bernama hobi.
Yes, now i'm really bz menyiapkan rama-ramaku tetapi sangat happy hidup bersama sang rama². hehhehe..

Hanya kerana seekor rama², rutin harian ai jugak berubah. Yes, rama² yang menang ketika cabaran hairclip bersama chomelcraft temph hari. Ai rasa, rama² ni dah jadik my trademark pulak. hehhehe.. But i'm happy ... happy membuat pekerjaan yang ai minat walau pon penat dan hampir keselurahan masa senggangku di peruntukkan untuk si rama². Hebat kan penangan si rama² ini?

 ..........saki baki ..........

 Maka, bermulalah hari²ku dengan pekerjaan ini ....

Setiap hari tdo jam 1 am dan bangun seawal 5 am untuk menyiapkan rerama ini. Di sebalik kesibukan ini, sempat juga ai mencuri² masa untuk menyiapkan projek² bersama Epal. This month ai ambik projek gaun smoking. Terpaksa menyulam tangan lagik. Dan lagi tempahan manik yang terpaksa di ketepikan sementara waktu.. Oh, tidak! Ada manik yang kene submit this month... arghh... 

Untuk tempahan manik hari raya ai telahpon CLOSE order. Sungguh tak terjangkau masaku... 

p/s: saya sedang menanti 'sesuatu' yang boleh menambahkan kebizianku... oh sungguh penantian itu satu penyiksaan....


with luv,

Wednesday, June 1, 2011

what a postman brought today..


 Apakah ini?


tara ... 

Korea Bentoy Retro Handmade Rubber Stamp Set

 Rubber stamp nih semua corak zakka. Sgt gumbira hati ini. Dah lama ai order this stamp tapi out of stock. Nasib baik restock je Nana email ai. Oh suker! Boleh main cop² pas nih... hehhehe..


nota kaki: boleh tak dah beli rubber stamp terlupa nak beli fabric ink pad? hok aloh.. sib baik Nana ada jual, kasik order jer terus sampai depan umah.. hehhe


with luv,