Wednesday, September 29, 2010

[Felt Craft] Puppet

Salam,

Tempahan craft berbentuk puppet sebelum raya. Dalam kesibukan ai menjahit manik, menyiapkan tempahan coklat, masih ada yang ingin menempah craft rupanya.... 



fish dan chicky



p/s: jemputlah ke cinta craft utk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti craft ai yer....
with luv,

Masih mood raya..

Salam,
N3 pekasam yang baru selesai upload gambar. Gambar ketika shopping kasut raya Boy 2 hari sebelum raya di OU. Tetiba rasa cam dah balik kampung. hehehe...


 Nampak tak tema aerospace kat blakang?


 Penat tawaf OU so duduk jap sambil layan posing. hehe.

 Baru lepas menampi nih... Giler vouge nak menampi.. hahaha


 Interprem lagi budak kecik nih...


 di titian usang...









p/s: Yang paling ai suker ialah ai dah jumpa Craft Heaven. Lama okkay bertapa kat situ sambil cuci² mata barang² craft... i like!



with luv,

Thursday, September 23, 2010

[Felt Craft] Special Chocolate Cake

 



Today,
iz my Abah Birthday ...

Happy Birthday Abah!
Semoga terus di kurniakan kesihatan yang berpanjangan....
Luv u, Abah ...


p/s : Damia yang paling teruja dengan kek nih... huhu.. 




with luv,

Tuesday, September 21, 2010

Sessi ber'kerastangan' ....



Yeay... sesi ber'keras'tangan telah bermula dengan jayanya... Selepas menimbang segala aspek (kebersepahan, hari raya, org nak datang beraya, masa, mudah ) maka inilah hasilnya....
Flower brooch....




with luv,

Selamat berkerja...


 Saya bukan suka² nak pakai sunglass 
tapi hari ni memang terang.. huhu..


Selamat kembali berkerja...
Semangat ok gi keje hari ni.. 
selepas melalui hari yang sengal smalam..
Otak jam selepas 2 minggu bercuti.

Kepada ibubapa yang bercuti sempena UPSR hari ini,
terima kasih kerana mengurangkan kesesakan lulintas.

Pagi yang tenang,
jiwa yang damai,
minda yang segar,
Mari kita mulakan......

Selamat kembali berkerja ...



with luv,

Monday, September 20, 2010

Doa untuk ibubapa...

(tq dear.. sharing is caring..;)


Rasulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu..

( tak kira masih hidup atau telah tiada )"

nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 


" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa
kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 



'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ...



 (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.






source : copy paste from email


with luv,

Thursday, September 16, 2010

Kek Batik Crunchy



Bahan2 yang di kacau atas api.




Setelah di gaul bersama biskut mary.


Bahan-bahan
1 bungkus biskut Mary
1 cawan planta
3/4 cawan gula (ai pakai 1/2 cwn jer)
1 bungkus milo (pack kecik 250g)
2 sudu besar serbuk koko. (tak de pon tak pe)
1 tin susu pekat manis


Cara-cara

  1. cairkan planta, masukkan gula dan kacau.
  2. masukkan susu, milo dan koko.
  3. kacau hingga sebati menggunakan api perlahan.
  4. Setelah sebati, matikan api dan masukkan biskut mary. kacau sebati.
  5. Masukkan dalam loyang dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  6. Masukkan dalam fridge dalam 1-2 jam.
  7. ready untuk di makan..

Tips: Potong terus setelah di keluarkan dari fridge untuk mengelakkan coklatnya cair di tangan... ;)




with luv,

Perempuan melayu terakhir?

++ Gedik session ++










with luv,

Family pic @ Aidilfitri2010

Tema : Biru purple
Lokasi : Pagoh, Johor
Tarikh : 1 Syawal


My Family


(Dari kiri baris 1 : Abg Mahathir, Mairanur Damia, Kak Ima,
Dari kiri baris2 : Abah & Mak,
Dari kiri baris 3: Abg, ai, Boy, Adik )








with luv,

Aidilfitri 2010

Salam,

This year, jadual beraya kembali normal. Seperti biasa 1 syawal di sambut di Johor... Hoorey... Menu raya kali nih ada tambahan iaitu laksa penang.... Menu biasa adalah ketupat, lemang, rendang, sup tulang, sambal goreng perut, pecal, serunding kelapa dan banyak lagi. Cuma tahun nih x de ketupat palas. Apa pun raya tetap meriah  walaupon tak semua makcik2, pakcik2 dan cousin2 yang beraya di Johor. Oh cuma 1 syawal kali nih di sambut dengan hujan-hujan manja gitu.... So, takde sesi bergambar di luar rumah. Sumer pakat bergambo dalam rumah jek. 

Anak Menantu. 4 dari 8 adik beradik bondaku.

Cucu perempuan atukku yang masih bujang semakin berkurangan...


Cucu & cucu menantu atukku

Seperti biasa, raya ke2 my family telahpun bergerak ke Sabak Bernam pulak. Letih. Memang meletihkan. Beraya di Sabak kali ni ai sempat menziarah kawan lama ai.... Oh sekian lama nak ke rumah beliau tapi ada jer halangannya. Alhamdulillah kali nih ada kesempatan beraya di rumah beliau. Balik dari beraya ai terus demam yer. So raya kali nih memang tak kewl sbb ai demam + batuk. Cuaca di Sabak memang sangat panas. Lepas tuh pulak setiap kali beraya rumah sedara mara ais batu menjadi hidangan... Jadi, memang patutlah demam kan? ahak.... 




Ahli keluarga di sebelah Sabak Bernam. 
Jangan terpedaya yer, pic adalah di ambil pada malam raya ke-4. 
Jadi pakaian adalah bebas.... 



with my frenz's wife.




with luv,

Thursday, September 9, 2010




Salam,

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah, ada juga keterlanjuran kata.
Dalam gurau senda, tentu ada KHILAF & DOSA.

Ampun maaf di pinta,
Di Aidilfitri yang mulia.


with luv,

Monday, September 6, 2010

Kelebihan malam Lailatul Qadar

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.




Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.


with luv,

Sunday, September 5, 2010

Isi dunia yang rapuh.....

Buat ingatan untukku......
Sesungguhnya kematian itu PASTI,
Sesungguhnya kiamat itu juga PASTI ....

Sedarlah selagi kamu punya waktu ....





with luv,

Friday, September 3, 2010

Berjimba² di bulan Ramadhan...

 Salam,

Di saat kekangan masa yang ada skang nih, ai sempat lagi berjimba² dgn my GBS ke Jalan TAR last nite. Terpaksalah ai skip 2 hours masa untuk menjahit manik... ahak...

Smalam kami gerak dari rumah pukul 9 lebih selepas program Iftar kat my opis. Mizah, siap tinggal anak yer... sib baik husband sporting and faham gelora hati seorang pompuan. Ahak. Sepatutnya cL pon join skali dan akan tinggalkan jugak anak dgn husband dier... Husband kawan²ku sumer tahap sporting habis laa..... sanggup jaga anak kat umah dari meredah Jalan TAR... ekkekek...

Tak de plan nak beli apa pun... just jalan² cuci mata. Cuma ai ada beli baju melayu untuk kanak² mak ai suruh belikan dengan bunga kering untuk pasu bunga dlm bilik ai yang dah patah riuk.... hhahhaha....

Sesi memilih bunga² kering. Sebatang RM 2 , 10 batang RM 10.
Tapi smalam ai ambik 10 batang yang promosi RM 10 dan 1 btg yang besar skit RM 4. Tapi total ai bayar RM 10 jek... Adik tuh bagi diskaun kot.... terkejut akak, banyak sgt diskaun nyer... huhu...


 Sempat lagik menyelit² di sebalik bunga² tuh... hehhehe


 
with luv,

Thursday, September 2, 2010

Ole-ole Ramadhan....

 Salam,

This year, preparation untuk Adilfitri ala kadar sahaja. Ai hanya sediakan kelengkapan utk my parent and adik² yang bertiga tuh. Tak lupa untuk anak² buah ... This year adalah tahun ke-2 my sis beraya sebagai isteri jadi ai telah mengambil alih tugas² penyediaan untuk persiapan hari raya untuk kali yang ke-2.  Kalau b4 nih, everything about family will share with my sis but since dier dah married, semua tanggungjawab ai yang pikul. Jadik, haruslah kelengkapan untuk mereka² (mak, abah & adik²) menjadi keutamaan. Dan tahun nih, baju melayu kene berganti baru sebab last year tak tukar.

Baju melayu adik² semua dah siap. Ai beli siap jer tahun nih for the first time coz tailor yang biasa ai antar jahit baju melayu dah tak menjahit lagik atas faktor usia. Jadi untuk memudahkan ai, beli jer yang dah siap dan sediakan jer duit nyer... huhuhu....

Baju raya ai pon ai beli siap jer sepasang coz nak ikut tema. Nasib baik ada beli kain pasang masa gi Bandung-Jakarta hari tuh... So bolehlah nak jadik baju raya kot... ahak... Untuk mak ngan abah pon dah settle... Baju melayu, baju kurung dan kasut. Oh ada satu yang belum settle. Kasut untuk Boy belum beli lagik..

Ok, untuk diri sendiri seperti tahun yang lepas hanya baju kurung. No more kasut² or hand bag ker... Baju kasual ker.... Tak der yer.... Coz dah sepanjang tahun membeli cukuplah untuk hari raya hanya berganti baju kurung shj....

But, ai ada ole-ole yang ai sangat suker...... Akhirnya dapat juga ai beli... setelah berpikir² lebih dari 10x... hahhaha.... Yes, finally i get my electric oven. Jenama Elba.Yesss... tak beli kasut ngan hand bag raya pon tak per lah... Janji dapat beli oven.... hahhahhaha.... Oven ko lagik mahal dari kasut raya ko okkey.... wooppsss.... ahak...

 Elba Electric Oven EO 5086


So inilah my new oven. Yg buat ai suker sangat tuh sebab capacity nyer 50L.... puaslah nak membakar. Kalo buat kueh raya confirm sekali bakar dah settle....

Memula ingat nak beli oven murah made in China jek... Maklumlah, ai nih kan rajin malas... Bukan hari² nak buat kueh or kek pon. Tapi di sebabkan ader promosi raya, just tambah tak sampai seratus ai bleh dpt oven Elba nih, so haruslahkan tak melepaskan peluang. Sangat suka raya kali ini sebab dapat oven baru.... Sblom nih, ai punya oven yg old fashion tuh jek.. Yg bulat ader cermin tengah² tuh... Yg bukak dari atas... Sekali bakar dapat seloyang jek tuh... Upgrade skit lah kan... heheh..


Overview skit pasal Electric oven nih....


Power: 2000W
Capacity: 50 L
Rotisserie & Convection Functions
New Interior Lamp Design
With timer and temperature control
4 Stainless Steel Heating Elements
4 Stages Switch Heating Selector
Accessories includes rotisserie bar, wire rack, baking tray, crumb tray and tong
Dimension (cm): 61.5 x 36.0 x 44
Gross Weight: 11.8 kg   




with luv,