Monday, May 23, 2011

Hair Clip Felt with Chomel Craft ... Part 2


Ini adalah aktiviti hari Ahad. Workshop felt hair clip untuk modul 2. Memang happy n happening jer. Kadang² bising kengkadang sunyi sepi concentrate. hehhehe. 

Apapun memang happy lah dapat buat hair clip holder dalam modul 2 nih. Organize skit my hair clip.. Bila dah susun² hair clip kat holder baru nampak rupanya dah banyak hair clip yg ai buat... sukerr... ;-)

 Khusyuk tengah melakar template atas felt.

 Meja ni nampak cam kemas jer.. huhu

 My dizzling flower. Sila jangan jeles. hehhehe.. Berjaya jugak buat akhirnya..

 Oh ini table saya.. Lihatlah kebersepahan meja ini. hahaha

 Finally, dapat gak bergambar bersama²... Last class tak sempat bergambo sbb sibuk membeli belah. hehe

 Pilih, pilih felt kat sana yer... Ni kak Azza dari chomel craft merangkap cikgu yang mengajar.

 OMG..... sangatlah rambang mata nak memilih. Hari ni ai berjaya untuk tidak membeli kain² felt nih sbb ai dapat hadiah dari Kak Azza untuk cabaran hair clip. Alhamdulillah.

 Miezam si penjaga button. hehhhee... owh.. designer button ini sangat chomel. Tidak berjaya ai menahan nafsu. Sambar jugaklah 2 pack. Pastu balik umah asyik dok belek button² nih... sangatlah comel.

 Bergambar dengan sifu hair clip. Ambik berkat.. hehhehe...

 Inilah organizer yang mengorganize workshop nih. Thankz Kak Watie. Really enjoy this workshop.

 ai like this pic. ;-)

 Inilah hadiah yang ai menang tuh. Ada macam² dlm pack nih... Felt, button, alligator clip and designer button. Ni yg ai paling suker. Thankz kak Azza.

 Comel tak? Terpedaya tak? Haruslahkan terpedaya nafsu ini apabila di jamukan dengan button yg sgtlah gorgeous nih.

Taraaaa... 
Byk tak hair clip? Ni lah hasil dari modul 1 & 2.
Oh kat sini ada 2 hair clip yg ai submit untuk cabaran hair clip.
Yg mana satu? cer teka.. cer teka... hehhehhe




nota kaki : Ada lagi 2 modul to b finish. Felt T-Shirt dengan key chain... 



with luv,

Wednesday, May 18, 2011

Finally ...

 Buku ini menjadi milik saya jugak akhirnya.


Finally, selepas melalui beberapa kesukaran, ai got this book. Bukan satu tapi kedua²nya sekali (balas dendam nih.. hehhe). Actually, last friday ai ke Kinokuniya KLCC sebab MPH x de apa² status mengenai buku yg ai nak nih. Sampai Kinokuniya, SA cakap that book dah habis last month but Amy Butler's book still available kat rak. So ai pon gi la cari kat rak yg di beritahu.. Letih menyelongkar still x jumpa jugak. Akhirnya pulang dengan wajah hampa. memang frust giler lah... Apabila ai inginkan something , I'll make sure ai dapat jugak. Ni lah kelemahan ai. ahak. 


Then malam tuh ngadu kat my BFF, Kak Fiza keluh kesah di hati. Betapa frustnya ai x dapat cari buku nih. Tgh² borak ada incoming call. Ai tgk no macam area Wangsa Maju.. Yes mmg MPH Alpha Angle yg call but the best part is S.A yg call tuh cakap, "akak, buku yang akak pesan nih dah sampai. Akak masih berminat ker? Kalau akak tak nak ada customer nak.." ai like " what?! mestilah nak.. kan akak yang booking..." pergh berebut la pulak. Ahak.... 


But, finally ai got this book. Happy giler like monyet dapat bunga budak kecik dapat gula² ... hahhahhahah... Then hari ahad balik dari Epal terus gi d Curve cari buku Amy Butler's lak... Tak sanggup nak tunggu lagi. huhu.. 


After go through this book ai memang puas hati. Byk ilmu and idea. So pas ni kene start jahit bag la pulak. Kena manfaatkan kesukaran yang dihadapi ketika nak mendapatkan buku² nih.. 








with luv,

Friday, May 13, 2011

Lain yang di nanti, lain yang tiba ...

As salam,

Wah, tajuk n3 tak mau kalah tuh. Setelah berminggu mencari² buku nih di bookshop akhirnya tiba jua di muka pintu. Yes, saya beli online. Susah sangat nak cari buku nih.

Buku ni dah lama di keluarkan oleh sifu manik Rosita Jaafar. Skang memang dah susah nak dapatkan buku nih. Kebanyakan bookshop yang ai pegi sumer dah x de stock. Ai memang tau dah nak jahit tapi gatal² nak buat collection. Oh suker!

Buku nih pulak baru jer publish bulan Jan 2011 hari tuh. So skang nih RJ tengah promote training untuk sulaman manik 3D. Sedang mencari² masa yang sesuai untuk menambahkan ilmu di dada. Harus ku rentas segala halangan yang tiba... huhu.



p/s: oh The bag making bible , bilalah kau nak kunjung tiba...?



with luv,

Thursday, May 12, 2011

Ketinggalan ....

 As salam,

Pernah dengar Harem Pants? or pernah tengok ker ? Yang tak tau apa itu Harem Pants, meh ai nak tunjuk skit.



Ni lah rupa bentuk Harem Pants (HP). Pernah nampak kan? Dulu ai slalu tengok org pakai. Teringin nak beli tapi tak reti nak gayakan. Takut cam weird lak kan. Kalo x silap, Hana Tajima slalu pakai HP nih.



HP ni ada yang jenis short dan ada jugak yang jenis long. Masa trip gi Bandung-Jakarta tu ai ada beli HP jenis short. Beli ni pon sebab ai x bwk suar xtra pon time tuh. Konon nak jimat space kan. hehhehe.


Cantik tak fesyen HP nih? Cantik kan.. tetiba terminat lak. Org lain sumer dah abes pakai ai baru nak terkedek² google carik pasal HP nih. Sungguh ketinggalan ketapi la... hahhaa..

Yg sbnar nya nak carik HP nih sebab smalam ai beli jubah ala² morocco tuh. So jubah tu haruslah kene ngan long pants kan... Smalam masa try², my mom kata lagi cantik kalo pakai ngan suar yg kaki kecik. Kalo pakai suar loose nampak cam gedoboh sgt lak. Oh, mulalah kepalaku ini berputar ligat. Seluar berkaki kecik? Terus terbayangkan HP.

So now, i'm looking for this HP. Kat mana nak beli weh?? (ni la yg sbnarnya pon... hahhaha)



with luv,

Wednesday, May 11, 2011

Oh menci!!!



Menci tau!!! Hari ni dah 10 hari ai menanti ketibaan buku nih di MPH Alpha Angle. X de berita pon. Uish... so tadi, di sebabkan nafsu yang tak boleh menunggu lagi, ai pon call MPH Alpha Angle ... S.A tu kata x de lagik dalam stock dorg and stok kat MPH Mid Valley pon dah x der. Hanya ada satu copy sahaja di MPH JB. Boleh??? 

Adakah buku ini masih di dalam perjalanan atau .... haih la... Ok, saba... i'll wait untill this Friday... Kalo x de jugak nampaknya memang x der rezeki la kan... Terpaksa la ke Kinokuniya pulak. Awat la susah sangat nak dapat buku nih kan???




with luv,

welcome our new family member ...

ALhamdulillah, Rabu lepas ai terima anak buah baru yang telah di beri nama Muhammad Arif Syahmi. Arif Syahmi adalah adik kepada Mairanur Damia , my super duper cute niece. 


Nama: Muhammad Arif Syahmi
Lahir : 4 May 2011 , 9.00 am
Berat : 3.67 kg


Sebagai meraikan kedatangan baby Arif dalam family, Mak Ngah jahitkan baby quilt untuk Baby Arif. Mak Ngah jahit dengan penuh kasih sayang tau... ;-)
Di sebabkan skill menjahit Mak Ngah power x seberapa, so Mak Ngah buat yang simple jer... 

mmmuuuaaahhhh Baby Arif.. 
Semoga jadi anak yang soleh ok.




last.....but not least ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
my lovely dovey Maira ...

Maira dah semakin bijak skang nih.
Smakin manja, smakin notty dan smakin demuk... huhuhu..
cayaaannggg mucuk Mak Ngah!






with luv,

Tuesday, May 10, 2011

Hair Clip Felt with Chomel Craft ...

As salam,


Last weekend memang penuh jadual ai dengan class. Start with Kelas Asas Manik pada hari Sabtu dan diikuti kelas felt pada hari Ahad. Jadual asal Felt ni hari Sabtu sbnarnya. Oh ai sudah frust time nih tapi gigihkan jugak mendaftar. Manalah tau ada rezki ai berjumpa dengan sifu² craft nih kan. Tanpa berlengah ai terus email Sr. Watie yang organize event nih. Oh yer, ai tau class ni melalui blog TiniHani. Seminggu ai tunggu tak de sebarang status. Oh hati sudah sedey, mungkin memang tiada rezeki. Tak pe lah... Dalam hati berkata²..


Tiba² hari Rabu dapat sms yang mengatakan saya terpilih untuk attend class nih. Hati mula berbunga-bunga. Tambahan pulak tarikhnya 8 May. Oh, selamat di sini. Tidak clash dengan kelas manikku. Cuma satu yang bermain di fikiran, kelas di adakan di Shah Alam. S.A? Oh saya tidak tahu ke sana.... Minda mula berputar, cam ne nak pegi nih? Mujur adik saya masih bercuti. Boleh mintak dier tunjukkan jalan. Alhamdulillah, kalau sudah rezeki memang di permudahkan olehNya. 


Finally, dapat jugak saya attend kelas nih dan jumpa Kak Azza dari chomel craft.
B4 nih berurusan melalui internet jer. 
Chomel Craft adalah antara Malaysian crafter yg menjadi inspirasi saya.


 Nampak tak bunga kat tudung saya. Selain dari kegunaannya sebagai hair clip boleh juga dipelbagaikan menjadi clip tudung. ;-)
yang penting, bijak & creatif.


 Kakak baju merah ni sampai sama dengan saya. Mujur tak sesat. 


Gigih memotong felt untuk buat cup cake. 
Tetiba miezam ckp, "eh, cam dah biasa jer... " 
hehhehe.. alaaa... saya budak baru belajar jer. Miezam ni pon crafter jugak. Sangat creative yer. Boleh terjah blog dier pulak. 
Apa yang boleh saya concludekan..... Sangat happy dapat attend class nih. Yang lebih happy dapat face to face dengan sifu² crafter.


Nih la hasilnya. Comel jek. se'chomel ' tagline Chomel Craft. hehhehe


Tak sabar nak tunggu kelas modul 2 , 3 & 4.
Modul 2 : 22 May --- Felt Hair Clip
Modul 3 & 4 : 18 Jun --- Felt T-shirt & Keychain








with luv,

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu, Mak!


hundreds of dewdrops to greet the dawn,
hundreds of bees in the purple clover
hundreds of butterflies on the lawn,
but only one mother the wide world over.



Setiap hari ada pertengkaran,
setiap hari ada perbalahan,
setiap hari ada perselisihan,
setiap hari ada perbezaan pendapat.

Apabila 2 generasi bersatu,
terlalu banyak perbezaan,
namun, 
di sebalik pertengkaran, perbalahan, perselisihan dan perbezaan pendapat,
terselit satu perasaan kasih sayang,
yang lahir dari hati,
yang tergambar di jiwa,
untuk seorang ibu yang berjasa.


Selamat Hari Ibu, Mak!
Org sayang Mak always .. 
( w'pun kengkadang 'termelawan' cakap mak... hehhehe)



with luv,

Tuesday, May 3, 2011

Buku oh buku ...


Harga : RM 104.90 
( Nasib baik ada budget lebih bulan nih.. )


Dari PWTC ke d Curve ... Aktiviti hari ahad last week. Yes.. I'm looking for this book.Serius susah giler nak cari. Kalo tak jumpa jugak, terpaksalah beli dari amazon nih. Di sebabkan keinginan yang terlalu membuak², gigih jugak ai mencarinya... Oh, tapi masih belum dapat memilikinya. 

Memula gi cari kat PWTC. Of coz la tak jumpa kan di sebalik lautan manusia itu. So i've decided to go to Borders, d Curve. Result, Out of stock. Sedey. Tak pe, pencarian harus di teruskan. Then pergi lak MPH. Sad to say jugak, tiada copy di MPH d Curve. Hanya ada 2 copy di MPH JB & MPH Mid Valley. Dah suh s.a yg jaga counter tuh booked kan and transfer that book ke MPH Alpha Angle. Senang skit nak gi ambik. So result, tak tau lagi. S.a tuh ckp nnt dorg call untuk confirmkan copy tuh available or not. Aduhai... ai kene jugak cari buku ni sampai jumpa. Bukan senang nak simpan spent duit utk beli buku nih. Harap² dapatlah dlm this month jugak.



Ni adalah buku kedua dalam list-to-buy this year. Harganya RM 119.80. Buku ni ai terjumpa ketika mencari² The Bag Making Bible kat Borders hari tuh. Nampak cam menarik. Authornya ialah Amy Butler's yang agak glamour dalam dunia jahitan. Mungkinkah bisa menjadi hak milikku? Oh!




Nota kaki : Just receive a call from MPH s.a saying that book is available. Horayyy!! Just wait for 5-7 days to transfer to MPH Alpha Angle.... *mode*happy*excited*toinktoink*



with luv,